Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Part 2 : "My Love" [bertemu jodoh]

Tetibe PART 2..

Mana PART 1?? [sini lar]

Ramai ke nak taw CERITA CINTA kitorang...? Ko rasa ada tak seromantik cerita ROZITA CHE' WAN dengan ZAIN SAIDIN???

Perkenalan Kami

Kami berkenalan semasa sama2 kerja kat sebuah syarikat jualan kereta. Kira kami ni SALESMAN & SALESGIRL.. sape mngurat sape??? mesti la Encik Razman.. tetibe SMS kita nak kenal. [henpon tu ilang..kalau tak bole tunjuk bukti] kebetulan, mungkin jugak dah jodoh..kita tengah single... Orang tu nak kawan.. kita OK je lar.. secara details tak payah ek..

Kami berkenalan pada bulan Julai 2007.. Then, Allah bagi rezeki, aku dapat kerja government jawatan sekarang. Masuk servis bulan November 2007, di tempatkan di Putrajaya. Family dia decide nak masuk meminang. Elok2 nak merisik bulan Disember tuu.. terus di pinang jadi bertunang. Memang sempoi & takde planning. Nasib baik tak terus nikah. heehee. We just go with the flow.... gtew...

Susah senang bersama

Dari Januari hingga Disember 2008 kami berusaha la kumpul barang hantaran tuk kahwin... sepatutnya Nikah hujung Disember 2008.. tapi disebabkan banyak halangan, dugaan & cabaran.. 'post-poned' sehingga MAC 2009. Setelah kami berbincang... kami pilih tarikh 3 April 2009 untuk disatukan dan 04.04.2009 untuk bersanding.

Seeeeeeeeeeeepanjang kami berkawan & bertunang.. banyak sangat dugaan.. kami bukan macam 'couple' zaman sekarang. Tak pon, tak macam korang.. bercinta pon naik kete.. kami turun naik bas dan 'tren'.. Sebab bakal husben dulu cuma ada motor. Susah bersama... dating pon tak gi tempat makan yang mahal2. Kadang2.. makan pon share. Kami sama-sama mencari rezeki di Putrajaya. Punya la nak berjimat, kami kan 'baru nak hidup' [orang tua cakap] makan2 kat Putrajaya tu punya lah mahal kalau nak bandingkan dengan gaji kami masa tu. Mana nak makan, nak bayar sewa, nak bagi orang tua, nak menyimpan lagi. Sedih la kalau ingat balik. Tapi, kami bole terima antara satu sama lain...[cewahhhh!] dia bole pat girlfriend lagi cun kot dari aku..tapi kenapa dia pilih aku???

Kehidupan suami isteri

Selepas bernikah.. rezeki Allah tak pernah putus.. walaupon kadang kami di duga juga, Alhamdulillah kami lalui bersama. Syukurlah, sejak 5 tahun bernikah.. kami di kurniakan 3 cahaya mata yang comel, cerdik & sihat..Syukur sesangat! Tu lar... pengikat kasih sayang kami hari ini, esok dan selamanya.

Perancangan Allah sangat hebat kalau kita lihat masa lampau dan sekarang. Setiap kesukaran pasti ada kegembiraan di masa depan.



# Ingat LAGENDA BUDAK SETAN je ada 3 sequel... nanti kita sambung SEQUEL ke-3.. harharhar...

K, bye.

Thursday, July 24, 2014

Dating hubby&wifey : TRANSFORMERS 4 - AGE OF EXTINCTION


Assalamualaikum.... dah 13/7/2014 baru ler mami sempat nak update cerita bulan lepas... heehee...
Gambar ni sebelum kejadian yang seterusnya....
Nabeela tu 'propa' jer... tukang teman beli tiket jek.. mumy & dady tgk mid nite taw... tunggu nak2 tido..atok temankan dorang.. mumy&dady berdating...huuhuu.. kejam ke x??? sekali skala hubby & wifey kna la ada time together... spy walaupon anak dah ramai.. still mcm org baru bercinta... ye tak?!

Dah tengok TRANSFORMER : AGE OF EXTINCTION???

Aku la orang paling excited... sampai nak ngajuk2 dengan hubby sebab dia kata "transformers ble2 bole tengok..." tapi seboleh2 aku nak elak tengok pada bulan puasa... Yela, free time kitorang malam je kot.. nanti nak TARAWIH, SAHUR bagai.. sanggup ke nak p wayang pada malam bulan puasa??? tak de koje den...

Berbalik pada TRANSFORMERS 4 tadi.... aku & hubby adalah peminat setia cerita ni.. rasa macam tak de apa2 setelah tengok cerita ni.. [takde efek langsung] yang best ada DINOBOT dan OPTIMUS PRIME tu 'cantik' sikit... Peminat teknologi mesti kagum.. tapi kalau dari segi jalan cerita... hurmmmm... best lagi Transformers 2 & 3... Ok tak pe..

