Showing posts with label My hubby. Show all posts
Showing posts with label My hubby. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Susu segar legend Tangkak & Segamat

Assalamualaikum,

Susu segar legend kembali lagi!!!
Ehh.. macam iklan kat TV x???



Siapa yang terliur? sape yang tak? ok, fine...susu ni selalunya anak2 kita yang terliur lebih. Tapi ada gak mak apak yg membesar tahun 90an pernah jumpa & rasa susu sedap ni.Tak minum susu? Takde masalah...sebab susu ni tak rasa susu sangat kecuali yang putih (asli).

So, ada yg nak minum sendiri? Atau nak jadi agen? Agen..saya prefer area Segamat dan berhampiran sahaja.Minimum borong 50 botol.


Kalau nak beli runcit2...
FREE DELIVERY sekitar TANGKAK (min 5 botol) Jangan pulak mintak 2 botol pastu mtk hantar..alamak! kena caj upah hantar kalau gitu..hmmmmh

Sekitar bandar SEGAMAT pulak (min 10botol) itu pon hujung minggu, set time siap2 dgn saya melalui whatassp 0196800226.


Hari2 saya melayan order customer. Bagi peniaga2 butik vendor ke, kedai runcit yg ada freezer ke, gerai makan ke, kantin..di alu2 kan sangat untuk jadi agen kami. Setakat ni permintaan memang tinggi sebab susu ni sangat 'rare'.

Agen kami setakat ni baru 2.. iaitu di kedai "thedirectors'' One Segamat dan Butik Vendor, Felda Maokil. No fussy agen (bukan taknak layan, tapi saya dah terkena... tak yah la cite) Tapi harap kita pat bekerjasama secara profesional. Kita jaga bisnes masing-masing.

Ok, thank you ;)

Susu segar legend

Harga runcit, untuk harga pukal minima 50-100 botol please contact me.


‪

Wednesday, August 19, 2015

Jom sihat dan kuat dengan minum susu!

Assalamualaikum,

Pembaca2 blog ku sekalian [bajet femes?!]

kita straight to the point...siapa pernah minum susu segar berperisa macam kat atas ni??? Haa..jangan main2.. ramai yang panggil ni susu segar legend. Memang la legend sebab ni zaman 80 an ke 90an nye susu femes.

Biasanya terdapat dalam perisa Jagung, Strawberry, Coklat dan Asli. Tapi perisa baru pon ada sekarang..Oren, pisang dan anggur [takde dalam gambar].

Kalau korang yang jenis tak minum susu putih sebab loya ke hapeee...elokkkk sangat la amik susu segar ni sebab tak rasa susu..kalau minum strawberry rasa strawberry lar...kalau minum jagung rasa jagung sangat!

susu ni penting tau...bukan untuk sekarang je terutama kita ibu-ibu yang telah atau sudah mengandung..kandungan kalsium mesti semakin berkurang.

Antara kebaikan lain yang boleh diperolehi bila minum susu hari2 :
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun).

    So, kepada yang teringin nak rasa susu segar ni...saya ada jual...tapi CASH ON DELIVERY sahaja sekitar Tangkak & Segamat [pm/whassp sahaja 019-6800226] atau boleh dapatkan di pasar malam/pasar tani area tersebut. Sebotol RM 2.20 sahaja kalau borong 5 botol RM 10.00 sahaja.
sumber kalsium dalam bentuk caplet..tak suka nak minum susu??? [klik sini]

Sunday, May 31, 2015

My Hubby : Kerjaya baru.

Assalamualaikum w.b.t,

Momen sedih berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga pada penghujung April 2015. Aku akan ingat saat itu sampai bila-bila. Terima kasih kepada mereka yang 'menabur pasir dalam periuk nasi kami'. Since May 2015, my husben officially was not government servant anymore! bukan lagi 'cikgu plkn'[blog]. Kontraknya telah ditamatkan atas sebab2 tertentu.

