Tuesday, December 8, 2015

Bagaimana nak tahu demam anak kita serius atau tak?

Salam,

Alhamdulillah, setelah 3 hari demam Incik Razin telah pulih seperti sedia kala. Peliknya si bujang ni..badan panas..tapi masih ligat belari & bermain-main. Fuh! mumy masih boleh relaks lagi dalam keadaan dady takde kat rumah minggu ni..Mumy kena bangun malam & merawat anak bujang mumy sendirian [bantuan dari atok jugak..tolong pujuk 'abang' & pegang abang masa nak makan ubat..hiihii].*abang tu panggilan untuk razin..

Kalau nak dikira2...anak-anak mummy ni..jarang sekali demam.Paling kerap 3-6 bulan sekali demam..kira setahun 2-3 kali je.. Alhamdulillah, tu rezeki kesihatan anak-anak yang Allah kurniakan untuk mummy & daddy. Memang tengah musim demam la kot sebab cuaca tak menentu..tengok keadaan sekeliling pon ramai anak-anak kawan ni demam jugak.
Ok, sebelum kita ambik ringan pasal demam anak2 ni baik kita kenal pasti..kenapa terjadinya demam? Lepas tu, baru kita bole bertindak...

Mengapakah anak kita demam?

Anak-anak kita demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa terjadi..antaranya :
  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Bagaimana kita nak tahu anak-anak kita ni teruk ke tidak demamnya?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah celcius, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, yang itu anda perlu risau.

Hubungi doktor/ pakar pediatrik anda jika....
  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih, tidak menyusu & tidak aktif.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

[cara mengurangkan demam anak]
.

Saturday, December 5, 2015

3 Cara mumy buat untuk mengurangkan demam anak selain dengan ubat...

Assalamualaikum w.b.t,

Selain mummy yang bizi penutupan akaun 2015...mumy pon bizi jaga anak-anak yang amik giliran demam...pas kakak beela demam 5 hari..selang beberapa hari si abang kecik pulak demam. Dah la susah nak makan ubat...
.
Apa mumy buat ialah...

1) Mandi/jaram/jerlum dengan tula basah untuk pastikan suhu badan tidak naik tinggi...kalau dia panas sangat..mandikan aje..pastikan mandikan anak curah air dari kaki ke atas..supaya dia tak terkejut.Atau..basuh muka dia...renjis2 air sikit kat dia. Kenapa kena mandi & lap badan dgn air sejuk? sebab wap panas akan keluar melalui tempat sejuk..macam cawan panas..klu kita sejukkan bawah kipas...sure la cepat air tu sejuk kan??? [meyakinkan tak penerangan aku ni?]

2) Lemon socks - ni tips ni aku baru tau..tips dari pegawai aku yang duk citer cara dia mengurangkan demam anak dia.Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe. Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.

3) Baca Al Fatihah, Ayat Kursi & Do'a menghilangkan demam panas kepada anak & baca pada air minuman dia. Do'a ni memang cepat mujarab..tapi untuk sementara. Buat juga rutin-rutin lain seperti diatas dan bagi paracetamol atau bawa ke klinik jika demam berlanjutan lebih dari 2 hari.

InsyaAllah, semoga kita jadi mak mak yang tabah jaga anak tak sihat ni...plus kalau kita ada anak-anak lain. Kat situ la kita di uji. Mana nak layan yang sihat..mana nak layan yang merengek kan?kan?kan? Ala, kita SUPERMOM kan...mesti bole... =)


Semoga bermanfaat,
Xx Mummy Nab&Nad xX

Promosi Hujung Tahun Vivix Shaklee!!!

PROMOSI VIVIX SAMBUNG LAGI?? Serius ke? Ehh,kenapa pulak tak serius??? Mesti la serius.. SERIUS shaklee nak bagi kita sihat & cantik &...