Showing posts with label WomeN. Show all posts
Showing posts with label WomeN. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

4 APLIKASI ANDROID ISLAMIK YANG WAJIB ADA DALAM SMARTPHONE UNTUK SELALU ISTIQOMAH


Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni nak share sikit..bagaimana nak konsisten melakukan amalam rohani..walau sesibuk mana dunia kita sekarang.
.
Zaman sekarang, kita banyak leka & buang masa dengan 'gadget'..walaupun tahu masa berlalu begitu pantas! Apa kata kita gunakan 'gadget' yang kita ada seperti SMARTPHONE untuk manfaat dunia akhirat.
.
Kat sini lyna just nak share..tak de niat nak menunjuk-nunjuk..kita ni manusia biasa..tak sempurna..ada masa, tak lengkap juga amalan kita.Niat lyna, nak kita semua dapat pahala bersama-sama.
.
Ok, gambar kat atas tu menunjukkan application yang lyna download melalui 'google apps store' (untuk pengguna android)..antaranya..

1. Muslim Tasbih.

Tasbih ni mudah..macam tasbih digital yang dijual dikedai tu, tapi tak perlula kita selit di jari sebab korang boleh berzikir tanpa orang tahu korang tengah berzikir..mesti orang ingat korang tengah scroll FB.Lyna pernah download macam-macam tasbig..tapi yang ni ringkas dan best!

2. Al Mathurat

Memudahkan kita baca & ikut audio bacaannya, kalau tak sempat lepas subuh nak duduk & baca..sebab terkejar-kejar, bole ON saja audio masa drive pegi keje. Kalau ada masa nak duduk pagi-petang, pon bole baca.

Aplikasi ni susah nak cari yang terjemahan bahasa melayu..yang lain semua bahasa Indonesia.Sebenarnya, takde masalah pon selagi kita faham. Tapi lyna selesa yang bahasa melayu. :)

Dari perkongsian ustazshauqi.com
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat akan merasakan perbezaan dari hari-hari yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat. Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW) Firman Allah SWT di dalam Surah Qaaf ayat 39 , Bermaksud : ‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya"

Antara Kelebihan Membaca Al-Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan ~ Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.
2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku”.
3. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya “.
4. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
5. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
6. Selamat dari segala sesuatu.
7. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
8. Allah berhak untuk meredhainya
9. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
10. Terhindar daripada syirik.
11. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
12. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
13. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
14. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
15. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
16. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.
.

3. Waktu Solat

Waktu solat ni penting, untuk 'jaga' waktu solat kita mengikut tempat kita..kalau kita travel..nanti dia update kedudukan kita.Lengkap dengan kompas, cara-cara solat sunat termasuk dhuha,tahajud, hajat, taubat,jamak & solat jenazah pon ada.

Satu lagi, kita bole tahu lokasi masjid terdekat dengan kita.



last but not least...
.

4.Terjemahan Al-Quran
.
Ini pon salah satu aplikasi yang penting...nak baca tafsir atau baca Al Quran di mana-mana sahaja. Audio pon ada bagi yang tak lancar membaca Al Quran tapi kena download setiap surah yang kita nak baca.Bila- bila, dimana-mana..tapi jangan baca dalam toilet pulak kan.
.
Lagi satu, korang boleh bookmark ayat last yang korang baca.Jadi, nanti nak sambung..senang...
.
Ok la, setakat sini je..harap yang membaca ni dapat manfaat la yer.Semoga semua istiqomah dengan amalan-amalan rohani.Bagaimana sibuk pon kita sekarang ni, jangan sekadar kejar dunia...kerana dunia tak kekal..Akhirat juga yang kekal abadi.
.
Bawa handphone ke mana-mana, pastikan ianya tidak melalaikan kita :)

Wallahu'alam.


Jom hubungi lyna untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee,
whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn

Monday, January 22, 2018

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.



“Rasa serba tak kena je setiap kali period. Memanglah dapat ‘rehat’ daripada solat. Tapi, terasa ‘lemau’ dan ‘kosong’ bila tak ada pengisian jiwa. Apa amalan ketika haid yang boleh aku amalkan ya?”

Haid dan nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Jelasnya, ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Nak buat ibadah yang lain pun terasa was-was dengan apa amalan yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dilakukan. Di sini di senaraikan beberapa jenis amalan ketika haid dan nifas yang boleh dilakukan oleh wanita.
.
10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.

Untuk mengelakkan hati rasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:

1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN

Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.
Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3. UCAPKAN ZIKIR

Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.
Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

4. BACAAN AL-MATHURAT

Al-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ia dibacakan setiap pagi dan petang. Di dalam al-mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

5. BERSELAWAT

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

6. ISTIGHFAR

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( ﺍَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍَﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﯿْﻢَ ).
Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. BERDOA

Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.
Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

8. MENGULANG HAFALAN

Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, kita boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut.
Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan , sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan. Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.
Pilih saja yang berkenan di hati!

10. MENDENGAR KULIAH

Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.
Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

TIADA ALASAN UNTUK ‘TERPUTUS HUBUNGAN’ DENGAN ALLAH.

Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas seperti di atas ini, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa.

Tiada alasan lagi untuk berasa ‘kosong’. Tiada alasan lagi untuk berasa was-was membuat amalan.

Jangan lupa, waktu haid ini juga adalah masa untuk kita mencuci telekung serta sejadah sebelum menggunakannya semula. Biar harum dan semerbak baunya. Tentu bersemangat untuk kembali bersolat nanti! InshaAllah.

Dipersilakan share untuk manfaat bersama.

