Thursday, October 31, 2013

Mainan masak2 yg baru.........

Salam,

Mood mumy ok hari ni...pasal mlm td hepy tgk mainan masak2 'idaman' mumy... [bkn idaman anak2..] dah ada depan mata! dah lama mumy ushar2 benda alah ni..memey rezeki taw! Pak ngah dorg dtg hadiahkan untuk nadeera..smpena besday 2 tahun last month..huuhuu..terima kasih pak ngah + fiancee.. [ sengih sampai ke telinga..mumy dia!! ]

Tapi mumy yg fening..kat mna mumy nk susunatur bendaalah ni..hai..lambatnya progress nak wat play area..huhu... #&&%#@&(* Grrrrrrrrrr..

Layan jap gambor2 di bawah...
 
~NEW~ Kitchen playset..


Eceh2~ kononnya..


Nk angkut kemana lg yunk oiit..?


Masak sesedap taw kakak...
Kena ada ruang camni kottt.. tp kt 'celah' mana nk dbuat?

Ni versi...boy yg main?!! budak laki ni yg kecik ke? playset ni yg besau..haahaa... [abaikan]
Tp yg pasti anak2 aku main x tersusun camni...satu rumah berterabur cawan/periuk/belanga... phewwww...sabau jela..

Ok, nak tunjuk tu je..kehkehkeh..

#masih berangan nk buat play area utk anak2#

Smile ;)
Mummy nab&nad

Monday, October 28, 2013

TERAPI DIRI

Assalamualaikum,

Setelah melakukan beberapa pekara..spt entri ni..."EMOSI TAK STABIL".. aku seharusnya bersyukur kerana 'emosi' ku x melarat dan kini berjaya dikawal dgn baik..mudah2an berterusan dan semoga aku sentiasa ISTIQAMAH mendekatkan diriku kepadaNYA...

Amiiiiiin

# Bersyukur & Memohon keredhaan dari Nya #

Mummy nab&deera ;)

Sunday, October 27, 2013

Google search...tentang kaitan ANXIETY DISORDER, TANDA KEMATIAN & BISIKAN SYAITAN..

Salam,

Ini apa yang ku cari...utk pemulihan diri...

sumber : http://english1.cari.com.my/archiver/?tid-487937.html

"Kaitan penyakit anxiety..tanda kematian dan bisikan syaitan"
Saya nak tahu tentang adakah kaitan antara penyakit anxiety atau panic disorder dengan was2 ataupun bisikan syaitan. Sebulan lepas tiba2 saya merasakan nafas tidak cukup, nafas turun naik, berpeluh2 dan bagaikan hendak pecah jantung dan rasa seolah2 kena serangan jantung dan lebih teruk akan mati.

Seluruh badan berdenyut2 fikiran tidak tenang. Balik rumah saya melihat tanda2 kematian di internet dan apabila melihat ada tanda2 kematian yang sama dengan apa yang saya alami tadi terus saya jadi panik, takut dan perasaan tidak menentu. Rasa hendak menangis pun ada bila tahu. Dalam sebulan saya tidak berputus asa. Pelbagai rawatan saya cuba dan ada ustaz mengatakan saya terkena gangguan, bisikan atau was2 syaitan. Lebih teruk ada yang mengatakan saka sedangkan dalam sejarah keluarga saya tiada saka langsung...!

Disebabkan tidak pulih akhirnya saya berjumpa penjelasan dari sudut sains..apa yang saya alami adalah sindrom panik dan disusuli pula dengan anxiety disorder. Kesudahannya emosi saya tidak stabil, prestasi kerja menurun, pergaulan terbatas disebabkan terlalu takut dengan tanda2 kematian. Saya berjumpa ramai orang dan berdiskus mengenai perkara ini di internet. Kebanyakannya panik disebabkan tanda kematian yang datang. Simptom anxiety dan panik adalah seperti berikut :

Jantung berdebar, suhu bdan turun dan naik, badan berdenyut, ketakutan terhadap persekitaran, jadi lebih sensitif dan berulang2 memikir perkara yang sama. (LINK)

Mengenai tanda sebelum kematian 100, 40, 7 dan 3 hari pula selepas bertanya sana sini dan merujuk banyak pihak, ternyata apa yang tersebar luas di blog2 dan internet datang dari sumber yang mergukan dan tidak sahih kerana tiada nas dari al-quran dan hadis. Tapi saya tidak lah menolak mentah perkara tersebut cuma hairan semua bahan tentang tanda2 kematian ini seolah2 di copy paste sahaja dari sumber yang diragui. Malah tidak berjumpa bahan sama dalam ruangan bahasa Inggeris dan Indonesia..yang ada cuma penulisan tanda kematian dalam Bhasa Melayu. Adakah ia satu fitnah untuk menimbulkan kekacauan dan ketakutan pada umat Islam di Malaysia..? Bukankah kematian itu rahsia Allah..?

