Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Part 3: Gaun ala ELSA idaman Nabeela

Kalau baca post terdahulu [sini]

Sejak daripada baju tu siap 2 minggu sebelum Pak Ngah dia kahwin.. tak menyabar dia nak pakai.

At last, hari yg di tunggu2 pon sampai.. [sampaikan masa pak ngah nikah pon dia nak pakai baju tu..sangat over!]

Tempat : Tanjung Sedili, Kota Tinggi
Tarikh: 7&8 Mei 2015
Majlis Perkahwinan Rizal Rahmad [adik suamiku] dan Afidah Halizan.

Dengan ucapan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Layan piccas...........







Atas ni gambar family kecil kami..tengok la si boboy tak reti diam... mummynya baru nak berposing sakan..heehee.

Apa2 pon, kakak2 berpuas hati dapat sarung headband + gaun elsa mereka.
Tak sempat nak mik full piccas dorang posing ala2 elsa...takpe, next time bolekan??? Sure raya nanti pakai lagi buat baju2 tambahan..hikhikhik... =)

Thanks for reading ^___^

Tuesday, April 7, 2015

Part 2 : Fesyen gaun ala ELSA dah siappp!

Nabeela asik tanya..' bila nak amik baju "ELSA" kakak?' Mummy cakap..tunggu mummy free. Sebab dia dah tgk dalam phone gambar yang tailor send whassp piccas.


Yeah, ni lar hasilnya... ni fresh from oven..baru siap jahit...so, nampak le..bucu2 tak straight lagi... kedut2 kain...kan.. takpe nanti, I tunjuk bila my princessss pakai yer =)

#baju nak pakai masa wedding Pak Ngah. Baju raya in progress..hikhik..lom puasa dah pikir raya. Mudah-mudahan panjang umur, murah rezeki.

Wednesday, February 4, 2015

Fesyen Inspirasi gaun Elsa


Kejap jek dah separuh Februari 2015 kan.. Pasni bulan Mac, pastu April.. adik IPAR aku nak kawen bulan Mei nanti. Aku tengah sibuk nak tempah baju nih. Semenjak dua menjak ni.. dalam otak aku asyik fikir fesyen baju jek.. Fesyen baju apa aku nak pakai dan gaun anak2 perempuan aku. Aku cadang nak buat baju ala-ala FLOWER GIRL gtu untuk dorang...

Pastu pakai 'headband' atau 'crown flower headband'.

Contohnya macam piccas ni.. Ni baju anak2 sedara aku aritu masa WEDDING kat melaka.
Bulan lepas.


Sesimple jek... gaun labuh..material sifon full lining, pastu tepek (jahit) LACE.. aku dah beli dah kain sifon kat JAKEL, Segamat. Tinggal nak tempah. Jakel tu ada banyak kain2 best.. (yang takde kat kedai kain Tangkak ni)

Fesyen yang aku tempah...INSPIRASI dari gaun ELSA FROZEN. Walaupon tak sama, tapi nak kaler ala2 sama gini. [kredit haidahandmade.blogspot.com]


Gambar bawah ni... takde kena mengena dengan gaun 'flower girl' tadi...

Ni ABAYA (jubah) simple jek... ada sequin kat tangan.



Ni pulak ABAYA.. trend sekarang. Gambar dari Instagram byinara_ Aku suka la simple2 gini. Inspirasi untuk baju raya tahun ni.

Baju 'flower girl' wane biru salji tu dalam proses tempahan. Nanti dah jadi..aku upload bagi tengok hea... hahhahaha.

Sambung PART 2 ok =)

Thursday, September 25, 2014

Fashionista : Gaya tudung saya...

Fesyen??? Aku ni bukan le pandai berfesyen sangat... Aku jarang membeli baju,kasut & tudung setiap bulan cam wanita lain... kecuali ada bajet terlebih..atau untuk hari2 tertentu. Aku takkan beli sesuatu yang tak puas hati.. kirenya aku ni jenis cerewet gak. Baik takde sesuatu barang tu kalau sekadar ada, tapi tak di pakai. Selalunya macamtu, beli tapi tak puas hati..tak pakai.. kan membazir? Aku lebih suka pakai sesuatu yang aku selesa berulang kali (macam perangai orang lelaki kan? hukhuk..)

Takpe la, aku tak tau nak cite pasal fesyen ape... ape kata kita tengok antara koleksi tudung aku yang bervariasi.. banyak sebenarnya... ni antara FESYEN2 tudung yang aku suka pakai.

Ni cerita Raya 2013.. bole plak aku tersama konsep dengan sepupu.. tapi tudung je lain.. huuhuu.. ala2 fareeda. Tapi ni brand farida joned.heehee.Tudung tu dah jadi kenangan.. sebab dah jual 'pre-loved' dengan kawan aku.

First time pakai half-moon.. selesa la pulak.. RM15 je aku beli dengan kakak chinta. KC la ni punya pasal...

Half moon feveret semestinya kaler 'cream'. Ada beberapa kaler lagi. Takkan nak tepek semua???

Dengan Razin (3months-old) sempoi dengan tudung syria. Mudah di pakai. Murah.. tak sampai rm20 rasanya.

Ni pulak.. fesyen terdahulu.. tahun 2010.. dengan Nabeela (3months-old).Masa zaman ni 'gila' tudung Ariani, Jakel tu. Bole tahan gak rege.. sehelai rm80 keatas masa tu... beratus pon ade.

Sekarang suka tudung Fareeda..tapi tak mampu nak follow setiap fesyennya. Cantik! 'Alah membeli menang memakai'.. sebab selesa bila di pakai.Sekali cuba mesti teruja nak beli lagi. HAAHAA...

Ok, fesyen korang pulak..camne??? Cer bg link kt komen??? 

Selamat berfesyen ye uols...

#teringin nak pakai jubah nursing, dress atau skirt labuh.Cam stylo jek! Muslimah sekarang suke pakai...kan.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...