Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Hari Wukuf di Arafah.




InsyaAllah, waktu wukuf iaitu hadir dan berada di Arafah akan bermula pada waktu Zuhur hingga Maghrib hari ini 23/09/2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436H.Waktu Malaysia kira-kira 5:30 pm hingga 11:00 pm.

Kita sebagai Umat Islam yang tidak berada di Mekah, mari kita gunakan waktu ini untuk berdo'a kerana waktu ini adalah waktu yang amat mustajab untuk berdo'a.

Hari Wukuf adalah kegiatan utama dalam ibadah haji. Bahkan, inti ibadah haji adalah wukuf di Padang Arafah. Bila dalam rangkaian kegiatan haji jamaah tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya. Wukuf dilaksanakan hanya pada satu hari (siang hari) pada tanggal 9 Dzulhijjah. Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Mekkah, Arab Saudi. Di daerah terbuka yang gersang tanpa bangunan inilah, lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia selalu berkumpul tiap tahunnya melaksanakan wukuf. Disini masing-masing jama'ah bermuhasabah dirinya & berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan ke atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya serta merenungi hari akhirat.

Semoga sedikit info ini bermanfaat untuk pembaca semua.

SALAM AIDILADHA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.


Sunday, July 26, 2015

Aidilfitri 2015


Selamat hari raya Aidilfitri.

Maaf Zahir batin..kepada semua pembaca blog mummy nabeela..

Sesaje nak abadikan kenangan raya 2015..  supaya anak2 boleh tengok akan datang =)


Raya pertama kami di Felda Maokil, Labis (Rumah husben) pas solat hari raya kami bergerak ke Kampung Tenang, Labis (rumah nenek husben)












Raya kedua..kami balik ke Kampung Tahang Rimau, Segamat pula (kampung mak ku)

Gedik santai kat umah tok arah


Rumah abang long (sepupu mummy)


Dengan atok kat rumah mak ngah yati (sepupu mummy)






Main bunga api..Raya ke 3 kat rumah atok segamat, sekotak habis.






Excited..pengalaman pertama main bunga api.

Tu ajer, warna warni hari raya kami.... ekorang camne pulak? ! cuti seminggu straight uols..sampai raya ke 10 baru naik keje. Hukhukhuk... ni pon mood raya tak habis lagi *__*

ok, jumpa next entry... =)

Wednesday, July 15, 2015

Salam 28 Ramadhan



Beberapa hari lagi..eh! lagi sehari la... 17 Julai 2015 ni kita dah nak menyambut bulan Syawal. Ya Allah! mudah-mudahan amal ibadat kita pada bulan Ramadhan ni diterima dan aku berharap aku sekeluarga berpeluang berjumpa Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Aaminnnnnnnnnnnnnnnn.

Di kesempatan ini, aku mewakili kaum keluarga ku..sepanjang aku menulis blog ni..ber'facebook' dan ber'sosial' di internet..andai ada tersilap kata, terkasar bahasa... mohon ampun, maaf tulus dari hati.

Selamat menyambut bulan Syawal yang mulia. Semoga bergembira hendaknya... beraya dalam keadaan sederhana dikala keadaan ekonomi yang tidak stabil kini serta tidak membazir. Gembira itu bukan dari kemewahan tetapi dari hati yang ikhlas dan bersih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tuesday, August 5, 2014

Raya 2014 : beraya di Segamat

Aku kena update lelaju semenatar tak brape bz...
Aku dah 3 hari bekerja setelah bercoti selama seminggu...
Khamis [24 Julai] aku dah last day koje... Jumaat tuh balik Segamat [umah omak den] excited...
mcm kampung tu jauh beribu batu...

Yang sebenarnye...excited sbb 2 hari sebelum raya dan 1&2 raya kt umah mak den..
Pastu raya ke 3 hingga 5 balik umah mak mertuo pulak...

So, sebelum raya tu sompek la tolong mak kemas rumah, husben tlg mak cat umah [porch a.k.a beranda] pastu yg paling best last day puasa... pas sahur&lepas solat subuh.. aku teman mak gi pasor beli lauk & barang keperluan memasak untuk hari raya.. Kul 6 pagi pasor dah penuh!!! [Fenomena biasa sebelum hari raya]

Balik dari pasor... kemas umah lagi...macam2 pulak nak kena buat..kemas2... mmg OFF kat rumah sajek.. sebab Jumaat & Sabtu asik 'merayau' kat bandor cari kasut la, cari alas meja la..bagai la.. sampai umah terabai..hikhikhik tapi yang penting sempat mengemas..