Walaupun Allah SWT telah membuka banyak perkara tentang perkara ini..tetapi saya tetap merasa tidak tenang dan sentiasa berdebar2 kerana emosi asyik memikirkan tentang kematian. ada sesiapa boleh berkongsi..? Mudah2an Allah tabahkan saya untuk melalui ujian ini. Dan kerana ujian ini lah saya banyak mencari dan seterusnya berkongsi maslah ini dengan anda semua...


antara komen2 ttg post di atas..

1) oh lupa nak bagitau, apa2 sahaja urusan yg ada kaitan dgn agama yg tidak ada dalil soheh,
silalah tolak. walopun mcm betul. dan ada rasa2 seolah2 mcm betul.

tolak saja.

nabi melarang dalam hadis soheh jika berkata2 atau menambah2 sesuatu dlm urusan agama .
contohnya berkata2 sesuatu tentang hal ghaib tanpa dalil soheh.

e-mail2 tentang tanda2 kematian itu benar2 tidak ada dalil soheh.

adapun kalau perkara yg bukan berkait dgn urusan agama, maka tidak ada larangan utk kita tambah2 utk kebaikan yg tidak menyalahi agama. contoh= cipta sistem solar.

cubalah carik amalan2 nabi tentang bagaimana mengelak gangguan syaitan....kebanyakkan amalan2 nya biasa saja.....tetapi itulah yg sunnah....

mungkin boleh banyak bergaul dgn org yg ikut sunnah yg sahih dan berhati baik...mungkin ia akan menenangkan....

wallahua'lam...

2)
Kembali pada apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW macam yg sedara usop ckp kat atas.

Tidak ada obat yg lebih mujarab dlm merawat penyakit mcm sdr ni, melainkan kembali kpd
ISlam dan ajaran yg dibawa oleh Rasulullah dlm kehidupan.

Dahulu, aku jauh dari agama Allah. Hanya mengejar kehidupan duniawi sahaja.
Solat tak jaga, quran tak baca. Kuliah ilmu jauh sekali. Takmo berkawan ngan org berilmu...

Hidup habis dgn perkara yg tak membawa untung ke dunia akhirat yg kekal abadi.

Sehinggalah satu hari petang Jumaat malam sabtu aku didatangi penyakit sesak nafas (nafas pendek), dan badan menjadi seram sejuk, dada berdebar mcm rasa dah nak mati.

Aku jadi mcm kamu (tuan pembuka tajuk). Menacari-cari dan tercari-cari apa punca.
Pergi hospital, jawapan yang aku terima, tiada penyakit. Semua test aku buat.

Akhirnya......

Alhamdulillah, setelah ALLAH bagi hidayah dan petunjuk, aku kembali kepada-Nya.

Sekarang jiwa aku dah semakin kuat dan kuat dengan amalan sunnah beragama. Naik kenderaan baca doa, masuk tandas baca doa, sodaqah diamalkan selalu, carik ilmu islam setiap masa, tutup aurat, jaga mulut, tak tengok perkara maksiat dlm tv (org terkijne-kinje melompat mcm perangai jin pun aku tak tengok),  muzik aku tak benar masuk dkm umah aku, kecuali nasyiddan lagu2 memuji Allah dll.........

Semua kenalan aku yang aku kenal sudah semua aku mintak maaf. Seolah-olah aku akan mati esok hari. Sebelum tido, aku maafkan semua org. Yang ada salah, takde salah, semuanya aku redho....begitulah setiap hari.

Dari segi makanan juga, aku jaga, semua makanan sunnah aku amalkan, dari madu, kismis, habbatus sawda', talbinah, buah teen, kurma makan harian aku....dan mcm2 lah tak larat naik taip...

BERAT?

Tidak bagi aku sbb aku nak cari keredhaan Allah sebenarnya.

Kalau perlu pergi berjihad di Palestin, insya-Allah akan aku pergi selepas langsai segala hutang piutang aku kat sini.....dan yg penting syahid dlm hidup menjadi idaman aku sekarang.

