Sunday, May 27, 2012

Chicken Parmigiana punya cerita..

Salam...

Last saturday, wah! speaking london sat.... Hubby, daughter & I went to secret's recipe...Huuhuu.. Malam tu 'craving' nak mkn western..after 1 of my fren dok cite dia mkn fish n chips..tp aku x teringin nak mkn fish n chips..aku nak CHICKEN CHOP..tgk2 menu...aku decide nak makan ni...
(Ehsan from Incik Google..sbb takde amik gambor apa yg aku makan)

~Ni yg aku order..Chicken Parmigiana~
Sedapa sehingga menjilat jari jemari..huuhuu..tp x larat nak abihkan...
Makanan yg sihat sbb penuh dgn sayur2an..heehee

~Pan grill dory with lobster sauce~
Ini yg encik hubby order..mmg sedap..isi nya mmg lembut....

~Vanilla shake ni..aku punya!!~

~Brownies with ice cream~
Nabeela punya...ni je gambar yg aku sempat snap...

Pepagi dah cite bab makan...heehee..semangat tol! Tp perut dah ber~lagu2.. nih...lom breakfast lg okesss...
Total yg kena caj RM 67.05..Sangat berbaloi..sbb semua menu yang diambil amat puas hati =) Dan Alhamdulillah,rezeki dari Allah s.w.t..Syukran....

Until here...C ya soon.

Mummy Nabeela&Nadeera ;-)

Ohh...! my girls are grown up!

Salam....

Sat je kita dah menghampiri bulan Jun 2012..aku x sempat2 nk meng'h~upadate' blog...al~maklum la..Mummy buzy sentiasa...pas satu..satu plan nk di wat..Nk on9 memlm kat umah jgn harap coz 1st..umahku kt Tangkak tu 'line internet' tak berapa memberangsangkan..so,tunggu le blk umah mak di Segamat...bru la dpt on9 sepuas hati..itupon,klu anak2 berkelakuan baik....huhuuhuu..2ndly, mumy klu dah tdokn anak2..jgn harap rajin nak bangun semata2 nk on9..kihkihkih...So,mmg no time lor...

Kurang dari sebulan, mengikut kiraan kalendar masihi..Nabeela genap 2 tahun..Nadeera bulan ni genap 8 bulan.Seronok melihat anak2 membesar depan mata..macam mimpi dlm mimpi kot...Nabeela skrg dah bole jd 'kawan bergaduh' aku...Bila kita tanya...kita bercakap dengan dia..adaaaa je jawapan nya..kadang2 rasa nak tergelak...kadang2 nak marah jadi tak marah...budak2 sekarang mmg bijak..

Si adik Deera pulak..skrg dah laju merangkak...fuh! sat kt pintu bilik air..sat g kt pintu dapuq!!! haruuuuuuu..anak2 mumy mmg x d ajar naik 'walker'..biaq diorang pandai sendiri..Minggu lepas (23.05.2012) pi check up @ KK Payamas...berat adik deera 7.1kg.Ok la tu, sbb adik baby girl..lgpon adik akif..dan yg paling buat mumy happy+bangga...adik masih menyusu badan..dan rezeki ada masih banyak..syukur sgt2...Mumy sangat2 le bersemangat nak ruskan hingga adik berumur 2 tahun. Insyaallah..bak kata kakak...

Scroll down for...pics of my little sweethearts ;-)

on the way blk tangkak..singgah k rnr machap...belanja nabeela BR skali skala...

Waktu pagi mummy nk gi keje..2 org puteri ni masih tdo k..
Piccas anak2 dalam kotak ni...saje mummy dengki diorg...haahaahaa =P 
Diam ckit dok dlm kotak ;-D




Tido tengahari pulak..style mst same!!!

Fesyen ber'klip rambut'...huuhuu



Belajar menabung dari kecik...........

Play time =)


"ops! blum pakai baju..mumy dah suh saya pose!"

Playtime beela @ playground

1st time peluk Kerry kowt?!

Masa ni adik deera baru belajar duduk..adik yang sgt aktif =))


Suka3!!!

Nabeela teman mummy beli breakfast..heeheeh..sempat pose =)

Begitu la....kalau dah berkurun lama x 'h~update' blog..mmg sekoyan la gambar yang haruuuuusssss di 'h~upload'...Especially, gambar anak2 mumy yg sedang membesar ni..gambar mumy..kirim salam je r... huuhuu..

Next saturday..Insyaallah, kita org akan 'fly' ke Langkawi utk Family Holiday.Mumy&dady dah mohon cuti rehat ni..smoga segalanya berjalan lancar..mumy yg berdebar...sbb x penah bwk anak2 mumy jalan naik public transport..ape tah lg..1st ime naik flight dgn anak2..bukan 1org tp 2 org taw!!! 2 tahun lps..berdua jek naik flight =P Hai..mcamana la ghupa mumy&dady 'angkut' brg&anak2...Nasib atok itut skali =)

Jumpa next blog yer..'h~update' gambar cuti2 langkawi pulak ;-P

C ya soon....

Mummy Beela&Deera ;-)

Friday, May 18, 2012

Jatuh cinta dengan....Energising Soy Protein Shaklee

Assalamuaalaikum,

Di ptg yg ceria ni...nak cite ttg Energising Soy Protein Shaklee yg aku baru consume seminggu ni..mmg sempoi&best!
Ia sangat memberikan aku tenaga yang berpanjangan selain meningkatkan penghasilan & memekatkan susu ibu..huuhuu.. Aku amik supplement ni sbb sayangkan diri sendiri, anak2 & keluarga... Sebelum ni asik lembik je..balik dr opis kepenatan..nak memasak, kemas rumah, layan anak2 lagi....adusss! So, kebetulan my officemate de jual..pe salah aku cuba kan? Aku amik sekali dengan Ostematrix (kalsium include mcm2 lg...) nanti citer..

Apa kata kita baca apa kelebihan ESP ni...



Susu lebih 'creamy' & pekat..heeheeh
Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan supplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee.Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program.
Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Berikut adalah secara ringkas mengenai produk ESP...cuba jangan tak cuba.. confirm tak menyesal..meh tengok pulak 'resepi' nak bancuh ESP ni..

Cara bancuh yg anda boleh cuba.. 1 sudu ESP dicampur dengan.....


  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)..saya suka starwberry milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP).
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( oren,tembikai,epal,lobak,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

Dan ini pula resipi smoothies :
  • 1/2 cup nonfat milk
  • 1/2 cup fat-free plain yogurt
  • 1/2 frozen banana, peeled and chopped < -- boleh tukar ikutla ape jenis buah yang anda suke
  • 2 tablespoons powdered protein supplement < -- gunalah serbuk protin Shaklee (Mealshake/ESP)
  • 1 1/2 tablespoons flax seed < -- ni bole replace dgn Fiber powder shaklee
  • 1 teaspoon honey
  • 1/2 cup frozen strawberries (optional)
Directions~1. In a blender, blend the milk, yogurt, banana, protein supplement, flax seed, honey, and strawberries until smooth.

SEKADAR PERINGATAN :
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)
  • Saya x prefer kacau dengan sudu..saya lebih suka 'shake' supaya ia lebih sebati.
Ok, till here...nanti sambung lagi. Selamat mencuba =)



Mummy Nab & Deera ;-)

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...