=========================================================================

Jika berminat dengan supplemen mengatasi haid tidak teratur atau senggugut ketika haid boleh hubungi lyna :
.
.
PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2014
NORAZLINA BT SABRAN [ID : 1109279]
WHATASSP 019-6800226
FB : NORAZLINA SABRAN
FB PAGES : PROSPER RICH BY LYNA
INSTA : @shaklee.bylynarzmn
C.O.D SHAKLEE TANGKAK, SEGAMAT & MUAR

Tuesday, September 15, 2015

Kisah inspirasi - Bella ammara & Sugarscarf


Assalamualaikum,
Aku saja nak abadikan kisah permulaan butik muslimah BELLA AMMARA ni supaya menjadi inspirasiku untuk lebih kuat mencari rezeki & beramal ibadah kepada Nya.

Jom sama-sama baca, supaya sedar & tidak terus duduk di 'comfort zone' sekarang.
Aku berpegang pada kata-kata ni... "Sabar, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..." Jadi sentiasalah berusaha, rezeki tu Allah akan berikan samada cepat atau lambat.

Semoga terinspirasi dengan kisah pemilik BELLA AMMARA ini. Tambahan lagi satu..kalau perasan... Sugarscarf & Bella Ammara ada keluarkan cosmetic range.. Sugar Belle. So, sebelum tu, aku akan kongsi sikit kisah Sugarscarf yang aku ambil dari blog dan instagram pemilik Sugarscarf @eyqa sulaiman kerana pada aku kisah dia memberi semangat untuk aku berusaha lebih gigih untuk berjaya di masa akan datang. Maaf tiqah, tak mintak kebenaran kau amik screenshot ni =(








......................................................................................................

Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Aku berhenti.
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
July 2012.


Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara."
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
.........................................................................................................

Salam inspirasi semua & good luck everyone!

TQ Bella Ammara & Sugarscarf kerana berkongsi kisah anda untuk kita semua.

Tuesday, June 9, 2015

TIPS ibu bekerja dari rumah

Ini adalah salah satu idamanku.. bukan jadi surirumahtangga sepenuh masa.. tetapi jadi housewife cum bisneswoman . Seronok kan??? Tapi, sebelum menjadi work at home mom ni..kenalah tahu tips-tips yang patut atau tak patut di lakukan ketika bekerja dari rumah..supaya jadual waktu lebih tersusun, kerja terurus dan bisnes lebih lancar. Pada wanita yang dah mula bekerja dari rumah pon bole baca....



Menjadi ibu yang bekerja dari rumah ialah satu cara yang baik untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga dan pada masa yang sama masih boleh berada di sisi anak-anak. Apa yang anda perlukan untuk berjaya ialah perancangan awal dan pengurusan yang baik.

Adakah saya masih memerlukan khidmat penjagaan anak jika saya bekerja dari rumah?

Untuk memastikan anda dapat menyiapkan semua kerja dari rumah, anda pasti memerlukan khidmat penjagaan anak. Terdapat banyak pilihan khidmat penjagaan anak yang berlainan, oleh itu ambillah masa untuk melihat apa yang sesuai bagi anda. Pilihan khidmat penjagaan anak yang tepat dapat memberi anda kebebasan untuk menumpukan perhatian terhadap kerja kerana anda tahu bahawa anak anda dijaga dengan baik.

Sekiranya anda memilih kaedah penjagaan anak di rumah sendiri, contohnya dengan mengambil pembantu rumah atau pengasuh, kerja anda mungkin terganggu. Namun pada masa yang sama, anda mungkin lebih yakin kerana anak anda dan penjaganya sentiasa berada dekat dengan anda.

Namun begitu, bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan, anda mungkin boleh melakukannya tanpa bantuan khidmat penjagaan anak. Berilah anak anda mainan atau pasangkan DVD kegemarannya ketika anda membuat panggilan atau menghantar e-mel.

Bagaimana saya dapat menyiapkan kerja-kerja rumah dan bekerja pada masa yang sama?

Anda mungkin perlu meminimakan masa untuk menyiapkan kerja-kerja rumah dan masa makan. Cubalah tip-tip berikut:
  • Buat kerja-kerja rumah pada masa yang sama setiap hari dan dalam tempoh masa yang tetap. Contohnya, selama setengah jam pada waktu pagi, kemudian berhenti. Atau, buatlah satu atau dua tugas sahaja setiap hari. Jadual waktu harian dapat membantu dalam perkara ini. Jangan streskan diri anda dengan cuba untuk membuat segala-galanya pada masa yang sama.
  • Kemas rumah setiap hari. Tak kisahlah jika ia sedikit berhabuk, asalkan ia kelihatan kemas.
  • Mintalah suami, ibu atau anak yang lebih besar untuk menolong. Berikan tugas kepada semua orang. Mungkin anda juga boleh menawarkan imbuhan yang sesuai sebagai insentif.
  • Rancangkan menu masakan dan masaklah masakan yang mudah sahaja. Anda juga boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam peti sejuk.
  • Rancangkan masa untuk berbelanja di pasaraya supaya masa anda tidak terbuang dalam kesesakan lalu lintas atau barisan panjang di kaunter bayaran.

Bagaimana saya boleh menguruskan masa untuk bekerja dari rumah dan menjaga anak?

