Wednesday, April 23, 2014

Gula2 Hati...



Tersentak sekejap bila baca artikel kat atas....kadang2 aku jugak macam tu...bila terpikir mungkin kakak nak perhatian lebih dari adik2...walhal mummy selalu bagi perhatian kat adik2.... [bila anak dah ramai...kesian tak?]
ALHAMDULILLAH...syukur sebab Allah mengurniakan mummy & daddy anak2 yang comel dan sihat luar&dalam...Syukur sangat2...

Ini lah anugerah & amanah yang harus dipikul...untuk mencorak mereka..kehidupan mereka akan datang di dunia malah di akhirat...Di akhirat nanti..mereka lah 'saham' kami...Maka, haruslah kami berikan ilmu & didikan yg baik2.

Memang la senang orang tengok..jap2 pregnant...jap2 pregnant..tapi tanggungjawab yang Allah bagi tu lagi penting dari masalah 'kesuburan' kami!!! Haahaahaa.....Pening taw....
Tapi tu la hakikat kalau anak dah ramai2...mummy jadi 'hilang pedoman' kekadang bila setan mula merasuk... Kalau bole memang tak maw marah2 anak tanpa selidik... Selalunya kalu dorang buat kesalahn besar baru aku hukum...

Nabeela dah nak masuk 4 tahun bln 6 nih..Nadeera masuk 3 tahun bln 9 nanti...Razin pon akan menganjak 1 tahun Jun nanti...

Sekejap jek...masih teringat macamana kelahiran tiap sorang KHALIFAH ALLAH ke muka bumi ni... [bohong la kalau masih terasa sakit...OVER taw!] Dah lupa pon...Tak perlu diingatkan..Ingat yang baik2..Semoga anak2 mummy mengenang jasa mummy daddynya.. Dan mummy tak mintak pembalasan.

Ni lah, pengubat duka lara hati kami..mereka lah yang menceriakan hari2 kami.

Thanks Allah...for a precious give!!!

**Panduan didik anak....dah pernah share dulu2..[kat sini]


Yang menulis,
Mummy nab&nad

Monday, April 21, 2014

BABY BOY : PERKEMBANGAN 10 BULAN

Heehee...

Tajuk...cam ko sorang de anak lelaki kan??? heehee..haruss la...memang mummy idam2kan anak lelaki..tapi PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK..Mummy sayang baby boy tak semestinya baby girl kurang sayang taw!!! Sama rata...cuma biasa la..kakak2 dah besor...macam2 perangai la di buat...marah2 sayang tu biasa la...Pastu peluk2 semul kannnn


As u can see [wah! speaking london ckiiit] kat ticker sebelum korang baca bebelan aku...Razin Nadhif is 9 months 29 days... Sok genap 10 bulan.Alhamdulillah, masih menyusu susu mummy dia nih. Memang aktif + kuat makan. Paling sakit jiwa kuat mengutip barang atas lantai [risau mak..] Acaner??? Paling banyak aktiviti + projek + bijak meng'explore' [hah! tu dia...ayat aku!] Biasa la baby boy kan... Lasak ler ckit... [sangat!]

Mummy dia sibuk berbisnes..cekalkan hati, jiwa dan raga...dengan melayan anak2 yang tengah membesar..layan suami..mak...kerja... Ala, semua ni senang je..kacang je..kalau kita pandai seimbangkan & berfikiran positif.. "nak 1000 daya..kalau taknak..tak payah buat..." goyang kaki sudah! Huaah..........

Menyimpang tempat lain pulok

meh nak tunjuk..piccas Razin Nadhif terbaru...............



Huh, meleleh2 air liuq... Pas nangis neh... Pas tu ktawa!

Ops! candid le sgt...

Geram tengok!

Kemas dapor...Tq jajin...

-piccas blur-

Ada je kerjanye....Projek kecil2an katanya
Razin Nadhif dah tumbuh gigi...BARU ok..Umo 9 bulan..tapi sekali tumbuh sangat laju..iaitu 3 batang trus..haahaa...ada yg dah tumbuh gigi sjk 3 bulan..tapi sampai 9 bulan..tu ler 2 batang.Ada pulak yg cakap "lambat tumbuh gigi anak kurang kalsium.." haahaa....klako pulak...
Tp tulang pon kalsium gak kan??? Why my baby dah memapah since 6 bulan+ ekk??? huuhuu..don't care la cakap2 orang....Jom baca babycenter [sumber].. TENTANG PERKEMBANGAN BAYI 10 BULAN....




Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini.

Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan, dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri.

Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.


Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.


Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu.

Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.


Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.


Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?"

Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).



Adakah bayi saya membesar dengan normal? [Jangan risau sangat...kalau...]

