Wednesday, October 31, 2012

Rindu saat2 ini...

Salam, 

Rindu....

Waktu nabeela masih baby..masih teringat mcmana kali pertama aku mengandungkan dia..sgt excited! sume buku aku baca..surf internet pn asik search ttg pregnancy jer.... =)


Nabeela baby lg ms ni..muka serius jek! haahaa
Ready! nk gi check up kt KKIA
Nabeela pas mandi
Dpt stroler baru
she's so happy
Dia mula bergerak mcm 'komandor'..x igt bpe bln ms ni!




Ni sume kenangan ank sulung...aku akn alaminya lagi dan lagi... =)

Rindu jgk saat nadeera baby..dia sgt 'bam2' (panggilan manja utk dia) dan budak yg baik..jrg meragam...


adik yg 'bam'2..Alhamdulillah..sht!

anak2 yg mumy syg..




Si comel mumy
Patung baru....
Mummy dengki....
Budak x ckp mkn ke???

Miss that time....mumy akan jumpa lg saat2 ni tp dgn baby yg baru... #acara tahunan ke?# =P

~Mummy nab&deera~

Diary pregnancy mummy : episod 1

Salam,

30/10/2012

Satu kejutan wt mummy&hubby..spatutnya mumy dh period 20/10/2012...last period 15/9/2012..tp mumy duk tunggu2..mna ni??? perut dh rasa x slesa..asik kembung jek, pinggang sakit2, cpt pnat klu wt keje laju2, mulut ni asik nk mngunyah jek..haiii..lain mcm jek ni.Relaks lg...Dah try mnum air klapa sume..Ok je..xrasa ape2..xde tnda2 nk peod lg..panties bersih je wlu dh paki pantyliners herba.Susah ni..susah..Nabeela dah umur 2 thn 4 bln..Nadeera bru je 1 thn 1 bln..

Mumy gi watson dgn sorg member..bli la 'disclosure' UPT..blk umah tghari tros cek..x sabar nk tgu pg sok ke ble ke.Zassss! trs 2 line..hukhukhuk~ Perasaan masa tu??? nk ketawa ada..nak marah ada..kecewa ada..confuse..sedih..stress..sume ada.. X leh nk gmbrkn prasaan mumy masa tu & skrg ni. Bidan yg urut mumy ms bpantang thn lps dh kata...kdudukan rahim mumy rendah so, mmg mudah lekat..pd hal aku dh pakai 'protection' IUCD taw...mula la mcm2 ayt yg mumy dgr.."kalau Allah nk bg..pakai apa pon ttp sgkut.." "ada hikmah..mgkn Allah nk bg ko rezeki" "pakai iucd kt klinik krjaan x selamat" "IUCD MEMANG x selamat! " "Bersyukur la..org yg susah nk pat ank tu..nak sgt mngandung..ko sng mngandung..trima jela..rezeki tu" aduh! semua kata2 ni wt aku berfikir...Mereka x duk kt tmpt aku..dorg x rasa apa yg aku rasa..Aku x marah..dorg sume sayang& care kt aku. Ada kata2 semangat..tp x kurang jgk ada kata2 yg mgguris prasaan mumy.Perasaan mumy skrg sgt celaru..bila ca mak kt tanah suci mak kata smpn jela..Jg je.."rezeki dr Allah" huuhuu..lg runtun jiwa aku dgr kata2 emak kesayangan ku.Terima kasih kt kwn2 yg says 'congrats' yg bg kata2 semangat..semoga Allah kurniakan keberkatan dlm hidup kalian.

Mumy dah wt solat istiharah...kwn2 lg do'akan smoga Allah gerakkn hati mumy&dady ke arah yg lbh positif utk khidupan kami sekeluarga utk skrg & masa akn dtg.


Result UPT 30/10/2012
~Mummy nab&deera~

Thursday, October 18, 2012

~Tips jg anak2 yg demam~

Salam,

Bg mumy&dady..kami amat risau klu anak2 demam lbh 2 hari...sbb demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah krn akibat daripada demam boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya cth demam denggi, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain.

