Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Memori: 24 Jun 2013

Salam,

[Haahaa...lama gila entry ni dalam 'draft'..baby boy mumy pon dah 4 bulan++ okeh!]
Alhamdulillah..genap 40 minggu iaitu pd 24/6/2013 hari Isnin...mumy  selamat melahirkan baby boy seberat 3.35kg di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor.

Fresh from oven: 24 jam

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<Rewindddddddd......>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Mumy warded pd 20/6-22/6 sbb contraction...tp os (opening servic) only 3cm...sabtu tu blk umah & ahad mummy duk umah brehat2 dgn anak2.Isnin tu chek up biasa kt klinik O&G..sakit x bpe sakit..rengat2 skjp..pg tu husben bwk  mummy  pi breakfast roti telur & minum milo panas kt gerai  yg sama masa nak bersalinkn nabeela dulu..menu pon yg sama! dlm kul 10.30 pg bru kami grak pi hospital muar...sakit dh slow..tp ble sampai hosp rasa sakit pinggang&mcm nk buang air besar...biasa la tu kan? Kuat dah tu rasanya..tp bole maintain lg...siap wat "sa'ie" sementara tunggu giliran kt klinik O&G..Mumy bjln ke hulu ke hilir xkisah org pndg...sampai kul 12 bru sampai giliran mumy..ramai gle....fuhhhh!!berasap..

Sampai le masa mumy jmpa doc...mumy pon bgtaw doc yg pg td ada lendir putih kuar...tp xde darah...k,doc perempuan mlayu...dia pon suggest.. jom cek bukan rahim.. It's finally 4 cm..kul 1.30 tghari..aku trs d hntr ke labor room..
Trs masuk bilik no 5...bukaan slow sgt...smp kul 3 ptg masih 4 cm.Doc decide nk apply 'pitocin' klu kul 4 jln masih x buka besar...Pitocin tu bantuan medical spt hormon utk mggalak&mpercepatkn bukaan rahim.Aku berdo'a masa tu...mind set sgt pnting ktika itu.."I want a natural birth!!!"

Zikir x henti..beserta ayat kursi...sambil membayangkan bagaimana keadaan baby yang nak keluar dari 'jalan'nya [apa yg mummy belajr melalui 'Gentle birth group' ] Jam 4.35 petang sebaik selesai azan asar bayi yang di nanti2kan selamat di lahirkan dengan cara natural [kuasa minda : tanpa bantuan medical] Alhamdulillah...syukur tak terhingga pd Allah! Allahuakbar...dan nurse segera suruh aku berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Apa yg paling aku ingat sampai skrg, selapas di jahit.. perut aku spt 'contraction' skali lg..dan nafasku tersekat2.. Tuhan shj yg tahu perasaan masa tu..panggil2 nurse&doktor kt luar sume xdengar...setelah 2 jam mnahan kesakitan..doktor pon dtg cek jahitan samada ok atau tak utk aku dihantar ke wad..rupa2nya bleeding ko!!! Doktor 'korek' semula...DARAH BEKU lum abis keluar...Ya Allah! patut la sakit macam dah nak ujung2 nyawa..setelah doktor keluarkan darah beku..baru la perut rasa lega dannn di jahit semula... can't describe la mcmana sakitnya di jahit hidup2..dah la doktor tu GEBUS..memang kena cubit je dengan aku... 2nd degree tear ok.. xpernah bersalin anak lebih 3kg+ mcm ni la jadinya... :'(

Setelah selesai...daripada kul 1 masuk labor room [kat hujung kaki katil ada jam besor..x pakai spek pon bole nmpk waktu] sampai kul 9 lbh baru pat gi wad.Leganya.... Tunggu baby dibersihkan.. tak sabor nak tgk rupa baby boy aku... [rupa daddynya jugak..mmg scan habis!] kalau kata tertukar baby pon aku bole cam la mana anak aku..heeheeh..Duk atas kerusi roda sementara tunggu nurse setlekan dokumen...terasa lamaaaa..tp aku mamai2 lg..rasa penat sgt..mcm baru pas tarik lori rosak gamaknya... but this time aku tak tumpah darah cam masa bersalin sulung dulu..aku kan HB low..sampai skrg pon keje anemia jekkk. Sekarang aku still consume multivitamin & jus delima.