Aku nak jumpa kekasihku, dalam keadaan Dia redho kepadaku, aku redha kepada-Nya....

TAK SUSAH MANA KAN?

EMOSI TAK STABIL...

Salam,

Aku xnak bagi entry yang 'over' walaupon sebenarnya dalam hati..Tuhan aje yg tahu..

Kenapa entry aku ghupa gtu? sejak 2-3 minggu ni emosi+fizikal aku kurang sihat.. saje buat2 sihat sbb x nak nampak sgt "awful"..Bila korang stat baca entry ni korang kena baca sampai habis..wajib... kerana kita saling mengingati..
Korang pernah tak terfikir ttg bila ajal kita akan tiba??? Kalau pernah bagus la, sbb kita yang hidup pasti akan mati..cuma xtahu bila kan?

Sejak kebelakangan ni aku banyak terfikir tentang soal kematian...kadang2 aku ni OVER berpikir (terlampau obses tentang sesuatu hal ).Anak2 masih kecik..paling kecil 4 bulan (baru pas bersalin anak lelaki) macamana ibu ku yg bergantung pd ku selama ini? suami ku? adakah dia akan kahwin lain? macamana emak baru anak2 ku nanti? Mahu aku tangisinya sekarang!!! Tapi apa pun kita kena redha dengan ketentuan Allah dan serahkan segala urusan tersebut kepada Nya sahaja.Itu sebenarnya rahsia Allah...

Bermula kisah ketakutan ku itu bermula sejak bulan lepas bila aku menonton Astro Oasis drama "Renungan Ajal" berkisar ttg 100 hari tanda2 kematian. Sangat seram + menginsafkan diri aku... Lepas tu, ramai pulak yg share kt 'whassp+fb' tentang tanda2 100hari kematian.. Selepas satu2 pekara yg membuat aku smakin berfikir tentang dtgnya ajal.. sejak kematian suami rakan baik ku yg umurnya sebaya dengan kami.. membuatkan aku sekali lagi terfikir..ajal tidak mengenal usia..tidak mengenal 'siapa & apa' yg akan kita tinggalkan di atas dunia ini.. dan sejak kebelakangan ni berlakunya kejadian2 mengerikan hingga meragut nyawa.Ajal bukan kerana sakit sahaja...

Sampai satu ketika, selepas suamiku pulang dari kursus aku terus mengajak suamiku ke klinik utk buat pemeriksaan apabila jantung ku sering berdebar2 dan tangan menggigil.Macam2 yang aku fikir masa tu...terlalu merisaukan..sehingga pemeriksaan jantung&darah diambil doktor kata sume normal..cuma aku mengalami 'anxiety disorder' yg disebabkan stress dan anemia.. (Jantung berdebar, kurang berat badan, muscle weakness juga salah satu simptom anemia sebenarnya..)

Sehinggalah aku meluahkan perasaan pd kawan2 rapatku..buat research di google (always!) dan kwn online ku juga memberi semangat kepadaku...katanya...

" Kematian itu pasti,cuma kita x tau bila..sbg hamba,kita mohon agar kita dipanjangkn usia dan menjadi hamba yg soleh
Lina kena kuat n sihat utk anak2 n suami..
Ambik aura positif, bersihkn ruang keja lina,ubah posisi sedikit agar mood lbh baik
Buat apa yg lina suka,masak2,tanam bunga
Weekend bg masa bsama anak,g jenjalan.. Buat yg lina suka,inshaallah nti hati lbh tenang..
 Ujian yg dberi sbg tanda k.sayang Dia kpd hamba..

Rezeki itu rahsia Allah,minta dan terus minta
Ameen "

Kini aku memegang kata2nya..walaupon bila datang rasa x sedap hati aku banyakkan berdo'a..Insyaallah..melakukan ibadat2 sunat pastinya untuk ketenangan jiwa..setiap kali sujud akhir dalam solat macam2 yg ku mohon pada Nya..termasuk la.. diberikan umur yang panjang utk beramal soleh, kesihatan yang baik, keselamatan di dunia&di akhirat bukan shj utk diriku tp juga utk orang2 yang aku sgt kasihi.

Mudah2an ini juga ujian buatku daripada Allah..Allah menghantar SMS rindu kepadaku..supaya aku lebih dekat denganNya.Mungkin sebelum ni buat ibadat tak sungguh2..bila selalu teringat tentang kematian..aku akan terpikir..klu aku mati..x sempat sembahyang macamna??? sape nk jawab tu? sape nk tolong aku nanti?