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?

1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer untuk mengetahui suhu badan anak. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. Di nasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga.
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.
8 Tips Apabila Anak Demam Panas :-

1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala lembap/sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi atau tampal 'coolfever' di dahi anak.Kami sering smpn 'stok' coolfever uatk waktu demam x d jgka.

4. Berikan susu atau air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-

1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.
 
Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.
Selamat mencuba & semoga anak2 kalian sihat sentiasa =) 

~Mummy nab&deera~

Sayang kakak :'(

Salam,

18/10/2012
Hari ni..xtaw la wt kali ke bpe..kakak dok kt opis dgn mumy..naseb bos xde ri ni =( leh cover ckit... Smlm kami bwk dia gi klinik pakar kanak2 Dr Er kt Muar...Dia demam skali pakej dgn batuk,selesema...doc kata mgkn ada 'bronchitis'...Kakak ni dah la dr kcik puas kna admit kt GH...31 hari kt wad baby..Mumy berdo'a jgn la admit lg :( Kami berkorban masa&wang ringgit demi anak..xpela, kami cba wt yg terbaik smoga beela sht spt biasa.

Smlm suhu bdn dia 38.6 dc..sambil2 tu ktorg nk tny pakar camne nk setlekn mslh batuk dia yg dah berlarutan slma 1 bln ni..Dr kata biasanya knk2 batuk 7-9 hari dah baik..lg la mumy&dady risau..Smlm dady jg dia "the whole day" Thanks dady krn sanggup amik cuti jg ank.Sbb ari sblm tu mumy dah MC..mumy demam ;( So mumy xpat nk amik cuti lg :'((
Mcm2 dugaan since atok pi mngerjakan haji ni.Xpe la, penghapus dosa kn?!
 

Child specialist clinic@Muar

Sempat main2 dlu b4 msk check up

;))

Dady yg penyabar...jg anak sakit...nabeela di nebuliser.Mudah2an ank mumy sembuh spt sblmnya.
Ble pg2 dtg umah BS tgk si Iz & Naufal xde..dia bosan agaknya xde kwn.."nak balik2..." katanya.Aku dtg umh BS kul 11 sbb tertinggal cooler beg..hmmh..tpaksa la amik..x sampai ati tgk dia nanges2.Ikut mumy dok opis..kul 1230 tpaksa cabut blk..kt umah mngarok nk tdo...tdo kn..kul 2 xbgun lg..last2 kul 3 tpaksa jgk kejut..bgun..angkat bwk pi opis..Allah huakbar! Penatnya...klu org x paham situasi aku org akn mngata kot?! Tbe opis nanges2 sbb x ckp tdo..skrg mumy tgh countdown pukul 5 ptg..nk jmpt adik plk...Hopefully mlm ni evrythg going well sbb dady duty mlm ni.Hrp2 mumy dpt jaga ank2 dgn baik.

~Mummy nab&deera~

Sunday, October 14, 2012

~ PERUNTUKAN UNTUK RUMAH BARU ~

Salam,

Actually rumah baru kami dah bole amik kunci kat developer..tp sbb mak sdg mngerjakan haji..kami tangguh dlu nk amik kunci tu...atas sbb kekangan kewangan..Hmmh..penat sik wat bajet..kali ni dah 'finalise' yg mana perlu wat dulu..yg mana kna tangguh dulu...Bajet tidak mencukupi (dah mcm peruntukan dr krjaan m'sia plk!) Klu aku ni sanggup tanggung risiko mmg aku wat 'loan' lbh aritu..tp sbb xnak beban hutg bulanan..kna la kami ketepikan hasrat 'murni' itu dan cuba cari 'solution' lain...(Hmmmh..semput jgk la...) Hari2 berdo'a semoga Allah murahkan rezeki kami...semoga Allah bukakan pintu utk rezeki masuk...spy kami dpt melalui proses berpindah ke rumah baru dgn hati yg lapanggggg...