Bila sampai je kt depan pintu labor room [way to exit!!! rasa macam xnak masuk lg dah...] huuhuu.. tengok muka husben rasa berganda2 kesyukuran..1st sbb dapat lagi berjumpa dgn insan tersayang setelah bertarung nyawa.. 2nd impian husben nak baby boy tercapai jua akhirnya.Berkat do'a ibu ku di tanah suci setahun lepas. [Telah ditetapkan rezeki ku oleh Allah]

Maka, duk wad selama 2 mlm..baby sume ok, pee&poo xde masalah..xde jaundis [pas bersalin xde la..seminggu pas kuar wad..ada jugak] bole la balik rumah dgn senang hati..Tunaikan janji dgn nabeela balik dr hospital nak bawak baby ;') Husben, MIL & FIL dtg jemput...

Sekian, begitu la catatan memori saya khas utk Razin Nadhif & anak2 mummy yg lain...





Gembira;
Mummy nab&nad



Sunday, June 9, 2013

Masih menanti....

Salam ahad ;)

Hari ni..kandungan mummy berusia 37 minggu + 7 hari...esok appoinment kt KKIA.Smlm mumy dh 'exercise' kt MP mlka..arini mummy bcdg nk bwk ank2 'merayap' kt pasar tani & psraya dkt2 cni jek...
Contraction tiap2 ari mst ada..tp 1-2x je...Pinggang ni mmg kerap sakit...tp lom ada tanda2 spt 'show' darah atau air ketuban pecah atau sakit contraction yg jeda masanya tetap.So mumy masih menanti dan terus menanti 'the right time'...mnataw mggu 38 ke...mcm kakak 1st dia =)
Atau mmg baby nk kasi mumy cuti raya 1 mgu++ ?? heehee..klu mumy bsalin lps 10 hb..pas raya seminggu bru naik keje..syok jgk.X pyh apply cuti raya! (actually mumy d benarkn bcuti hanya 60 hari shj..sbb kna bg 'laluan' kt opismate yg nk due bsalin bln 8 :( Redha jelah kiah oiiit.. Ada kuota 90hari~ lg 1 org :p Tp kita smpn utk 5-6 thn lg..bole???
Ok..nt kte cite2 lg...klu dh bsalin..mumy update cite in LR.Leh x???

Ok..thnx for reading..Mummy nk outing dgn ank2... daaaa~

Mummy nab&deera

Wednesday, June 5, 2013

Already 37 weeks!!!

Alhamdulillah.....



Ayat pertama yg mummy nak ucapkan sekarang adalah..."ALHAMDULILLAH"..sebab dah berjaya melalui beberapa fasa mengandung kali ini dgn selamat walaupon berbagai dugaan terpaksa dilalui..Sekarang tgh menunggu lebih kurang 1-2 minggu lg utk masuk 'labour room' =)

Trimester pertama...
Sume ok..Alhamdulillah..berjalan lancar...takde masalah mabuk cuma selera makan menjadi2...

Trimester ke 2...
Sgt2 mencabar ble kena 'conjuctivitis' (sakit mata daa) pastu ada la batuk,selesema..demam..terpaksa telan ubat2 yg disyorkan doktor..risau mmg risau..tp mkn dlm dos yg sedikit (jika perlu jek)

Trimester ke 3...
Mula dah..kena simpul biawak kt lutut..kerap pening kpala (kronik sampai loya2) dan contraction bermula sejak 34 minggu..tp blom ada tanda2 nak bersalin.Sakit kejap2 ble bwk berehat..dia berhenti. Yg paling membimbangkan sekarang ni kena batuk yg kuat &selesema...mummy kena la cari penawar 'asli' spt mkn madu & jus delima..slain tu gula2 berangin...utk legakan 'gatal' tekak.Hmmmh..harap2 batuk ni baik sblm mumy nak berjuang!

Mengandung kali ni byk dugaan dari segi mental&fizikal...sgt sibuk dgn tugasan di tempat kerja..perlaksanaan 5S disamping perlu melaksanakan kerja2 hakiki.Ok, blk umah plk..2 org anak dara kecilku menunggu..hilang rasa penat ble tengok anak2 menyambut.. (si kakak hantar ke TASKA..so kul 4.30 ptg bru jemput balik ~ kadang2 ponteng gak..atok ada kt umah jaga si adik :) )
Penat memang penat..tp tulah tanggungjawab seorang wanita..bg aku jd perempuan ni kena multitasking..