Tapi, tak mengapa lah... REZEKI ALLAH tu luas.. tak semestinya tidak makan gaji..tidak bekerja di sektor awam dia tidak mampu menyara kami sekeluarga. I have to be positive.. supaya husben tak lemah semangat. Terima kasih kepada mereka yang bersimpati atas nasib kami, ramai yang menawarkan kerjaya baru kepadanya tapi dia menolak kerana nak fokus dalam bidang PLASTIC MODEL. Ia bukan big boy toys.. Ia adalah 'collections' bagi mereka yang gemarkannya.

Husbenku serius dalam kerjaya barunya sekarang dan bersungguh-sungguh dan meletakkan matlamat untuk jangka masa panjang dalam bisnesnya sekarang. Ia bukan sekadar bisnes, tapi ia juga datang dari minat dan hobi. Ramai yang tak tahu apa itu plastik model... ramai yang ingat husbenku tak boleh menjana pendapatan.. tapi macam aku kata awal2 tadi.. Rezeki itu dari Allah, siapa yang berusaha..tawakal.. Insyaallah, Allah akan kurniakan kejayaan kepada mereka.




Bagi mereka yang nak tahu apa itu plastik model, atau berminat memilikinya untuk koleksi anda... hubungi En Razman Rahmad [Whassp 0177427342]

Facebook : Rightenen Kucing
Instagram : razmanian_scale_models

Tuesday, April 7, 2015

Anniversary ke-6 Lyna and Razman

Alhamdulillah...

03.04.2015 genap usia pernikahan kami (Lyna & Razman) 6 tahun yer...
04.04.2015 Ulangtahun tarikh persandingan kami...

Syukur ke hadrat Ilahi... pelbagai suka duka kami lalui bersama...
ketawa bersama, menangis bersama (eh! macam lagu pulak)
Selama 6 tahun berkongsi hidup... kami telah dikurniakan 3 orang anak... 2 perempuan, 1 lelaki. Alhamdulillah. Kurniaannya yg tak ternilai.

Kami takde buat sambutan besar-besaran mahupun kenduri. Cukup la ikut kemampuan kami.. belanja anak2 makan kek petang sabtu lepas...

Get ready to eat mummy!
Sabar menunggu...

Kek pilihan kakak & adik

Hmmmh... tengah pikir nak makan apa

#Throwback kami nikah & sanding...


Alhamdulillah...he's the one..InsyaAllah..Do'akan kami kekal bahagia membawa ke Jannah.



Layan lirik ni.... =)
"All Of Me"


What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

I give you all of me
And you give me all of you...

Thursday, December 11, 2014

Lawatan ke A'FAMOSA RESORT ALOR GAJAH

#throwback

Awal november aritu... Mumy, Dady teman kakak&adik pi rombongan skolah ke A'famosa Resort.. nak di jadikan cerita..2 minggu selepas tu.. Dady dapat surat pertukaran ke KEM PLKN JAYA GEMILANG sebelah je zoo & waterworld A'famosa Resort tu.. Kem tu memang kena masuk entrance A'famosa tu... So, bila masuk ctu dorang ingat nak gi mandi manda...

K, bukan nak cte tentang tu...

Just nak upload gambar2 kenangan semasa rombongan tu jek..

Bagus TASKA PERMATA KEMAS ni..rajin jenjalan.. tahun lepas pi Petrosains, KLCC. Banyak peruntukannya... dah nak abis sekolah pon dapat hadiah best2 lagi... [tu citer next entry]

Layan dulu gambar start dari dalam bas hingga le ke tempat mandi manda... Zoo??? Next entry la... Tp A'FAMOSA SAFARI memang best...close up tengok binatang2 liar & ganazzz.. tai takde la pat pegang ok.. Kiranya takde la ko tengok harimau jauh beribu batu dalam sangkar macam kat zoo2 lain ( yg pernah aku gi) So, far anak2 aku enjoy dan nak pegi lagi... nanti aku cte lagi k...













Dady je layan anak2 mandi...mumy 'terjun' gak..tapi kejap2 jer...

Sunday, September 21, 2014

Part 2 : "My Love" [bertemu jodoh]

Tetibe PART 2..

Mana PART 1?? [sini lar]

Ramai ke nak taw CERITA CINTA kitorang...? Ko rasa ada tak seromantik cerita ROZITA CHE' WAN dengan ZAIN SAIDIN???

