Saturday, May 24, 2014

Masih di bulan MEI...

Apa nak diceritakan hari ni???

Tak kesah la orang nak baca ke tak..Nak membebel jugak kat blog kesayangan nih...walaupon tak meriah cam blog orang lain.Hmmmh...

Dah janji aritu...nak bagi tunjuk kad 'handmade' anak2 buat kat Taska untuk mumy sempena hari ibu kan..tapi gambar amatur ehh.. Husben aku slalu cakap aku tak pandai amik gambar...'failed'!! Ok..hadap je la ok....kihkihkih

#Taska Permata Kemas, Sagil

Pink - nadeera bagi

Biru - nabeela bagi
Thanks kakak..Thanks adik..Mumy tak taw camne nak ucap terima kasih kat anak2 mumy yang comel ni..Rasa lum cukup terbaik lagi menjaga & mengasuh kamu 3 beradik. Masih banyak yang perlu dicurahkan kepada kamu semua.

Alhamdulillah... Syukur Allah kurniakan mummy&daddy rezeki anak2 yang sihat, cantik & cerdik..semoga jadi anak2 yang soleh & solehah. Berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga.Amiin.

Time to play!!!


Cek gigi Nadeera ::sumber whassp from cikgu::


Melentur buluh dari rebungnya =)

Saje sharing..moment2 aktiviti taska..Minggu ni (27/5/2014) ada sambutan majlis hari lahir untuk kakak beela & kawan2... IDEA gift nak bagi anak2 taska??? Mummy dah tempah APAM POLKADOT & kismis untuk di berikan kepada kawan2 dorang nanti.

:: anak semakin membesar..makin hari makin sayang..kalau marah kerana sayang la jugak.. Biasa memang keSABARan selalu di uji..huuhuu :: 

Ikhlas,
Mummy nab&nad

Sunday, May 11, 2014

Keistimewaan seorang IBU




Salam,

Semalam merupakan hari IBU...aku sangat bertuah sebab IBU masih ada di sisi dan aku jugak kini bergelar seorang IBU. Alhamdulillah, aku fikir..ini semua hikmah yang Allah bagi..Rezeki kasih sayang ku sangat melimpah ruah...Di kelilingi orang2 tersayang.

Terharu, semalam mummy MC...sebab mencabut gigi geraham bongsu..petang tu jemput la kakak&adik dari taska. Belum masuk kereta..si kakak dah bagi kad ucapan 'handmade'...kepada mummy sambil ucap "selamat hari ibu..kakak saaaaayang mummy" Rasa nak nanges...terharuuu.. [aku tak amik gambar pulak..nanti aku share piccas kad tu..aku dah tampal kat 'notice board' rumah].

Aku sangat kagum dengan IBU...Insan yang bergelar ibu.. Manusia yang melahirkan manusia lain ke atas dunia. Manusia yang mengorbankan 'kehidupan'nya untuk manusia lain... Ibu adalah wanita yang paling ISTIMEWA.. sebenarnya.. bukan wanita sahaja boleh bergelar ibu... Si bapa yang menjaga anak2 sendirian pon bole di anggap 'dia la ibu..dia lah bapa'. Aku kagum juga dengan mereka.


Salah satu keistimewaan wanita yang kita perlu tahu...

"Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

SubhanaAllah =)

CIPTAAN OLEH-NYA

Aku tak pernah lupa bagaimana mengandungkan tiap2 sorang anak2 ku dan bagaimana melahirkan mereka. Tidak semua sama pengalamannya. Berbeza setiap anak. Aku sentiasa ingat jasa ibu ku yang bersusah payah melahirkan ku secara 'forceps'dan membesarkan aku sendirian tanpa Arwah Abah sejak aku berusia 13 tahun. Jasanya entah bila aku dapat balas... setiap nafas & titik peluhnya tak terbalas. Hanya do'a setiap kali lepas solat yang mampu diberi. Semoga Allah melindungi ibu bapa ku dari azab api neraka. Amiiin.


Selamat Hari Ibu..buat ibu ku...Aftah Bt Affan..Ibu mertuaku yang telah melahirkan suami ku Razman serta anak2 nya yang lain. Kuat menghadapi dugaan ketika mengandung&melahirkan.... Rokiah Bt Suleiman. Kepada semua wanita yang akan & telah bergelar ibu. Kamu adalah insan yang HEBAT. Berbangga lah, kerana Allah telah menjadikan kamu manusia yang istimewa di atas muka bumi ini. Jadilah ibu yang terbaik... Jangan sia2 kan keistimewaan yang diberi. Fikirlah sedalam2nya.. Bersyukurlah... Jadilah anak yang terbaik & Ibu yang dikagumi. Semoga kita berjaya mengarungi dugaan serta cabaran menjadi ibu di zaman moden ini dan beroleh kemenangan di akhirat kelak. Aamiiin.

Saya - seorang mummy bersama Mak tercinta



Yang menulis,
Mummu nabeela, nadeera & nadhif  ^__^

Thursday, May 8, 2014

Boleh dapatkan MEALSHAKE Shaklee PROMOSI BORONG bulan MEI 2014!!!


-IKLAN JAPPPPPP-

As u all know... Mummy kan Shaklee Independant Distributor sekarang...[sape yang belum taw..mesti dah taw sekarang kan...heeheehuuhuu] Saje nak duk promo MEALSHAKE bagi bulan Mei sehingga 31 Mei 2014 korang boleh borong 6 balang pastu percuma 1 balang.

HARGA RUNCIT RM 113.75 sebalang ada 544gram.. So, kalau beli borong terus 6..TOTAL RM682.50..percuma lak 1 balang. NILAI sebalang hanya RM97.50. Korang bole share2 dengan kawan2 & sedara mara & adik beradik yang consume Mealshake gak untuk anak2 @ diri sendiri....yang penting syaratnya borong 6. Tapi kalau korang nak harga laaaaaaaagiiiiiiiiiii JIMAT Jangan le sesegan tanya kita... Whassp/Wechat :: 019-6800226 atau PM facebook Norazlina Sabran

[maklumat lanjut tentang Mealshake kat SINI]

testimoni mealshake 1

Testimoni mealshake 2

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...