Rutin mummy boyot ni ~ walaupun mak ada duk serumah dgn kami ( tolong jaga anak-anakku ) sbnrnya kami mengamalkan konsep.. Mak jg anak saya..saya jaga sakit pening mak..Mak merupakan ibu tunggal dah xde suami&anak2 lain.Nasib baik suami redha.. tapi walaupon mak de kt umah..x semestinya aku harus mnyerahkan segala tugasan rumahtangga ku pada dia. Balik rumah aku akan mandikan anak2 klu mak lom mandikan..rehat jap..layan anak2...tengok TV..sambil tunggu husben balik..buatkan husben air minum petang & memasak slps magrib..dalam kul8 kami makan sama2.Biasanya kami jarang mengemas umah pada waktu mlm sbb anak2 jnis suka buat sepah (normal la kan?!) Kalau larat, aku akan kutip mainan dorang kemas masuk bakul mainan jek.. kalau x larat AH! esok pg jela.. rutin2 lain..cuci pee&poo anak2..mlayan kerenah..mengarok..bermain..makan &minum susu..sumenya depend on us 'mummy&daddy'...xde la sume atok yg buat k.Kdg2 persepsi org bila kita duduk dgn mak.. "ko senang la...mak ada kt umah.." tp org xtaw kadang2 tghari mak msk lauk 'cincai' jek yg sesuai dgn tekak org tua..nanti ptg still kena masak ikut selera my husben plk kan??? btoii x? Saje nak citer2 rutin harian mummy..walaupon org nmpk senang..tp ALHAMDULILLAH...mummy x suka merungut..sbb setiap yang susah..ada ganjaran kesenangan pd masa lain.So..selalu pikir..semua tugas kita 'mudah' walaupon tak sebenarnya ;-P heeheeh...

Ok2..cukup2 membebel...google2 ttg perkembangan baby dlm peyot ni yg kini 37 minggu hanya menanti hari & waktu utk melihat dunia... 
semoga semuanya sihat&selamat......

"Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.
Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

Thursday, May 30, 2013

~36 weeks 4 days~

Salam,

Kejap je masa berlalu...
[cliche sangat] tp aku rasa..lamaanya nk ckp 9 bln 10 hari ni. Walaupon rasa camtu aku tetap bersabar..biarlah baby ckp matang&ranum baru kuar ek baby..Sebab klu nk ikutkan memey dah rasa sakit & x selesa 'tang tu' bila nk berjalan.. 'Contraction' x teratur slalu belaku... sakit perut mula dari atas kebawah..mngeras..sakit pinggang & peha... It's always happen! (itu slh satu tanda rasa contraction bagi yg belum pernah mersa sakit bersalin..) Bimbang jgk...tp slalu pujuk baby..sabo ye.. wait until JUNE klu nk kuar pon..HEEHEE =D. My EDD is 24 Jun 2013. Lama lg tuh...about 3 weeks++ jugak la.

Semalam baru pegi interview E.O [penolong pegawai tabdir sektor awam] kat J.B (29/5/2013). Tawakal jek pegi walaupon sekarang kandungan ku berusia 36 minggu 3 hari..Manataw rezeki anak, tuhan nak bagi peluang & ruang. Minggu2 akhir bekerja ni...aku nak 'relax'kan minda..wat keje2 5s.. (sangat lerrrr!!!) Hantar2 laporan mengikut kerja2 hakiki...Pesan utk diri sendiri.. Jgn stress sgt ye!

Ok, mummy dah decide nak pakai set berpantang yang mana..Mummy bli VCO & Lavender water spray Tanamera dan set NR.
Tak sabar nak guna... ;)

Virgin coconut Oil TANAMERA

Taw x kenapa aku berhajat sangat nak guna VCO ni...??suka nak mencuba...

Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL

(Minyak Kelapa Dara yang diproses cara sejuk, ditekan dan berkualiti tinggi )

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan.



Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.



Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.



Produk Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan

kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan



Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:

a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab

b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).


Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum


Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.

sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi


Cara Urutan Perineum

Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.

Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.

Hasil kajian juga menunjukkan caara ini dapat membantu proses kehamilan.

*Saya berharap usaha yang dilakukan dapat membantu semua.
Satu lagi...Lavender water spray..yg sangat refreshing setelah di spray ke arah muka & leher..heehee..sembur anytime,anywhere...kat anak2 pon sy sembur sblm dorg tdo...bagi 'calming' ckit... Untuk saya, bile dah hujung2 'pregnancy' ni rasa a little bit of stress fikir macam2 & sangat bizi.. pe slh kita cuba??? tp memang berbaloi menggunakannya.