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, mungkin anda akan mendapati bahawa bayi anda akan mengambil sedikit masa sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor menilai perkembangan kanak-kanak pramatang dari waktu dia sepatutnya dilahirkan dan menilai pencapaian kemahiran tertentu sewajarnya.



#semoga anak2 mummy menjadi 'saham' mummy&daddy apabila kami tiada didunia dan diakhirat kelak.Amiin.


Yang menulis,
mummy nab&nad

Sunday, April 20, 2014

KEMAS RUMAH : Susunatur "baru" dapur mummy

Salam,
Harusssssssssss la menggunakan segala kreativiti...walau sesibuk mana pon..walau kecetekan idea...walau kesuntukan masa...aku kena la memastikan dapur aku sedap mata memandang.....biarpon tanpa kitchen cabinet IDAMAN yang memerlukan modal ribu-ribuan...

Taww.. memang tak lawo...Tak payah cakap....

tapi ni la 'kesinambungan' dari n3 susunatur dapur comel..

Susunatur dapur comelku tu susun atur lama.

Sekarang upgrade ckit...PENAMBAHBAIKAN gitu.........

Rak dinding tu dan penyangkut tu aku beli kat IKEA murah2 jek... [details sini]
Sume series EKBY.. Berbulan2 'dorang' dok bawah katil..baru laa ni nak pasang taw..sian kat depa... huuhuuhuuui..

Selepas drill 1

Selepas drill 2

Sebelum di kemas...selepas di'drill' kan....huuhuu


Yang bawah ni setelah di susun semula....
Penggantung belakang pintu dapo
Sebelum ni menggantung kuali sume kat tingkap dapur..buruk bebenor rupanye...serabut!!! **sorryy...lupa lak nak alihkan batang penyapu tuh**


Selepas susun barang2

Pemandangan dari ruang masuk dapur
Hah, camne???

Puas ati aku dapat mengemas dapur nih... Takde la serabut mata menengok brang berlonggok je pas de para2 tu...
Pssst...tu yang post status kat FB.."terima kasih hubby kerana sudi melayan bini mu ni..." Biniknya penat gak taw...belari2..nak tengok anak kat depan..nak tolong hubby kt dapur lagi..huihuihui....*__*

Terima kasih kerana sudi jengah 'dapur' mummy...

Yang menulis,
mummy nab&nad ^__^

Thursday, April 17, 2014

Kemas rumah : susunatur dapur comelku

Salam,

Huh..berzaman n3 ni dalam draf..baru ni nak publish...huuhuu... [ TAK SEMPAT OK...ALASAN...TAK SEMPAT..TAK RAJIN..BUKAN MALAS..TAK RAJIN JEWWW]


keadaan asal

sedikit ubahsuai

Keadaan dapur ku...sebelum di tukar susun atur meja & tabletop...
Alaaa.. rak biru tu aku melintangkan je..letak atas table top yang tak brapa cun tuh... [sedih!] Ni yang group deco kat FB punya idea..ikutkan saje..sampai sekarang masih macam tu cuma bekas AIR 5 liter aku tu berubah...letak atas rak biru tu.... Sebab anak2 dara ku gatai tangan duk main air....


Tak de lah kemas mana....Banyak barang kecik2 yang merimaskan..... bila tahun tah nak audit...buang yang tak patut...
So far, keadaannya simple...Meja tu tempat buat air & susu anak2... Table top tu tempat 'aktiviti' memasak...aku masih takpuas hati..sebab lom betul2 labelling mana garam gula....bekas2 pon x sama rata... pheww!

Saboo ekk...

Kena rajin & istiqamah katanyeee...

Nanti kalau de perubahan akau update lagi la...

N3 tangkap muat ke???  Haiiish..tak la....aku sendiri 'speechless' tengok dapur aku yg cantik ni..sbb tu gambar kecik2..sajek..tak kasi korang telekk lelebih....huuhuuhuuiii

K, daaaaaaaaaaaaaa...


Yang menulis,
Mummy nab&nad

Tuesday, April 8, 2014

DUNIA BLOG KU....


Salam,

Saja post entry tentang dunia blog ni memandangkan....aku kini harus 'bergiat' AKTIF dalam dunia blogging sekarang..memandangkan aku dah 'create' satu lagi blog tentang SHAKLEE..bukan taknak sekali kan...

Aku rasa blog ni pon dah cukup serabut dan 'rojak'...sesekali IKLAN cni ok kan uols??? sbb ni BLOG UTAMA aku...mestila keutamaan DISINI!!!

Oleh kerana....aku nak aktif semula berblogging...haruss la aku meng'download' eblogger kt smartphone aku...supaya klu aku datang idea..TIIIIING! cecepat 'draft' gtu....dah bebel2...klu rasa ok..publish..klu tak nanti duk depan lappy edit pulak...pas2tu baru publish...senang kan???
-tips utk blogger tegar yg selalu malas update blog-
Screen Captured

Tapiiikan......