Bila memandang wajah anak2..aku jd sedih.. setiap kali itu jugak aku berdo'a.. Ya ALLAH panjangkanlah umur hamba Mu yg hina lagi lemah ini..berikanlah aku kudrat & kesihatan yang baik utk aku membesarkan anak2..mencari rezeki diatas bumi Mu dan beramal soleh.


Tapi...bila aku google search..bkn aku shj yg mnulis tentang entri macam ni..ada jugak yg rajin meluahkan perasan melalui blog..dengan cara ini kita dapat berkongsi rasa..sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua.Aku anggap ini ujian dari Nya utk memberi kesedaran kepada ku..ujian datang bukan bila kita rasa susah sahaja..sedari la,kalau kita tengah sihat&senang..itu juga UJIAN dari Allah.

cara2 aku menenangkan emosi yang gundah gulana ni... aku belajar solat tahajjud, melakukan solat hajat, berpuasa & sentiasa bertawakal kpdNya..selepas melakukan ibadah2 sunat aku jd tenang..cuma satu harapan ku..bila aku tiada nanti harapan ku adalah 'harta akhirat' ku iaitu anak2..aku berharap mereka akan terdidik menjadi muslim&muslimah yang sejati agar mereka akan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya di akhirat kelak.Bukan harta&wang ingin ku tinggalkan untuk mereka (itu satu bonus jika ada!) tapi ilmu agama..semoga mereka menjadi anak yang soleh & solehah.Amat berat tanggungjawab yang harus kami pikul.

Semua yang berlaku ada hikmahnya..kita sebagai hamba tugas kita berusaha & bertawakal hanya kepada Allah SWT.

#
Memetik kata2 dari FB @Maniskan Iman Semanis Senyuman.." Bila kita terfikir tentang kematian,dan takut akan kematian itu,Allhamdulillah kita masih ada Iman didada "#
Amin Ya Robbal 'alamin.

P/S : Meminta dan terus meminta daripada Nya.

Thursday, October 24, 2013

Update blog!

Salam,

Hahaha...tgk la tajuk entri...mcm hapeeee jek...

Kalau sape perasan..mumy dah update piccas2 yg dulu gambar ank 2 org..sekarang dah +1 lagi..boboi boy.. pastu gambar family ber3 kini dah jadi ber5..setelah 4 bulan mumy bersalin =P

Keh3!!!

OK la kannn...at least mummy igt nak hup~date 'bilangan' family member sekarang..

#Do'akan kebahagiaan family mummy selalu.. #

Ikhlas dr hati;
Mummy nab&nad

Kemas rumah : Bekas simpan mainan : PART 1

Salam,

Alahai..........

Sgt le pening kepala mumy kalau nk mengemas permainan anak2..mostly mainan gugurl la..Mummy mmg x sempat la nak mengemas...main sumbat je kot.. de masa nanti mumy nak 'audit' habis2an STOK mainan dorang.Which is, mummy kena asingkan kpd beberapa bekas..yang mana mainan masak2,muzik2,anak patung dan lain2........

Sekarang ni la rupanya..



Tah ape2 je yang ada...sampai terbonjol2 bekas tu...kesiannn...
Klu ada idea yang bernas sila la komen bg cadangan macamana mumy nak susunatur mainan dorang ni haa..Hajat mumy & dady nk buat satu ruang permainan..jengjengjeng...Tunggu jela...jd ke idak..

Sumber inspirasi...dr Mr Google :


Vast ko inspirasi....!!!
Vogue gtu!!!
Sudut macam ni mungkin bole di realisasikan...
Bekas dah sama dah..tp isi di dalam....aku nyer OVERDOSE!
From my fave blog.... http://vanillapink3113.blogspot.com
Storan LEGO..
Credit from my fave blog 2.... http://vanillapink3113.blogspot.com

Color fave... hijau++
Camni pon IDEA.... =)

Udah2 le tu...verangan!! Tunggu hasilnya nanti okeh...

