Monday, October 31, 2011

Penyusuan Susu Ibu ;-D

Pengenalan:

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Untuk Bayi :
* Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
* Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
* Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik
* Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
* Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
* Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
* Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
* Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.  

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
* membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
* membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
* mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
* menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya  

Lain - lain kebaikan :
* Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
* Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal
* Sebelum kelahiran
* Semasa kelahiran
* Selepas kelahiran  

Sebelum kelahiran
* Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami * Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran. * Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.  

Semasa melahirkan
* Sentuhan kulit Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama. * Permulaan awal Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan
* Menyusu mengikut kehendak. Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari. * Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda. * Tiada puting tiruan. Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

(sumber :Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung..thanks..sharing is caring taw mummy!)

Sunday, October 30, 2011

GUGU GAGA lyna kembali lagi...Part 2!!!

Salam blogger, Agak banyak 'cabaran' yang perlu ditempuhi untuk menulis blog ni..(hahhaha..poyo..) Td dah syiok2 menulis..sambil memangku adik entah macamana xde auto save.. leh pulak ter'delete' entry...pergh..dah panjang lebar pulak tu bercerita.Sekarang saya cuma ada kira-kira 15 min hingga 30 min aje untuk menulis sementara si kakak nabeela tengok TV..si adik tido dengan nyenyaknya. Baru pas 'berperang' dengan si kakak yg 'aktif' (tak bole sebut NAKAL!!!) Nabeela asyik la dgn aktiviti panjat kerusi,meja.bla..bla..bla..penat melarang..(wat sakit tekak+buang air liur) jatuh kerusi x payah citer..malas aje nk blikan 'helmet' pelindung kepala kanak2...Jangan la promo kt aku...mmg berminat..kata daddynya membazir jek =P Pastu 1 hal lagi dia suka campak segala barang yang ada atas meja..risaunya klu dia berhasrat nak mencampak barang2 kaca... Hai, maka dengan ini..set corningware yang aku dah tempah dengan kakak chinta kena la aku simpan dalam kotak wat sementara waktu atau keluarkn waktu wt majlis kt umah jer..bukan berhajat nak menunjuk2..tp kalau macam ni la caranya..xkan dah beli..x guna lak??Guna time special occassion je r...=D Masih becerita tentang kakak...dia klu gi umah orang mmg baik sesangat..selalu mendapat pujian!!! "baiknya bella..." nabeela klu bab nak berjalan..pakai kasut...ikut suka kaki dia melangkah..klu naik kereta pon senyap jek..hakikatnya dia bosan klu xde aktiviti2 yang best spt 'makan angin' atau tengok kartun kt you tube (dalam proses mengajar nabeela ABC&aliff baa taa).Jap lagi nak on you tube la pulak.Tapi, semua ni pekara biasa...mostly kanak2 umur 1 tahun memang suka pekara2 adventure&develop alam sekililingnya. Si adik yang berusia 34 hari pon dah pandai..nak mintak di'kelek' jer.Adik 'full breastfeeding'..selalunya pas minum & kekenyangan adik akan tido selama 1-2 jam..baru bangun semula mintak susu atau mintak tukar 'diaper'..sbb poo~poo..heehee..tapi 2-3 hari ni dia pas minum susu nak kita peluuuk dia..mungkin dia rasa warm&comfort dalam pelukan dan baru lah dia tido nyenyak..tp klu letak..siapla..'menyanyi'..."mummy!!! dukung saya..." Last 2 days, kami bawak adik ke KKIA (klinik kesihatan ibu&anak) konon2 nak inject imun 1 bulan..tp nurse x 'buka' dose ubat pd ari jumaat...pulak dah..Isnin nanti pi lg...pastu kami bawak kakak nabeela pulak gi jumpa doktor..dia dah seminggu selesema&skali skala batuk...kami risau sangat sebab dia ada history 'bronchopneumonia' masa dlm pantang tahun lepas...so,kami xnak ia berulang..kalau ia berulang..ia akan menjadi lebih teruk.We are so relief when doctor said "her lungs is clear"..Alhamdulillah...then,doctor just give her a multivitamin syrup & paracetamol...kanak2 dibawah 2 tahun xde ubat batuk&selesema. Hai,sorry la dik..lum banyak story nak story tentang adik...asyik citer tentang kakak je yer?tunggu adik besar sikit lagi..adik dah de perangai sendiri..mummy story panjang lebar kat cni yer.. Jom...laayaaaaaaaaaaan gambar2 aktiviti anak2 ku..
Enuff for gugu gaga lyna kali ni...Jumpa next entry..Daadaa~~ Take care U 'ol!!!

