Friday, March 9, 2012

Bayi Kembung Perut???



Don't cryyyy kakak...

Assalamualaikum,

Nak cite pengalaman malam tadi...Cabaran paling besar menghadapi anak2 kecil yg belum tahu bercakap & menangis2 dan semua pkra yg kita wat x kena pada mereka.Hati ni..tuhan jela yg tahu..nak marah, nak tengking..macam2 rasa..bila pk semula ikut kewarasan akal fikiran seorang ibu (daddy xde kt umah..sbb duty malam kat kem) x jd nak marah..ble 'godeh' sana sini..1/2jam lps si kakak (nabeela) menangis..rupanya...kakak kembung perut..Aduhai!!! 

Kakak selalu kena kembung perut+cirit birit..so far,x penah muntah2...2x pi klinik..nasib baik stok ubat de lg..
Kanak2 tengah membesar..mcm2 nak explore..mcm2 nak main,pegang,sentuh,masuk mulut...kanak2 skrg mmg susah nak jaga la...

Sambung citer mlm td...dlm dok dia nanges2...aku pujuk2 tunjuk gambaq giraffe la,lion la...baru senyap..then, bg dia ubt sakit perut+buang angin.Traditional way..aku amik minyak serai wangi pak dakam aku gosok&urut kt betis,tapak kaki,perut & pinggang dia..Alhamdulillah..senyap..dan tertido...lama gak..nak setlekan 'masalah' tu..1 jam gak bersengkang mata..nasib baik adik tido nyenyak..risau aku kalau2 adik terbangun.Last but not least..aku amik bantal comel dia..aku bg 'iron' panas2...ble suam2 ckit..aku tuam kt perut dia...just letak atas perut dia sampai pg...tdo nyenyak saaaaampai pg..Alhamdulillah..

Aku de wat 'google search' ckit ttg kembung perut bayi...Jom baca...sharing is caring kan???

Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin.

 Penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.
Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.
Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.
Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.
Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.
Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.
Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.
Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.
Bagaimana mengenal pasti bayi kembung perut
Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.

Apakah penyebab kembung perut bayi anda?
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.


Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut kembung?
Setiap 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?
Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?
Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.
 
Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?
Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?
Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

  
Mummy nab&nad ;-)

Thursday, March 8, 2012

HADIAH UTK PENJAWAT AWAM

Alhamdulillah...syukran Ya ALLAH!

8 Mac 2012 merupakan hari yg plg gembira di kalangan 1.4 Juta penjawat awam di Malaysia (ada jugek yg masih blm cukup gembira) di mana, telah berlangsung satu perhimpunan khas bg kakitangan sektor awam di PICC,Putrajaya untuk mendengar pengumuman yg ditunggu2 selama ini drpd PM....

PM Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik...
OK..that's very good news actually!
Ini secara ringkas & rumusan berkenaan pengumuman semalam.... ;-D
PELARASAN GAJI BERDASARKAN JADUAL GAJI MATRIKS MENGIKUT PERATUSAN
I. 13% - P&P & PELAKSANAN gred 1 - 54
II. 9% - JUSA ABC
III. 8% TURUS 3 - 2
IV. 7% TURUS 1 & KSN