Perkenalan Kami

Kami berkenalan semasa sama2 kerja kat sebuah syarikat jualan kereta. Kira kami ni SALESMAN & SALESGIRL.. sape mngurat sape??? mesti la Encik Razman.. tetibe SMS kita nak kenal. [henpon tu ilang..kalau tak bole tunjuk bukti] kebetulan, mungkin jugak dah jodoh..kita tengah single... Orang tu nak kawan.. kita OK je lar.. secara details tak payah ek..

Kami berkenalan pada bulan Julai 2007.. Then, Allah bagi rezeki, aku dapat kerja government jawatan sekarang. Masuk servis bulan November 2007, di tempatkan di Putrajaya. Family dia decide nak masuk meminang. Elok2 nak merisik bulan Disember tuu.. terus di pinang jadi bertunang. Memang sempoi & takde planning. Nasib baik tak terus nikah. heehee. We just go with the flow.... gtew...

Susah senang bersama

Dari Januari hingga Disember 2008 kami berusaha la kumpul barang hantaran tuk kahwin... sepatutnya Nikah hujung Disember 2008.. tapi disebabkan banyak halangan, dugaan & cabaran.. 'post-poned' sehingga MAC 2009. Setelah kami berbincang... kami pilih tarikh 3 April 2009 untuk disatukan dan 04.04.2009 untuk bersanding.

Seeeeeeeeeeeepanjang kami berkawan & bertunang.. banyak sangat dugaan.. kami bukan macam 'couple' zaman sekarang. Tak pon, tak macam korang.. bercinta pon naik kete.. kami turun naik bas dan 'tren'.. Sebab bakal husben dulu cuma ada motor. Susah bersama... dating pon tak gi tempat makan yang mahal2. Kadang2.. makan pon share. Kami sama-sama mencari rezeki di Putrajaya. Punya la nak berjimat, kami kan 'baru nak hidup' [orang tua cakap] makan2 kat Putrajaya tu punya lah mahal kalau nak bandingkan dengan gaji kami masa tu. Mana nak makan, nak bayar sewa, nak bagi orang tua, nak menyimpan lagi. Sedih la kalau ingat balik. Tapi, kami bole terima antara satu sama lain...[cewahhhh!] dia bole pat girlfriend lagi cun kot dari aku..tapi kenapa dia pilih aku???

Kehidupan suami isteri

Selepas bernikah.. rezeki Allah tak pernah putus.. walaupon kadang kami di duga juga, Alhamdulillah kami lalui bersama. Syukurlah, sejak 5 tahun bernikah.. kami di kurniakan 3 cahaya mata yang comel, cerdik & sihat..Syukur sesangat! Tu lar... pengikat kasih sayang kami hari ini, esok dan selamanya.

Perancangan Allah sangat hebat kalau kita lihat masa lampau dan sekarang. Setiap kesukaran pasti ada kegembiraan di masa depan.



# Ingat LAGENDA BUDAK SETAN je ada 3 sequel... nanti kita sambung SEQUEL ke-3.. harharhar...

K, bye.

Saturday, September 20, 2014

Part 1 : "My Love"

"My Love"

An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again...

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take its there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah), to see you once again my love. (oh my love)
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again.... My Love.


Lirik lagu "MY LOVE" pembuka bicara... Hit song ni masa tahun 2000, pernah dengar tak? WESTLIFE... sekarang entah mana dorang... aku pong tak pat jejak lagi. Liriknya sangat indah.. berharap untuk bertemu kekasih hati. Masa ni aku takde kekasih pon.. caya tak??? Percaya la... tapi selepas 7 tahun.. Alhamdulillah, ketemu jugak CINTA HATI. haahaa.. Indah kan Cinta??? phewwww.
Semua orang tahu kot.. Razman bin Rahmad suami tercinta, Ibu ku Aftah Affan dan Arwah bapa ku Sabran bin Ibak kesayangan ku, anak-anak kurniaan Allah adalah cinta hati ku. 
** Walaubagaimanapun, kita tak boleh mencintai manusia di sekeliling kita lebih dari mencintai Rasul-Nya dan cinta abadi hanyalah kepada Allah. Keluarga kita hanya pinjaman di dunia. Kita kena lah berusaha lebih untuk bersama-sama bertemu di Jannah nanti. Tempat yang lebih kekal abadi. **