Isuuuunye kat sini...

Kenapa tetibe aku post entri tentang cerita yang tak bermanfaat tuk korang ni....
"Kita bukan nak tunjuk pandai...atau tak suka orang komen....kita suka orang komen tapi hagak2 le..kalau nak suh kita ikut cara awak blogging memang tak ar kan..."
Alasan aku kat sini..sebab..aku bukan semalam baru berblogging...pahtu..kita pon de sijil kursus 'blogspot' [haahaa...poyo! takde niat nak berlagak taw..] Tapi kan...sebenarnya masa 2010 tu kita stat blog...kita godek2 sendirik jer....takde sape ajor... kita tanya kawan2.
Lagipon...sekarang kita pon de IDOL kita dalam dunia blogger nih...............

Ramai sebenarnye....Biasa yg femes2 ar kan..mesti ar femes kan....

  • Aku Bukan Bidadari
  • Kakak Chinta [opismate...nak bgtaw jugak..haahaa]
  • Yana
  • susunatur sioca
  • sue suka susun
  • mrs aisheiteru


    Alamak...ramai pulak.....tapi memang mostly tentang deco2 rumah....walaupon....rumah aku tak secantik umah dorang.. [tak layak kot listed' dalam group deco] sebenarnya.... I've tried my best...kekangan bajet + idea + masa.... Dorang sume kretip taw... Blog pon canteeeek..heehee....[Nanges kalau tengok umah dorang....Blog dorang ponnnnn...nak cecantek cam gitu gak.....]

    Berbalik semula tentang 'dunia blog' ... 1st entry aku.... tajuk ASSALAMUALAIKUM jer...
    Tapi sekarang selok belok belog aku taw la....banyak....tapi...makin baaaaaanyak aku taw....makin baaaaanyak la aku nak belajor.Blog aku tak hebat pon...tapi ramai jugak viewer..ahaks! walaupon merapu jek.... Google nak katogerikan blog aku kat ape pon aku tak taw..tak mik kesah pon...sebab blog ni memang JURNAL KEHIDUPAN semata...takde pengkhususan atau dalam erti kata lain yg lebih ganazzz TAKDE HALA TUJU... [tapi aku taw la matlamat dan halatuju hidup aku] Blog je yang merapu okes....

    Biaq pi la orang tak suka blog aku...cara aku menulis..kalau korang suka...korang baca...tak suka tak yah baca..korang bukan bole 'block' aku macam kat FB pon kan???

    **blogging lagi best dari FB sebab kat blog bole merapu panjang lebar..klu nak komen pon tunggu aku approve&publish...kalau aku tak suka memang takkan terpapar la kan...pah tu, kat sini..kalau orang blogwalking baru nampak pe ko tulis..kalau tak orang taktaw..lain la kalau ko SHARE kat FB yeeee**

    Mula2 cam cool..tetibe cam amukan ablasa jek...pe hal ko??? kurang VITAMIN B COMPLEX ke??? haahaa...

    Tak dela...

    Manusia ni macam2 fe'el...layankan aja..klu ko rasa diri ko camtu..camtu la..tak perlu tiru+ikut gaya orang..Bagi aku blog ni "is what u are.." macamana dull or happening nya blog ko..camtu la ko...klu blog ko boring...maka nya..ko pon seorang yang boring...bole gtu??? 

Thank U for readng...

# Tak suka sentap2 taw....Buang yang keroh amek yang jernih =)
# Sekadar menulis...takde ditujukan kepada sesape pon.......


Yang menulis;
^Mummy nab&nad^

Monday, April 7, 2014

Bila suami ku......

Huh,
Tajuk gempaq ke tak??
Haahaa.....ape perasaan korang satu petang korang kt tempat keje korang...
Laki korang kt tempat keje dia...
Pastu..korang nampak dia 'hup~load' gambar yg korang rasa mcm..............
Is it true??? Is he my husben???
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaargh HAAHAAA


Sabo jela mummy oii....
Dah laki mu begitu.....nak buat lagu manaaa???

Pas korang tengok gambar ni............
Agak2 melampaw ke tak?
Mengucap panjang aku d buatnye..tp dlm masa yg sama... Tergelak sakan jgk!!!
Tajuknye...musim bunga di Ledang...huuhuu..

# Nak link dgn tajuk apekah ini??

K bai :)
Mummy nab&nad

Saturday, April 5, 2014

5th Wedding Annivesary lina&man..