STRUKTUR GAJI SSM DIUBAHSUAI KEPADA JADUAL MINIMUM MAKS

KENAIKAN GAJI TAHUNAN 1 - 54 = RM80 - RM320 MENGIKUT GRED

JUSA - KEKAL IKUT SSM IKUT PERATUSAN D

K.O.L.A BG KAW B DINAIKKAN DR RM200 KPD RM250
C PULA 100 KEPDA 150 SEBULAN

KERAJAAN SETUJU PENAMBAHBAIKAN TIME BASED CIKGU SPT BAJET 2012
Pada saya, sebagai penjawat awam juga walauapa pon yg diberi kepada kita..kita harus bersyukur ckit atau banyak..drpd xdak langsung...! Sekurang-kurangnya ada juga tambahan untuk menampung kos hidup sekarang yg makin meningkat...
1 shj harapan saya, semoga peniaga2 tdk mengambil 'kesempatan' atas kenaikan gaji pekerja sektor awam ini..kerana yg naik berribu-ribu tu bukan kami di kumpulan sokongan...ada juga antara kami, bila di selaraskan semula gaji..setelah dipotong,ditolak bagai..sama jer spt sebelum ni...semoga harapan ku bukan tinggal harapan...Zaman sekarang, bergerak keluar rumah ckit pon kena berduit...duk dlm umah pon kuar duit jgk..bis nk mkn pe??? X kan nk bercucuk tanam kt Taman Perumahan ni kot??? tanah pon sekang~kang kera...huhu...
Last but not least...work harder! TQ all ;-)
Peace from Mummy Nab & Nad ;-D

Wednesday, March 7, 2012

Check list bakal rumah baru....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dah lulus pon loan utk beli umah...umah murah jer..Ikut kemampuan..but, ni lah dikatakan rezeki anak...Mohon masa nak bersalinkan Nadeera, naik keje..submit loan..x sampai sebulan lulus dah..
Sekarang,tgh pasang angan2..nak wat itu..ini..dengan bajet yg ciput ni hah..

Surat kelulusan pembiayaan

Surat lawyer ok.........GULP!

Dok 'google' sana sini....design kitchen cabinet la bagai...duk terpekiaq...oit! checklist nak masuk umah baru mana??? Hah, ni dia...

1. Table top je RM2,000 tak termasuk hob, hood, sink & tap (klu de wit lebih baru pasang 
    kabinet atas)
2. Grill dah tanya kt sorang kenalan..Bole bagi RM2,000 include awning porch.
3. Plugs, Lights & Fans RM 1,000 tidak termasuk upah pemasangan =P
4. Wiring RM1,000.00 cukup ka??? dah de kenalan gak leh wat kan..heeheeh
5. Tiles utk 3 bilik yg xde tiles - lum suvey lg ..tp lbh kurang RM 2,000 kot???
7. Cornish - RM2,000
8. Cat - RM500 je..
9. Rail langsir - RM100

Ok..dah, dengan bajet yg seciput cukup sekadar RM10,600++ minus..Terlebih atau terkurang..pandai2 le.Heeheeh ;-D Grrrr..yg penting suvey3... Puas hati dengan harga..baru la 'hamik'.. 
Ukur baju di badan sendirik yer.. 

P/S : CHECKLIST ni hanya sesuai utk saya yg tinggal di pekan kecik ni..bukan di bandar2 besar spt KL,JB...mmg x pat harga ni..OK?!

Tuesday, March 6, 2012

Jenis2 breastpumps yg saya pernah guna..Meh tengok sini jap..


Assalamualaikum,

Hai..ape khaba sumer blogger hari ni? Hari ni byk plk idea nak menulis dalam blog comel ku ini.. aku tak pernah review tentang breastpumpsss yg pernah aku 'try' dan guna sebelum ni..aku suka wat testimoni...termasuk la, testimoni tentang set bersalin dulu..heehee..sebab tu aku suka mencuba sesuatu yg baru.. =)

Ok, 1st skali aku nak tunjuk breastpump yg menjadi milik aku sekarang iaitu...

Ni 'pumping station' saya kt tmpt keje...

Spectra 3 kesayangan ku [tahun 2010-2011]

UNIMOM MEZZO -manual breastpump

Kedua2 di atas adalah breastpump yg saya guna skrg [2010-2012]. Spectra 3 [sekarang dah ada spectra baru, lebih ringan & canggih] sangat bagus untuk ibu2 yg ingin hasil yg 'lumayan' & cepat..Sesuai digunakan untuk ibu2 bekerjaya kerana ianya elektronik breastpump, sambil wat keje, sambil ber'pumping' klu kena gayanya boleh 'handsfree' dan double pumping bagi menjimatkan masa. Ia boleh dilaraskan dari suction min hingga max..selalunya kalau breast tengah penuh..suction minimum pon dah ok..tp klu kita nak kosongkan breast..guna la suction yg maksimum..mmg "auch!" haahaa~ tp don't worry alah bisa tegar biasa..lama2 tak rasa sakit. 
Pastikan jgk anda membeli 1 set dgn backpack utk 'menggendung' b.p ni kemana2, 'cooler tote bag' utk bwk balik bekal susu bersekali dengan ice pack gel nya. Ok???

