Monday, July 30, 2012

Rezeki anak di bulan puase ;))

Salam,

Hai blogger..especially mommies out there...

Setelah 11 hari berpuasa..akhirnya..mumy berjaya mendapatkan hasil susu yang merundum selama 1 minggu lebih..Memang x boleh tension, stress, kena selalu yakin ada rezeki untuk anak kita...

4 oz dengan double pumping
Bagi orang yg production banyak mesti berkata.."Alah,ckit je..." tp pada aku..aku rasa sangat heppy..sbb dapat lbh dari 3 oz.. my baby minum 3oz x 4 botol = 12 oz sehari..dah seminggu..bekalkan dia cuma 8-10 oz je sehari..mmg kesian..tp nasib baik baby dah mkn..so 'lupa'2 kan dia dgn kudapan..huuhuu..kesian sgt2.. Last week mmg xde lebihan utk wat stok...pam arini mmg bekal utk esok..pernah dapat cma 2.5oz,2 oz,1.5 oz...1 oz..0.5oz pon ade..

Mumy tau knpa production mumy meningkat 'ckit' arini...

1) Mumy pam konsisten stp hari..Slps sahur, pagi & ptg@mlm (pas berbuka).Selalunya mmg waktu yang lbh kurang same..kat opis..biasa setlekn kerja2 'urgent' pastu baru la pam..Pas lunch hour pas direct feed baby kt umah..kadang klu sempat pam ptg tu kalau x bz.
2) Mumy minum air masak lbh kurg 2 liter sehari..x minum 3 liter..sbb setiap 25kg berat badan kita cma perlu 1 liter air sahaja =) so,mumy mmg x kuat mnum air...then, plus2 dgn minum ESP+mealshake SHAKLEE+soya+fresh milk+kurma makan banyak2 waktu puasa ni.Alhamdulillah..berhasil usaha mumy...
3) Mumy dah dapat 1 lg 'breastshield' yg mumy order dari onebabyworld... huhu..mempercepatkan sesi mengepam dan LDR x di sia2 kan begitu sahaja ble kte wat double pumping.

Usaha tangga kejayaan..kita x bole berputus asa...mumy ada baki 14 bulan lagi untuk complete kan misi menyusukan baby sepenuhnya...Amin...

Ikhlas;
Mummy Nab&Deera

Sunday, July 29, 2012

Agenda hujung minggu kami di bulan puase..

Salam ramadhan sekali lagi,

Hari ni ari ke-10 umat Islam menjalani ibadah puasa kan?? mumy dengan 'excited' lagi bangga mengatakan mumy dah siap shopping utk anak2 mumy...PART baju2 moden la.. PART baju kurung lom siap lagi..dh tanya tailor. Kasut,stokin,yg hat seluar kecik depa sumer dah siap..tinggal lom pakai jer.

Aku bab membajet ni serah kat aku..Nak puji diri sendiri bagi korang meluat...I'm the most excellent in da world daa!! Total utk baju, kasut&aksesori anak 2 org RM354. Semua bli kt MP, Melaka. Mostly yang de diskaun 30-50%.. bijakk x mumy berbelanja?? Tahun ni mumy beraya dengan 2 orang anak dara..Tahun lepas sorang jer.. Mumy siap blikan dorang baju gaun same pesen lain saiz jer. Harga asal RM129 tp after less dapat RM59..terkezut sat..tp trus rembat..x pikir panjang dah.. 2 pasang lagi T-shirt&legging warna merah mcm 'gong xi fa chai' gamaknya! Samer kaler tp lain2 design..kakak pakai jeans jer. Ok la tu kan?

'Sedekah' kat PONEY jer RM257..already get free member card.Fuh! Lain2..kat sox world&bubble gummers..baju dah mahal..kasut yg murah sudah..bukan leh pakai lame2 kasut tu.Huhuhu...Mumy bkn kedekut..tp berhemah namanya..huhu..x leh boros2..brg2 mumy&dady x lepas lg...pakaian2 kami semua mesti under RM1k... Kami bukan keja pegawai pon..kerani jer..bonus pon bkn beribu..skit wat raya..separuh wat simpanan.So, kami ukuq baju kat badan sendiri..x salah kot nak pakai branded tp bli la time SALES gile!! Baru berbaloi2...

Jalan punya jalan..4 jam dalam MP..x rasa penat langsung..dah blk umah (berbuka puasa @umah sepupu di Melaka) baru terasa kepenatannya.. Thanks for my hubby yang sanggup melayan kerenah isterinya..huuhuu.. U're the best!

Layan piccas nabeela&nadeera..jom!!!

Wah! adik suke ek nak gi sopping baju raya???

Yeay! mumy dah siap shopping!