Dan yang aku pelik ada blogger yang rajin mengaitkan Transformers dengan DAJJAL... Wallahu'alam... korang search ar sendiri. Aku minat cerita ni sebab kagum dengan ROBOT tu boleh [treet..treet..treet] transform dari lori jadi robot..dari kereta jadi robot... pastu gaduh guling2 bagaikan..haahaa..Penceritaannya aku takde la amik pusing mendalam sangat. Aku anggap macam baca komik... [walaupon tak baca..haahaa ;P ]


28 Jun 2014

Mummy & Beela
K, dah nak raya dah... banyak lagi nak citer.. Ni citer hampir sebulan lepas!!!

Next Entry erkkkkkkkkkk..

Wednesday, July 9, 2014

RINDUnyer....


Dah lama tak jengah blog kesayangan ni.. RINDU kat blog je pon..

sibok sangat dengan blog kesihatan I tu kan........... Ada banyak benda nak update..tapi tak sempat taw :(

Nanti kita UPDATE apa yg berlaku sehari sebelum bulan puasa aritu [28 JUNE 2014]

Jumpe lagi yer.... Thank U... muaaaaaaaaaaaaaaah :O



TEASER jek sikit...



Thursday, June 19, 2014

cerita pasal RAZIN lagi...

Hai! Saya hero mummy!


Berdasarkan gambar di atas.... dan Throwback entri yang lepas... Razin 1st step..

Nak 'belanja' korang tengok memori razin melangkah.. lupa la nak mik VIDEO.. sebab baru2 ni ada tengok video kat FB 'sehari 2 minit' ibu kepada TWIN GIRL videokan perkembangan anak dia...setiap 2 minit dia rangkumkan buat video...Sweet! [cari la sendirik..huuhuu] Sangat jeles! Sebab tak terbuat....

24 Jun 2014 Razin genap setahun.. InsyaAllah... Dia ramai kawan2 sebaya.. Bukan men ligat hero mummy yang sorang nih... daddy dia pon letih nak layan...kihkihkih
tapi dia ni manja! hurmmmmmmmmm... [it's my fault!]

Takde pe nak mengomel....

Just nak bagitaw mummy dah order kek 'FROZEN'.. [well, untuk kakak beela sekali] buat kat umah atok di Segamat.. InsyaAllah 28 Jun 2014.. datang ler...

Mummy loves U!
loves all my kids laaaa

Monday, June 2, 2014

Happy birthday in advance @ Taska Permata Kemas

Mummy cuti hari ni...27/05/2014 sebab sambut besday kakak Nabeela in advance kt Taska...Birthday sebenar 22 Jun iaitu 2 hari sebelum Razin Nadhif... Pfffft....
Rasa baru tahun lepas celebrate besday Nabeela [sini]

Kecik je dia masa 3 tahun...Dah 4 tahun sekarang ni..makin banyak pulak keCERDIKan dia..mulut pon bole tahan! phewwww...Kalau depan orang ramai..anak2 dara aku memang sopan & pendiam...
Tapi..kalau kat rumah...mulut macam CIKGU SEKOLAH!
[ apa kaitan dengan cikgu pulak?! ] heeeeeeeeeeh
kadang2 tak larat nak melayan...hmmmmmmmmmmmmh.. memang sebijik cam mulut daddy dia...uuuhhuuhuhu.. jgn marah daddy ;)



gambar tahun lepas ~graduate for junior~

Bezday tahun lepas [2013]


Bezday Party Nabeela @ taska 2014


Apam polkadot..support bizz kawan2 kat opis..utk GOODIES BAG
yang penting sedap..harga berpatutan.. [RM20 ~120biji]

Pagi..sebelum pergi skolah... [JANGAN KOMEN] haahaa

simple menu ~ tapi meriah tahun ni...

Cik deera tak sambut..duk diam jek tengok..

Besday girl.. Alhamdulillah 4 tahun sudah!





Ok, cerita pasal anak sahaja... tak menyempat deco rumah..haahaahaa~ [lawak la ko ni mummy...] Semangat tu ada..Bajetnya kureng... K, redho jela..cerita pasal anak2 ku sahaja...Pasni ada lagi tau.. #memories.



Sweet Love;
Mummynab&nad

Ingatan untuk diri sendiri...dan wanita2 lain...

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka 

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Monday, May 12, 2014

Keistimewaan seorang IBU




Salam,

Semalam merupakan hari IBU...aku sangat bertuah sebab IBU masih ada di sisi dan aku jugak kini bergelar seorang IBU. Alhamdulillah, aku fikir..ini semua hikmah yang Allah bagi..Rezeki kasih sayang ku sangat melimpah ruah...Di kelilingi orang2 tersayang.

Terharu, semalam mummy MC...sebab mencabut gigi geraham bongsu..petang tu jemput la kakak&adik dari taska. Belum masuk kereta..si kakak dah bagi kad ucapan 'handmade'...kepada mummy sambil ucap "selamat hari ibu..kakak saaaaayang mummy" Rasa nak nanges...terharuuu.. [aku tak amik gambar pulak..nanti aku share piccas kad tu..aku dah tampal kat 'notice board' rumah].