Menguruskan keluarga adalah satu pekerjaan sepenuh masa. Jadi, bagaimana anda boleh mencuri masa untuk membuat kerja? Cubalah tip-tip berikut:
  • Pilihlah masa yang sesuai untuk anda membuat kerja, dan uruskan hal penjagaan anak untuk disesuaikan dengan masa ini. Contohnya, jika minda anda paling cergas pada waktu pagi, dapatkan khidmat penjagaan anak pada waktu tersebut. Dengan cara ini, anda mempunyai satu tempoh masa yang tetap setiap hari untuk menyelesaikan tugas-tugas anda.
  • Pekerjaan dari rumah berpotensi untuk menjadi besar apabila anak anda semakin membesar dan mula bersekolah. Anda boleh mula secara beransur-ansur, dan meningkatkan masa bekerja pada masa hadapan.
  • Carilah sesuatu yang tidak begitu memberi tekanan apabila anda mula bekerja dari rumah, walaupun sebelum ini anda sudah biasa melakukan tugas-tugas yang sukar dan membuat anda stres. Kerja-kerja yang memberi tekanan dan mempunyai tarikh mati yang ketat boleh menyebabkan anda terlebih stres.
  • Jika anda merancang untuk bekerja dan pada yang sama menjaga bayi yang masih kecil, anda mungkin tidak dapat satu tempoh masa yang tetap untuk membuat kerja. Ini kerana, setiap bayi adalah berlainan, dan tidak ada jaminan bahawa bayi anda akan tidur selama tiga jam setiap pagi supaya anda dapat membuat kerja.
  • Jangan gunakan setiap minit yang terluang dengan bekerja. Penting bagi anda untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri.
  • Tidak dapat mencari masa untuk membuat perkara lain? Catitkan bagaimana anda menggunakan masa anda selama beberapa hari. Bolehkah anda mengurangkan masa menonton TV, melayari internet, menelefon kawan-kawan atau menghantar e-mel?
  • Sesekali, pergilah ke rumah ibu bapa atau rakan anda dengan membawa komputer riba bersama dan bekerjalah tanpa gangguan sepanjang hari. Waktu seperti ini dapat digunakan dengan produktif sekali.

Bagaimana saya boleh mendapatkan sokongan apabila bekerja dari rumah?

Bekerja dari rumah akan lebih mudah jika anda mendapat sokongan daripada orang yang penting dalam hidup anda seperti suami, keluarga dan rakan-rakan. Libatkanlah mereka dalam perancangan anda, bincangkan matlamat anda dan kongsilah kejayaan dengan mereka.

Buatlah perancangan yang mudah dengan matlamat yang realistik. Kemudian tunjukkan kepada mereka dan mintalah sokongan daripada mereka untuk membantu mencapai matlamat anda. Oleh itu, jika anda perlu menyiapkan kerja pada setiap pagi Sabtu, contohnya, mintalah suami atau saudara-mara untuk membawa anak anda keluar.

Fleksibelkan kerja anda, dan jika sesiapa menawarkan diri untuk membantu, carilah jalan untuk menunjukkan penghargaan anda. Kadang-kala, ucapan terima kasih sahaja pun sudah mencukupi.

Semak semula jadual kerja dan kaedah penjagaan anak dengan kerap untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Pastikan juga bahawa anak dan suami anda turut gembira. Dengan cara ini, anda dapat berbincang dengan mereka dan mengubah rutin anda sekiranya terdapat apa-apa masalah.

Bagaimana cara untuk mendapatkan ruang bekerja di rumah?

Sukar untuk anda bekerja dengan efektif tanpa ruang bekerja khas untuk anda. Ruang yang kecil pun sudah mencukupi.

Lihatlah di sekitar rumah anda untuk mencari ruang yang sesuai. Jika tiada bilik yang boleh dikhaskan untuk tujuan ini, fikirkan samada anda boleh membuat ruang bekerja di ruang tamu, bilik tidur, sudut kecil malah bilik setor atau bilik utiliti.

Idealnya, carilah ruang di mana kerja anda boleh ditinggalkan supaya anda tidak perlu menyimpannya setiap kali. Jika perlu, simpan barang-barang kerja di mana anak anda tidak dapat mencapainya, seperti di rak yang tinggi atau almari yang boleh dikunci.

Lengkapkan juga ruang bekerja anda dengan peralatan yang anda perlukan untuk bekerja:
  • kerusi yang selesa;
  • meja atau permukaan rata untuk anda membuat kerja;
  • lampu meja;
  • kotak atau fail-fail untuk menyusun kertas kerja;
  • rak atau laci plastic untuk menyimpan kerja anda;
  • komputer, jika perlu, dengan internet dan perisian anti virus yang terkini;
  • akses kepada telefon (talian khas mungkin berguna);
  • alatulis

Bagaimana saya boleh mengelakkan gangguan semasa bekerja dari rumah?

Beritahu rakan-rakan dan keluarga tentang waktu bekerja anda, dan minta supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut. Jika anda serius tentang kerja anda, orang lain pun akan buat perkara yang sama.

Anda juga mungkin perlu mendapatkan talian telefon khas untuk kerja anda. Sebagai alternatif, saring panggilan, dan guna peti simpanan suara atau mesin menjawab telefon. Jika rakan anda menelefon semasa anda sedang bekerja, janganlah berborak, sebaliknya beritahu dia bahawa anda akan menelefon semula selepas selesai bekerja.

Ingatlah bahawa bersendirian dan bekerja boleh jadi sukar. Oleh itu, cubalah keluar sekali-sekala untuk menghadiri majlis-majlis sosial atau kemasyarakatan berdekatan tempat anda.

