Wednesday, January 25, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?

 Saya nak kongsi satu entri yang saya terbaca baru2 ni di blog dazzlingmom.com..Betul la, perangai anak2 kita datangnya dari diri kita juga yang mendidiknya...Anak2 itu adalah cermin diri kita..heeheeh...tp bg yg dah 'terlajak' (anak masih 1-2 tahun) masih sempat mendidik anak dengan cara yg betul..bg yang masih menunggu kelahiran cahaya mata..berhati2lah dalam mendidik anak kelak..heeheeh..Saya suka menimba&menggali experience dari kawan2 bagaimana nak mendidik anak dengan cara yg terbaik (nobody's perfect)..so, entri2 kt sini juga ditujukan khas buat diri saya&hubby tersayang..kehkehkeh..
Jom baca cerita kt bawah..

"Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Sharing is caring;
Mummy beela &deera ;)

Majlis Do'a Selamat, Akikah utk Nabeela & Cukur Jambul Nadeera

Salam,

Kali ni just a simple entry.. (asik simple & nk cepat jek kn??).

Pada 22 Januari 2012 yg lps, kami sekeluarga telah mengadakan majlis do'a selamat utk spupu sy yg mengandung 7 bln...sekaligus makcik sy buat 'house warming' rumah barunya, sy tumpang sekaki cukur jambul baby baru & akikah utk anak sulung (adik lom buat lg..kita wt satu2, Insyaallah..ada rezeki..mummy setlekn tahun ni jgk.) Majlis diadakan dirumah makcik sy..share2 bajet la..jimat..huuhuu..(KREDIT TO PUAN ZAHARAH BT HJ AFFAN kerana sudi berkongsi bajet,tempat dan masa utk wat kenduri same2). Puas hati kenduri kali ni..Alhamdulillah berjalan lancar..atok,makcik,spupu hubby,mak&abah mertua pon dtg walaupon x semua,kawan2 yg lama x jumpa, jiran dari Tangkak..jauh2 pon dtg, spupu2 & anak sedara kebanyakannya ada.

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.Yg lebih dtgnya dr Allah..Yg kurang dtgnya dari kita sendiri...kami mohon ampun&maaf sekiranya ada terdapat cacat cela semasa majlis berlangsung.

Jom telek2..belek2 gambar kenangan adik semasa majlis cukur jambul berlangsung...=)

Kump Yaasin Wanita Kg Tahang Rimau, Segamat, Johor.

Buaian berendoi lend from kak Yana (wife abg ezam) dan dihias oleh mak long&mak rah.TQvm ;-)

With adik yg get ready utk di cukur botak!!!

Jelingan manja.....

Nadeera wif mak eyin.

Landing time ;)

Tok wan (mak hubby) also take part..

Sesi menggunting & mencukur rambut adik oleh ustazah dari YPK.

Adik yg dah mula rimassss

Bismillah......
X ketinggalan...pics atok&kakak..WAJIB!!! walaupon satu jek..sorry, today is not your day kakak..Makan nasi mcm x cukup nasi yer..??

Alhamdulillah, sampai dah hajat kami melaksanakan akikah utk Nabeela Raisya..Dah lepas juga hajat kami utk mencukur botak rambut baby 'tot' kami tuh..huuhuu...Semoga rezeki kami sekeluarga bertambah berkat & mudah..Do'akan juga kami sekeluarga bahagia selamanya..amiiin ;-)

Ikhlas dari hati..
Mummy beela & deera ;)







Tuesday, January 24, 2012

Bila kakak tunjuk belang...

Salam,

Mungkin entry ni dah ketinggalan zaman ckit...tp aku ttp nk post kt cni..utk kenang2 kenangan, bila anak2ku sudah besar& dah boleh memahami..kita tunjuk kt dia..."ni kakak masa umur 1 tahun 6 bulan".Heeheeh..

Pada 1.1.2012 kami pi jemputan kenduri kahwin..Jom layan Nabeela Raisya menari!!! Ada berani???


Heeheeh..sorry la klu kualiti vid ni 'kureng' ckit..maklumla pakai camera handphone 2 mp jek..Mula2 tu Nabeela 'warm up' sendiri je..after dengar lagu & ramai geng2 yg berjoget..dia pon 'join the club'..tambahan sekarang cik beela ni memang x bole dgr lagu rancak..mest nak bergoyang (mesti mummy dia yg ajar kn???) Haahaahaa..enjoy the vid gang!

Thanks for concern. See ya!

Mummy Beela&Deera ;-)






Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...