Aku sangat kagum dengan IBU...Insan yang bergelar ibu.. Manusia yang melahirkan manusia lain ke atas dunia. Manusia yang mengorbankan 'kehidupan'nya untuk manusia lain... Ibu adalah wanita yang paling ISTIMEWA.. sebenarnya.. bukan wanita sahaja boleh bergelar ibu... Si bapa yang menjaga anak2 sendirian pon bole di anggap 'dia la ibu..dia lah bapa'. Aku kagum juga dengan mereka.


Salah satu keistimewaan wanita yang kita perlu tahu...

"Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

SubhanaAllah =)

CIPTAAN OLEH-NYA

Aku tak pernah lupa bagaimana mengandungkan tiap2 sorang anak2 ku dan bagaimana melahirkan mereka. Tidak semua sama pengalamannya. Berbeza setiap anak. Aku sentiasa ingat jasa ibu ku yang bersusah payah melahirkan ku secara 'forceps'dan membesarkan aku sendirian tanpa Arwah Abah sejak aku berusia 13 tahun. Jasanya entah bila aku dapat balas... setiap nafas & titik peluhnya tak terbalas. Hanya do'a setiap kali lepas solat yang mampu diberi. Semoga Allah melindungi ibu bapa ku dari azab api neraka. Amiiin.


Selamat Hari Ibu..buat ibu ku...Aftah Bt Affan..Ibu mertuaku yang telah melahirkan suami ku Razman serta anak2 nya yang lain. Kuat menghadapi dugaan ketika mengandung&melahirkan.... Rokiah Bt Suleiman. Kepada semua wanita yang akan & telah bergelar ibu. Kamu adalah insan yang HEBAT. Berbangga lah, kerana Allah telah menjadikan kamu manusia yang istimewa di atas muka bumi ini. Jadilah ibu yang terbaik... Jangan sia2 kan keistimewaan yang diberi. Fikirlah sedalam2nya.. Bersyukurlah... Jadilah anak yang terbaik & Ibu yang dikagumi. Semoga kita berjaya mengarungi dugaan serta cabaran menjadi ibu di zaman moden ini dan beroleh kemenangan di akhirat kelak. Aamiiin.

Saya - seorang mummy bersama Mak tercinta



Yang menulis,
Mummu nabeela, nadeera & nadhif  ^__^

Thursday, April 24, 2014

Gula2 Hati...



Tersentak sekejap bila baca artikel kat atas....kadang2 aku jugak macam tu...bila terpikir mungkin kakak nak perhatian lebih dari adik2...walhal mummy selalu bagi perhatian kat adik2.... [bila anak dah ramai...kesian tak?]
ALHAMDULILLAH...syukur sebab Allah mengurniakan mummy & daddy anak2 yang comel dan sihat luar&dalam...Syukur sangat2...

Ini lah anugerah & amanah yang harus dipikul...untuk mencorak mereka..kehidupan mereka akan datang di dunia malah di akhirat...Di akhirat nanti..mereka lah 'saham' kami...Maka, haruslah kami berikan ilmu & didikan yg baik2.

Memang la senang orang tengok..jap2 pregnant...jap2 pregnant..tapi tanggungjawab yang Allah bagi tu lagi penting dari masalah 'kesuburan' kami!!! Haahaahaa.....Pening taw....
Tapi tu la hakikat kalau anak dah ramai2...mummy jadi 'hilang pedoman' kekadang bila setan mula merasuk... Kalau bole memang tak maw marah2 anak tanpa selidik... Selalunya kalu dorang buat kesalahn besar baru aku hukum...

Nabeela dah nak masuk 4 tahun bln 6 nih..Nadeera masuk 3 tahun bln 9 nanti...Razin pon akan menganjak 1 tahun Jun nanti...

Sekejap jek...masih teringat macamana kelahiran tiap sorang KHALIFAH ALLAH ke muka bumi ni... [bohong la kalau masih terasa sakit...OVER taw!] Dah lupa pon...Tak perlu diingatkan..Ingat yang baik2..Semoga anak2 mummy mengenang jasa mummy daddynya.. Dan mummy tak mintak pembalasan.

Ni lah, pengubat duka lara hati kami..mereka lah yang menceriakan hari2 kami.

Thanks Allah...for a precious give!!!

**Panduan didik anak....dah pernah share dulu2..[kat sini]


Yang menulis,
Mummy nab&nad

Sunday, April 6, 2014

5th Wedding Annivesary lina&man..

Assalammualaikum...
Pejam celik..pejam celik...dah 5 tahun usia perkahwinan mummy&daddy...
Berkenalan pd bulan Julai 2007....masa tu kitorang bekeje as a salesman&salesgirl kt Sykt Jualan Kereta Import.... Heehee....-rahsia-
Pastu bertunang pd 22 Disember 2007 [besday aku yg ke 23] gile tak mude ai kan?
Rezeki nak berumahtangga.. pat la keje govmen...aku berhijrah ke Putrajaya.
Beberapa bulan pas aku ke Putrajaya...my future husben aku ni pon ikut la pindah ke sana jugak...cari koje kt sana...
Zaman bertunang kitorang tak macam pasangan len...tak mewah...takde kereta...turun naik bas..share makan2...sama2 xde duit.Kumpul duit nak kawen dan bli kereta...[sedih ko ble ingat balik zaman nih]

Finally...Feb 2009 baru ktorg dpt pe yang ktorang hajatkan....muncul la JLK7xxx kami skrg nih....sehinggakan kami bernikah pd tarikh hari ini...

