Sunday, February 13, 2011

Breastpump Spectra 3


Salam blogger,


Entri ini hanya daripada pengalaman saya menggunakan dan mengendalikan spectra3.. Spectra3 breastpump adalah pam elektrik standard hospital yang dikategorikan sebagai the ‘most affordable’ breastpump di pasaran Malaysia.


1st time guna (husben paksa…) sblum tu dia blikan bli breastpump manual (brand biasa) memang x ‘jalan’ sebab takde rangsangan…mula2 pakai spectra3 memang sakit (macam mula2 baby hisap breast kita jugak)..pastu rasa macam serik nak pakai..tp berkat sabar & dorongan husben yang menolong…aku berjaya melakukannya..lama2 rasa ‘suction pump' mcm hisapan bayi jugak.Tak sakit langsung..dan ianya pengalaman yang menyeronokkan.Korang nak rasa sendiri….?Baca kat bawah…


Pembaca boleh refer kat picture di bawah untuk cara/tips penggunaan Spectra 3 ni… Jeng..jeng..Jeng..


Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3


1. Mulakan dari minimum ke maximum perlahan2 (sehingga mendapat kekuatan suction yg anda mahukan), dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke minimum sebelum meng-off pam
Sebab: Supaya knob itu tidak stuck dimaximum. Ini adalah kerana, utk mommies yg dah biasa menggunakan Spectra 3, dia akan terbiasa dengan suction max yg paling akhir (jadi ala ala malas nak pusing2kan knob)
Perhatian! Semasa memusing keminimum, tidak perlu sampai tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah). Hanya perlu pusing ke arah min sehingga terkeluar sedikit bunyi angin..



2. Jangan pusing2 ke arah maximum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang mudah patah jika anda tolak ke arah max secara keterlaluan (pusing sekuat hati)
Akibat : Pam anda akan tiada suction dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian2 tersebut akan menyebabkan air tersebut disedut ke dalam pam anda
Akibat : Menyebabkan patch di bahagian bawah motor yang boleh menyebabkan motor pam anda rosak.



4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks berlaku.



5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis (tambah grease,check suction, pam berbunyi kuat bagai) (free things are the best
:))
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis (caj semasa adalah RM50-may varies accordingly).



Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis

1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.



2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 (Zhang Ling) untuk meng-arrange proses penghantaran (samada dihantar sendiri oleh anda ataupun dicollect oleh Histopoint (bercaj).


3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 hari (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai backup pump (samada manual ataupun iSpectra)
Durability Spectra 3 ialah 1500 hours

Berikut adalah kira kira yg dibuat oleh saya:


Biasanya ibu mengepam 20 minit =2-3 kali (di ofis) bersamaan dengan 60 minit(1 jam) sehari
Sebulan ibu mengepam selama 30 jam (hari bekerja adalah 20 hari, ada extra 20 jam di situ)
1500 jam di bahagikan dengan 30 hari ialah 50 bulan
50 bulan bersamaan dengan 4 tahun
Secara rambangnya, Spectra 3 anda tahan selama 4 tahun!
(turut bergantung kepada cara penggunaan)



Pro – Affordable & Suction yang tidak menyakitkan. Yang penting, ianya serves the purpose iaitu membolehkan saya menyusukan anak (insyaAllah sehingga 2 tahun)
Contra – Bulky & Perlu ada electric socket untuk menggunakannya.
Cara mengatasinya – Saya letakkan Spectra 3 saya didalam 
bag nya untuk kemudahan travel & saya beli adapter 3 pin plug untuk menggunakan Spectra 3 di dalam keret.

Harga Spectra 3 (semasa entri ini ditulis) ialah RM388.00
Harga untuk extra shield set (bahagian 4,5,6 & 7) ialah RM70.00

Tetapi jika anda membeli satu set dengan bag & cooler tote bag, anda akan dapat semuanya dengan harga RM500.00



MAHALNYA? fikir fikirkan…
susu formula purata kosnya ialah seminggu RM50
sebulan = RM200
dua bulan = RM400
24 bulan (2 tahun) ialah RM4800
belum dicampur kos anak mudah demam kerana susu formula tiada antibodi
berbeza kan RM4800 dengan RM500.

RM 388.00 per set


Spectra 3 Breastpump *Back to Work Package A*

RM698.80  RM650.00

Dengan pakej ini :

·    1 unit of Spectra 3 Breast Pump berharga RM388.00
·          
     1 Stylo Mama Backpack berharga RM132.00
·         
     1 unit of Spectra Shield (for double pumping) berharga RM70.00
·          
     1 Autumnz Cooler Tote berharga RM46.90
·           
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack berharga RM23.00 


8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) berharga RM38.90 


1 pc of Autumnz Nursing Bra** berharga RM39.90

** Pilih mana-mana 'Autumnz Nursing Bra' (e.g. Glenn, Henna, Olivia, Primrose, etc). Sertakan pilihan bra & saiz sekali ye.
Stylo mama backpack
Autumz Cooler Tote bag


Spectra 3 Breastpump *Back to Work Package B*

RM536.70  RM500.00

Dengan pakej ini :

·   1 unit of Spectra 3 Breast Pump berharga RM388.00

  1 Autumnz Cooler Tote berharga RM46.90
  3  packs of Autumnz Reusable Ice Pack berharga RM23.00
  8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) berharga RM38.90
  1 pc of Autumnz Nursing Bra** berharga RM39.90
  
** Pilih mana-mana 'Autumnz Nursing Bra' (e.g. Glenn, Henna, Olivia, Primrose, etc). Sertakan pilihan bra & saiz sekali ye.

Selamat memilih ye =)

2 comments:

~h.a.n.a.f.a.r.h.a.n.a~ said...

bagus...info yg menarik...penah jumpe sblum nie breastpump ni...tp just tgk jela kan..al maklumlah baby xde lagi...ehehehehehe...

*sharing is caring*

Nailofar said...

salam..

Sy beli spectra 3 tempohari..br guna beberapa kali tp hasil tak memuaskan huhu..last2 berbalik ke pam manual..

nk sgt manfaatkan spectra 3..mcmana nk maksimumkan hasil pam ek..boleh kongsi pengalaman awk tak..

Terima kasih

Protein penting untuk mereka yang ingin hamil

Assalamu'alaikum w.b.t, Semua pasangan yang berkahwin mestilah nak dikurniakan cahaya mata kan. Tak kira la seorang atau ramai.. Itu...