Showing posts with label HoliDay. Show all posts
Showing posts with label HoliDay. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

Lawatan kilang Mamee, Melaka & Mamee Jonker House {Cuti Sekolah Part 1}

Assalamualaikum,

Post throwback...

Minggu pertama cuti persekolahan 2017..kami sekeluarga berseronok ikut trip rombongan Taska Permata ILP ke mana taw?

Ke melaka je pon. Haahaa..Ni kira cerita throwback la ni. Tak nak memori tu luput macam tu aje.

Kami berkumpul di sekolah Razin lebih kurang pukul 7 pagi menaiki bas. Pukul 9 kami dah sampai Ayer Keroh. Sementara tunggu Kilang Mamee Ayer Keroh buka.. Kami sarapan dulu di Taman Tasik Ayer Keroh.

Dalam pukul 10 pagi kami bergerak ke Kilang Mamee Ayer Keroh.




  

 

Pukul 10.30 pagi.. Kami masuk ke kilang Mamee. Dalam lebih kurang sejam kami diberi penerangan dan ditunjukkan cara-cara pembuatan Mamee di dalam kilang, kemudian ada sesi fotografi di luar kilang dan kami diberikan souvenir. Jom tengok gambar la...

Di ruang legar depan pintu masuk Kilang Mamee.

 


Penerangan dari staff Kilang Mamee tentang sejarah penubuhan syarikat.


Dengan mak (atok razin laa)

Kemudian, lepas selesai di kilang kami bergerak ke Mamee Jonker House pula... di Jonker Walk, Melaka.

Banyak aktiviti korang boleh buat dalam Jonker House ni..korang berpeluang mereka sendiri Mamee Cup, boleh makan-minum di kafe.. bole beli cenderahati...Jom tengok gambar lagi.... cantik kat dalam Mamee Jonker House ni..warna warni..lighting meriah!

maklumat lanjut klik sini : MAMEE JONKER HOUSE

 



Mameeeeeeeeeee!






 


Panjang lagi ceritanya....lepas ke Jonker house kami ke destinasi seterusnya...Memang ALL OUT ENERGY hari tu.

Cikgu & Ibu bapa semua sporting walaupon masing-masing bawak anak2 kecil.

Nanti kita sambung lagi ye...ke destinasi seterusnya..banyakkkk lagi cerita best!







Saturday, January 20, 2018

Zoo Johor {PART 2}

Tengok Part 1 kalau nak info lanjut tentang Zoo Johor [unofficial info].

Jom scroll down sambung tengok Part 2..Jalan-jalan di Zoo Johor yang comel tapi lengkap! =)





Family happy..kami happy...





Maafkan jika 'appearance' anak-anak mommy ni selekeh yang penting happy!!!

Jom ke Zoo Johor lagi...

Friday, January 19, 2018

Jalan-jalan cuti sekolah di Zoo Johor {PART1}

Assalamualaikum,

Pada cuti sekolah sempena Deepavali 2017 (lama dah post ni tersimpan di dalam draft...nak post tapi suka tangguh-tangguh..huuhuu) mommy kena berkursus di JB.Masa sangat2 padat...sian anak2...selain kena 'tinggal' duk dengan atok kat umah mak sedara mommy..diorang takde aktiviti lain.

so, last day hari mommy berkursus sebelum balik ke Tangkak.. kami decide bawa anak-anak ke Zoo Johor.







cantik la Zoo Johor..walaupun kecil, tampil compact!

Binatang pon banyak.Boleh bagi makan kat gajah, unta..dan macam-macam lagi. Siap berkayuh lagi kat tasik. Tiket pon murah sesangat.

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1

Zoo mana lagi nak bagi tiket masuk murah camni? cuba khabaq???

Ok la, buat hibur-hiburkan hati anak2.

Masa kami ke sana, Zoo ada construction lagi..mungkin hujung tahun ni..kita pergi lagi nak? mana tau lagi best dari sekarang.heeeeeeeeee..

kalau rajin..scroll la pics2 yang sempat mommy ambil ni. Maaf la kalau kualiti gambar kureng memuaskan.

Semoga korang tergerak hati nak melawat Zoo Johor pulak lepas ni.












Kita sambung PART 2 esokkk ok?

Thursday, February 4, 2016

Bawa anak anak mandi manda di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Assalamualaikum semua,

22 Januari 2016 yang lepas mummy & daddy sempat membawa anak-anak bercuti 2 hari 1 malam ke Bayou Lagoon Resort Melaka (kira-kira sejam perjalanan dari rumah) tak jauh kan..sekadar nak mandi kolam jek sebab mummy beli 1 buku kupon Bayou Lagoon yang ada tiket buy 1 free 1. So dewasa beli 1 tiket harga RM22 dapat masuk 2 orang, kanak2 beli 1 tiket RM16 dapat dua tiket. Tapi, sebab kami guest hotel (dewasa sahaja) pat la mummy daddy pas masuk water park sampai check out..hiihii..Alhamdulillah!

Sebenarnya kami bukan la orang kaya nak bercuti selalu, last year school holiday kami tak bawak dorang jalan mana-mana, so ada rezeki lebih awal tahun ni..kami REWARD anak-anak kami yang baik2 belaka ni...nak 'happy'kan dorang disamping ajar asas berenang (daddy la ajar..mummy pon belajar jugak...haahaa).




Pas check in...tunggu solat asar dulu sebelum 'kecebhur....' dalam air.



anak-anak sume dah tak sabaq...







standard la...berterabur tuu..yang penting kita 'isi minyak' dulu..heehee =D




kids pool






water park -daddy yanh lebih happy daripada anak2..huuhuu..



swimming pool untuk dewasa pon ado..best gak... ;)




sejuk yer?!



pemandangan dari level 11...subhanaAllah...cantiknya fajr :)




Day 2 : gusti pelampung sebellum turun sarapan dan kecebur dalam air... 



Bilik ada bar dengan 2 kerusi , sofa lengkap set tv..cantik & selesa (brsepah.sorry ek ;)



Day 1 : razin mandi kejap jek...sejuk menggigil2




Day 2 : razin jadi pemerhati haahaa... "pool boy"




Pemandangan kolam waktu pagi..water park lum buka masa ni...



Semoga kita jumpa lagi... cantik sungguh pemandangan pagi ni..hiks!

Antara info lain yang korang perlu tahu...

Breakfast kanak-kanak tak termasuk dalam bayaran bilik adalah RM18 sekepala (anak-anak 100c keatas).

Bilik pulak..cari kat TRIVAGO.COM harga promosi masa tu RM280 per night termasuk breakfast.

Bilik memang puas hati, dapat pulak bilik menghadap kolam..tingkat 11..view pagi memang cantik :)
Sampai si kakak bella tanya, mummy bila kita nak 'balik' hotel lagi???huaaaaarghhhhhhhhhh............

InsyaAllah, mummy & daddy will work hard for all your happiness.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...