3 April 2009 lebih kurang jam 5:30 ptg.
[Rasa nk nangess pulak buka cte lama...]
Masa nikah x nanges ponnn...skrg plk rasa sebak...[mengadakan?!] coz ble throwback...mcm2 dugaan dh kami lalui...susah senang...suka duka...tambah lg...5 tahun pkahwinan Allah dh kurniakan kami 3 amanah -nabeela,nadeera,nadhif-

4 April 2009 - persandingan kami di Segamat bertemakan turqoise blue..

5 April 2009 - majlis sambut menantu di rumah husben pulak di Labis...

Ala,nanti kte throwback la gambor la...maluuuuuuuuu...
Tp camtak pernah tepek atau citer tentang KISAH CINTA kami...cam tak pernah cerita kan???
Ble scroll2 entry lama... awat cam xde je....post berkaitan...wedding..love...hurmmmmmmm... musykil kat diri sendiri nih!!!

hmmmh, xpela... ni la 1st entry berkaitan LOVE STORY we all ok... nanti continue lagi ekk

# sedih..ada ke patut takde story tentang kami??? kejam sungguh ye mummy ni...


Berwalikan abang sebapa ku - Mohd Faizal


Pengapit - cik doll a.k.a Noradilah Othman


Nikah @ Masjid Jamek Segamat


Sanding @ Segamat
Suamiku..Tunggu diarak...

Berarak @ Majlis Bertandang ~payung over taw!!~

~Gambar lain...termasuk Majlis Malam Berinai tak bole hup load arr..sbb tak pakai tudung..masa tu lom ada keinsafan...huuhuu...nexxxt time cite2 tentang MAJLIS KAMI pulok ye~
Love my hubby & my family
^mummy nab&nad^

Sunday, February 16, 2014

PENTINGKAH SUPPLEMEN????

Salam,

Dah beberapa lama x update blog nih???heehee...bz..xde idea...biasa la tu..xde pe nk share..xde ko kata??? ada...new thing.... mst ko pk..aku ni on off..jap cte psal deco...skrg supplemen plk? no..no..no..bkn musim k...aku je malu nk update ttg deco umah aku skrg..yg blm de progress...heehee..InsyaAllah bln dpn ni ada progress......tp aku lum update ttg bilik stor umah yg aku dah kemas dah jd bilik simpan mainan anak2..walaupon x cantik.. dan xde deko2..tp aku puas hati..sbb lebih ok dr sblmnya... =D [nanti aku share...jgn kutuk taw!]

ok, berkenaan dgn tajuk post di atas...

sape yg follow mummynabeela ni..samaada di INSTAGRAM #LINASABRAN atau fb : NORAZLINA SABRAN..mst dah perasan...awat byk ttg post ttg SHAKLEE je??? YES! I'M NOW SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR.....skrg uol dah taw kan..jd pasni nk cari supplemen Shaklee bole cari I ok???ok x??
[klik blog ni nak taw lebih lanjut ttg produk Shaklee]

ada pekara nak dikongsikan...ttg pentingkah supplemen??? tak suka supplemen??

Ramai antara kita mengambil mudah soal penjagaan kesihatan [samaada sedar atau tak] Bagi kita ambil makanan berkhasiat atau janji makanan sedap dah cukup semua tu.

Tapi aku terlepas pandang [always!] yg aku ni seorang ibu yg bekerja 8 pg - 5 ptg tak sempat nak makan sayur&buah-buahan..makan apa yg ada..nasi&lauk dah cukup.Balik rumah, layan anak2 yg masih kecil macam2 perangai..Penatnya! Allah sahaja yg tahu..Nak cari sesuatu utk badan kekal sihat bertenaga selalu x cukup bajet.Lagipon mahalkan...

Masa berlalu...anak skrg 3 org..selang setahun dan dua tahun..Badan semakin dimamah usia, proses aging semakin cepat akibat faktor udara yg tercemar,stress di tempat kerja [sila angkat tangan tinggi2 klu xpernah stress di tmpt kerja..huuhuu] Makanan tak seimbang, makanan banyak GMO, banyak berfikir dan juga menyusukan anak yg mmg memerlukan nutrisi sihat.Lalu setiap har badan ni semakin letih & muka semakin hilang seri...

umor baru 28 dah rupa 40-an WHAT?!!!



Sbb tu skrg aku beria-iya nak menjaga kesihatan & kecantikan...

sejak bila kenal Shaklee? Sejak 2011..diperkenalkan dgn ESP..masa tu arwah makngah bagi..katanya anak dia belikan...masa tu x pandai minum...ade ke pi godak 3 sudu ESP dlm segelas air...amik kawww...Fengsan nak minum...klakar kan?? tp ble dah taw...mengandungkan anak no 2 pon minum..pastu on~off kalau de bajet beli..kalau takde tak beli pon..Yg bestnya masa mak pergi haji dia bwk bekal ostematrix sampai kwn dia puji..."patut lah uda kuat berjalan...bagus 'pil' ni" heehee...