03.04.2009

Bawak mak bercuti di langkawi

~3 Little angels~


# nantikan PART 2.. kita cerita macamana pertemuan dan cerita cinta kami yer... haahaa.. FEELING retis ke kau???

Thursday, July 24, 2014

Dating hubby&wifey : TRANSFORMERS 4 - AGE OF EXTINCTION


Assalamualaikum.... dah 13/7/2014 baru ler mami sempat nak update cerita bulan lepas... heehee...
Gambar ni sebelum kejadian yang seterusnya....
Nabeela tu 'propa' jer... tukang teman beli tiket jek.. mumy & dady tgk mid nite taw... tunggu nak2 tido..atok temankan dorang.. mumy&dady berdating...huuhuu.. kejam ke x??? sekali skala hubby & wifey kna la ada time together... spy walaupon anak dah ramai.. still mcm org baru bercinta... ye tak?!

Dah tengok TRANSFORMER : AGE OF EXTINCTION???

Aku la orang paling excited... sampai nak ngajuk2 dengan hubby sebab dia kata "transformers ble2 bole tengok..." tapi seboleh2 aku nak elak tengok pada bulan puasa... Yela, free time kitorang malam je kot.. nanti nak TARAWIH, SAHUR bagai.. sanggup ke nak p wayang pada malam bulan puasa??? tak de koje den...

Berbalik pada TRANSFORMERS 4 tadi.... aku & hubby adalah peminat setia cerita ni.. rasa macam tak de apa2 setelah tengok cerita ni.. [takde efek langsung] yang best ada DINOBOT dan OPTIMUS PRIME tu 'cantik' sikit... Peminat teknologi mesti kagum.. tapi kalau dari segi jalan cerita... hurmmmm... best lagi Transformers 2 & 3... Ok tak pe..

Dan yang aku pelik ada blogger yang rajin mengaitkan Transformers dengan DAJJAL... Wallahu'alam... korang search ar sendiri. Aku minat cerita ni sebab kagum dengan ROBOT tu boleh [treet..treet..treet] transform dari lori jadi robot..dari kereta jadi robot... pastu gaduh guling2 bagaikan..haahaa..Penceritaannya aku takde la amik pusing mendalam sangat. Aku anggap macam baca komik... [walaupon tak baca..haahaa ;P ]


28 Jun 2014

Mummy & Beela
K, dah nak raya dah... banyak lagi nak citer.. Ni citer hampir sebulan lepas!!!

Next Entry erkkkkkkkkkk..

Monday, June 2, 2014

Ingatan untuk diri sendiri...dan wanita2 lain...

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka 

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Monday, April 21, 2014

KEMAS RUMAH : Susunatur "baru" dapur mummy

Salam,
Harusssssssssss la menggunakan segala kreativiti...walau sesibuk mana pon..walau kecetekan idea...walau kesuntukan masa...aku kena la memastikan dapur aku sedap mata memandang.....biarpon tanpa kitchen cabinet IDAMAN yang memerlukan modal ribu-ribuan...

Taww.. memang tak lawo...Tak payah cakap....

tapi ni la 'kesinambungan' dari n3 susunatur dapur comel..

Susunatur dapur comelku tu susun atur lama.

Sekarang upgrade ckit...PENAMBAHBAIKAN gitu.........

Rak dinding tu dan penyangkut tu aku beli kat IKEA murah2 jek... [details sini]
Sume series EKBY.. Berbulan2 'dorang' dok bawah katil..baru laa ni nak pasang taw..sian kat depa... huuhuuhuuui..

Selepas drill 1

Selepas drill 2

Sebelum di kemas...selepas di'drill' kan....huuhuu


Yang bawah ni setelah di susun semula....
Penggantung belakang pintu dapo
Sebelum ni menggantung kuali sume kat tingkap dapur..buruk bebenor rupanye...serabut!!! **sorryy...lupa lak nak alihkan batang penyapu tuh**


Selepas susun barang2

Pemandangan dari ruang masuk dapur
Hah, camne???

