Thursday, November 24, 2011

sayang anak2 mummy...

Salam blogger..

Tak sempat nk welcome korang dgn new look..blog mummy nih..but still the same~~

Hari ni bz ckit..pi bank, bwk cik beela mkn @ mcD..Sorry xpat nk upload pics cik beela coz sy x bwk dig camera...yg ada cuma henpon camera ku yg xleh upload pics sbb kabel dh lama rosak :-( Penatnya...turunkan..naikkan cik beela dr car seat dia..haahaa..klu x bwk dia berjalan nt..atoknya x terlayan 2 org skali gus!
Aku berbangga krn telah mempunyai 2 org puteri yg comeyl..heehee..(sape lg nak puji anak kita..klu bkn kita mak nya..tp memuji tu biarlah berpada-pada spy org yg mendengar x meluat..;-P) Kakak beela kadang2 cemburu dengan kehadiran deera dlm hidupnya..beela kini berusia 1 thn 5 bln..x puas bermanja agaknya..Tapi, kami (as a parent) x pernah membezakan kedua2nya..kedua2nya ada keistimewaan masing2 dan bermakna dalam hidup kami.

Ni nak cter..pantang leka...beela akan pergi kpd adiknya..mula2 usap2, kiss adik..sy biarkan aje sbb sy xnak dia menganggap adiknya sbg 'musuh'..saya nk mareka rapat...saya ckp dgn dia "sayang adik ye" 2-3 minit slps itu.."klepek!!!" muka atau kepala adik dipukulnya..nasib adiknya kuat (sjk dlm rahim..adik mmg baby yg kuat) adik x nangis pon..cuma terkejut ckit..tp mumy kesian tgk adik..kakak kena marah dgn mummy. Adoiii..ni yg aku x sanggup nak wat...marah kakak kerana adik.

Setiap hari sy berfikir bagaimana hendak berlaku adil kepada anak2.Bagaimana nak 'handle' perasaan mereka nanti..si kecil perlukan penjagaan rapi, si kakak pula inginkan perhatian...I wish I could do this! Tak sabar sy nak tengok mereka membesar bersama...sy ingin 'dress up' kan mereka spt kanak2 kembar, sy ingin mereka menjadi rapat & akrab adik beradik, sy ingin berikan layanan samarata...tiada sesiapa akan rasa cemburu, tersisih, kecil hati dll..Apa yg kakak ada...adik pon juga akan ada..Insyaallah..jika mummy&daddy mampu..anything for our daughters.

Jika beela & deera membaca 1 ari nanti...harapan mummy terhadap kamu berdua tinggi melangit..lidah ni sentiasa menyebut perkataan yg baik2 untuk kamu berdua..mummy mahu kamu menjadi insan yang berguna&berjasa kepada semua...bukan hanya pd mummy dan daddy shj.Mummy marah sebab mummy sayang...x suka anak mummy wat pekara yg x elok dan merbahaya..mummy marah..sebab mummy nak ajar apa yg baik..atau apa yg buruk..
Mummy cuba menjadi mummy yg terbaik untuk kalian...Mummy x sabar nak tunggu anak2 mummy membesar dan smoga kita bole jd kawan baik.

Wahai anak2 mummy & daddy...ketahui la, bahawa mummy akan cuba sedaya upaya menjaga kalian dengan kasih sayang yg x berbelah bahagi...di dunia mahupun di akhirat! Amin.

Pics courtesy from google image...TQ ;-)


We need Food!

Salam blogger,

Hari ni xde nak cerita bab2 serius....

Kadang2 tekak ni rasa mcm2 nak makan...then, timbul la idea resepi yg mcm2 jgk..hahaha... Meh! tengok koleksi gambar resepi 'macam2 ada' ku....

Kek Coklat Kukus..
khas untuk birthday mak yg ke 63 tahun... ;))

Sebelum kukus...

Setelah siap di kukus..

Hasil..selepas di 'decorate'..HAPPY BIRTHDAY mak!

Roti+Pizza...
resepi ni aku saja cuba2...kebetulan ada bahan2 dlm fridge..belasah jela..!
Sosej&mix vege

Roti Gardenia

Sos tomato & mayonis (xde keju..)

Sapu sos cili atau sos tomato pd roti...

Tabur semua bahan2 & bakar dlm BELVA magic cooker

SIAP! sedia utk d mkn..

Puding Roti
Roti lg..aku mmg peminat roti! Aku cari resepi ni kat myresepi.com utk wat minum petang ;-P
1st try...1st version...x sempat nak snap pic after siap di bakar...

