Friday, March 18, 2011

Nabeela akan dapat adik....=D

Salam,

Setelah beberapa bulan menyepikan diri...tetibe nak umumkan 1 berita tergempar!!! Gempaq x bape nak gempaq la....tp pada mulanya aku susah gak nak terima hakikat...tp bila pikir2 semula....dorongan,kata2 semangat serta nasihat dari kawan2...kenyataan ni aku terima sebagai REZEKI yang besar dari Allah S.W.T.

Nabeela kini berusia 8 bulan 3 minggu 3 hari...means 4 hari lg dia akan sambut ulangtahun kelahiran yg ke 9 bulan..Mummy heppy sesgt...sbb anak mumy dah besar!!!

But then, Nabeela will be 'kakak' kalau tak de aral lebih kurang pada pertengahan bulan Oktober 2011.Kalau ikut pengiraan aku nabeela berusia 1 tahun 3 bulan ketika itu.

Aku kini pregnant 2nd baby...(ketika entry ini di tulis...kandunganku berusia...9 minggu..
heehee )Alhamdulillah sejak disahkan mengandung...sehingga kini..aku xde alahan yg teruk...cuma macam biasa...tekak loya2...kurang selera makan...aku xde lagi muntah2...aku do'a sgt2 supaya Allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang mengandung anak ini.Kasihan Nabeela, kalau aku x sihat...dia nak bermanja dengan aku...dia baby yang manja...masih breastfeeding...walaupun aku mengandung..walaupun sekarang terpaksa campur FM...atas sebab badan ni letih dan x mampu menanggung kedua2nya (Breastfeeding &Pregnant) terpaksa aku korbankan hasrat nak BF Nabeela until 2 years.Aku harap Nabeela leh 'tandem nursing' selepas aku melahirkan bayi ke2 ni...dan adiknya dapat eksklusif breastfeeding.....amiiiin =D

Sedikit tips yang aku dapat dari rakan 'alam maya'...seronok berFB ni...dpt kenal ramai mommies2 luar sana...berkongsi idea,pendapat&pengalaman mengandung,melahirkan dan membesarkan si manja....walau jauh dimata...tp tetap dpt berborak!!!

:: Begini la rupenya...kandungan berusia  9 minggu ::


‎5 cara kurangkan loya tips dari doktor pakar Obstetrics & Gynecology Dr. Norintan Zainal Shah :
*sediakan stok biskut kering disebelah katil sebelum tidur..sebaik terjaga boleh kunyah biskut tu untuk elak kandungan asid dlm perut naik dan menyebabkan rasa mual.
*sepanjang hari makan dalam
amaun yang sedikit tp kerap..mkn stiap 2-3 jam..mesti makan biarpun ibu x lapar sbb ia akan membantu mengawal asid dlm perut..boleh makan bijirin bersama susu..
*sebelum tidur ambil snek seperti yogurt atau susu..selepas 30 minit boleh baring dan tidur.
*minum air yg banyak iaitu 8 gelas sehari..jus buah2han atau teh herba setiap hari.
*elakkan makanan yg ada byk lemak dan bahan berempah..makanan mengandungi halia adalah terbaik utk megatasi masalah ini..memandangkan halia adalah ubat mujarab untuk membuang angin dalam badan...
Aku ada terbaca tips bagi menghilangkan loya tat kala mengandung...dengan meminum air halia...huuuurmmmm =P
Cara penyediaan minuman halia :
Bahan2 :
20 hirisan halia muda
2 helai daun pandan
Gula melaka/Gula kabung secukup rasa
Cara2 :
Rebus semua bahan di atas.Tapis & minum air tersebut setelah suam.
Semoga dengan sedikit tips2 kat atas ni...kita akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan nikmat&rezeki yg Allah berikan kepada kita....Amiiiin.

Jumpa lagi ye blogger....

Thanks for reading ;-)

Part 3 :Dah lama x update blog...lagiiii!!!