Puas ati aku dapat mengemas dapur nih... Takde la serabut mata menengok brang berlonggok je pas de para2 tu...
Pssst...tu yang post status kat FB.."terima kasih hubby kerana sudi melayan bini mu ni..." Biniknya penat gak taw...belari2..nak tengok anak kat depan..nak tolong hubby kt dapur lagi..huihuihui....*__*

Terima kasih kerana sudi jengah 'dapur' mummy...

Yang menulis,
mummy nab&nad ^__^

Tuesday, April 8, 2014

Bila suami ku......

Huh,
Tajuk gempaq ke tak??
Haahaa.....ape perasaan korang satu petang korang kt tempat keje korang...
Laki korang kt tempat keje dia...
Pastu..korang nampak dia 'hup~load' gambar yg korang rasa mcm..............
Is it true??? Is he my husben???
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaargh HAAHAAA


Sabo jela mummy oii....
Dah laki mu begitu.....nak buat lagu manaaa???

Pas korang tengok gambar ni............
Agak2 melampaw ke tak?
Mengucap panjang aku d buatnye..tp dlm masa yg sama... Tergelak sakan jgk!!!
Tajuknye...musim bunga di Ledang...huuhuu..

# Nak link dgn tajuk apekah ini??

K bai :)
Mummy nab&nad

Sunday, April 6, 2014

5th Wedding Annivesary lina&man..

Assalammualaikum...
Pejam celik..pejam celik...dah 5 tahun usia perkahwinan mummy&daddy...
Berkenalan pd bulan Julai 2007....masa tu kitorang bekeje as a salesman&salesgirl kt Sykt Jualan Kereta Import.... Heehee....-rahsia-
Pastu bertunang pd 22 Disember 2007 [besday aku yg ke 23] gile tak mude ai kan?
Rezeki nak berumahtangga.. pat la keje govmen...aku berhijrah ke Putrajaya.
Beberapa bulan pas aku ke Putrajaya...my future husben aku ni pon ikut la pindah ke sana jugak...cari koje kt sana...
Zaman bertunang kitorang tak macam pasangan len...tak mewah...takde kereta...turun naik bas..share makan2...sama2 xde duit.Kumpul duit nak kawen dan bli kereta...[sedih ko ble ingat balik zaman nih]

Finally...Feb 2009 baru ktorg dpt pe yang ktorang hajatkan....muncul la JLK7xxx kami skrg nih....sehinggakan kami bernikah pd tarikh hari ini...

3 April 2009 lebih kurang jam 5:30 ptg.
[Rasa nk nangess pulak buka cte lama...]
Masa nikah x nanges ponnn...skrg plk rasa sebak...[mengadakan?!] coz ble throwback...mcm2 dugaan dh kami lalui...susah senang...suka duka...tambah lg...5 tahun pkahwinan Allah dh kurniakan kami 3 amanah -nabeela,nadeera,nadhif-

4 April 2009 - persandingan kami di Segamat bertemakan turqoise blue..

5 April 2009 - majlis sambut menantu di rumah husben pulak di Labis...

Ala,nanti kte throwback la gambor la...maluuuuuuuuu...
Tp camtak pernah tepek atau citer tentang KISAH CINTA kami...cam tak pernah cerita kan???
Ble scroll2 entry lama... awat cam xde je....post berkaitan...wedding..love...hurmmmmmmm... musykil kat diri sendiri nih!!!

hmmmh, xpela... ni la 1st entry berkaitan LOVE STORY we all ok... nanti continue lagi ekk

# sedih..ada ke patut takde story tentang kami??? kejam sungguh ye mummy ni...


Berwalikan abang sebapa ku - Mohd Faizal


Pengapit - cik doll a.k.a Noradilah Othman


Nikah @ Masjid Jamek Segamat


Sanding @ Segamat
Suamiku..Tunggu diarak...