Yang penting sekali, kuncinya ialah pengurusan yang baik dan bersikap fleksibel. Jika anda mendapat bantuan sebanyak mana yang boleh, anda pasti dapat bekerja dari rumah dengan baik dan seronok melakukannya. [sumber









Thursday, March 5, 2015

Apa korang buat kalau korang stress?

Semalam adalah hari yang sangat penat...

Sampai status kat FB pon merapu-rapu... aku menyampah nak pos status kat FB.. bila kita luahkan perasaan sedih, marah.. ada jer yang komen negatif... [kalau kita pandang masalah tu negetif, negetif la jadinya..cubalah pandang sesuatu dari sudut positif] bukan stakat pandai nak kondem orang.. kalau ko rasa tak suka.. menyampah.. meluat baca status dia.. abaikan.Kadang orang tu marah... jadi semaki marah la.

Ok, sekarang aku bukan nak cerita pasal status FB tu.. 

Dan tak perlu la aku cerita aku stress kenapa..
Sume orang stress..Ada tak orang dalam dunia ni tak pernah stress?? Tipu le ttew.. cuma cara kita nak handle stress kita macamana.Ada sesetengah orang bole handle stress 'macam tu' jek.. bole ketawa2 lagi..
Macam aku ni, susah skit nak handle stress.. lagi2 kalau stress keje.. hukhuk.. memang terpancar la kat muka aku STRESS! Haahaa..

Aku sangat kagum dengan kawan aku.. kalau dia kawal stress dia.. dia bole nyanyi2 buat lawak lagi. Aduhaiii.. camne la aku nak jadi camtu! Oh my....

Jom kita cari 'ilham' apa kita bole buat kalau kita stress?



1. Menangis.........keluarkan segala yang terpendam dalam hati..menangis sepuasnya & luahkan kepada seseorang yang bole anda percayai. Takde la pendam sesorang. Atau dok kat sejadah...mengadu pada Allah.. mohon pertolongan dan dipermudahkan segalaNya.



2. Dengar lagu favourite atau...dengar lagu yang bole buat korang happy... contohnya lagu dangdut yang tengah TRENDING sekarang..."sakitnya tuh disini didalam hatiku...". Pastikan korang dengar lagu tu sampaiiii korang jadi happy!




3. Ada orang dia suka makan-makan... keluar dengan kawan2 samada tengok wayang ke, pi karoke ke. Tolong jangan pi buat kerja2 yang tak sepatutnya k. Tapi best jugak kalau pi sesorang [kalau bole la] ada sesetengah orang kalau time stress suka beseorangan, ada orang dia suka keadaan HAVOC supaya pat melupakan keadaan stress tadi.


4. Ada juga yang suka menyendiri.... kalau aku SOLO memang aku dah buat ni... pi drive jejauh... pi lari...membawa diri kemana kaki ku melangkah di sit la tempatku melepaskan stress. tapi dah ada anak2 ni susah la sikit nak merayau sesuka hati kan. Kalau ada duit terlebih tu, aku cadangkan pi naik kapal terbang... pi pulau2.. pi tengok keindahan alam. Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


5. Jangan lupa...apa2 pun kita kembali semula kepada Allah.. banyakkan ISTIGFAR.. paling kurang 100kali sehari. Bila kita STRESS semak balik 'connection' kita dengan Allah. Perbanyakkan solat sunat dan baca AlQur'an.

Hidup ni ada pasang surutnya.. sekejap happy sekejap sedih... mana ada manusia yang hidup sentiasa gembira sepanjang hidup. Yang penting... bagaimana kita mencorak & mengatur hidup kita k ;)




[baca tentang supplement untuk mereka yang selalu STRESS]

Thursday, September 25, 2014

Fashionista : Gaya tudung saya...

Fesyen??? Aku ni bukan le pandai berfesyen sangat... Aku jarang membeli baju,kasut & tudung setiap bulan cam wanita lain... kecuali ada bajet terlebih..atau untuk hari2 tertentu. Aku takkan beli sesuatu yang tak puas hati.. kirenya aku ni jenis cerewet gak. Baik takde sesuatu barang tu kalau sekadar ada, tapi tak di pakai. Selalunya macamtu, beli tapi tak puas hati..tak pakai.. kan membazir? Aku lebih suka pakai sesuatu yang aku selesa berulang kali (macam perangai orang lelaki kan? hukhuk..)

Takpe la, aku tak tau nak cite pasal fesyen ape... ape kata kita tengok antara koleksi tudung aku yang bervariasi.. banyak sebenarnya... ni antara FESYEN2 tudung yang aku suka pakai.

Ni cerita Raya 2013.. bole plak aku tersama konsep dengan sepupu.. tapi tudung je lain.. huuhuu.. ala2 fareeda. Tapi ni brand farida joned.heehee.Tudung tu dah jadi kenangan.. sebab dah jual 'pre-loved' dengan kawan aku.

First time pakai half-moon.. selesa la pulak.. RM15 je aku beli dengan kakak chinta. KC la ni punya pasal...

Half moon feveret semestinya kaler 'cream'. Ada beberapa kaler lagi. Takkan nak tepek semua???

Dengan Razin (3months-old) sempoi dengan tudung syria. Mudah di pakai. Murah.. tak sampai rm20 rasanya.

Ni pulak.. fesyen terdahulu.. tahun 2010.. dengan Nabeela (3months-old).Masa zaman ni 'gila' tudung Ariani, Jakel tu. Bole tahan gak rege.. sehelai rm80 keatas masa tu... beratus pon ade.