Sekarang rasa rugi x join Shaklee dari dulu..selain bole sihat&cantik..bole jgk tambah pendapatan...kalau aku tahu dari dulu dah ambik langkah bijak...tp xde org pelawa..xde org share dgn saya..hanya berjual beli dgn aku...hukhukhuk...=P


Aku nak share ttg apa yg aku rasa sekarang, aku dikelilingi oleh orang yg banyak penyakit [supplemen bkn ubat eh..mlm ni ada webinar ttg tajuk nih!!] Makan ubat hospital yg sudah tentu banyak efeknya pada masa akan datang..kasihannya!!! Kalau bole aku nak bantu dorang..ibu mertua ,nenek husben..darah tinggi&sakit jantung..yes! orang yg paling dekat dgn kita, perlu d bantu dulu... Mak ku Alhamdulillah..sekarang consume Ostematrix, Vitalea dan ESP je.. dia xde masalah kronik.. cuma masalah penghadaman..itu yg nak amikkan dia Herblax dan Peppermint ginger plus tu.. -bajettt akannn datangg- heehee... Tulah matlamat ku..bkn nak sihat sorang2... Husben ku pon d paksa makan vitalea&ESP..sebenarnya dia tu kena amik performance drink, jointhealth, ostematrix & Omega..Almaklum ar..binik nya shj taw dia kerja kuat cmne kan...Juruletih mmg byk guna tenaga fizikal...siannnn taw....

Kalau bole aku nak satu famili sihat & cergas..........

Shaklee BUKAN supplemen sintetik, supplemen yg hanya cari untung ke atas pelanggan, supplemen yg datang bermusim, supplemen yang tiada kajian yg di buat sblm dihasilkan!!!
Pasti ke??? Pastilar...


"Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.
Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik "
Aku sama sekali tidak memaksa korang untuk amik supplemen, aku hanya berkongsi kebaikan Shaklee..Vitamin bukan shj utk ibu mengandung & menyusu..adakah usia sudah menjangkau 40,50 tahun semasa badan sudah lemah, tulang semakin rapuh, muka semakin berkedut baru datang kesedaran utk menjaga kesihatan diri???
waktu tu dah terlambat kot???

Nasihat aku..jaga lah kesihatan diri bukan sahaja untuk anda semata2 tetapi fikirkan lah untuk suami, anak2 dan ibu bapa..juga untuk masyarakat..kerana bila badan kita sihat lebih banyak anda dpt beri kepada agama, bangsa dan negara.

**Senaman ringan  & air yang cukup juga penting jika amik supplemen ni okehh..**

#Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee..selain menambah kesihatan & berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga..kita juga dapat membantu orang disekeliling kita...Love Shaklee very much!#







Thank U Allah ;)
 "I am Shaklee Independant Distributor" [Id : 1109279]
Mummy Nab & Nad










Wednesday, January 1, 2014

Nadeera go to skool with kakak....

Haaaaaaaaaah..tajukkk je dah gempaq...

Perasaan mummy...lagi la gempaq...

Sejak ari pendaftaran mumy dah excited tgk 'kak ngah' mumy nk skool....mcm comey jek...mcm kecik jekkk dah nk skool??? cakap pon peelatt lg..

Mummy ckp pening kpla mnyediakan keperluan dorg nak gi skolah...mana beg, tuala, baju mandi, tabung, pensil warna, baju, botol.... [mandian&bedak lupa nk beli utk taska..haahaa] serabut la katakan...waktu bangun pg pon lum sempat nak adjust...arini baru 1st day skool..mmg ar serabut..siap dah jln separuh jln...alamak! susu tertinggal kt umah...kwang3....ape la mummy ni..GELABAH PUYUH! puieeee!





















Masa masuk taska tu...nadeera leks je...maklum r..dah bese dtg...dia pon dah kenal ckgu2...cuma aku trasa lain bila aku blk waktu lunch deera xde kat umah [same la cm beela dulu 1st time gi skool] lama2 nanti biasa la.. Yg beshnya deera x nangis langsung bila aku tinggalkan dia kt skola.Agaknya hari2 dah ckp kt dia..kena gi skool...otak dia pon dah set.."ok! this is skool..." kot?! Aku mmg praktikkan sebelum dia tdo..atau masa mamai2 pagi tu remind dia ttg skola..selalu bg kata2 nasihat masa sebelum dorg tdo...actually, it's work!

Tinggal la razin..atok layan dia men sepak2...tp dia pny ligat x mo tdo..huh! x mo cte...len kali mummy cte r......................

K, that's all for today...