Assalammualaikum...
Pejam celik..pejam celik...dah 5 tahun usia perkahwinan mummy&daddy...
Berkenalan pd bulan Julai 2007....masa tu kitorang bekeje as a salesman&salesgirl kt Sykt Jualan Kereta Import.... Heehee....-rahsia-
Pastu bertunang pd 22 Disember 2007 [besday aku yg ke 23] gile tak mude ai kan?
Rezeki nak berumahtangga.. pat la keje govmen...aku berhijrah ke Putrajaya.
Beberapa bulan pas aku ke Putrajaya...my future husben aku ni pon ikut la pindah ke sana jugak...cari koje kt sana...
Zaman bertunang kitorang tak macam pasangan len...tak mewah...takde kereta...turun naik bas..share makan2...sama2 xde duit.Kumpul duit nak kawen dan bli kereta...[sedih ko ble ingat balik zaman nih]

Finally...Feb 2009 baru ktorg dpt pe yang ktorang hajatkan....muncul la JLK7xxx kami skrg nih....sehinggakan kami bernikah pd tarikh hari ini...

3 April 2009 lebih kurang jam 5:30 ptg.
[Rasa nk nangess pulak buka cte lama...]
Masa nikah x nanges ponnn...skrg plk rasa sebak...[mengadakan?!] coz ble throwback...mcm2 dugaan dh kami lalui...susah senang...suka duka...tambah lg...5 tahun pkahwinan Allah dh kurniakan kami 3 amanah -nabeela,nadeera,nadhif-

4 April 2009 - persandingan kami di Segamat bertemakan turqoise blue..

5 April 2009 - majlis sambut menantu di rumah husben pulak di Labis...

Ala,nanti kte throwback la gambor la...maluuuuuuuuu...
Tp camtak pernah tepek atau citer tentang KISAH CINTA kami...cam tak pernah cerita kan???
Ble scroll2 entry lama... awat cam xde je....post berkaitan...wedding..love...hurmmmmmmm... musykil kat diri sendiri nih!!!

hmmmh, xpela... ni la 1st entry berkaitan LOVE STORY we all ok... nanti continue lagi ekk

# sedih..ada ke patut takde story tentang kami??? kejam sungguh ye mummy ni...


Berwalikan abang sebapa ku - Mohd Faizal


Pengapit - cik doll a.k.a Noradilah Othman


Nikah @ Masjid Jamek Segamat


Sanding @ Segamat
Suamiku..Tunggu diarak...

Berarak @ Majlis Bertandang ~payung over taw!!~

~Gambar lain...termasuk Majlis Malam Berinai tak bole hup load arr..sbb tak pakai tudung..masa tu lom ada keinsafan...huuhuu...nexxxt time cite2 tentang MAJLIS KAMI pulok ye~
Love my hubby & my family
^mummy nab&nad^

Thursday, April 3, 2014

Kemas Rumah : tampal skirting tiles rumah

Salam,

Setelah setahun....[lama gile kot....] bajet lari sehhh..Baru arini kte nak tunjuk...developer tu 'kedekkk' gler..umah aku ni ada tiles tapi kat ruang tamu & dapor je..huuhuu...sedey tul!

Ala..nama pon umah kos sederhana rendah..sume la cut cost kan? Bajet pon tak berapa nak banyak masa masuk umah aritu...berbekalkan 10k jewww utk wat tiles bilik,tabletop,mengecat,wiring&piping.....

Hujung bulan Mac 2014...tu aku kata selepas 1 tahun menginap baru buat 'small renovation'...
Rimas tengok kontraktor sebelum ni pasang tiles..janji nak wat skirting tiles tapi tak buat2 jugak..sampai razin dah nak berjalan...hurmmmmmmmm..sabo jek aku...
Janji manismu... Janji tinggal janji.... Tah hape2!

So...de bajet ckiit...ktorang pon panggil la kontraktor warga indonesia jek..senang...Puas hati aku... Cepat,Cantik,Kemas & upah yg berpatutan... RM350 je siap bahan...utk tiles seluruh ruang tamu... [ x ingat la ukuran ruamg tamu... ] pastu de ckit 'cacat' kt bilik air...dorg tolong cantekkan...

Aku memang puas hati la dengan hasil keje depa...Penduduk area Tangkak bole la kalau nak wat renovation rumah calling2 En Hasan.. nih no tepon... 019-7050059

**suka kalau umah sentiasa cantek, kemas dan bersih....bertabah dengan 3 baby chomel aku..hukhukhuk...**

Layan jap piccas2...yg blom berecattt...
^klu nak tunggu cantek mmg tak post la entry ni....ni jujur pnya entry..wakakaka^

Smile;)
Mummy nab&nad

adoi! dinding.... [abaikan]
Ni 'skirting' bahagian ruang tamu
Pintu bilik
Pintu bilik
Lorong ke dapur

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...