Sekarang suka tudung Fareeda..tapi tak mampu nak follow setiap fesyennya. Cantik! 'Alah membeli menang memakai'.. sebab selesa bila di pakai.Sekali cuba mesti teruja nak beli lagi. HAAHAA...

Ok, fesyen korang pulak..camne??? Cer bg link kt komen??? 

Selamat berfesyen ye uols...

#teringin nak pakai jubah nursing, dress atau skirt labuh.Cam stylo jek! Muslimah sekarang suke pakai...kan.

Membaca jambatan ILMU...

Bila cakap tentang membaca (Iqra') sebenarnya saya sorang yang gemar membaca.. sebab pada saya membaca bole membuatkan saya 'lebih pandai dari orang lain' ( selain dari ayat "menambah ilmu pengetahuan" cliche sesangat! )
Ada orang.. tak suka membaca... kesian!
Bukan tak suka..sebenarnya MALAS kan? Pada aku daripada mengira.. baik aku membaca..huuhuuhuk #taksukamatematik :p
Walau macamanapun, di zaman teknologi.. e-book banyak atau pon mr.google. Dah tentu ramai yang pilih jalan mudah untuk cari maklumat kat alam maya je kan?? Ape lah yang nak susah sangat nak beli buku bagai. 'Paperless' gitu ( macam aku.. elak kena koyak dek anak2.. buku banyak kat rumah ni.. tapi pengakhirannya... hancur jadi sampah )
**tapi, harus ingat... ilmu agama korang jangan terus 'google' tanpa merujuk guru agama.Encik Google ni bukan 100% betul..ni macam2 ada.
Ok, apa yang aku SUKA BACA...??


1) Kata-kata motivasi

  - Biasanya kalau stress/sedih aku akan cari kata2 semangat dan positif untuk meningkatkan motivasi diri & melegakan stress ku. Supaya diri ni tak terus terjunam dalam gaung. hiihuu...


2) Resepi
  - suka cari resepi2 baru kat majalah, buku resepi atau online.. pastu cuba la.. bagi suami & anak2 makan. Nanti kita tepek resepi nasi beryani simple kat cni eh.


3) Majalah ke ibubapaan dan dekorasi rumah
  - sejak tahun 2009 hingga sekarang. Yela, dah jadi isteri orang.. dah jadi mummy ni.. kena la penuhi INFO2 mengenai bayi, kanak2 selain memcari idea menghias rumah. Hias ke?!


4) Tafsiran ayat Al-Qur'an

  - sejak join Shaklee..bukan setakat ilmu tentang produk, pemasaran yang kami perolehi tapi upline2 kami yang dah berjaya.. banyak menasihatkan & mengingatkan kami tentang amalan rohani. Lagipon, usia kita bukannya semakin muda.. jadi cari la ILMU AKHIRAT jugak. Saya suka baca tafsir dan fahamkan penerangan tentangnya.InsyaAllah, kita kalau nak berjaya di dunia.. kita perlu kejar akhirat dahulu. Baru la seimbang.



5)  Buku atau info kesihatan

  - saya memang minat bidang perubatan & kesihatan tapi takde rezeki jadi doktor.. haahaa... tu lar, sebab tak pandai sains & math. Jadi, saya teruskan minat menggali ilmu & membaca tentang kesihatan. Lebih2 lagi dah jadi pengedar Shaklee.. kena la banyak INPUT tentang vitamin & produk kesihatannya. Bukan bole jual 'semberono' ajek. InsyaAllah. I'll be ur best consultant.

Aku jenis kurang suka baca tentang hiburan & yang melekakan. Bukan tak pernah baca langsung... tapi entah la, di usia sekarang ni.. macam dah tak minat pekara2 yang tak mendatangkan faedah kepada aku (bajet bagus... sila percaya!)
Lagi satu, faktor pasangan jugak mempengaruhi minat kita... Suami aku sendiri suka membaca (baca apa yang dia minat la... tapi dia jenis pantang nampak 'kertas' jugak. Dan aktiviti melepak kat MPH, Popular tu biasa... dan... sekali pegi KLCC lepas bawak anak2 tengok ikan kat Aquaria kami menghabiskan masa duk kat Kunikunya.. nasib baik bukan orang KL...kalu takkkk...........


** sekarang sedang baca SURAT ARAHAN BERKURSUS 10 hari di JB **

Wednesday, September 24, 2014

Tangkap gambar sendiri??? "S.E.L.F.I.E"

" A selfie is a self‑portrait photograph, typically taken with a hand‑held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Google+, Instagram, Snapchat, Tumblr and Twitter " - Wikipedia.
Siape yang tak pernah ambil gambar sendiri pastu "upload" kat media sosial...? Cuba angkat tangan sikit.. eh! Ko.. bior betul.. ni trend zaman sekarang. Kalau ko tak buat.. kire ketinggalan zaman taw.. harharhar.. ops! No..no..no.. jangan marah.
Tapi menurut kajian, 80% remaja di Malaysia mengalami 'penyakit SELFIE' ni lar.. [maknanya 20% tu korang la.. heehee..] tapi tak bole nak kata jugak.. mungkin yang 20% ni bukan tak teringin nak ber'selfie' tapi mungkin mereka takde 'smartphone' atau tak minat bergambar atau yang paling sedih tak de keyakinan diri untuk ber'selfie'.
Aku pon bukan suka sangat SELFIE.. dah ruupa syokk sendirik.. perasan cantik.. dan mintak dipuji..hukhukhuk [bajet diri ni sopan&baik la konon].
Tapi Alhamdulillah ler, aku ni bukan 'hantu Selfie' sebab rupanya SELFIE ada keburukkannya...
Check this out!!
Keburukan Tabiat Selfie
Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.
Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan.
I pon ada jugak sekali skala ber'selfie'... guna camera depan.. jadi, aku ni takde la ketinggalan zaman sangat. Walaupon muka tak cantik mana. Alhamdulillah, cukup sifat & yakin cantik je... SMILE je la hiihuu.
Layannnnkannn ajee...