Berarak @ Majlis Bertandang ~payung over taw!!~

~Gambar lain...termasuk Majlis Malam Berinai tak bole hup load arr..sbb tak pakai tudung..masa tu lom ada keinsafan...huuhuu...nexxxt time cite2 tentang MAJLIS KAMI pulok ye~
Love my hubby & my family
^mummy nab&nad^

Monday, November 25, 2013

SHARE : PANDUAN DIDIK ANAK ~CARA WARDINA SAFIYYAH~

Assalamualaikum semua,

Arini sume nak share ttg 'new idol' aku..IDOL zaman kini la..Selain Nabi Muhammad SAW & para sahabat yg patut menjadi contoh kepada kita...

Aku pon meng'google' cara mendidik anak..sbb aku taw Wardina ni kita tgk lemah lembut je..anak2 dia pon bijak2...selain rumah dia teratur & tersusun [hmmh, suaminya interior design uols!]
Memang mimpi nak jd cam dia..Apa kata, kita masukkn skit INPUT ttg didik anak2 dalam diri kita..mudah2an kita berjaya mendidik anak mengikut landasan yang betul sehingga mereka berjaya dunia&akhirat..





1) Parents perlu kaya dgn kasih-sayang & nasihat
Sebagai parents yang bekerjaya, mgkin ada masa-masa kita terlalu sibuk sehingga anak2 sedikit terabai utk beberapa ketika...blk rumah anak2 pon dh tido, xsempat nk luang masa pon utk hari tu...Even anak2 dh tido, berikan gudnite kiss & selitkan nasihat2 pdnya walaupon kita tau anak kita tu dh lena tido...doakan skali semoga anak kita tu membesar sebagai anak yg soleh & solehah...

2) Selalu bersembang dgn anak
Selalu mencari masa utk bersembang dengan anak. Cthnya time dlm kereta nk pegi hntr atau ambik anak dr sekolah [selalu praktikkan dgn nabeela] Kalau kita guna perkhidmatan van sekolah, cari masa sekali seminggu utk hntr & ambik sndiri anak kita dari sekolah. Kadang2 kita xsedar saat anak2 membesar itulah the very precious moment for us to be along them.

3) Ajar anak mencintai buku dari kecil
 Jadikan buku antara top list hadiah utk anak. Mengikut kata wardina, ajar anak cintai buku dari kecil, even dia blm tau membaca, ribalah dia sambil kita bacakan buku utknya.

4) Selalu nasihat anak2 sblm tdo
Berpesan lah selalu pada anak2 utk menjadi anak yg soleh & solehah. Cth nasihat: if arini anak menangis xnk pergi sklh, mlmnya sebelum anak tdo, nasihatkan & ingatkan anak itu: "esok xnak nangis2 lagi ye nk pegi sklh..." InsyaAllah nasihat kita di akhir harinya itu akan menjadi ingatan utk nya dia awal hari utk nya esok [Pun suka..praktikkan]

5) Guna kata-kata positif dalam komunikasi
Elakkan guna perkataan 'jgn' or perkataan2 negatif yg lain. Instead of nak marahkan anak dgn mengatakan: "Jgn buat itu, jgn buat ini...", nasihati anak dgn mengatakan: " Nabeela kena buat macam ni, sayang...bukan macam itu...nnti rosak la benda itu klau buat mcm tadi..." see the difference? kita sndiri pon lebih mudah menerima nasihat yg positif berbanding ngan ayat2 marah berapi...

6) Jadi role model yg baik utk anak2
Macam mana kita nk marahkan anak2 supaya xbuat sesuatu yg kita sndiri pon buat...Jadi, kalau nk anak jadi anak yg soleh & solehah, kita sbg parents pon kena la soleh & solehah dulu...ini yg dikatakan 'Kepimpinan dari tauladan'

7) Hukuman adalah kaedah yg plg terakhir
Kdg2 kita menghukum anak dlm keadaan letih baru blk keje, or worst is dalam keadaan marah. Ini tidak adil kpd si anak. Nak menghukum anak, yes blh...tp bukan dlm keadaan emosi kita yg xstabil...dlm erti kata lain, melepaskan marah pada si anak...Klau tengah marah, jgn berdepan dengan anak lagi, lari dulu cool down, kemudian baru bersemuka dgn anak itu. begitu jugak dgn pasangan kita; dlm keadaan beremosi semua benda buruk blh terjadi.