Petang Ahad tu kami menziarah kubur Arwah keluarga terdekat..especially, Arwah Abah yang tercinta. Yang di rindui jugak arwah makngah yang aku dah anggap macam mak ke 2 dan arwah pakLi dia ni takde anak..pakcik yang paling rapat dengan kami. [memang kebiasaanya kami pegi ziarah sebelum hari raya].
kami pegi ber2 laki binik je.. pastu terus menyimpang gi beli Murtabak Ala Hindustan yang femes di Segamat tuh... Last day puasa baru pat makan taw... Murtabaknya lain daripada lain baik kuah cicahnye mahupon isi murtabak tu sendiri yang KAYA dengan telur & daging... tak cayo???
nanti kita 'belanja' gambor jerr
Sorry! gambar tak menggiurkan...
Bebuka petang tu... makan Murtabak semata! sebab tak masak bebuka tapi masak 2 jenis rendang, sambal kacang & nasi impit... haahaa... Malam raya merayau lagi kami sekeluarga pi UO pulak... konon nak cari kuih raya.. hampeh... jalan jem kat bazaar..baik tak payah! buek ponet jo... Penyudah, kuih ape yg ado..tahun ni memang paling tak meriah dengan kuih raya... even, semalam tetamu pertama berkunjung ke rumah aku kat Tangkak ni...tak semena2 bagi makan rambutan & buah dukong..hiihuu

Nak cerita pasal hari raya LynaMan ni... ni himpunan gambar dari ber2 hingga la sekarang ber5 berenam termasuk mak kesayangan.


Terbaca kisah AtyFared [beraya] aku pon sama macam aty... suka beraya sebelah aku..
Satu sebab mak aku hanya ibu tunggal yang takde anak2 lain [tapi kena lah beralah ikut suami & jaga hati mertua kan..kan..kan] macam tak ikhlas jek yek bunyi nya??? Eh, ikhlas la... aku redha je.. tmak aku sendiri tak kesah [tapi rajin cal..haahaa] Nama pon dah berkahwin, kena la ikut suami.. tapi si suami kena la adil & jaga hati bini juga. Ye dak? Semua yang berkahwin & ada keluarga mertua semua alami pekara ni lar kan waktu hari raya.. lain la klu ko kawin dengan anak yatim piatu, sdara mara pon xde.. tu story lain... -Ampun Maaf di pinta jika terkasar bahasa-

Kedua, sebab family&sedara mara aku ramai. Pernah taw, masa raya 2013 [baju kuning biru tuu] raya pertama tengahari kitorang tido...takde nak gi beraya mana2.
Tahun ni raya pertama kt umah mak aku..pagi raya sampai ke petang aku sampai 'longlai' semua beraya baru balik umah..raya ke2 beraya umah bespren aku... Tengahari raya ke 2 baru kami sampai Labis.Wajib berada di Labis raya ke 2 sebab raya ke 2 baru lah meriah kat kampung husben tu sebab ramai yang datang. [Dekat je pon Segamat - Labis...setengah jam! kui2...] Itu pon tak bole bertolak ansur kan... hurmmmmmmmmmmm

Ni gambar2 raya 2014 TEMA merah... termasuk makanan pagi raya.. heeee.. BARU LA RAYA...!














Alhamdulillah, semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan & Syawal tahun depan ;) Aku ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, tersindir, terkutuk tak sengaja melakukan dosa kat korang... harap di ampunkan ye. Semoga kita kosong~kosong. I ampunkan U.. U ampun kan I.... =D

Sunday, September 2, 2012

Selamat Hari Raya....

Alhamdulillah..

Selesai sudah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan..Kini tiba sudah Syawal  yg dinanti. Alhamdulillah..kita d panjangkan usia lg tahun ini..dapat meraikan bersama keluarga tercinta...
Jom layan gambar2 syawal 2012 kami..

Anak2 bapak...

Atok, Mummy & ank2..

Mummy wif spupu2...

My family...
Sebelum raya, raya pertama & kedua.. Kami beraya di Segamat rumah bonda ku...
Raya ke 3 blk labis sampai raya ke 6...Umah maktok & mak mertua ku... raya tahun ni 'panjang' ckit..sbb dpt cuti 1 minggu..heeheeh..Beraya sakan!

sampai tetdo anak dara mumy yg kcik ni..penat bergambor... =P



Sampai di rumah Mak Long
Ok...serba sedikit tentang syawal 2012...Mlm raya ke2 plk ada majlis BBQ kt umah maklong..tp xde piccas...sbb masing2 bz'sss makan&boraksss! Bkn slalu dpt jumpa ramai2..huuhuu..