Try it to believe it.. :P



Satu lagi nak habaq mai...Oleh krn mummy ni peminat tegar nona roguy...so set NR telah pon sampai ke 'pangkuan' ku..satu set.. Thanks to my online buddies... FB: Azlina Umar =)



Sekian, ini lah sebahagian persedianku utk menempuhi tempoh berpantang.... ;-)


Yg mencoret;
Mummy nab&deera




Monday, April 29, 2013

Cara-cara mengenali "braxton hicks"

Assalamulaikum,

Rasa dah berlapuk..berkarat dah blog ni..eh ye ke? arini 29/4/2013 then, last update pd 5/3/2013..masa tu sedu sedan tulis bab 'tinggalkan umah sewa'...itupon nk sedey, kn dh dpt umh bru kan???
By the way, sepanjang 1/4/2013 hingga 26/4/2013..bagai nak gila..sibuknya mummy ni...sebab kedatagan audit ke pejabat...stressnya..nak mlayan audit..nak 'kejar' keje hakiki lagi... (merungut..haahaa..)

Sebenarnya nak crite, berkenaan "braxton hick" yg aku baru kena malam semalam..huiiish..rasa mcm tak bole bersuara! Mummy mintak2 jgn la bersalin awal..biar la slps '37 weeks' skrg baru '32 weeks'..risau gak..Mummy terlalu aktif bergerak dgn aktiviti2 seharian yg menuntut mummy supaya bergerak [aktif semasa mengandung adalah sangat bagus! untuk memudahkan proses bersalin kelak..InsyaAllah] Selagi ada kekuatan..selagi tak kena admit ward..mummy kena kuat semangat..menjalankan tugas sebagai kakitangan awam, sbg ibu kepada 2 org anak dara kecik & isteri.. Ada hikmah semua ni.. Semua mengajar aku erti 'bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian'.. tak pela, anak kecik2 ni susah sikit..nanti dorg dah besar..OK la, I guess! Untuk 4 hingga 5 tahun awal ni mungkin 'havoc' sikit la hidup..nt dorg dah sekolah rendah..OK la kan? cma tinggal layan 'kerenah' bersekolah jela..huuhuu~ InsyaAllah.

Dah cite bab lain ni...

Semalam pi shopping barang dapur & borong susu, pampers kt mydin jasin.. balik umah tu siap..sakit pinggang, sakit lutut, buku lali & baby kejap2 mengeras pas mkn YEE MEE..sabo jela..mula2 duk atas katil diam2 sorang2...tak layan anak2 dah masa tu..daddy dia yg layan..pastu dah x larat...mintak hubby urutkan kan kaki [peranan suami ketika isteri hamil] baru OK..then bole tido sampai pg..
Mungkin baby dah rasa 'rumah' dia semakin sempit kot..dah tak bole kuak lentang sesuka hati..haahaa.. Tu yg dia wat 'regangan' sbb dah pnt =P

22hb aritu lg best..seharian sibuk bejalan ke hulu hilir..bb dok syoooooooook tdo..senyap je tak bergerak..cuak gak mummy..sok nya mummy ke KKIA..cek jantung baby sume ok..dan2 kt KKIA tu jgk dia bergerak...hampesss..mulai aritu..mummy tak leh pndg ringan thdp gerak baby [kena kira & catit dalam jadual buku pink]...

Hari ini nak share ape yg mummy baca tentang 'braxton hicks'...supaya kita dpt menambah ilmu pengetahuan tentang alam kehamilan ni =D

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
Semakan terakhir: Disember 2010


http://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks#ixzz2RpB0q6b3
Image 32 weeks of pregnancy... =)



LOVE;
Mummy nab&deera ;)

Wednesday, December 5, 2012

Diary pregnancy mummy : episod 4


Tarikh :  2 Disember 2012
Tmpt scan : Ng Maternity, Muar
My 3rd baby is 10 weeks 3 days =)


Monday, November 5, 2012

Diary pregnancy mummy : Episod 3

Salam,



Scan pd 3 Nov 2012 di Ng Maternity, Muar.
It's 6 week 0 days. 
EDD 29 Jun 2013.

~ Mummy Nab&Deera ~

Thursday, November 1, 2012

Diary pregnancy mummy : Percaya pd rezeki Allah..