Sunday, September 21, 2014

Part 2 : "My Love" [bertemu jodoh]

Tetibe PART 2..

Mana PART 1?? [sini lar]

Ramai ke nak taw CERITA CINTA kitorang...? Ko rasa ada tak seromantik cerita ROZITA CHE' WAN dengan ZAIN SAIDIN???

Perkenalan Kami

Kami berkenalan semasa sama2 kerja kat sebuah syarikat jualan kereta. Kira kami ni SALESMAN & SALESGIRL.. sape mngurat sape??? mesti la Encik Razman.. tetibe SMS kita nak kenal. [henpon tu ilang..kalau tak bole tunjuk bukti] kebetulan, mungkin jugak dah jodoh..kita tengah single... Orang tu nak kawan.. kita OK je lar.. secara details tak payah ek..

Kami berkenalan pada bulan Julai 2007.. Then, Allah bagi rezeki, aku dapat kerja government jawatan sekarang. Masuk servis bulan November 2007, di tempatkan di Putrajaya. Family dia decide nak masuk meminang. Elok2 nak merisik bulan Disember tuu.. terus di pinang jadi bertunang. Memang sempoi & takde planning. Nasib baik tak terus nikah. heehee. We just go with the flow.... gtew...

Susah senang bersama

Dari Januari hingga Disember 2008 kami berusaha la kumpul barang hantaran tuk kahwin... sepatutnya Nikah hujung Disember 2008.. tapi disebabkan banyak halangan, dugaan & cabaran.. 'post-poned' sehingga MAC 2009. Setelah kami berbincang... kami pilih tarikh 3 April 2009 untuk disatukan dan 04.04.2009 untuk bersanding.

Seeeeeeeeeeeepanjang kami berkawan & bertunang.. banyak sangat dugaan.. kami bukan macam 'couple' zaman sekarang. Tak pon, tak macam korang.. bercinta pon naik kete.. kami turun naik bas dan 'tren'.. Sebab bakal husben dulu cuma ada motor. Susah bersama... dating pon tak gi tempat makan yang mahal2. Kadang2.. makan pon share. Kami sama-sama mencari rezeki di Putrajaya. Punya la nak berjimat, kami kan 'baru nak hidup' [orang tua cakap] makan2 kat Putrajaya tu punya lah mahal kalau nak bandingkan dengan gaji kami masa tu. Mana nak makan, nak bayar sewa, nak bagi orang tua, nak menyimpan lagi. Sedih la kalau ingat balik. Tapi, kami bole terima antara satu sama lain...[cewahhhh!] dia bole pat girlfriend lagi cun kot dari aku..tapi kenapa dia pilih aku???

Kehidupan suami isteri

Selepas bernikah.. rezeki Allah tak pernah putus.. walaupon kadang kami di duga juga, Alhamdulillah kami lalui bersama. Syukurlah, sejak 5 tahun bernikah.. kami di kurniakan 3 cahaya mata yang comel, cerdik & sihat..Syukur sesangat! Tu lar... pengikat kasih sayang kami hari ini, esok dan selamanya.

Perancangan Allah sangat hebat kalau kita lihat masa lampau dan sekarang. Setiap kesukaran pasti ada kegembiraan di masa depan.



# Ingat LAGENDA BUDAK SETAN je ada 3 sequel... nanti kita sambung SEQUEL ke-3.. harharhar...

K, bye.

Friday, September 19, 2014

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, lyna ada 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau Jalan Anjung Batu, Tangkak. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Ishkkk.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan mereka yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam Berempah dibuka pada waktu pagi mulai jam 7 berhadapan SK Payamas dulu di kenali sebagai kedai makan 'PELADANG'.. memang sodap! Tapi kalau korang singgah pukul 11 ke atas memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Kedai bawah pokok..gelarannya.. sebab memang gerai tu bawah pokok rambutan kekdahnyaaa. Apa yang sedap kat situ.. selain goreng pisang, jemput2 kelapa, bihun goreng & mee gorengnya boleh tahan sedap! Biasa dia buka weekdays jer.. weekend dorang pon tutup gak.Rehat la beb. Penat gak meniaga sendirik nih.

Lagi satu gerai yang femes kat Tangkak ni.. korang kalau dari pekan nak ke Gunung Ledang, Sagil tu.. harus la lalu PEJABAT POS TANGKAK.. ye dak? Kalau tak lalu nak lalu mana lagi??? So, toleh ckit kat pejabat pos tu depannya ada gerai makan. Situ minum petang, goreng2 ada... masakan panas seperti mee bandung, nasi lemak pon ado.. memang penuh la kereta parking tepi jalan tu. Di tambah aku promo.. lagi la femes..kan?! huuhuu...

Banyak lagi tempat makan popular sekitar Ledang & Muar ni.. tinggal lagi aku sekeluarga bukan 'kaki makan luar' jadi.. tempat yang orang selalu tumpu tu kami rasa tempat tu best dan sedap.

Satu lagi..Mee goreng mamak & mee bandung muar sedap di makan di gerai sebelah JKR Ledang, di Jalan Sialang, jalan menghala ke Jasin.Tapi buka sebelah petang hingga ke malam saja.