Jumpa lagi sekali...heehee..sambungan Part 2...masih bercite berkenaan botol susu 'non' BPA or BPA free....

Sumber ini di petik dari laman web Kementerian Kesihatan...

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat/BPA :

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7
  2. Nombor 7 dan PC
  3. Nombor 7 dan ‘other'
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Kan??? are u happy now?walaupun KKM kata bole pakai selama 6 bulan jika tiada kerosakan pd botol...tp pd hemah saya...3 bulan je...kita LEGO!!! (let go) huuhuu...

That's all...semoga dgn sedikit informasi ni kita dpt berkongsi & mendapat manfaat bersama yer ;-))

Thanks for reading;
Lyna.

Thursday, March 17, 2011

Part 2 : Dah lama x update blog!!!

Salam....

Jumpa in Part 2...kalau blog ni ada perasaan...mesti dia merajuk...tp,nk wat camne?bz.....memanjang..coverage internet kt umah pon X OK..harapkan balik umah mak..coverage internet full bar! Tp...dah melayan si kecil...bile masa dtgnya idea nak menulis blog.

This time nak kongsi cite tentang penggunaan botol BPA yg kini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia...Huh! Mungkin aku terlepas pandang aspek tu...memang aku ada TERbeli botol AVENT jenis clear plastik... (Avent terdapat dalam 3 jenis -HONEY,MILKY,CLEAR)...

Honey color - Polyethersulphone (PES) terdapat dlm warna madu berwarna alami dan merupakan bahan yang sangat tahan lama. 'High quality' ia bererti bahawa itu adalah tahan panas, tahan kotor dan lasak. Selain, botol PES mempunyai kelebihan sedikit kerana itu lebih mudah dibersihkan.

Milky pulak - Polypropylene (PP) mempunyai rona susu dan merupakan bahan yang lebih lentur. Philips AVENT botol yang diperbuat dari material ini mempunyai cincin penyesuaian untuk memastikan rok unik pada puting susu bekerja secara optimum.

Clear - Polycarbonate (PC) adalah plastik yang jelas yang sangat tahan lama. Polikarbonat plastik digunakan dalam botol bayi, botol air, peralatan perubatan, peralatan olah raga dll kerana kurang kemungkinan retak atau pecah, yang boleh menyebabkan kecederaan. Namun, Polycarbonate mengandungi Bisphenol A ;-P

Penjelasan kt atas ni...sebagai panduan pengguna2 botol AVENT...Tp saya ada 1 botol yg masih belum digunakan. Pasni...saya nk citer tentang cara2 penjagaan & penggunaan botol BPA...sbb selama ni orang x kisah pon botol BPA atau x...tp saya skrg...botol air sendiri pon saya cek...heehee...

Tunggu part 3...bole???

Jumpa lagi.....

Monday, March 14, 2011

PART 1 : Dah lama x UPDATE blog.....=)

Salam blogger,

Heehee...lamanya aku x update blog....sempat jenguk...tp x sempat nak menulis...Alhamdulillah...tahun 2011 kursus 7 hari aku dah 'complete' malah,terlebih 1 ari..tp nangis jugak la tinggalkan si chumel beberapa hari tp mummy x risau...sbb Bella tinggal dgn atok..dia mmg dah biasa duk ngan atok.

Lg 1 minggu usia nabeela menjengah 9 bulan....cepatnya masa berlalu..ingat lagi masa dia baru di lahirkan&masuk wad bayi....sgt chumel&kechikkkk...Tp skrg Alhamdulillah..sgt aktif&bijak.......dia sgt suka belajar pekara baru, dah pandai meniru perbuatan org dewasa dan cepat belajar melalui persekitaran...
:: Sgt suka menonton TV dan ada lagu2 favorite ::
:: Khusyuk!!! ::
:: comot...makan coklat DAIM ::
:: Gaya anak ku yg semakin membesar ::
:: Membelek kasut baru ::
:: Muncung ::
:: Aksi2 nabeela =) ::
Sampai sini dulu...will be continue...;-)

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...