Diary 1/1/2014 ;)
Mummy nab&nad


Monday, December 30, 2013

Selamat Hari Ulangtahun mummy yg ke.............. ;)

Salam,
Esok..kita akan melabuhkan tirai 2013..aku x rasa ape2 pon..sbb sibuk kejarkan hal2 kerjaan ku...huwaaaaaa...Tp sempat gak la nak mencelah nak btaw besday mummy baru berlalu 8 hari lps..iaitu 22 Dis 2013..genap la umur ke 2X...huuhuu..tua dah...Panjang umor den..x lamo lg..masuk 3series dah... [mula pk..nak cari skincare yg baguih! haahaa]

Mummy x mintak apa2 termasuk hadiah or majlis sambutan...mummy cuma perlukan do'a dari kalian..utk menempuhi cabaran serta liku2 hidup...SubhanaAllah! Mummy mohon kepada Allah..mudah2an mummy selalu sihat & cergas untuk menjaga keharmonian keluarga dan terus beriman kepada-Nya.

Last but not least...

Ringkas je ucapan besday mummy kan???

Piccas from mummy&family...suka2 jekk...makan2...celeb8 pon dah lmbt ko :')



Looooooooooooove frm me 2u;)

Mummy nab&nad

Monday, December 16, 2013

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak

atau bole try cara yg lbh kurang sama...tapi x serupa...


1.) Perahkan jus limau ke dalam piring kecik. Lepastu, masukkan kicap ke dalam perahan jus limau nipis tadi. Nisbah, agak agak la. Jangan terlampau masam sangat nanti, masalah cirit birit pulak kan HEHE. Lepastu, minum lah agak agak 1-2 sudu besar campuran jus limau nipis dan kicap tadi.

Amaran
!!!
Jangan terlalu masam. Kalau  *ciritbirit* aku tak tanggung ehh. Kalau batuk dan sakit tekak berpanjangan, sila rujuk doctor.

2.) sediakan segelas air suam, madu dan sebiji lemon..hiriskan lemon dan campurkan dengan madu dan kacau dengan pelahan. minum la.

3.) Kumur2 dengan listerine selepas anda memberus gigi. Jangan risau, tekak anda tidak akan terasa pedih semasa menggunakan listerine.Ia bertujuan utk membunuh kuman/bakteria dlm mulut yg melekat kt tekak.. [ kredit to : sumber ]

sejujur-jujurnya aku tak la rajin sgt nak try sume petua..kadang2 aku hisap je gula2 strepsil atau fisherman's friend tu.. Sbb malas punye pasal..tp kali ni mcm 'tak selera'..so, aku try jus limau nipis+madu+air suam dan berkumur dgn pencuci mulut [listerine] jek...tp sakit tekak ilang...selesema pulak yang datang...

Sistem imun lemah btol lar....tapi sekarang aku ada cara lain..camne nak kuatkan sistem imun yang lemah ni...utk orang dewasa sahaja...camne???

[ketahui bagaimana untuk menguatkan sistem imunisasi badan]


Untuk anak2 dan bayi pulak..


Selesema ni virus..so,klu xde mslh serius lambat laun akn hilang sendri...tp klu untuk kurangkan selesema & batuk bagi anak2/bayi aku cuba wat petua2 ni...utk mengeluarkan hingus..biasa budak2 kan memang x reti buang hingus/kahak kan? so, jln penyelesaiannya..[ kalau gi klinik harus kena nebuliser lagi...dan lagi..]

1) Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak [minyak zaitun atau minyak masak pon bole] sapu di dada anak ketika batuk selsema.

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawang putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/

2. Petua Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan [tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih]. Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handyplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

"Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!"


Garlic steam & teknik percussion

Cara wat 'garlic steam' - 

Pilih salah satu alat yang sedia ada di rumah
  • Bottle steam sterilizer – 20 minit
  • Periuk nasi – 20 minit
  • Bottle & food warmer – 20 minit
  • Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas akan cepat sejuk)
Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut

  • Minyak habbatus sauda’
  • Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)
  • Bawang putih fresh yang diketuk
  • Serbuk bawang putih

    Saya campurkan minyak habbatus sauda & bawang putih fresh...Letak baby dlm posisi meniarap atas peha kita dan muka di tepi...halakan pada wap air panas tadi [saya guna periuk nasi sbb xde streliser/warmer]

    Cover bahagian kepala bayi menggunakan kain lampin atau tuala...supaya baby dapat direct sedut wap panas tadi.

    Sambil2 tu mak/bapak yang memangku baby td..bole wat tepukan percussion kiri/kanan belakang badan baby td..Bentukkan tangan spt cuping..jgn tepuk pada tulang belakang..just tepuk kiri/kanan blkg dada..Tujuannya untuk melonggarkan kahak yg bersarang dalam paru2..wokeh.

    Untuk pemahaman yg lebih2 lg...bole baca kt [sini]
3. Elakkan makanan sejuk/berminyak/berserdak [seperti kekacang @ biskut @ kerepek]

[anak-anak sering jatuh sakit??? KLIK SINI]


setakat ni je petua2 yg bole aku bagi kt uols..ni pon aku korek dr 'google' bukan aku memandai..yg mana mampu aku 'try' wat..hope ia memberi sdkit ilmu kt uols k..

take care everybody!!!

# Ya Allah..kurniakan aku kesihatan yg baik demi mencari rezeki di atas bumi Mu dan menjaga amanah [keluarga] yg Kau kurniakan kpd kami...amiiin.