Wednesday, October 26, 2011

Gugu Gaga Lynaaaa PART 1...

Salam blogger, Huhu..pening tol nak meng'edit' gambar anak2 ku ini...Al maklum la..blogger yg amatur macam aku..so,masih terkial2 nk 'edit' gambar kt picasa tu..Laa ni nak duk bercerita tentang anak2 ku..90 hari bercuti panjang...ni lah masa nya nak layan & kenal kerenah anak2...Selain tu aku bukan duk ber'facebook' kosong je..masa2 lapang aku mencari gali segala ilmu2 mengasuh anak2.Laman kump. ibu2 menyusukan atau KIM@facebook merupakan laman wajib singgah setiap kali LOG IN facebook.Panjang pulak mukadimahnya...Ok, 1st..layan dulu pics my todd&baby ni... (berpeluh2 nk dapat hasil camni :-P)
 
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa
Gambar paling atas...Nabeela berposing dengan drypers yg baru beli..(bukan promote drypers) saya mengaku yang saya pengguna disposable diapers yg TEGAR..belum sepenuhnya menggunakan cloth diaper..ada jgk beli wat 'koleksi' tapi disebabkan faktor kewangan & masa...saya terpaksa menangguhkan dulu hasrat utk cloth diapering...ops! saya bukan propa..but I really have a problem utk meneruskan penggunaan cloth diaper...sgt2 kesal... :-'( Ni nak citer betapa si kakak ni suka memanjat...x kira kerusi,meja paling x pon storage box tu pun jadik la...lom lagi saya upload 'pikcasss' nabeela a.k.a bella 'melayari' you tube,berlagak jd akauntan negara malaysia (ala2 mummy dia jgk..suka menulis&mengira) dan aktiviti2 nakal dia yang lain...kadang2 hilang sabar..nak marah OVER tak bole...TIPS yg saya dpt dari kawan saya (kakak dia DR pakar pediatrik) Jgn marah anak melampau2..sbb lagi kita marah..lagi dia buat (memberontak pulak) biarkan ape dia nak wat, tp pantau la dia...biar dia wat sampai bosan..tp pastikan pekara yang dia wat tu x merbahaya lar..Pekara paling mencabar saya nak ajar nabeela adalah ajak dia 'bermain' kemas barang2 permainan dia...akhirnya saya jgk yang mengemas..sape ada tips yg bole tolong saya??? ;-) Gambar bawah pulak..gambar si cute adik..Raihana Nadeera atau nama panggilan cuma Nadeera..ketika saya menulis post ni...adik berusia 31 hari..adik lom gi cucuk imunisasi lagi..sebab semalam cuti am Deepavali & arini daddy kena ke Kluang atas urusan kerja..jd esok la kita ke klinik ye dik.....Mummy hepy sesgt coz adik dah muat baju2 yang mummy beli..I was wondering...brape la berat adik sekarang..masa lahir comel sangat2..2.1 kg..ketika 20 hari adik dah 2.5 kg...semua berkat susu mummy yang melimpah ruah..rezeki untuk adik...Alhamdulillah!!!! Kita do'a sama2 semoga susu mummy bertambah banyak dan cukup untuk adik full BF sampai 2 tahun..amiiiiiiiiiin. K la, kita jumpa next post...ada banyak lagi citer tentang anak2 ku ini...semoga korang enjoy....akan bersambung part 2...heehee ;-))

Monday, October 24, 2011

I'm in Confinement....

