Monday, December 16, 2013

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak

atau bole try cara yg lbh kurang sama...tapi x serupa...


1.) Perahkan jus limau ke dalam piring kecik. Lepastu, masukkan kicap ke dalam perahan jus limau nipis tadi. Nisbah, agak agak la. Jangan terlampau masam sangat nanti, masalah cirit birit pulak kan HEHE. Lepastu, minum lah agak agak 1-2 sudu besar campuran jus limau nipis dan kicap tadi.

Amaran
!!!
Jangan terlalu masam. Kalau  *ciritbirit* aku tak tanggung ehh. Kalau batuk dan sakit tekak berpanjangan, sila rujuk doctor.

2.) sediakan segelas air suam, madu dan sebiji lemon..hiriskan lemon dan campurkan dengan madu dan kacau dengan pelahan. minum la.

3.) Kumur2 dengan listerine selepas anda memberus gigi. Jangan risau, tekak anda tidak akan terasa pedih semasa menggunakan listerine.Ia bertujuan utk membunuh kuman/bakteria dlm mulut yg melekat kt tekak.. [ kredit to : sumber ]

sejujur-jujurnya aku tak la rajin sgt nak try sume petua..kadang2 aku hisap je gula2 strepsil atau fisherman's friend tu.. Sbb malas punye pasal..tp kali ni mcm 'tak selera'..so, aku try jus limau nipis+madu+air suam dan berkumur dgn pencuci mulut [listerine] jek...tp sakit tekak ilang...selesema pulak yang datang...

Sistem imun lemah btol lar....tapi sekarang aku ada cara lain..camne nak kuatkan sistem imun yang lemah ni...utk orang dewasa sahaja...camne???

[ketahui bagaimana untuk menguatkan sistem imunisasi badan]


Untuk anak2 dan bayi pulak..


Selesema ni virus..so,klu xde mslh serius lambat laun akn hilang sendri...tp klu untuk kurangkan selesema & batuk bagi anak2/bayi aku cuba wat petua2 ni...utk mengeluarkan hingus..biasa budak2 kan memang x reti buang hingus/kahak kan? so, jln penyelesaiannya..[ kalau gi klinik harus kena nebuliser lagi...dan lagi..]

1) Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak [minyak zaitun atau minyak masak pon bole] sapu di dada anak ketika batuk selsema.

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawang putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/

2. Petua Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan [tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih]. Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handyplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

"Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!"


Garlic steam & teknik percussion

Cara wat 'garlic steam' - 

Pilih salah satu alat yang sedia ada di rumah
  • Bottle steam sterilizer – 20 minit
  • Periuk nasi – 20 minit
  • Bottle & food warmer – 20 minit
  • Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas akan cepat sejuk)
Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut

  • Minyak habbatus sauda’
  • Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)
  • Bawang putih fresh yang diketuk
  • Serbuk bawang putih

    Saya campurkan minyak habbatus sauda & bawang putih fresh...Letak baby dlm posisi meniarap atas peha kita dan muka di tepi...halakan pada wap air panas tadi [saya guna periuk nasi sbb xde streliser/warmer]

    Cover bahagian kepala bayi menggunakan kain lampin atau tuala...supaya baby dapat direct sedut wap panas tadi.

    Sambil2 tu mak/bapak yang memangku baby td..bole wat tepukan percussion kiri/kanan belakang badan baby td..Bentukkan tangan spt cuping..jgn tepuk pada tulang belakang..just tepuk kiri/kanan blkg dada..Tujuannya untuk melonggarkan kahak yg bersarang dalam paru2..wokeh.

    Untuk pemahaman yg lebih2 lg...bole baca kt [sini]
3. Elakkan makanan sejuk/berminyak/berserdak [seperti kekacang @ biskut @ kerepek]

[anak-anak sering jatuh sakit??? KLIK SINI]


setakat ni je petua2 yg bole aku bagi kt uols..ni pon aku korek dr 'google' bukan aku memandai..yg mana mampu aku 'try' wat..hope ia memberi sdkit ilmu kt uols k..

take care everybody!!!

# Ya Allah..kurniakan aku kesihatan yg baik demi mencari rezeki di atas bumi Mu dan menjaga amanah [keluarga] yg Kau kurniakan kpd kami...amiiin.


[cara mengurangkan sakit tekak..KLIK SINI]

Yang menulis;
X Mummy Nabeela X

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...