[cara mengurangkan sakit tekak..KLIK SINI]

Yang menulis;
X Mummy Nabeela X

Tuesday, December 10, 2013

Anak2 & asthma



Salam,

Mummy xde mood ri ni...hobbies organising terpaksa di 'stop'kan sementara waktu sbb perlu beri tumpuan pada keluarga...priority! [xpe,banyak lg masa..klu pnjg umo..1,2,3,4 tahun lg bole siapkan umah tu..pelahan2 kayuh..ikut masa & poket kami...;)]

Anak2 mummy laa ni asik x sihat..batuk,selesema&demam...lepas sorang..sorang kena nebulizer..nafas dorg da berbunyi "wheeeez".. nak bg ubat salah..x bagi kang kesian...alahai..serba salah d wat nya... [bole klik link dr zubaidi utk sebab musababnya]

Mungkin keadaan cuaca [panas & ujan x menentu] dan dorang penat berjalan kot last week..badan sakit2 kot..mummy,daddy&atok pon dah berjangkit..dada dah sempit ni...Ini sume ujian Allah..Ini tanda Allah sayangkan kita..suh kita ingat dia selalu dan selalu memohon diampunkan dosa2 kita terhadap DIA.

Ramai yg prihatin, suh bli mcm2 supplemen dipasaran..masalahnya poket x cukup tebal..bkn xnak yg terbaik utk anak2..tp klu dah 3..cer korg kira..kami cuba sebaik mungkin utk menjaga kesihatan anak2..selain sering berdo'a dan berselawat syifa'.Insyaallah, klu ada 'lebihan' mungkin kami akan memilih supplemen terbaik yg mungkin akan serasi dgn anak2.. supplemen ni bkn 1-2x makan taw elok dah..sekurang2nya consume 2-6 bulan baru nampak kesan.Kalau dah sakit..terpaksa la 'mengubati' bkn mencegah lg..Bukan ke pepatah ada mengatakan " Mencegah lebih baik dari mengubati "...Memang niat di hati mummy & daddy nak bg yg terbaik utk anak2 [malah mumy yg 'hantu' supplemen ni pon kalah..] kalau la mumy ni banyak duit..tiap2 anak mumy akan diberikan supplemen yg bagus2...

Haiii...

Mengeluh nampak??? bersyukur la wahai mummy...Tuhan baru uji sikit..ada org yg lebih susah dari kita..klu kita makan makanan terbaik didunia pon kalau Allah dah tentukan segala2nya..kita harus redha..pkoknya usaha & tawakal =) jangan hopeless sangat k..
Ini semua setelah all kinds of 'petua' di buat ~ daun kaduk+kapur, garlic steam, garlic socks, madu kelulut, mandi air suam.. apa lagi petua yg boleh di buat selain dari ubat dari klinik? cer korang share...


Sharing is caring rite???
Mummy nab&nad :)
@klinik kesihatan payamas

Nadeera : 5/12/2013

Razin : 10/12/2013

Monday, November 25, 2013

SHARE : PANDUAN DIDIK ANAK ~CARA WARDINA SAFIYYAH~

Assalamualaikum semua,

Arini sume nak share ttg 'new idol' aku..IDOL zaman kini la..Selain Nabi Muhammad SAW & para sahabat yg patut menjadi contoh kepada kita...

Aku pon meng'google' cara mendidik anak..sbb aku taw Wardina ni kita tgk lemah lembut je..anak2 dia pon bijak2...selain rumah dia teratur & tersusun [hmmh, suaminya interior design uols!]
Memang mimpi nak jd cam dia..Apa kata, kita masukkn skit INPUT ttg didik anak2 dalam diri kita..mudah2an kita berjaya mendidik anak mengikut landasan yang betul sehingga mereka berjaya dunia&akhirat..





1) Parents perlu kaya dgn kasih-sayang & nasihat
Sebagai parents yang bekerjaya, mgkin ada masa-masa kita terlalu sibuk sehingga anak2 sedikit terabai utk beberapa ketika...blk rumah anak2 pon dh tido, xsempat nk luang masa pon utk hari tu...Even anak2 dh tido, berikan gudnite kiss & selitkan nasihat2 pdnya walaupon kita tau anak kita tu dh lena tido...doakan skali semoga anak kita tu membesar sebagai anak yg soleh & solehah...

2) Selalu bersembang dgn anak
Selalu mencari masa utk bersembang dengan anak. Cthnya time dlm kereta nk pegi hntr atau ambik anak dr sekolah [selalu praktikkan dgn nabeela] Kalau kita guna perkhidmatan van sekolah, cari masa sekali seminggu utk hntr & ambik sndiri anak kita dari sekolah. Kadang2 kita xsedar saat anak2 membesar itulah the very precious moment for us to be along them.

3) Ajar anak mencintai buku dari kecil
 Jadikan buku antara top list hadiah utk anak. Mengikut kata wardina, ajar anak cintai buku dari kecil, even dia blm tau membaca, ribalah dia sambil kita bacakan buku utknya.