==========================================================================

Tapi kat sini nak juga bagi pesanan penaja.. baahahaha.. MAKAN2 JUGAK...makan tu beringat sikit.. kata orang, lebih baik mencegah dari merawat.. pastikan tahap KOLESTROL anda terkawal. Goreng pisang, nasi lemak, roti canai & teh tarik memang sodappp sangattt.. tapi tu sume makanan yang tinggi LEMAK TEPU.. Beware of that! [Phytocol-st untuk kawal KOLESTROL]

** waktu petang memang sesuai buat entri menge'teh' ni.. dah la cuaca sedang hujan ni :( **


Jumpa next entry ye..
Mommy Nab & Nad
Pengedar Shaklee Tangkak & Segamat since 2014

Thursday, September 18, 2014

^^ CABARAN 3O HARI MENULIS BLOG ^^


Assalamualaikum,

Dalam USAHA merajinkan diri untuk menulis BLOG secara konsisten setiap hari...

Here's the list... IDEA menulis blog selama 30 hari...

Siapa nak join??? silakan & bole tinggalkan LINK anda di ruangan komen.

Selamat menulis... ;)

Pssst... Jangan lupa klik2 blog kesihatan lyna.. mummynabvitalounge







Tuesday, September 16, 2014

WalimatulUrus : My BFF wedding

Assalamualaikum,



Memang aku rasa macam bermimpi semasa menghadiri majlis akad nikah, kawan yang aku kenal sejak berusia 13 tahun...seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa, sangat friendly & seorang kakak sulung yang bertanggungjawab terhadap keluarga.



Siapa dia?


Aku pernah 'mention' dia masa mula2 aku berjinak2 dengan dunia blog ni... [sini]


Cantikkan dia???
KAMI.. tumpang pelamin..bole gituw?

Geng2 Convent yang dapat hadir... [graduate 2001]
Selamat di ijabkabul~kan bersama En. Shukor

Dia lah Noradilah Bt Othman... Alhamdulillah, akhirnya bertemu jugak jodohnya. Semoga dila & shukor aman bahagia sentiasa dan kekal menjadi pasangan kekasih hingga ke Jannah. Amin.

# takde apa yang buat kita gembira..selain melihat orang yang kita sayang..bahagia!



Monday, September 15, 2014

Macamana nak buang perasaan SENTAP??

Ko jangan la tanya aku macamana... kihkihkih.. kadang perasaan ni takpat di kawal jugak.. sedih.. sayu.. simpan sendirik.. ataupon cite kat orang yang aku percaya.. MAK, SUAMI.. [ my best listener ]

Ntah la, kadang2 bila geram atau marah..medium FB memang tak bole langsung di gunakan... ramai 'pengondem' daripada pemberi komen POSITIF. Bagi aku blog ni.. hanya follower yang baca..atau kalau link di 'SHARE'.. InsyaAllah ramai kot yang baca.

Sebenarnya, bila waktu sedih atau 'down' tiba.. mengadulah pada Allah. Sungguh2 bercakap denganNya. Kita akan rasa lega dan dipermudahkan segalanya...

Sejak kebelakangan ni, hidup aku tak tenteram dengan kehadiran orang yang sibuk jaga tepi kain orang, orang yang suka mengata belakang kita..tapi depan muka manis... tergamak eh?! Terkesima jugak sekejap.. bila orang yang kita percaya 'OK'..sebenarnya belakang kita mengutuk kita. PERGH!!! sentap siot... tapi apa kata kita sedekahkan dia ALFATIHAH banyak2.. moga Allah ampunkan dosa dia. Aku ni bukan la SUCI tanpa dosa..tapi aku tak suka keburukkan di balas buruk.. Biarlah Allah yang membalasnya.

Aku tau aku tak perfect.. tapi adakah orang yang mengata aku tu perfect??? 101% sempurna? Alhamdulillah..kalau betol gitu...

Aku dah tak nak tulis benda yang negetip2 kat FB.. sebab nanti ramai mulut LONGKANG yang mengata aku.. meroyan la..itu la ini.. at least bila aku tulis kat cni.. sukati aku la nak tulis apa. BLOG aku kot.. kalau ko tak suka baca jangan baca..tak lalu kat 'news feed' korang pun.. tak mengganggu pandangan mata korang pon dan yang paling penting.. takde kena mengena dengan hidup korang pon.. That's for sure laa.. ( kecuali kepada si pembaca 'sape makan cili dia terasa pedas' )

Gitew la konsepnya...

Lagi satu, yang paling menguji kesabaran bila terasa sangat..jadi mangsa 'pilih bulu'.. setakat orang pandang aku sebelah mata.. sedih? Nak sedih ke? Ke setakat nak cakap "yela! Sape lah aku..." that's me actually... mudah sangat merendah diri.. sebab malu tak bertempat nak meninggi diri nih. "Apa lah yang aku ada? " takde pencapaian yang harus di banggakan.. kecuali AWARD dari Allah.. 5 tahun perkahwinan dah de 3 cahaya mata. Syukur! inilah namanya rezeki dunia akhirat...

sorry la, terpaksa baca luahan hati aku ni.. banyak sangat aku pendam... sampai kadang satu tahap jadi tepu bila orang menyampai kat aku.. dan tahap nak muntah, loya, meluat dan menyampah nak dengar.. dia pikir aku nak ambik kira 'komen'2 diorang tu.. jangan harap.. kirim salam jek. Selagi perangai dorang still sama.. jangan harap aku nak ubah cara aku.. sekian! Goodbye.
[ terbako ni seh ]

Thursday, July 24, 2014

Dating hubby&wifey : TRANSFORMERS 4 - AGE OF EXTINCTION


Assalamualaikum.... dah 13/7/2014 baru ler mami sempat nak update cerita bulan lepas... heehee...
Gambar ni sebelum kejadian yang seterusnya....
Nabeela tu 'propa' jer... tukang teman beli tiket jek.. mumy & dady tgk mid nite taw... tunggu nak2 tido..atok temankan dorang.. mumy&dady berdating...huuhuu.. kejam ke x??? sekali skala hubby & wifey kna la ada time together... spy walaupon anak dah ramai.. still mcm org baru bercinta... ye tak?!