2nd version...di kukus..aku modified ckit...
campur keju dan kali ni x letak fresh milk..tp aku letak susu pekat manis + air 1 gelas...
Lg sedap..x perlu letak gula.
That's all..next time upload lg pics favorite food saya..heeheeh..we need food...LOL!

Wednesday, November 23, 2011

Buah hati penggarang jantung ku..Kau lah racun..kau lah penawar ;-)

Salam blogger,

Hari ni berhajat nak post 2 entry..(kalau sempat la..coz mlm dh jd turn dady duk depan laptop...mumy tetap..and always layan anak2) Bukan mengeluh tau..

Ce baca tajuk kat atas tu..hakikat ibu muda (muda ke 26 thn???) yg dah mempunyai 2 org anak..sibuk melayan kerenah anak,ber'blogging',twitter and Facebook lagik!

Baru jap tadi (23/11/2011 lbh kurg kul 4 ptg) Kakak bangun dari tido menangis x berhenti2..bagi air xnak,peluk pon xnak..siap tukarkan diaper pon x senyap jgk..adik pon bangun..menangis jugekkk...huuuuh! Gue tension sudaaaa! Saya susukan adik..adik senyap...kakak lebih kuat meraung coz x pujuk dia..saya mati akal.
"Pe ke hal budak ni?Pe aku nak wat dgn dia ni?"
Luckily...atok wie dtg dgn Daris (anak buah..duk berdekatan dgn umah mak...)
Atok wie " kenapa bella???"
Bella senyap..nampak Daris trus senyum....aduhai! budak kecik ni....dah de perasaan...sedih,marah,gembira... ;)
Petang semalam saya melayan nabeela berjalan..xtau la bpe KM saya berjalan..sambil mak jaga adik nadeera.Yang paling best..kul 9 mlm nabeela dah penat+mengantok+TIDOR!!! huuhuu... Tinggal melayan adik yg huhahuha~~ menangis x selesa..perut kembung nak berdakap...minum banyak sgt! Tu la psal...Meh tgk pics anak2 ku yg kian membesar...yg macam2 ragam...yg sering buat aku kadang2 hilang sabor...tp aku tetap sabor...heeheeh!
dari 2.1kg....in 1 month berat adik jd 3.5 kg..cuma breastmilk!

Sweet sgt2....Nabeela peluk adik Nadeera...Dah besar nt jgn gado2 tau ;)
I love U my baby..

Sifat kakak terserlah..

Kakak pandai 'ON' laptop..hmmmh..bijak budak2 sekarang nih!

Nadeera with 'caterpillar'..

Close up...Full Face..

Tido sekatil..mcm 'anak kucing'..heehee...so cute!


Si tembam mummy&daddy nih...

Nabeela cam Mas Idayu..pegang botol camtu....tp dh besar x mau jd Mas Idayu taw!

Bila nabeela menangis....Cantik x muka dia???

Kakak demam..suhu hingga 39 dc..

Daddy bg mkn ubat...kakak budak baik...pandai mkn ubat!

Tetap aktif!!! Mummy syg kakak..

Pas menyusu...turn Daddy 'burp'kan nadeera..

Suka pulak mummy amik pics dia..
Macam2 kisah tentang mereka...yang paling 'best' bila...adik mengaruk (menangis) kakak pon 'join' sama...tu yg xtahan mummy d wat nya.Nabeela dah mula tunjuk sifat syg pd adik...dia selalu kiss adik..tp klu time dia geram..laju je tangan nak 'melepuk' adik..heehee..

Mummy 'geram' dgn nabeela & nadeera..tp mummy sayang sgt kamu ber2!!!

Thursday, November 17, 2011

~ CARA UTK MEMESAN SET BERSALIN ~


 Cara2 nak memesan barang? 

- Boleh tengok gambar2 produk SET BERSALIN yang ada dalam blog ni @ klik kat’ title’ yang digemari ( cth: set bersalin NONA ROGUY)
-Kalau teringin nak membeli anda boleh menghantar email, PM melalui facebook saya atau hanya sms.
- Sila beritahu saya jenis produk yang dikehendaki.Sila tunggu sehingga kami membalas email anda untuk memastikan & mengesahkan stok barang ada.
- Selepas pesanan sesuatu barang ‘confirm’, sila buat bayaran kepada saya dalam masa 48 jam ataupun pesanan akan dibatalkan secara automatik.
- Sila hantar pengesahan bayaran melalui SMS,email atau PM di Facebook saya dengan maklumat diri yang lengkap untuk memudahkan proses penghantaran.
 Bagaimana untuk membayar? 