Bukan main berpeluk tubuh si kakak nih!
Ok, post ni hanya sekadar untuk memori kami sekeluarga..bkn nak menunjuk2 k ;-)


Ikhlas,
Mumy nab&deera ;)



Rezeki bulan puasa

Salam...

Cerita makan je ke di bulan pose? Huuhuu..tidak ler sampai gtu..saje nak sharing..wat memori di masa hadapan.. huwwah3... 

Biasanya makanan yang aku masak waktu petang pas balik kerja ni..hasil 'inspirasi'&'idea' search dlm internet..hang pa gelakkan la...tp aku mmg buntusss klu bab nak memasak... "apa lagi nak masak ek?...." kan baguih balik umah dah de makanan utk dimakan...Pemalas sungguh la mak dara nih!! haahaahaa...

Jom pagi2 layan ckit..gambar juadah berbuka puasa kami semalam2..... ;-p

Masakan dari air tangan mumy...heehee ;-) Simple...
Ayam goreng kunyit+sayur2an,
Sup sawi+sosej..kegemaran anak2 mumy..
Sambal goreng
Kuew teow goreng & kuih muih tu..jiran kasi&mumy bli =)
Air cincau

Pavlova - Break fast @ my cousin's house
Ok..cukup.. =))

Ikhlas;
Mumy nab&deera

Wednesday, July 25, 2012

Selamat berbuka puasa!!!

nini..ni...HariSalam,

Semalam takde idea nak masak apa..tp syukur atas rezeki yang Allah bagi..mula2 plan nak wat sardin masak kicap..tapi tak jadi sebab ada ikan kerisi..apa lagi..masak sambal+kicap ar...

Sawi goreng, Sayur lemak pisang ikan masin, Ikan kerisi masak sambal kicap & kurma serta air oren twister.
Alhamdulillah...kenyang jugak walau takde ayam golek, murtabak, nasi beryani..kan3???

Minuman sebelum tido - ESP+fresh milk+kurma+kismis+badam cincang blend sume..Jadi Milk shake ;))
Minuman special campur dengan ESP shaklee memberi tenaga sepanjang berpuasa & usaha untuk mumy meningkatkan production susu ibu ;-)

Hari ni..Hari ke-6 berpuasa lom tau lagi menu apa pulak..yang penting simple & berkhasiat..


Ikhlas;
Mummy Nab&Deera

Proses detoksfikasi secara semulajadi... =)

Salam semua...

Lewat pulak wish U all selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak ni..heehee..
Mumy 'a little bit bz' awal bulan Julai ni..dengan Pendaftaran Pelajar, pastu p berkursus lak..pastu ada bengkel pulak kt Putrajaya..Cuti rehat lom termasuk lg..mumy bz menguruskan urusan berkaitan ibadah haji mak..InsyaAllah tahun ni mak akan berangkat ke Mekah bersama adiknya ( iaitu makcik saya - mak leha ).

Sekejap jer dah 6 hari kita berpuasakan? 1st & 2nd day kami sekeluarga sambut ramadhan kat Kampung Tenang bersama nenek nabeela & sepupu2 husben. Bila berpuasa di Tangkak...setiap kali nak berbuka..org otara kata "doq pikiaq"..ape nak makan..? ape nak di masak..? Tu aje ke sebab kita berpuasa? pk nak berbuka nanti nak makan ape? Biasa la, orang malaysia...mewah dengan makanan!! Alhamdulillah, syukur...

Tp tahun ni..lain ckit..mumy mengamalkan buka puasa dengan kurma&air dulu (jus atau air masak) setengah jam kemudian baru makan. Time pose ni la time kita nak men'detoksfikasi'.. bak kata Dr Okimi..tp cara kita berbuka tu dah salah...hampir 12 jam x makan tiba time buka pose...sumbat banyak2...haahaa..tu yg sampai senak perut.
Antara waktu berbuka hingga sahur tu..makan la ckit2..Jangan la 'hadap' sekaligus...Gagal proses 'detoks' yg kita nak wat..detoks bukan utk org berbadan besar je tau..org yg kurus cam mumy pon perlu detoks untuk membersihkan usus..hat mana2 yg tak bersih serta bertoksin tuu..

Kat sini, mumy ada cari info tentang puasa&detoksfikasi ni..meh baca sat... 
(sumber : Incik google++ )