Salam,

Bukan niat nk mengecilkan hati sesapa..ttpi sebenarnya mumy mmg menangis smlm dr malam 30hb hingga ptg 31hb..pas jmpa hubby tgk muka hubby..bincang..cal mak kt Mekah...Solat istiharah..baru lah hati ni tenang ckit..Nak taw knapa mumy stress sgt ble mumy taw mummy mengandung lg kali ke 3? sepatutnya mumy x leh nk 'reveal' sgt sbb ada org yg bole trima pndrian kte..ada yg x bole..that's Y mummy kata..x nak kcikkn hati sesape..mereka yg x duk kt tmpt mummy dorg x kan phm..knpa mumy tension&stress sgt smlm..

Mumy de ber'mesej' di FB dgn 1 of my besties dr zmn remaja..mumy hrp ayt mumy ni x terlalu kasar & hrp dia phm apa yg mumy nk katakan...

" Tentang rumah baru..aku ni mls nk wt keje 2x...umh tu bilik xde tiles..silap aritu x wt loan lbh ckit.Nt klu dah pndh..mst x buat pnya umh tu.Ank2 kcik nk kembor2 umh mmg xde la...nt berhabuk la..mcm2 la.Aku cma psg grill,wiring,tiles&wt table top jek..dh simple r tu.Aku setlekn umah..man setlekn hutg kete dia.X pyh hrp la MIL ke FiL ke tlg.Mmg aku x hrp lgsg pon.Umah tu bkn jd mslh..Duit nk bsalin pon bkn jd 1 mslh sbb this is not 1st time la ktorg 'accident', dlu ms deera pon cmni gak.Frust gile..tp ms tu x pakai 'protection'.Aku pcy pd rezeki...Ko jgn risau bab tu.Ni blm 7 mgu lg aku dh senaraikn kpluan akak&adik utk thn dpn..baby je blm lg.Aku x pyh wt psediaan beriya2 kot sbb brg2 ank aku sume bru2.Cma kna sdia kos2 utk akak&adik jela.Anta taska/umh org.

Yg aku kesalkn aku dh wt 'protection' cma xde xtra protection...tu yg tah mcmana bole 'terbabas'..lg pon, history pregnant aku 2011 trok..asik kna duk wad..2010 dlu nabeela sakit..admit wad 1 bln.Aku jd fobia.Scr mental mmg blm ready bab tu.Aku kna byk berdo'a kali ni klu nk trs 'carry on'.
Lg 1, aku kna cek rahim aku..elok ke x klu nk trskn? klu mndtgkn mudarat pd aku...aku tpaksa let go...mlibatkan nyawa aku beb.2011 aku trun darah bkn mcm period ckit beb...katil aku pnuh darah.Tp ble scan bb masih hidup.So mmg x gugur.Mcm2 dugaan yg rasa x sanggup nk tmpoh.Keje pon asik dpt MC seminggu..kna 'bed rest' 2x... boring..duk umh pon bkn leh diam.Bella tgh nakal ms tu.Ni pon aku x diam.Adik berdukung..sakit pinggang aku.

Org ckp sng...suh aku 'carry on'..bkn mslh rezeki.Stp ank ada rezeki yg tuhan nk bg.Tp kemampuan kita nk jg ank2..tggjwb mendidik..aku xnk ank2 terabai.Aku dh tgk org ank rapat2 & ramai...asal bole je..TEH O pon bg bb kurg 6 bln taw.Ksiannn.Mtk d jauhkn aku mnempuh keadaan cmtu.
Bkn nk tolak takdir...bkn nk tolak rezeki...ksian jgk kt org yg susah nk pat ank...tp tu lah kenyataannya..klu ank terlalu ramai..x terkawal..kita sbg ibu bapa kna pandai main peranan. "


Macam tu la kirenya luahan prasaan mumy yg perlu semua org amik tahu..Mumy x mtk sume org fhm..sbb hny mumy yg bole decide pe yg tbaik utk dri mumy&kluarga.Mumy cma nk yg 'the best' utk ank2 mumy bkn yg 'ala kadar' aje..Janji ank de pakai,mkn,minum sume...No! Anak adalah anugerah Allah.Besar tanggungjawab kita sbg ibu bapa.Besar jgk harapan mumy utk tgk anak2 mumy berjaya, bijak, pandai, cantik & sihat =)

Due mumy yg mumy kira sdri 29 Jun 2013.

