Showing posts with label Razin Nadhif. Show all posts
Showing posts with label Razin Nadhif. Show all posts

Saturday, November 11, 2017

Konvokesyen Taska Permata Kemas - Razin

Assalamu'alaikum,
Saja nak throwback.. 29.10.2017 hari bersejarah buat Razin Nadhif bin Razman kerana telah 'tamat pengajian'di taska kemas permata selama 2 tahun.. Tahniah buat anak mami yang gigih melalui pelbagai 'pancaroba' (pancaroba la sngat! Kihkihkih..) menjalani pelbagai aktiviti bersama cikgu & kawan²..
.
.
Baru konvo.. Dapat sijil.. Kelas belum habis lagi.. Hujung bulan ni ada penutup kelas dengan cikgu2..mesti ajin happy.. Tapi mami pulak yang sedih.. Pasni, jarang la jumpa cikgu2 ajin yang baik2 dan yang gigih mendidik ajin dari zero ke... Hero ke? Sekarang hero? Haahaa..
.
.
.
.
Razin masuk pertandingan tarian (menari lagu k-pop, GOOD BOY & Shark doo doo)  dan pertandingan nasyid (lagu sifat nabi & do'a dhuha) Alhamdulillah, nasyid menang tempat ke 2.
.
Tak maw cite panjang²..dipersilakan scroll.. Gambar² comel anak mami yang sempat mami ambil.
.
.
With love,
Mommy razin,nabeela,nadeera

Wednesday, December 9, 2015

Bagaimana nak tahu demam anak kita serius atau tak?

Salam,

Alhamdulillah, setelah 3 hari demam Incik Razin telah pulih seperti sedia kala. Peliknya si bujang ni..badan panas..tapi masih ligat belari & bermain-main. Fuh! mumy masih boleh relaks lagi dalam keadaan dady takde kat rumah minggu ni..Mumy kena bangun malam & merawat anak bujang mumy sendirian [bantuan dari atok jugak..tolong pujuk 'abang' & pegang abang masa nak makan ubat..hiihii].*abang tu panggilan untuk razin..

Kalau nak dikira2...anak-anak mummy ni..jarang sekali demam.Paling kerap 3-6 bulan sekali demam..kira setahun 2-3 kali je.. Alhamdulillah, tu rezeki kesihatan anak-anak yang Allah kurniakan untuk mummy & daddy. Memang tengah musim demam la kot sebab cuaca tak menentu..tengok keadaan sekeliling pon ramai anak-anak kawan ni demam jugak.
Ok, sebelum kita ambik ringan pasal demam anak2 ni baik kita kenal pasti..kenapa terjadinya demam? Lepas tu, baru kita bole bertindak...

Mengapakah anak kita demam?

Anak-anak kita demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa terjadi..antaranya :
  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Bagaimana kita nak tahu anak-anak kita ni teruk ke tidak demamnya?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah celcius, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, yang itu anda perlu risau.

Hubungi doktor/ pakar pediatrik anda jika....
  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih, tidak menyusu & tidak aktif.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

[cara mengurangkan demam anak]
.

Sunday, December 6, 2015

3 Cara mumy buat untuk mengurangkan demam anak selain dengan ubat...

Assalamualaikum w.b.t,

Selain mummy yang bizi penutupan akaun 2015...mumy pon bizi jaga anak-anak yang amik giliran demam...pas kakak beela demam 5 hari..selang beberapa hari si abang kecik pulak demam. Dah la susah nak makan ubat...
.
Apa mumy buat ialah...

1) Mandi/jaram/jerlum dengan tula basah untuk pastikan suhu badan tidak naik tinggi...kalau dia panas sangat..mandikan aje..pastikan mandikan anak curah air dari kaki ke atas..supaya dia tak terkejut.Atau..basuh muka dia...renjis2 air sikit kat dia. Kenapa kena mandi & lap badan dgn air sejuk? sebab wap panas akan keluar melalui tempat sejuk..macam cawan panas..klu kita sejukkan bawah kipas...sure la cepat air tu sejuk kan??? [meyakinkan tak penerangan aku ni?]

2) Lemon socks - ni tips ni aku baru tau..tips dari pegawai aku yang duk citer cara dia mengurangkan demam anak dia.Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe. Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.

3) Baca Al Fatihah, Ayat Kursi & Do'a menghilangkan demam panas kepada anak & baca pada air minuman dia. Do'a ni memang cepat mujarab..tapi untuk sementara. Buat juga rutin-rutin lain seperti diatas dan bagi paracetamol atau bawa ke klinik jika demam berlanjutan lebih dari 2 hari.

InsyaAllah, semoga kita jadi mak mak yang tabah jaga anak tak sihat ni...plus kalau kita ada anak-anak lain. Kat situ la kita di uji. Mana nak layan yang sihat..mana nak layan yang merengek kan?kan?kan? Ala, kita SUPERMOM kan...mesti bole... =)

Semoga bermanfaat,
Xx Mummy Nab&Nad xX

Sunday, July 26, 2015

Aidilfitri 2015

Selamat hari raya Aidilfitri.

Maaf Zahir batin..kepada semua pembaca blog mummy nabeela..

Sesaje nak abadikan kenangan raya 2015..  supaya anak2 boleh tengok akan datang =)

Raya pertama kami di Felda Maokil, Labis (Rumah husben) pas solat hari raya kami bergerak ke Kampung Tenang, Labis (rumah nenek husben)

Raya kedua..kami balik ke Kampung Tahang Rimau, Segamat pula (kampung mak ku)

Gedik santai kat umah tok arah

Rumah abang long (sepupu mummy)

Dengan atok kat rumah mak ngah yati (sepupu mummy)

Main bunga api..Raya ke 3 kat rumah atok segamat, sekotak habis.