TIPS2 DARI WARDINA:
* Betulkan komunikasi dgn anak
* kena sedar klau kita hukum anak dlm keadaan marah
* cari ilmu keibubapaan* selalu bersolat bersama2 pasangan & anak
* bercerita dgn anak2 supaya anak2 xsegan bercerita dgn kita
* pastikan cium anak2 & berdoa yg baik2 utknya sebelum tido.

Wallahua'lam...



Senyum;
mummy nab&nad




Wednesday, August 15, 2012

Raya Datang Lagi.....

Salam,

Dah mcm tajuk lagu raya..title post mummy kali ni..

Syukur Alhamdulillah..kerana kita masih dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan & diberi kesempatan sekali lagi untuk menempuhi bulan yang penuh rahmat ini iaitu bulan Ramadhan dan beberapa hari saja lagi... Syawal akan menjelma.Syukur Ya Rabbi! Semoga amal ibadat kita sepanjang Ramadhan ni akan diterima oleh-Nya.

Tahun 2012 merupakan tahun ke 4 beraya sebagai seorang isteri...Tahun pertama ialah tahun 2009..masa tu baru 5 bulan (lbh kurang) mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang...Razman Bin Rahmad. Tahun 2010 tahun pertama meraikan raya sebagai seorang ibu..baru abis pantang masa tu..baby pon baru 2bulan+ Tahun lepas pengalaman baru wat mumy kerana kali pertama x merasa pakai baju kurung di hari raya..pasal mumy mengandung anak ke2 masa tuh...Masa tu mmg xde feel nak raya..Just bli baju jubah siap 2 helai.Puasa pon larat x larat..huuhuu..Baju mak mertua pon xdak bg..Baju anak just 2 helai, baju husben pon x beli...Memang serba serbi ala kadar.Biasa la ble 'perancang' x jln..semua x gerak...huuhuuhuu

Alhamdulillah..dengan rezeki yg Allah kurniakan...tahun ni baik berpuasa mahupon beraya..mumy rasa dah 'over' sgt la nii..Makanan&masakan berbuka,sahur..memang luar biasa dari hari biasa..Kalau hari2 biasa..belasahhhh la masak pe pon..Puasa kali ni x..kul5.30 ptg dah angkat lengan baju, duk dapur jd chef..pikiaq pe nak masak?!! Persiapan raya plk semua nak baru (untuk aku kecuali handbag jer...sbb ada 'target' handbag yg xcukup bajet nak bli skrg..tp klu de rezeki SALE ujung tahun nanti nak jugak!)

Tinggal sehari je lagi hari utk aku bekerja...esok ada baaaaaaaaaaaanyak perancangan sebelum nak blk Segamat utk beraya.Hari ni..bz nak 'packing' barang2 yang perlu dibawa pulang kekampung..

Mari jengok CHECKLIST raya kami :

1)  Beg Pakaian/Luggage (wajib la) - Baju melayu hubby, samping, 2 helai tshirt baru (xde bli seluar baru) dan baju2 harian serta beberapa helai baju tidoq..Baju kurung mummy bawak 3 pasang, tudung yg ada pon baru sehelai..beli dgn my cousin iaitu tudung glamor raya Fareeda still my cousin smpn..jumpa kt Segamat nanti baru dia bg..tudung tu dwi warna..so bole pakai dengan 2 helai baju. Sehelai lg nak cari kt Jakel kot...nak blikan tudung untuk mak jugak. Mana lagi tempat paling feveret..Ariani klu x pon Hajra..cari yang ada SALE gilerrr! Barang mummy lagi yang perlu dibawa Nursing Inner 2 helai, Skirt kembang, cardigan 2 helai, T-shirt 3 helai, Nursing Tank 1 helai dan yg lain2.........huuhuuu........banyaknya barang mumy..x termasuk baju tidoq lagi.

Dah rupa cam orang nk balik oversea..nampak gayanya. Barang anak2 pulak..puas gak nak 'list'kan ni.... Gaun seorang sehelai, Tshirt baru sorang sehelai, legging utk adik, jeans utk kakak, baju kurung adik 3 pasang, baju kurung kakak 2 pasang jek...(planning sorang sehelai jek..tp utk adik kita ada byk kain lebih..1m tu muat2 wat baju kurung dia...Jd la baju kurung terlebih..heeheeh ;) ) Baju tidoq masing2 3 pasang jew&baju pakai basahan pon 3 pasang jew...sbb dah bwk byk sgt baju-bajuan...cukup2 sudah...