Daaaaaaaaaaaaa~

Mummy nab&nad ;)

Selamat hari Ulangtahun Mak ;)

Syukran Ya allah,

Kerana dgn limpah kurnia Mu telah melanjutkan usia bondaku yg amat ku kasihi dengan kesihatan&kesejahteraan yg telah kau berikan kepada dia.........sehingga 65 tahun pada 25 Oktober 2013.
Semoga kau mendengar do'a hamba Mu yg selalu mengharap keredhaan dan keberkatan hidup dari Mu..
Berikanlah ibuku, suamiku, anak2ku, diriku & ahli keluargaku..Kesihatan yg baik, keselamatan serta umur yg panjang utk beramal soleh kepada mu Ya Allah..

...Amiiiiiin.

#sedekahkan juga Al Fatihah kepada Arwah bapaku Sabran Bin Ibak..semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama roh orang2 yg beriman serta dikasihi Allah SWT#


Ikhlas dari hati,
Mummy Nab&Nad

Sunday, October 20, 2013

Kemas rumah : Organizer


Salam,

Bermulalah al-kisah.......

Mumy menanam minat men'deko' & menyusun atur barang2 dlm umah..Alhamdulillah..my hubby pon turut berminat dan SANGAT membantu..haahaa

Sejak membaca blogger2 'aku bukan bidadari', 'susunatursioca', 'rumahkecilkami' etc..mumy trus jatuh cinta gedebukkk ttg hiasan dlman rumah.. (sbnrnya bru 20% stat) Almaklum la..blom brpa nk adooo..klu ada $$$ mmg arini jgk aku trade in/beli perabot/alatan sepatutnya... (kan best klu eric dtg umah aku...vasttt ko verangan!!!)

Utk starter kita wat yg kecik2 dulu..pelan2 kayuh org kata..aku pon BARU 8 bulan duk umah baru tu..heehee..tggu la setahun nt..huahuahua =P


sorry la..drawer x cukup 'banyak'..so semua dikumpulkan disini supaya mudah dicari..
Kotak jam present besday pon ada kt sini..xpela..xde tmpt lain nk letak..bersabo jelah dulu k.

stok baju2 lama gugurl...di 'compress' kan..ada 50% lg ruang bole masuk lg bju2 x berguna.
Lain2 organizer termasuk.........storage DIY..
Bakul khas utk simpan stok diaper baby boy..

Toiletteries kegunaan harian.
Gigih wat storage box DIY

Hasilnya....TA~RAAAAAA..
Bole laaa...drpd xde...percubaan pertama..xde la buruk sgt kan???haahaa..
Lagi storage box DIY versi...kertas hadiah x cukup


Phewwwwwwwwww!

Ku letakkan kertas hijau didalamnya...
Hah...disini tempat susun nya...
Kat atas almari tu lom DONE lg..so,next entri cite meh..
Tetibe enterframe: sbb sy jd 'mandor' mumy sy..
Tetibe: Haahaa..sy dah bole mniarap sdrik uols!!!

Kotak ni direka khas utk meletakkan 'harta karun' anak2 ku...
Psst...kotak mainan lain citer...phewww!

Pandangan dr hdpan..
Letak kt rak tV..mudah dicapai&disimpan..
Ubah suai kedudukan perabot...
It was my hubby idea..oleh krn kami xde set sofa 1+2+3 gitu kan..
so,klu tetamu dtg jemput la duduk di meja makan sahaja..Meja makan pon biasa2 jek..
wall deco blm ada...kat kabinet TV pon kosong~kosong..O~O...
 Cita2 dihati memang besauuu..nak yg ghupa gni... tp tunggu la...ada rezeki esok2..Insyaallah!

Kami x bercadang nak beli 1 set lengkap sofa..oleh kerana TV&Astro dah attach permanantly kt ctu..dah maleh nak tukar2 kedudukan TV tu..we ol decide utk kekalkan ruang keluarga di stu shj..so klu tetamu dtg memang kena lepaksss kt dining table je r..huuhuu..mungkin kami cari sofa L-shape  atau corner sofa yg lebih panjang, lebar dan hi-quality... and 'baby's playpen' tu harus disimpan bagi menampakkan ruang yg lebih selesa 'dimata' (bukan guna sgt ponnn).......


Jom berangan jap...

Bukan selalu...melayan  angan2 mummy nih..

antara idea sofa yang mumy duk berkenan sgt...

Mumy jalan2 dgn dady singgah masuk kedai perabot...WOW! hanya mampu amik gambar jek dulu...
 



 

 

Heehee...santekkan??? tp xtaw la..yg mana sesuwai dgn rumah serta bajet mummy&daddy..huuhuu..

Till here..jumpa until berhabuk..mumy update lg naaa~!


Luv;
Mummy nab&deera..

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...