Selamat hari raya..
Maaf Zahir Batin dari Mumy nab&deera ;))

Saturday, August 18, 2012

Menjelang hari raya.............

Salam,

Hari ni adalah hari ke 29 umat Islam berpuasa...Alhamdulillah..smoga kita dpt mengakhiri ibadat puasa serta meraikan hari kemenangan keesokan harinya dgn penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi...

Aiyaaa! ayat mumy..dasat siottt...

Ok..mumy bkn de idea sgt nak menulis pagi2 ni...Mumy just nak ceciter kosong..Kelmarin, hari khamis ptg sblm berbuka..kami dah sampai Segamat...sempat lagi berdating dgn en hubby tgk mid nite movie EXPANDABLE2 kt LFS One Segamat..huuhuuu...

Keesokan paginya, kami sekeluarga merempuh bandar yg JEM...adoiii aiii...Wpon blum 'semua' org Segamat pulang...(iye2 je aku ni) tp bandar segamat sibuk semacam! Tp every year mmg camni....mana2 tmpt camtu kan? Arini last puasa...Sok hari raya..mst ramai yg  mncari sayur segar,daging segar, ayam segar....ketupat segera..sarong ketupat..santan segar dsbgnya....

Semalam smpt gak aku meredah Ariani...SALES giler r! skrg dh turun hga..paling murah RM18-50..tp yg mahal2 tu ttp adoooo..aku memborong 4 helai shj utk hadiahkan kt mak sehelai & selebihnya wat basahan gi koje...bli yg biasa2 jek...

Beraya di usia ujung2 20-an ni teringat lak waktu berusia bwh 10 thn ketika arwah abah masih ada...........
Arwah abah rajin blikan bunga api..(time tu..bunga api x diharamkan dijual...cma bdk2 skrg ni pandai sgt ubahsuai jd mercun buatan sdri..) Memang best..15 Ramadhan dah pasang pelita..main bunga api..rumah terang benderang..rasa meriah!!! tp skrg, x mcm dulu...Dulu lain sekarang lain...anak2 skrg pon x segumbira kita dulu masa kecik2..ble nak raya je..x taw mcmana nk gmbrkan heppy nya.

Corat coret mumy sampai sini dulu..drpd xde idea..jd mlimpah ruah plk idea =) Anyway, selamat berhari raya, berhati2 dijalan raya semasa hndk pergi beraya atau pulang ke kampung....ingatlah pd org yg mnanti...Semoga semuanya SELAMAT!!!

Maaf Zahir Batin dar kami sekeluarga,,,

~Man,Lyna,Beela&Deera~

Wednesday, August 15, 2012

Raya Datang Lagi.....

Salam,

Dah mcm tajuk lagu raya..title post mummy kali ni..

Syukur Alhamdulillah..kerana kita masih dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan & diberi kesempatan sekali lagi untuk menempuhi bulan yang penuh rahmat ini iaitu bulan Ramadhan dan beberapa hari saja lagi... Syawal akan menjelma.Syukur Ya Rabbi! Semoga amal ibadat kita sepanjang Ramadhan ni akan diterima oleh-Nya.

Tahun 2012 merupakan tahun ke 4 beraya sebagai seorang isteri...Tahun pertama ialah tahun 2009..masa tu baru 5 bulan (lbh kurang) mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang...Razman Bin Rahmad. Tahun 2010 tahun pertama meraikan raya sebagai seorang ibu..baru abis pantang masa tu..baby pon baru 2bulan+ Tahun lepas pengalaman baru wat mumy kerana kali pertama x merasa pakai baju kurung di hari raya..pasal mumy mengandung anak ke2 masa tuh...Masa tu mmg xde feel nak raya..Just bli baju jubah siap 2 helai.Puasa pon larat x larat..huuhuu..Baju mak mertua pon xdak bg..Baju anak just 2 helai, baju husben pon x beli...Memang serba serbi ala kadar.Biasa la ble 'perancang' x jln..semua x gerak...huuhuuhuu

Alhamdulillah..dengan rezeki yg Allah kurniakan...tahun ni baik berpuasa mahupon beraya..mumy rasa dah 'over' sgt la nii..Makanan&masakan berbuka,sahur..memang luar biasa dari hari biasa..Kalau hari2 biasa..belasahhhh la masak pe pon..Puasa kali ni x..kul5.30 ptg dah angkat lengan baju, duk dapur jd chef..pikiaq pe nak masak?!! Persiapan raya plk semua nak baru (untuk aku kecuali handbag jer...sbb ada 'target' handbag yg xcukup bajet nak bli skrg..tp klu de rezeki SALE ujung tahun nanti nak jugak!)