Bagaimana puasa boleh menjalankan proses detoksifikasi?
  • Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, Amalan biasa bagi pesakit adalah mengambil ubat. Namun sebenarnya, puasa adalah penawar yang terbaik. Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Semasa berpuasa.organ berehat dan ia dapat membantu segala kotoran dan toksin dalam badan di samping menyegarkan sel.Puasa adalah rawatan tertua, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai rawatan bagi pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering berpuasa dan mendapati puasa mampu menyembuhkan penyakit asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.
  • Menurut Dr. Cindy Eagles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, Binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah menyembuhkan penyakit. Puasa mempercepatkan penyembuhan kerana bakteria memerlukan zat besi bagi bertindak dan dengan berpuasa dapat melemahkan bakteria.
  • Berpuasa tanpa menyentuh sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan Sebuah jurnal perubatan yang berprestij, The Lancet, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang sangat adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlulah dikaji terlebih dahulu.." (Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)
  • Walau bagaimanapun, pengecualian dari berpuasa diberikan kepada penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung,buah pinggang, migrain yang teruk,batu karang dalam buah pinggang dan seumpamanya. Pengecualian ini memang diizinkan agama kerana Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud, "Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir(maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain."
  • Sekiranya penyakit yang menimpa sesorang begitu serius sehingga tidak ada harapan lagi untuk sembuh, beliau tidak perlu berpuasa sama sekali. Sebagai gantinya, beliau diwajibkan membayar fidyah sebagai menggantikan puasa yang wajib ditinggalkannya. hal ini disebutkan dalam Fatawa Muassirat oleh Dr. Yusof al-Qardawi.
Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga. Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Jika ditinjau dari sudut pemakanan, tabiat pemakanan seseorang individu memainkan peranan yang amat besar sekali dalam menentukan kesihatan dan tahap morbiditi mereka. Ini kerana secara jelasnya, apa juga makanan yang mereka ambil akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan tubuh mereka malah juga terhadap kewujudan penyakit tertentu. Dan kaedah pengawalan pengambilan makanan tertentu dapat pula meningkatkan kesejahteraan mereka di samping mengurangkan risiko penyakit tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah serta kandungan lemak dalam badan. Ini secara tidak langsung berkesan dalam mengurangkan risiko diabetis (khususnya Type II Diabetes), hipertensi dan strok.

Seseorang yang berpuasa akan mendapati pembakaran kandungan lemak dalam badan dapat dijalankan secara lebih sempurna lagi. Proses ini berlaku di mana lemak-lemak tersebut digunakan untuk menghasilkan tenaga mereka yang berpuasa dan lemak-lemak inilah merupakan satu-satunya sumber tenaga yang ada pada ketika itu. Dan sudah pasti proses ini amat baik bagi mengurangkan kesan tidak elok akibat dari peningkatan kolesterol, berat badan berlebihan dan obesiti.

Hai...panjang pulak membebel..So,selamat beramal ibadah..Semoga puasa kita akan lebih diberkati oleh-Nya =)


Ikhlas,
Mummy Nab&Deera ;-)









Monday, July 16, 2012

Re-Checklist rumah baru

Salam,

Rumah kami dah 80% siap pada bulan Julai 2012..huuhuu..berdebar2 nak tunggu CF..then,kunci rumah..Semalam hubby&I dah pi wat 'lawatan tapak'... memandangkan dah hampir penghujung tahun 2012..barang2 sume dah naik harga..batu,pasir,simen,besi..bla3..... so kena wat survey lagi...Totally out of my mind!!!

Klu tengok 'checklist rumah baru' aku kt post yang lepas..dah xleh pakai dah tu..merepek sgt!

So, here new checklist....

1. Table top dapur (detail di no 2)
2. Tiles utk 3 bilik yang xde tiles lagi... utk 2 pekara di atas..bajet utk upah sahaja
RM1,500..tu baru upah..belum bahan2 pembinaan..bahan2 kena bli sendiri..Menurut member aku cakap.. Bahan = Upah.. So,bahan2 pon dalam RM1,500..Total lebih kurang RM 3,000.00. Still under my budget..sebelum ni mmg aku bajet RM 4,000 utk 2 pekara ni.
3. Grill & Awning mungkin amik kontraktor yang same lebih kurang RM 4,000
4. Plugs & Lights
5. Remote control Fans / Aicond utk master bedroom sahaja
6. Wiring
7. Very simple cornice (nasib rumah tu dah ada plaster ceiling)
8. Rod / Rail langsir
9. Hob gas & Hood
10. Cat ruang tamu / bilik

No 4 - 10 aku belum ada 'exactly' bajet..so..nanti klu senang aku update lagi..
Jom tengok piccas2 terbaru umah I yang 'baru' siap 80% tu...huuhuu... Biar lambat2 siap..asal 'selamat'...

Dari pandangan depan

Ruang tamu memanjang

Bilik kena pasang tiles..
Cukup2 sudah..sampai sini je piccas terbaru.. tengok pulak gambar2 dari 'Encik google' yang di angan2kan untuk di 'realisasikan' kelak..huuhuu.. Iyo..Iyo jek..

Cornice macam ni jela...simple & x payah 'add on' lampu kalimantang

Ok, next time..kita survey lampu2 pulak k.. Banyak lagi nak citer sebenarnya..tapi tak cukup masa..Haahaa =)

Mummy Nab&deera ;-)

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...