Saya juga amat berpuas hati dengan UNIMOM MEZZO walaupon pam manual ni x se'famous' medela harmony & avent...tp penggunaannya amat berpuas hati. Reka bentuk seakan2 avent manual..suctionnya lembut & x menyakitkan. BP manual ni saya wat 'back up' utk masa kecemasan ketika xde sambungan plug, jalan2 dok dlm keta ke dan mcm2 keadaan yg x disangka.
Faktor utama sekarang dalam membeli botol susu & breatpumps adalah BPA-free..
ianya of coz.
Ia agak mudah untuk dipasang & dibersihkan.Pemegangnya jugu memudahkan cengkaman kerana ia di perbuat drpd 'non-slip rubbers'.Ia juga direka bagi memastikan aliran susu terus dari 'breast shield' ke botol untuk kebersihan yang maksimum.'Comfort silicone massage' direka khas untuk mengurut payudara semasa mengepam yang menggalakkan aliran susu di samping memberi keselesaan maksimum. =) Ini yg best.....





Berikut adalah pictures Medela Harmony yang kawan saya dok bg try...hasilnya..YUMMY....! Jom review serba sedikit...
[masa ni 1st time try manual taw..excited sgt!]
BP manual daripada medela ini ada '2 phase expression' krn ia amat mudah apabila kita perlu mngepam laju & seterusnya pam secara perlahan, ia sgt mudah nk 'handle' pasal pemegang yg ergonomik sekali, ia perlahan-lahan mengurut payudara  dengan 'SoftFit Breast shield' dan paling penting.... Fewer parts than other manual breast pumps and senang nak cuci...!!! heehee.. 



COOL!





Pengalaman menggunakan Medela freestyle ...x dpt di lupakan..entah bila masa leh dpt guna lagi..coz harga di pasaran sekarang RM1,600.00. Hak ni, kwn saya bg pinjam 1 bulan... Ia 'rechargeable' mcm henpon kita. Bole jln pi mana2..pam kt mana2 anda suka..janji pandai cover, sangat ringan&kecil, mudah di bawa ke hulu dan ke hilir.
Review daripada penjual2 Freestyle..mcm ni...

Freestyle direka kerana...
aksesori Hands-free memberi kebebasan untuk mengepam sambil bergerak.
Bateri boleh dicaj semula membolehkan anda mngepam selama 3 jam.
Kecil dan ringan, berat kurang daripada 450 gram dan dapat disesuaikan di telapak tangan anda
• Teknologi pintar ‘2 phase expression’ berkuasa mengepam yang terbukti untuk meniru corak hisapan semula jadi bayi dan mendapatkan lebih banyak susu dalam masa yang singkat..
LCD skrin, paparan digital skrin menyediakan paparan digital yang juga boleh digunakan sebagai lampu malam bagi mereka yang mengepam sesi lewat malam.
• Butang Memori membolehkan ibu untuk menyamakan corak kegemaran mengepam untuk memudahkan dan kecekapan untuk sesi mengepam seterusnya.
Beg comel memegang pam yang penting dan banyak lagi. Semua aksesori boleh ditanggalkan jadi anada boleh gunakan secara berasingan.
 Ok la, sampai sini dulu 'review' tentang breatpump yang pernah saya guna sebelum ni & sekarang..Thanks for reading...Enjoy pumping!! walau apa pon pam yg anda gunakan..back to basic breastfeeding rules ok....?!


XoXo,
Mummy nab&nad 
 

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...