Tinggal sehari je lagi hari utk aku bekerja...esok ada baaaaaaaaaaaanyak perancangan sebelum nak blk Segamat utk beraya.Hari ni..bz nak 'packing' barang2 yang perlu dibawa pulang kekampung..

Mari jengok CHECKLIST raya kami :

1)  Beg Pakaian/Luggage (wajib la) - Baju melayu hubby, samping, 2 helai tshirt baru (xde bli seluar baru) dan baju2 harian serta beberapa helai baju tidoq..Baju kurung mummy bawak 3 pasang, tudung yg ada pon baru sehelai..beli dgn my cousin iaitu tudung glamor raya Fareeda still my cousin smpn..jumpa kt Segamat nanti baru dia bg..tudung tu dwi warna..so bole pakai dengan 2 helai baju. Sehelai lg nak cari kt Jakel kot...nak blikan tudung untuk mak jugak. Mana lagi tempat paling feveret..Ariani klu x pon Hajra..cari yang ada SALE gilerrr! Barang mummy lagi yang perlu dibawa Nursing Inner 2 helai, Skirt kembang, cardigan 2 helai, T-shirt 3 helai, Nursing Tank 1 helai dan yg lain2.........huuhuuu........banyaknya barang mumy..x termasuk baju tidoq lagi.

Dah rupa cam orang nk balik oversea..nampak gayanya. Barang anak2 pulak..puas gak nak 'list'kan ni.... Gaun seorang sehelai, Tshirt baru sorang sehelai, legging utk adik, jeans utk kakak, baju kurung adik 3 pasang, baju kurung kakak 2 pasang jek...(planning sorang sehelai jek..tp utk adik kita ada byk kain lebih..1m tu muat2 wat baju kurung dia...Jd la baju kurung terlebih..heeheeh ;) ) Baju tidoq masing2 3 pasang jew&baju pakai basahan pon 3 pasang jew...sbb dah bwk byk sgt baju-bajuan...cukup2 sudah...

Blom termasuk barang lain yang sgt berkenaan didlm beg 'akademi fantasia' ni...yang lain2 tu biasa la..Beg mekap mumy, perfume, butang baju melayu & tuala mandi......

2) Diaper beg & toiletteries babies - Ni jangan lupa...klu lupa kena bli baru..haahaa..pembaziran jdnya nanti. Toiletteries termasuk syampu, mandian, baby oil, bedak, colonge, minyak yuyi, vicks, nappy rash cream, nail clipper, travel changing mat..selalunya benda2 ni dah duk dlm 1 beg...kena cek betul2 jgn ada yg terkeluar dr tempatnya..klu terkeluar mmg x bawak la jawabnya.

3)  Bakul mandi - mumy&dady punya barang2 mandian lor.

4)  Kuih & kerepek raya untuk rumah kampung, atok & mak mertua...

5)  Beg plastik berisi kasut raya.

6)  Bakul susu & makanan babies - ini harus ada..klu x memang si kakak minum air 'gas' jela raya nanti..haahaa..mumy x sezalim itu..blom pernah tertinggal brg yang paling penting tu (dah biasa ulang alik kampung dah expert kemas barang..heeheeh ;-P )

7)  Lain2 spt 'walker' adik..kena bwk..sbb risau dia merangkak sana sini sibuk mengutip. Tengah pk..perlu ke bwk stroller??nak pergi mana? apa keperluannya?

8) Bawak lori pon 'sure' x muat ni..toto&bantal anak2... haahaah =D 

9) Last but not least..lauk pauk yang nak dimasak untuk hari raya yang diimport khas dari Tangkak, Johor. Haahaah.. ada ke patut?!

Seingat mummy, ni aje barang2 yang perlu...ishk2...Harap2 la xsesak si kudut tu.Kawan2 tolong..do'akan perjalanan kami selamat dan kita semua dapat meraikan hari raya dengan suasana yang ceria & gembira. Kawan2 jugak hati-hati taw dalam perjalanan samada nak balik kampung atau nak pgi beraya.

Tahun ni sebelum raya hingga raya ke 2 mummy beraya bersama mak mumy yang tersayang. Raya ke 3 baru balik ke kampung hubby hingga seminggu..tp oleh kerana rumah kami jarak perjalanan setengah jam je..mungkin kami ke kampung hubby jugak raya pertama nanti.