- Semua transaksi dalam Ringgit Malaysia sahaja (RM).
- Anda boleh menggunakan Online Banking Maybank2u atau ATM transfer (Maybank).
- Harap maklum bahawa bayaran melalui Interbank/Giro biasanya mengambil masa selama 24 hingga 72 jam hari bekerja.
 Penghantaran 

- Semua pesanan akan dihantar menggunakan PosLaju Courier Service atau Pos Express
- Pembeli perlu menanggung kos pengeposan.
- Setiap penghantaran beserta dengan ‘tracking code’, anda boleh menyemak dari website:
http://www.pos.com.my/
Saya tidak mengambil sebarang keuntungan dari caj pengeposan.
(Sila baca terma & syarat sebelum membuat pesanan)

 Terma & Syarat 

-Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar,sila buat pertanyaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pesanan.

- Bayaran perlu diselesaikan dalam masa 48 jam hingga 72 jam selepas pesanan dibuat.
- Tidak dibenarkan membatalkan pesanan setelah ‘confirm’ dan pembayaran dibuat.
- Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakkan barang yang dipesan semasa penghantaran (tracking no. akan diberikan kepada pembeli).
Sila sertakan maklumat peribadi yang lengkap :-
Nama:
No telefon:
Email :
Alamat lengkap:
Barang/Produk:
Kuantiti :
 Sekian,Terima Kasih 

Tuesday, November 15, 2011

KENANGAN...3 Julai 2011

Salam blogger,

Arini baru teringat upe2nya mummy lom share pics nabeela's 1st birthday party kn??sampai mummy dah bersalin anak no 2..dan habis pantang...MUMMY KEJAM!!! huuhuu..kalau 'bab' lain ingat jer..walaupon lambat mummy tetap akan upload ye sayang..utk kenang-kenangan kita bersama..

Majlis diadakan di bandar baru tangkak..di kediaman kami jer..pada 3 Julai 2011..besday nabeela pd 22 Jun 2011..
Kad jemptan besday party

22 Jun..kami sekeluarga raikan di pizza hut Tangkak jer...



Nabeela tolong atok ye...(buat karipap)


birthday girl 'isi minyak' dulu...

Jamuan ringkas...soto,bihun goreng,kuih muih,puding & nata de coco....thanks to cik man&cik noni (jiran) krn sudi tolong kami menyediakan jamuan ;-)

@ BANNER...Nora (my bff yg berbaju biru) & Kak epah...

Kek di tempah dr member sy..Pn haizi..thanks!



Happy birthday my girl..we will always love U!!!


Warna kuning+biru adiah dr pak long beela..Tolocar tu..mummu&dady belikan...

Dapat duit???


GOODIES BAG

Thanks to auntie annis..krn sudi watkan chocolate oreo...

sebahagian dr hadiah..terima kasih semua...
Sekian, u all utk kali ni...terima kasih krn sudi singgah di blog mummy ni....;-)

Jumpa lagiiiii..

*kesinambungan dari entri ini... nabeela is 1...

Thursday, November 10, 2011

Petua banyakkan susu ibu ;-)

Salam blogger,

Kali ni entry saya 'simple' tp penuh dengan info..tanpa membebel panjang..heehee..semua ibu2 mesti sentiasa mencari petua banyakkan susu ibu..kan? bagi saya 'milk booster' saya adalah...makanan berat seperti nasi,roti,biskut (penuh dgn serat)..minuman milo,susu Hi-Goat,Horlicks dan Vitamin jgn lupa!
Check this out...

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.Sebelum/selepas  
  menyusukan.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.com. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

RESEPI SUSU BADAM :
Bahan :

1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning atau 7 biji kurma nabi (tanpa biji)
1-2 sudu teh madu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

Cara menyediakannya :

Satukan semua bahan dan bancuh dalam pengisar sehingga sebati dan berbuih halus.Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu amalkan tanpa telur.
Ia adalah untuk sumber tenaga, menguatkan darah dan memekatkan susu ibu.
-sumber daripada : Ensiklopedia Perbidanan Melayu (Anisah Barakbah).

That's all for today ;)) sehingga berjumpa lagi...

Pengorbanan dlm mejayakan breastfeeding

Assalamualaikum blogger semua,

Especially ibu-ibu yang sedang membaca entry ni....ingat x?sy pernah post entry ttg bagaimana saya 'gagal' dlm menyusukan nabeela dan sy kata..sy xkan putus asa...Sy pon pernah mengikuti Kursus penyusuan susu ibu dgn Doktor/Pakar laktasi dari Hospital Muar.