Kalau tgk kt post 're-checklist rumah baru' mmg aku rasa tu dah plg minima bajet dah..tp aku de wat checklist lg utk meminimakan kos..wat masa skrg ni..hasrat utk pasang cornice&awning ditangguhkan terlebih dahulu...pintu kabinet pon tangguh jgk..haahaa..wat table top ala kadar je dulu..janji x perlu pakai 'meja besi' dapur gas aku skrg tuh..nak wat kerja pyh..nk potong memotong leceh...Skrg kna pk bli hood, glass hob gas & sink untuk table top...Kos pasang tiles bilik shj & table top anggaran kurg RM 5,000.
Grill plk bajet hanya RM2,000, Plugs,fan&lights (wah ckp omputih sat!) bajet RM 1,000+ tgk pd jnis brg yg aku nak..klu bajet ciput bli la brg yg ala-kad kn??? Upah org wiring mgkn RM 1,000.Cat mgkn husben aku wat sendiri...Bli cat 5 liter x 2 tin je kot mgkn kurg RM500 ..klu nk ajk member2 tolong..upah la ckit... :)
Peruntukan untuk bli hood & hob gas RM 1,500 & TV LCD 42 inci (ganti TV lama yg dah out~dated) RM 1,500 jgk...Total bajet minima yg perlu ada RM 12,300.

Heehee...klu korang rasa "out of your mind" tp itulah shj bajet aku...memadai la..janji aku bole duk umah tu & 'renovation' akan dtg wat ckit2..laalaalaa~ bg tempoh 12 bln kot baru 'siap' sume..klu xde ongkos...lanjutkan tempoh lg..haahaahaa ;-)

Sekian.

Mummy nab&deera ;-)

Friday, October 12, 2012

~ Jadual Mummy ~

Salam,

Idea nk tulis blog tu adoooo..tp moood nya xdo... =P

Sepanjang hampir 3 minggu bonda ku tiada di rumah kami..utk mengerjakan haji..begini la kesibukan mummy seharian....Mummy kena redha & tabah.. Ini baru btol2 challenge&independant kan3??? 

-->
JADUAL HARIAN MUMMY NABEELA & NADEERA YANG SANGATTTTT ‘BUSY’ & RAJIN niii... ;-p

5.45pg : Direct feed nadeera spy dia x terjaga waktu mumy mandi.
6.00pg : Hantar hubby gi keje (sampai gate umah jek =P) Masak air di dapur/cairkan EBM (rendam dlm air paip) sambil mandi & solat subuh.
6.30pg : Sediakan EBM nadeera dlm botol (4 oz x 4 botol = 16 oz)
6.40pg : 1st pumping (at least 10-15 min)
7.00pg : Buat air utk breakfast (minum hot milo/horlicks)
7.15 pg : Kejut anak2/salin pampers/cek beg ke umah BS.
 7.45 pg : Bergerak ke opis/ anta anak ke rumah BS
8.10 pg : Breakfast di cafe@tapau dr kedai terdekat.
8.30 pg : start KERJA...
9.30pg : 2nd pumping (10-20 min)/cuci bP parts
10.00 pg : sambung menghadap PC
12.00 tgh : 3rd pumping (10-20 min)/ cuci bP parts
12.30 tgh : mkn tengahari di cafe
1.00 tgh : LUNCH HOUR – balik rumah/kemas rumah/ tido 30 min
1.55 ptg : Solat zohor
2.30 ptg : @Office sambung KERJA....
4.00 ptg : 4th pumping (15min)
4.30 ptg : Solat Asar/ bilas&simpan semua breastpump parts.
5.00 ptg :  Kemas barang – GO BACK HOME/ambil anak2 kt umah BS
5.20 ptg : sampai rumah
5.30 ptg : Main dgn nadeera sambil layan kakak/DF nadeera.
6.00 ptg : mandi
6.30 ptg : start memasak utk DINNER/ sambil basuh baju (auto washing machine)
7.30 mlm : Solat Maghrib/hidang mkn malam.
8.00 mlm : Dinner/kemas dapur/ kemas brg2 anak ke rumah BS/tengok tv
8.30 mlm :  5th pumping (tandem nursing dgn nadeera)
9.30 mlm : Tidokan nadeera sambil DF (amik kesempatan utk rehat lbh kurg 1jam & biasanya tertido sekali).
11.00 mlm : BANGUN...Solat isya’/ sapu&mop rumah/ turunkan frozen EBM ke chiller/ strelise botol/ minum Hot Milo.
12.00 pg : TidO & rehat  (6 jam)  bangun semula 5.45 pg =)