~Mummy nab&deera~

Wednesday, October 31, 2012

Diary pregnancy mummy : episod 1

Salam,

30/10/2012

Satu kejutan wt mummy&hubby..spatutnya mumy dh period 20/10/2012...last period 15/9/2012..tp mumy duk tunggu2..mna ni??? perut dh rasa x slesa..asik kembung jek, pinggang sakit2, cpt pnat klu wt keje laju2, mulut ni asik nk mngunyah jek..haiii..lain mcm jek ni.Relaks lg...Dah try mnum air klapa sume..Ok je..xrasa ape2..xde tnda2 nk peod lg..panties bersih je wlu dh paki pantyliners herba.Susah ni..susah..Nabeela dah umur 2 thn 4 bln..Nadeera bru je 1 thn 1 bln..

Mumy gi watson dgn sorg member..bli la 'disclosure' UPT..blk umah tghari tros cek..x sabar nk tgu pg sok ke ble ke.Zassss! trs 2 line..hukhukhuk~ Perasaan masa tu??? nk ketawa ada..nak marah ada..kecewa ada..confuse..sedih..stress..sume ada.. X leh nk gmbrkn prasaan mumy masa tu & skrg ni. Bidan yg urut mumy ms bpantang thn lps dh kata...kdudukan rahim mumy rendah so, mmg mudah lekat..pd hal aku dh pakai 'protection' IUCD taw...mula la mcm2 ayt yg mumy dgr.."kalau Allah nk bg..pakai apa pon ttp sgkut.." "ada hikmah..mgkn Allah nk bg ko rezeki" "pakai iucd kt klinik krjaan x selamat" "IUCD MEMANG x selamat! " "Bersyukur la..org yg susah nk pat ank tu..nak sgt mngandung..ko sng mngandung..trima jela..rezeki tu" aduh! semua kata2 ni wt aku berfikir...Mereka x duk kt tmpt aku..dorg x rasa apa yg aku rasa..Aku x marah..dorg sume sayang& care kt aku. Ada kata2 semangat..tp x kurang jgk ada kata2 yg mgguris prasaan mumy.Perasaan mumy skrg sgt celaru..bila ca mak kt tanah suci mak kata smpn jela..Jg je.."rezeki dr Allah" huuhuu..lg runtun jiwa aku dgr kata2 emak kesayangan ku.Terima kasih kt kwn2 yg says 'congrats' yg bg kata2 semangat..semoga Allah kurniakan keberkatan dlm hidup kalian.

Mumy dah wt solat istiharah...kwn2 lg do'akan smoga Allah gerakkn hati mumy&dady ke arah yg lbh positif utk khidupan kami sekeluarga utk skrg & masa akn dtg.


Result UPT 30/10/2012
~Mummy nab&deera~

Thursday, April 14, 2011

Subchrionic hemorrhage

Salam blogger,

Hari ni saya nak cite mengenai pendarahan yg saya alami semasa mengandungkan anak kedua kami...
Bermula 4/4/11 ada lendiran berwarna coklat keluar (spt kita habis period...) iaitu sejak kandungan ku memasuki usia 3 bulan..tp lama kelamaan ia bertukar menjadi darah merah tetapi masih tidak rasa sakit perut @ tiada 'ketulan' yang keluar..mula2 doktor jangka "it was 'threaten abortion' " ia berlarutan sehingga 1 bulan setengah sehingga saya terpaksa keluar masuk wad..apabile doktor scan, bayi masih hidup di dalam rahim saya.
Alhamdulillah! saya amat risau jika betul2 saya keguguran..pernah seketika...pendarahan saya mengalir lebih byk dari darah 'period' kita..Allahuakbar! saya trus admit wad HPSF Muar beberapa hari..dan M.C sehingga 1 minggu x 4kali..means??? 1 bulan kan? (Lps abis 1 minggu..sambung seminggu lg MC...saya kena bed rest..)
Sehingga la kami cuba alternatif lain iaitu merujuk ke maternity specialist...saya telah berjumpa dgn Dr Ng di Muar, Johor...akhirnya dia mengesahkan saya diagnosa 'subchrionic hemorrhage' atau 'hematoma'..
Boleh rujuk web ni.. subchorionic-hematoma klu nak tahu lebih lanjut apekah itu? saya cuma bole bg web untuk rujukan kalian jer..sbb sy bkn doktor..xleh nk ulas lebih2...cuma nak cite pengalaman saya..