Bole tgk entri ni..(breastfeeding celebrity&me) .Semasa tu nabeela berusia 6 bulan..(dan sy xtau sy dah pregnant masa tu! huuhuu) saya berjaya menyusukan nabeela walaupun x sepenuhnya...sehingga dia berusia 8 bulan..setelah kandungan sy berusia 3 bulan sy mengalami pendarahan..mula2 doktor kata 'threaten abortion'..tp ble cek smula kt pakar O&G..it was 'subchrionic hemorage'..nanti aku story ckit...apekah itu... :-( Then,aku stop menyusukan nabeela....runtun hati ble tgk dia 'tercari-cari' cik B..sedih x terkata ble nak 'putus' kan dia menyusu badan...walaupon x kerap..tp nabeela ttp setia dgn cik B...Kami berhabis membli susu formula...sebulan beratus-ratus ringgit (bkn bekira dgn anak yer..tp kita x perlu keluarkan 1 sen pon dgn susu ibu yg kebanyakkan org tahu kebaikannya berbanding susu FM).

Anak ke 2...aku berazam untuk terus menyusukan secara eksklusif...sehingga hari ini (sejak di hospital slps melahirkan iaitu kurg drpd 24jam slps bersalin hingga hari ke 46 melahirkan si manja Raihana Nadeera) Nadeera masih menyusu susu ibu..tiada setitis susu formula kami beri pd dia...berbekalkan spectra 3,stok EBM pon dah penuh tmpt ais (aku x bli deep freezer..cukup dgn ape yg ada) semua skali ada 110 oz..La ni duk mengepam untuk kakak je minum.Do'akan semoga sy dpt menyusukan si kecil sehingga 6 bulan seterusnya 2 tahun.Alhamdulillah, walaupon adik dilahirkan tidak cukup minggu (35 minggu 6 hari) dengan berat 2.1kg..dlm masa sebulan adik bole capai 3.5kg dgn menyusu susu mummy je yek.

Sepanjang cuti berpantang aku tak sia-siakan masa begitu aje..waktu lapang..ketika kakak&adik tidur..itu lah masanya untuk aku mencari info2 tentang penyusuan, bertukar2 pendapat..berbincang dgn ibu2 di Kump Ibu Menyusukan di facebook..membaca blog 'otai' tentang penyusuan susu ibu..blog yg saya gemar harlinda halim dan sara kids..they always be my idol & reference about parenting and breastfeeding.

Saya nk kongsi info2 tentang penyusuan susu ibu ni (sebelum ni cetek ilmu...cepat aje 'give up'..Jgn jadi mcm saya DULU...) semakin byk ilmu yg kita dpt semakin byk yg kita tak tahu..dari situ..kita semakin ingin tahu..terus mencari & meng'gali'...

sambungan dari entri ini....

Teknik menyusukan bayi...

* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:

* Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
* Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
* Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
* Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*

Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. 
• Sokong kepala anda dengan lengan. 
• Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*

* Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
* Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
* Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
* Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
* Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
* Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
* Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
* Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
* Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
* Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
* Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
* Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
* Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
* Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
                                                                                                                                                                     
*Kenali Cecair Emas Berharga...*

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.

Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.

Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan


Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

Heehee..seronok becerita tentang penyusuan susu ibu...ada lagi tips2 ttg BF yang perlu kita ibu2 tahu...antaranya.. 

Pump selepas baby menyusu untuk :

1) Kosongkan breast betul-betul
2) Memberi stimulation kepada breast untuk menghasilkan susu
3) Membuat stok susu perahan

Tak perlu risau berapa oz yg akan anda dapat.Yg penting pengosongan breast yg sempurna & rangsangan diberikan supaya susu akan terhasil dgn lebih banyak! :)

Kesimpulannya...walau apa pon terjadi..kita sbg ibu harus bersemangat&bersabar....
itulah namanya pengorbanan..ibu perlu menyusukan & mengepam susu ketika berjauhan dgn anak, korbankan masa (tp kita bole duk relaks sambil mnyusukan anak), curi masa mengepam susu di opis 10-15 min sekurang-kurangnya dlm sela masa 2-3 jam, 'pekak' kan telinga mendengar kata-kata orang sekeliling..yg mengata kita nk jimat duit tak nak bg anak susu forrmula, balik bekerja...hal rumahtangga spt mengemas umah,membasuh kain baju,memasak,bermain&melayan anak2 serta melayan suami...semua perlu di bereskan. Ibu tetap ibu...Ini lah istimewanya WANITA...bole jd superwomen & supermummy! 'Superman' sebenarnya tak wujud dlm dunia realiti..Jgn mara ye kaum adam! u all pon hebat...tanpa u all sape la kami..daripada Adam la..Hawa wujud dimuka bumi. ;-)
Next entry...cite tentang..Petua banyakkan susu badan..hmmmh....Jumpa lagi ;-D



Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...