Alhamdulillah...lebih kurang begini la jadual harian mumy..Dan dady ada jgk membantu spt sidai baju/ basuh pinggan mangkuk/ mop rumah/ kemas brg mainan anak2...  Rehat 6 jam utk mumy ckp kot...
Do'akan mumy & dady sentiasa sihat utk menjaga keluarga yer...=)

~Mummy nab&deera~

Monday, October 8, 2012

~Nadeera dah 1 tahun!~

Salam,

Alhamdulillah...umur adik dah mencecah 1tahun pd 26/9/2012...sblm besday aritu dah demam..minggu ni demam lg...=( Jgn la camtu dikkk..mumy nk keje..dady nak keje...Adik jgn susahkan ati mumy&dady yer?

Last week kami wat do'a selamat utk mak, makcik & nenek yg telah berangkat ke Tanah Suci.Sekaligus sambutan besday adik 1 tahun.

Tp specialnya post kali ni..jom kita 'beza'kan muka kakak & adik ble umor 1 tahun ;-)

Nabeela masa berumur 1 tahun

Nadeera kini 1 tahun
Lebih kurang x muka diorg??? heeheeh...

Jom tgk ckit gambar2 sekitar majlis hari lahir nadeera...












Knapa muka kakak macam tu???

Selamat hari lahir wat kakak yg kini 2 tahun 3 bulan dan adik 1 tahun...semoga kalian jd anak2 yg solehah,patuh pd ibu bapa, menjadi anak2 bijak, cerdik & pandai...Amin.


~U'r lovely mom~

:: Tempat feveret mummy & anak2 ::

Salam,

Sejak atok xde kt umah kami..aktiviti memasak di kurgkan pasal xde assistant nk tlg tgk anak2 + mumy x ckp tgn nk memasak...Masak2 jgk tp yg simple2 jek...atau TAPAU sahaja...habis cerita!
So, klu dady 'duty'..mumy ajk anak2 gi Marrybrown pas blk keje..sambil anak2 bermain mumy bole minum ptg+wi-fi ;-) kan3??? Pastu tapau utk dinner...Kuat mkn kan?!
Menu feveret semestinya Nasi lemak&White coffee, Chicken poridge utk ank2...

 







~SUPERMAK~
Mummy nab&deera ;-)

Bonda ke Tanah Suci Mekah

Salam...

Rindu..itulah ayat yg aku bole katakan sekarang...Rasa sunyi,sepi..tp dah 5x dpt cal mak..Alhamdulillah dia dlm keadaan sihat (dia akan bgtau bile aku bole cal dia lg..)

Aku sentiasa do'akan mak & makcikku sentiasa sihat,selamat sejahtera,tenang dan semoga segala urusan mereka di permudahkan disana...dan seterusnya mendapat haji yg mabrur.Amin.



Tak sempat nak amik gambar bersama- kredit to my cousin atas gambar yg dia snap nih :) Do'akan semoga mrka selamat pergi & kembali ke Tanah Air.



Tarikh berlepas : 27/09/2012
Waktu bertolak : 5.00 pg
Tempat bertolak:  Tabung Haji Kelana Jaya - KLIA


Aku yg rindu mak ;-)
Mummy nab&deera <3


Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...