Excited..pengalaman pertama main bunga api.

Tu ajer, warna warni hari raya kami.... ekorang camne pulak? ! cuti seminggu straight uols..sampai raya ke 10 baru naik keje. Hukhukhuk... ni pon mood raya tak habis lagi *__*

ok, jumpa next entry... =)

Wednesday, July 15, 2015

9 Cara menghadapi tantrum anak!

Bismillah...

Salam 28 Ramadhan,

Nak cerita ckit pasal tantru... bukan ape..sejak HERO ku berumur 2 tahun [pada 24 jun lepas] amboiii haii... asik tantrum jek..kalau dia lambat dapat sesuatu atau kalau tak dapat. Mumy pon dah naik lali... tapi lali-lali pon dalam hati membara tapi diam kan aje..sabar2.. tak mo la hilang kawalan ke hapee..kang jadi kes dera mcm kes baru-baru ni. [na'uzubillah] Tu orang yang takde pedoman hidup, takde iman lagi agaknya.

Apa yang kita perlu buat??? Cari punca dan jalan penyelesaian arrr...
1. Sebagai ibu bapa,sebaiknya bersikap tenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum.
2. Menghiraukan anak anda sampai kemarahannya reda, berikan peringatan dengan tegas (tanpa marah) mengenai aturan yang telah dipersetujui bersama.
3. Hindari memukul anak anda, lebih baik anda memeluk anak sampai anak anda tenang. 4. Cari punca kemarahan anak anda sehingga anda dapat memberikan penjelasan yang sebenarnya.
5. Sebaiknya anda tidak menyerah kalah ketika anak anda marah, kerana anak akan melakukan tindakan yang sama ketika menginginkan sesuatu lagi.
6.Jika anak mengamuk, berikan dia pilihan samada mahu bersikap baik dan tidak dimarahi. Katakan yang jika dia berkelakuan baik anda akan menjanjikan sesuatu seperti membawanya berjalan-jalan atau sebagainya.
7. Alihkan perhatiannya dan fokus kepada pekara lain, pada hal hal yang lebih positif.
8. Jauhkan benda-benda yang berbahaya dari sekitar anak anda yang sedang marah. Jika pujukan tidak menjadi dan anak terus berguling di atas lantai atau menghentakkan kaki biarkan sahaja. Namun pastikan keadaan sekeliling selamat dari barang-barang merbahaya. Bila penat, dia akan berhenti.
9. Anda harus membiasakan komunikasi terbuka dengan anak dan juga berikanlah pujian apabila kemarahannya reda.

Kesimpulannya, walaupun mereka kecil, mereka boleh memahami ketika ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci atau kecewa. Selalu berkomunikasi dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.

Semoga Razin Nadhif jadi anak yang BEHAVE =)

[supplemen untuk anak-anak riang, sihat & cerdik..KLIK SINI!]

Wednesday, May 27, 2015

Rekreasi di Tasik Ayer Keroh, Melaka.

Assalamualaikum,

Hujung minggu...kalau nak jimat belanja tapi nak bawak anak2 jalan boleh la ke sini.

Tempat yang tenang..anak2 pon happy sebab ada playgroud (kayu.. sgt retro) tapi masih OK!

Bole bawak bekalan makanan.. duduk2 tepi tasik...(jangan la tepi sangat..bahaya untuk keluarga yg ada anak kecil) makan2.. ala2 picnic gitu. Ada jual makanan di tepi-tepi jalan sepanjang tasik ni.
Tasik Ayer Keroh yang terletak berhampiran Zoo Melaka dan Dataran Sejarah, adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti air seperti mendayung dan berkayak. Ianya dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di samping menjadi tempat sesuai untuk bersantai. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.q7AdnUtF.dpuf

Selain tu aktiviti lain yang boleh dibuat disini bersama kawan-kawan atau keluarga -
boleh berbasikal ~ RM3 sejam,
berkayak ~ RM3 unlimited time,
ada juga wall climbing ~ RM3 unlimited time juga,
memanah ~ RM5 utk 10 panah.

Maps sumber GOOGLE - sesiapa yang datang Melaka, kalau nak berehat-rehat boleh la singgah sini.

Tasik Ayer Keroh yang terletak berhampiran Zoo Melaka dan Dataran Sejarah, adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti air seperti mendayung dan berkayak. Ianya dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di samping menjadi tempat sesuai untuk bersantai. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.q7AdnUtF.dpuf

Google Image

Thursday, May 21, 2015

Part 3: Gaun ala ELSA idaman Nabeela

Kalau baca post terdahulu [sini]

Sejak daripada baju tu siap 2 minggu sebelum Pak Ngah dia kahwin.. tak menyabar dia nak pakai.

At last, hari yg di tunggu2 pon sampai.. [sampaikan masa pak ngah nikah pon dia nak pakai baju tu..sangat over!]

Tempat : Tanjung Sedili, Kota Tinggi
Tarikh: 7&8 Mei 2015
Majlis Perkahwinan Rizal Rahmad [adik suamiku] dan Afidah Halizan.

Dengan ucapan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Layan piccas...........

Atas ni gambar family kecil kami..tengok la si boboy tak reti diam... mummynya baru nak berposing sakan..heehee.

Apa2 pon, kakak2 berpuas hati dapat sarung headband + gaun elsa mereka.
Tak sempat nak mik full piccas dorang posing ala2 elsa...takpe, next time bolekan??? Sure raya nanti pakai lagi buat baju2 tambahan..hikhikhik... =)

Thanks for reading ^___^

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...