Salam blogger, Dengan rezeki kurniaan Ilahi tahun 2011 meupakan kali ke 2 saya melahirkan anak&berpantang..berpantang kali ini lebih seronok & segala-galanya berjalan lancar...Alhamdulillah,saya dikurniakan anak yg sihat..saya pon sihat..xde masalah ape2..walaupon baby kena jaundis slama 2 minggu (breast milk jaundice) sekali lg saya amat bersyukur coz akhirnya dgn berkat susu ibu..baby dah pon sembuh sepenuhnya. Bercerita tentang pengalaman bersalin kali ini..Saya telah bertukar 'selera'...klu dulu saya pakai set bersalin leesa formula confine mum... saya 'jatuh cinta' dengan keberkesanan TABLET HARUAN & TABLET PRAWAN...yg telah memberi kesembuhan luka bersalin dlm masa 2 minggu (anak 1st ada luka episiotomi) selain, membuatkan aku kembali perawan..hahaha..GINGER CREAM pon bagus sebagai pengganti pilis...sapukan di dahi,tengkuk dan anggota badan yang sakit2..memang segar! set bersalin confine mum ni...mmg ringkas,mudah digunakan dan yang penting sgt berkesan....
Sekarang..saya try plk set bersalin NR plk..sama bagus!!! Mengikut 'ranking' dlm list favourite saya...Pertama,saya sgt suka Uncang cuci herbanika...tak sampai 20 hari dah abih..saya gunakan sbg mandian herba&mencuci luka bersalin.Rendam 2 uncang herba dalam air panas...klu nak lebih wangi campur dengan daun pandan serta limau nipis.2 uncang saya gunakan selam 3-4 hari. Kedua,saya suka minyak herbanika...serbaguna...bole sapu di dahi&tengkuk selepas mandi sbg pengganti pilis, slain tu saya tuangkan ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke bahagian sulit) dan tuangkan ke atas pad.Pakai dengan selesa..ia membantu proses penyembuhan luka,memecahkan pengumpulan angin dlm usus dan mengecutkan rahim secara luaran ).Saya jgk sapukan minyak herbanika ni pada alat sulit dan seterusnya melakukan rawatan bertungku.Jika saya mengalami sakit2 anggota badan seperti pinggang,lutut,betis,tapak kaki..saya sapu rata minyak tersebut kemudian saya pakai stokin.Ia membantu meredakan ketegangan urat saraf dan melancarkan aliran darah. Ketiga, minuman air akar herbanika yang direndam didalam air suam dicampur dengan madu untuk membantu menyegarkan urat saraf,memperbanyakkan pengeluaran susu ibu,melawaskan sistem pembuangan air kecil, mengatasi keletihan & sakit sendi. Keempat, tentulah tablet pembersih rapi dalaman iaitu Phytonatal...saya ambil 2 tablet untuk melawaskan pembuangan air besar dan membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi 'angin meroyan', mengeluarkan darah kotor,menyegarkan fungsi rahim, mengeluarkan susu ibu dengan lancar,menambah tenaga semasa dalam pantang.. Kelima...krim herbanika barut dipakai sebelum berbengkung dan keenam, herbanika lulur...di lulur ke seluruh badan sebelum mandi..tunggu sehingga kering 2-3 minit..dan bilas bersama "mandian herba".
Mengambil dari kata2 DATIN SHARIFAH ANISAH BARAKBAH iaitu pengasas/pakar perunding herba yang juga penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu..."Jika anda mengamal dengan penuh disiplin,dedikasi dan tekun dgn izin Nya, dijamin kesegaran,kecantikan dan terpelihara kewanitaan anda keseluruhannya " So,happy confinement!!! Semoga dengan sedikit info2 diatas akan memberi manfaat dan inspirasi kepada bakal2 ibu diluar sana set bersalin mana yang harus dipilh. Jumpa lagi ;-)

Friday, October 14, 2011

:: Annoucing our newborn baby ;-) ::

Salam,

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah menempuhi pelbagai dugaan ketika mengandungkan 2nd baby, saya akhirnya selamat melahirkan puteri kesayangan pd 26 Sept 2011 jam 1310 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar...walaupon ketika kandungan baru berusia 35 minggu 6 hari....komplikasi yang aku alami selama 2 bulan iaitu pada bulan ke 3 dan ke 4 mengandung (subchrionic hemorage) tidak menghalang sama sekali aku melahirkan Raihana Nadeera seberat 2.1 kg secara normal ;-) syukur kuasa tuhan..Allahuakbar!!!






Macam tak percaya...dah de 2 org permata hati...Aku berdo'a..agar mereka membesar sebagai anak2 yang solehah&berjaya, cemerlang dalam kehidupan didunia serta diakhirat kelak.Amiiin. Jumpa lagi blogger =D

~Raya 2011~

Salam blogger

Dah lama x update blog...saya x brape sihat semasa awal pregnancy 2nd baby ni selain bz dgn keje@ofis....maklum la, nak 'tinggalkan' ofis selama 90 hari..Kena la susun atur kerja yang melambak tuh..hiihii..=P Tahun ni aku beraya dikampung hubby pada raya pertama..2 hari sebelum raya..kami dah balik ke kampung hubby yang berada di Labis lebih kurang 30 minit dari umah mak saya di Segamat,Johor.Petang raya pertama baru balik umah mak saya. Here's some pics of Raya 2011...perut tgh memboyot..masa ni baru 7bln++ tp aku sangat HAPPY beraya kali ni sebab Nabeela Raisya dah bole bergaya dengan baju kurung..heehee ;-D


:: kampung hubby ::

:: raya pertama ::

:: Raya ke-2 di kampung halaman saya ::

:: with my mom ::

ENJOY!!! Jumpa next post ;-)

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...