Blom termasuk barang lain yang sgt berkenaan didlm beg 'akademi fantasia' ni...yang lain2 tu biasa la..Beg mekap mumy, perfume, butang baju melayu & tuala mandi......

2) Diaper beg & toiletteries babies - Ni jangan lupa...klu lupa kena bli baru..haahaa..pembaziran jdnya nanti. Toiletteries termasuk syampu, mandian, baby oil, bedak, colonge, minyak yuyi, vicks, nappy rash cream, nail clipper, travel changing mat..selalunya benda2 ni dah duk dlm 1 beg...kena cek betul2 jgn ada yg terkeluar dr tempatnya..klu terkeluar mmg x bawak la jawabnya.

3)  Bakul mandi - mumy&dady punya barang2 mandian lor.

4)  Kuih & kerepek raya untuk rumah kampung, atok & mak mertua...

5)  Beg plastik berisi kasut raya.

6)  Bakul susu & makanan babies - ini harus ada..klu x memang si kakak minum air 'gas' jela raya nanti..haahaa..mumy x sezalim itu..blom pernah tertinggal brg yang paling penting tu (dah biasa ulang alik kampung dah expert kemas barang..heeheeh ;-P )

7)  Lain2 spt 'walker' adik..kena bwk..sbb risau dia merangkak sana sini sibuk mengutip. Tengah pk..perlu ke bwk stroller??nak pergi mana? apa keperluannya?

8) Bawak lori pon 'sure' x muat ni..toto&bantal anak2... haahaah =D 

9) Last but not least..lauk pauk yang nak dimasak untuk hari raya yang diimport khas dari Tangkak, Johor. Haahaah.. ada ke patut?!

Seingat mummy, ni aje barang2 yang perlu...ishk2...Harap2 la xsesak si kudut tu.Kawan2 tolong..do'akan perjalanan kami selamat dan kita semua dapat meraikan hari raya dengan suasana yang ceria & gembira. Kawan2 jugak hati-hati taw dalam perjalanan samada nak balik kampung atau nak pgi beraya.

Tahun ni sebelum raya hingga raya ke 2 mummy beraya bersama mak mumy yang tersayang. Raya ke 3 baru balik ke kampung hubby hingga seminggu..tp oleh kerana rumah kami jarak perjalanan setengah jam je..mungkin kami ke kampung hubby jugak raya pertama nanti.

Ok, sampai sini sahaja cit cat mummy kali ni...

Selamat hari raya mummy ucapkan kepada semua pembaca blog mummy, sahabat2 tercinta, sepupu yang dikasihi, saudara mara & kawan2 seperjuangan walau dimana sahaja anda berada...PEACE u'all! Maaf Zahir & Batin.



Ikhlas ;
Mummy Nab&Deera



Sunday, January 9, 2011

~Hubby and I ~

Salam blogger,

Let me introduce..Razman bin Rahmad..x perlu bgtau lg...he is my hubby..<3

...Model Air Asia 2009...

Aku berkenalan dgn hubby sekitar bulan Julai 2007 semasa bekerja di sebuah sykt swasta.X lama bercinta...kemudian, mak dia nak masuk meminang (dah jodoh....x sangka I..) 22 disember 2007 kami mengikat tali pertunangan.1 tahun 3 bulan, setelah menempuh pelbagai dugaan&cabaran 'alam pertunangan'....kami akhirnya selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek,Segamat pada 3 April 2009.

Tarikh nikah : 3 April 2009

Tarikh majlis sanding : 4 April 2009
 Tu jer...xtau nak cite pe lg..kira la sendiri...dah bape tahun kitorang 'kenal'..kami akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi pasangan bahagia di dunia&di akhirat..Do'akan juga rumahtangga kami bahagia, sentiasa diberkati, diredhai oleh-Nya serta memperoleh anak2 yg soleh&solehah.Amiiiiiin.

Lot's of  Lurve;
~Lyna~




Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...