4) Selalu nasihat anak2 sblm tdo
Berpesan lah selalu pada anak2 utk menjadi anak yg soleh & solehah. Cth nasihat: if arini anak menangis xnk pergi sklh, mlmnya sebelum anak tdo, nasihatkan & ingatkan anak itu: "esok xnak nangis2 lagi ye nk pegi sklh..." InsyaAllah nasihat kita di akhir harinya itu akan menjadi ingatan utk nya dia awal hari utk nya esok [Pun suka..praktikkan]

5) Guna kata-kata positif dalam komunikasi
Elakkan guna perkataan 'jgn' or perkataan2 negatif yg lain. Instead of nak marahkan anak dgn mengatakan: "Jgn buat itu, jgn buat ini...", nasihati anak dgn mengatakan: " Nabeela kena buat macam ni, sayang...bukan macam itu...nnti rosak la benda itu klau buat mcm tadi..." see the difference? kita sndiri pon lebih mudah menerima nasihat yg positif berbanding ngan ayat2 marah berapi...

6) Jadi role model yg baik utk anak2
Macam mana kita nk marahkan anak2 supaya xbuat sesuatu yg kita sndiri pon buat...Jadi, kalau nk anak jadi anak yg soleh & solehah, kita sbg parents pon kena la soleh & solehah dulu...ini yg dikatakan 'Kepimpinan dari tauladan'

7) Hukuman adalah kaedah yg plg terakhir
Kdg2 kita menghukum anak dlm keadaan letih baru blk keje, or worst is dalam keadaan marah. Ini tidak adil kpd si anak. Nak menghukum anak, yes blh...tp bukan dlm keadaan emosi kita yg xstabil...dlm erti kata lain, melepaskan marah pada si anak...Klau tengah marah, jgn berdepan dengan anak lagi, lari dulu cool down, kemudian baru bersemuka dgn anak itu. begitu jugak dgn pasangan kita; dlm keadaan beremosi semua benda buruk blh terjadi.


TIPS2 DARI WARDINA:
* Betulkan komunikasi dgn anak
* kena sedar klau kita hukum anak dlm keadaan marah
* cari ilmu keibubapaan* selalu bersolat bersama2 pasangan & anak
* bercerita dgn anak2 supaya anak2 xsegan bercerita dgn kita
* pastikan cium anak2 & berdoa yg baik2 utknya sebelum tido.

Wallahua'lam...



Senyum;
mummy nab&nad




Saturday, November 23, 2013

Murah ke mahal?? Mana 1 pilihan hati?


Assalamualaikum w.b.t,



Sebenarnya..byk sgt en3 yg aku nk post especially bab2 mngemas ni...hukhuk [mcm kemas sgt jek...] Bkn pe,saje nk sharing dgn uols ttg idea aku plk ttg susunatur ni.Ptg td bru je mngubah susunatur dapur [stkat ni berpuas hati..] itu je yg ada...pasrah jela.. sblm tu kemas drawer kt bilik mak...drawer brg2 peribadi dia..nt la aku cte........


Sekarang nk cte...ttg semalam... jln2 mkn ABC kt melaka..jauh benor aku p mkn ABC..sbnrnya nk "renew" ic kt UTC..eh! renew ke?? konon2 nk dpt cpt..tp ble sampai2..fuh! ramainya manusia..ok,just naik ke JPN..pastu turun blk!! wakakaka..klako x?? ok,x klako pon hasnah oiii..pastu bwk ank2 p melaka mall dgn tujuan utk membeli pampes yg kehabisan stok.Kami serbu family stor @ melaka mall..kt mall tu mmg x ramai...bole joget2 kpop kt ctu..tp dlm family stor blanggar2 troli..pelikkn?sbb family stor xkre kt ayer keroh atau jasin mmg harga terbaek pnh aku jumpa!! [tmpt korg..kt mana yg best?]

Hasil mnuai wang ringgit kami...maka kami merembat drypants size L50 rm27.90,diapex L68 rm28.90, drypers M88 rm30.99..Pet2 tu stok bln lps...kt UO segamat rm30.99 jugek... itu bajet aku la..ank ramai.Slalu sebulan mmg 3 beg utk 3 org ank..Kakak dh on off pakai..dh pandai p toilet sdri..Tp bln ni..mmg terlebiiiih sudah pasal gaji lmbt sgt coming..huhu..sakit kpla mak di buatnya...Rasa2 dah msk 5 ke 6 beg kot.Extra 3 beg bln ni :'( 



Ok xpe,mgu depan dah gaji...bertabah la... 


Pants L50, Diapex L68 - utk kakak2, Drypers & PetPet M80 - stok utk baby




So,apa diaper pilihan uols?mahal ke murah?bli kt mna?
Layan ABC & Mushroom soup @ Hang Tuah Mall
Razin Nadhif yg sabooo tunggu mummy duk minum..
*ada cloth diaper bebrpa keping..mmg x ckp la utk 3 org...Lgpon aku ni 'rajin' sgttt nak membasuh... heehee ;P *

Senyum sntsa ;
Mummy nab&nad





Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...