Subchrionic hemorrhage
Gambar di atas menunjukkan bagaimana ketulan darah yang melekat di uri....

Sekali lg..Allah Maha Kuasa...Dia yg menentukan segalanya...aku selamat melahirkan puteri ke 2 yg comel pd kandungan berusia 35 minggu 6 hari.
Kalau ada ibu2 yang mengalami masalah begini..jgn panik, kecewa atau mudah putus asa...banyakkan berdo'a...semoga ibu&kandungan selamat sehingga hari kelahiran...Amiiin.

Love u all out there..thanks for reading ;-)

Friday, March 18, 2011

Nabeela akan dapat adik....=D

Salam,

Setelah beberapa bulan menyepikan diri...tetibe nak umumkan 1 berita tergempar!!! Gempaq x bape nak gempaq la....tp pada mulanya aku susah gak nak terima hakikat...tp bila pikir2 semula....dorongan,kata2 semangat serta nasihat dari kawan2...kenyataan ni aku terima sebagai REZEKI yang besar dari Allah S.W.T.

Nabeela kini berusia 8 bulan 3 minggu 3 hari...means 4 hari lg dia akan sambut ulangtahun kelahiran yg ke 9 bulan..Mummy heppy sesgt...sbb anak mumy dah besar!!!

But then, Nabeela will be 'kakak' kalau tak de aral lebih kurang pada pertengahan bulan Oktober 2011.Kalau ikut pengiraan aku nabeela berusia 1 tahun 3 bulan ketika itu.

Aku kini pregnant 2nd baby...(ketika entry ini di tulis...kandunganku berusia...9 minggu..
heehee )Alhamdulillah sejak disahkan mengandung...sehingga kini..aku xde alahan yg teruk...cuma macam biasa...tekak loya2...kurang selera makan...aku xde lagi muntah2...aku do'a sgt2 supaya Allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang mengandung anak ini.Kasihan Nabeela, kalau aku x sihat...dia nak bermanja dengan aku...dia baby yang manja...masih breastfeeding...walaupun aku mengandung..walaupun sekarang terpaksa campur FM...atas sebab badan ni letih dan x mampu menanggung kedua2nya (Breastfeeding &Pregnant) terpaksa aku korbankan hasrat nak BF Nabeela until 2 years.Aku harap Nabeela leh 'tandem nursing' selepas aku melahirkan bayi ke2 ni...dan adiknya dapat eksklusif breastfeeding.....amiiiin =D

Sedikit tips yang aku dapat dari rakan 'alam maya'...seronok berFB ni...dpt kenal ramai mommies2 luar sana...berkongsi idea,pendapat&pengalaman mengandung,melahirkan dan membesarkan si manja....walau jauh dimata...tp tetap dpt berborak!!!

:: Begini la rupenya...kandungan berusia  9 minggu ::


‎5 cara kurangkan loya tips dari doktor pakar Obstetrics & Gynecology Dr. Norintan Zainal Shah :
*sediakan stok biskut kering disebelah katil sebelum tidur..sebaik terjaga boleh kunyah biskut tu untuk elak kandungan asid dlm perut naik dan menyebabkan rasa mual.
*sepanjang hari makan dalam
amaun yang sedikit tp kerap..mkn stiap 2-3 jam..mesti makan biarpun ibu x lapar sbb ia akan membantu mengawal asid dlm perut..boleh makan bijirin bersama susu..
*sebelum tidur ambil snek seperti yogurt atau susu..selepas 30 minit boleh baring dan tidur.
*minum air yg banyak iaitu 8 gelas sehari..jus buah2han atau teh herba setiap hari.
*elakkan makanan yg ada byk lemak dan bahan berempah..makanan mengandungi halia adalah terbaik utk megatasi masalah ini..memandangkan halia adalah ubat mujarab untuk membuang angin dalam badan...
Aku ada terbaca tips bagi menghilangkan loya tat kala mengandung...dengan meminum air halia...huuuurmmmm =P
Cara penyediaan minuman halia :
Bahan2 :
20 hirisan halia muda
2 helai daun pandan
Gula melaka/Gula kabung secukup rasa
Cara2 :
Rebus semua bahan di atas.Tapis & minum air tersebut setelah suam.
Semoga dengan sedikit tips2 kat atas ni...kita akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan nikmat&rezeki yg Allah berikan kepada kita....Amiiiin.

Jumpa lagi ye blogger....

Thanks for reading ;-)

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...