Ok, sampai sini sahaja cit cat mummy kali ni...

Selamat hari raya mummy ucapkan kepada semua pembaca blog mummy, sahabat2 tercinta, sepupu yang dikasihi, saudara mara & kawan2 seperjuangan walau dimana sahaja anda berada...PEACE u'all! Maaf Zahir & Batin.



Ikhlas ;
Mummy Nab&Deera



Sunday, August 5, 2012

Misi mencari tudung...RAYA 2012

Salam,


Mumy bru pas bersahur..dgn family..sambil direct feed adik ni..sambil mumy online...huuhuu
Mumy sedang ber'chit chat' dgn seorang spupu mumy yg 'gila' tudung fareeda..aku dok pk..tudung ape yg sesuai utk aku pakai Raya tahun ni..Jika d pnjgkan usia..sht tubuh badan..Amin..


Sekarang ni mcm2 jnis tudung/hijab ada.. kt pasaran..da shawl&scarf... dan yg cara memakai pon ade 'nama' tersendiri...Hana tajima la.. macam2 lg..tgk je kt u-tube.Nama tudung pon pelbagai..sblm ni mumy peminat Ariani..memang semua koleksi Ariani...x reti pilih tudung lain.Sbb mumy rasa Ariani berkualiti dan sedap diipakai.Sekarang dah x up todate lg..mumy kena cari pembaharuan..kena ubah fesyen...Hai, jd org pempuan..bab tudung pon kna update taw!


Setakat ni mumy dah kirim shawl dgn spupu yg dok kt kl...dan bawal 2 tone..xtau la mcmana nk memakainya nanti.. In progress...order Fareeda..klu la ada warna 'idaman'...kalau ada..klu xde...dok diam2.Pakai je ape yg ade..


Nantikan pembaharuan dari mumy..huuhuu..try n error in fashion.. Insya-Allah


Ikhlas;
Mumy nab&deera

Monday, July 30, 2012

Agenda hujung minggu kami di bulan puase..

Salam ramadhan sekali lagi,

Hari ni ari ke-10 umat Islam menjalani ibadah puasa kan?? mumy dengan 'excited' lagi bangga mengatakan mumy dah siap shopping utk anak2 mumy...PART baju2 moden la.. PART baju kurung lom siap lagi..dh tanya tailor. Kasut,stokin,yg hat seluar kecik depa sumer dah siap..tinggal lom pakai jer.

Aku bab membajet ni serah kat aku..Nak puji diri sendiri bagi korang meluat...I'm the most excellent in da world daa!! Total utk baju, kasut&aksesori anak 2 org RM354. Semua bli kt MP, Melaka. Mostly yang de diskaun 30-50%.. bijakk x mumy berbelanja?? Tahun ni mumy beraya dengan 2 orang anak dara..Tahun lepas sorang jer.. Mumy siap blikan dorang baju gaun same pesen lain saiz jer. Harga asal RM129 tp after less dapat RM59..terkezut sat..tp trus rembat..x pikir panjang dah.. 2 pasang lagi T-shirt&legging warna merah mcm 'gong xi fa chai' gamaknya! Samer kaler tp lain2 design..kakak pakai jeans jer. Ok la tu kan?

'Sedekah' kat PONEY jer RM257..already get free member card.Fuh! Lain2..kat sox world&bubble gummers..baju dah mahal..kasut yg murah sudah..bukan leh pakai lame2 kasut tu.Huhuhu...Mumy bkn kedekut..tp berhemah namanya..huhu..x leh boros2..brg2 mumy&dady x lepas lg...pakaian2 kami semua mesti under RM1k... Kami bukan keja pegawai pon..kerani jer..bonus pon bkn beribu..skit wat raya..separuh wat simpanan.So, kami ukuq baju kat badan sendiri..x salah kot nak pakai branded tp bli la time SALES gile!! Baru berbaloi2...

Jalan punya jalan..4 jam dalam MP..x rasa penat langsung..dah blk umah (berbuka puasa @umah sepupu di Melaka) baru terasa kepenatannya.. Thanks for my hubby yang sanggup melayan kerenah isterinya..huuhuu.. U're the best!

Layan piccas nabeela&nadeera..jom!!!

Wah! adik suke ek nak gi sopping baju raya???

Yeay! mumy dah siap shopping!

Bukan main berpeluk tubuh si kakak nih!
Ok, post ni hanya sekadar untuk memori kami sekeluarga..bkn nak menunjuk2 k ;-)


Ikhlas,
Mumy nab&deera ;)



Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...