Dah tengok TRANSFORMER : AGE OF EXTINCTION???

Aku la orang paling excited... sampai nak ngajuk2 dengan hubby sebab dia kata "transformers ble2 bole tengok..." tapi seboleh2 aku nak elak tengok pada bulan puasa... Yela, free time kitorang malam je kot.. nanti nak TARAWIH, SAHUR bagai.. sanggup ke nak p wayang pada malam bulan puasa??? tak de koje den...

Berbalik pada TRANSFORMERS 4 tadi.... aku & hubby adalah peminat setia cerita ni.. rasa macam tak de apa2 setelah tengok cerita ni.. [takde efek langsung] yang best ada DINOBOT dan OPTIMUS PRIME tu 'cantik' sikit... Peminat teknologi mesti kagum.. tapi kalau dari segi jalan cerita... hurmmmm... best lagi Transformers 2 & 3... Ok tak pe..

Dan yang aku pelik ada blogger yang rajin mengaitkan Transformers dengan DAJJAL... Wallahu'alam... korang search ar sendiri. Aku minat cerita ni sebab kagum dengan ROBOT tu boleh [treet..treet..treet] transform dari lori jadi robot..dari kereta jadi robot... pastu gaduh guling2 bagaikan..haahaa..Penceritaannya aku takde la amik pusing mendalam sangat. Aku anggap macam baca komik... [walaupon tak baca..haahaa ;P ]


28 Jun 2014

Mummy & Beela
K, dah nak raya dah... banyak lagi nak citer.. Ni citer hampir sebulan lepas!!!

Next Entry erkkkkkkkkkk..

Monday, May 12, 2014

Keistimewaan seorang IBU




Salam,

Semalam merupakan hari IBU...aku sangat bertuah sebab IBU masih ada di sisi dan aku jugak kini bergelar seorang IBU. Alhamdulillah, aku fikir..ini semua hikmah yang Allah bagi..Rezeki kasih sayang ku sangat melimpah ruah...Di kelilingi orang2 tersayang.

Terharu, semalam mummy MC...sebab mencabut gigi geraham bongsu..petang tu jemput la kakak&adik dari taska. Belum masuk kereta..si kakak dah bagi kad ucapan 'handmade'...kepada mummy sambil ucap "selamat hari ibu..kakak saaaaayang mummy" Rasa nak nanges...terharuuu.. [aku tak amik gambar pulak..nanti aku share piccas kad tu..aku dah tampal kat 'notice board' rumah].

Aku sangat kagum dengan IBU...Insan yang bergelar ibu.. Manusia yang melahirkan manusia lain ke atas dunia. Manusia yang mengorbankan 'kehidupan'nya untuk manusia lain... Ibu adalah wanita yang paling ISTIMEWA.. sebenarnya.. bukan wanita sahaja boleh bergelar ibu... Si bapa yang menjaga anak2 sendirian pon bole di anggap 'dia la ibu..dia lah bapa'. Aku kagum juga dengan mereka.


Salah satu keistimewaan wanita yang kita perlu tahu...

"Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

SubhanaAllah =)

CIPTAAN OLEH-NYA

Aku tak pernah lupa bagaimana mengandungkan tiap2 sorang anak2 ku dan bagaimana melahirkan mereka. Tidak semua sama pengalamannya. Berbeza setiap anak. Aku sentiasa ingat jasa ibu ku yang bersusah payah melahirkan ku secara 'forceps'dan membesarkan aku sendirian tanpa Arwah Abah sejak aku berusia 13 tahun. Jasanya entah bila aku dapat balas... setiap nafas & titik peluhnya tak terbalas. Hanya do'a setiap kali lepas solat yang mampu diberi. Semoga Allah melindungi ibu bapa ku dari azab api neraka. Amiiin.


Selamat Hari Ibu..buat ibu ku...Aftah Bt Affan..Ibu mertuaku yang telah melahirkan suami ku Razman serta anak2 nya yang lain. Kuat menghadapi dugaan ketika mengandung&melahirkan.... Rokiah Bt Suleiman. Kepada semua wanita yang akan & telah bergelar ibu. Kamu adalah insan yang HEBAT. Berbangga lah, kerana Allah telah menjadikan kamu manusia yang istimewa di atas muka bumi ini. Jadilah ibu yang terbaik... Jangan sia2 kan keistimewaan yang diberi. Fikirlah sedalam2nya.. Bersyukurlah... Jadilah anak yang terbaik & Ibu yang dikagumi. Semoga kita berjaya mengarungi dugaan serta cabaran menjadi ibu di zaman moden ini dan beroleh kemenangan di akhirat kelak. Aamiiin.

Saya - seorang mummy bersama Mak tercinta



Yang menulis,
Mummu nabeela, nadeera & nadhif  ^__^

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...