Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

Lawatan kilang Mamee, Melaka & Mamee Jonker House {Cuti Sekolah Part 1}

Assalamualaikum,

Post throwback...

Minggu pertama cuti persekolahan 2017..kami sekeluarga berseronok ikut trip rombongan Taska Permata ILP ke mana taw?

Ke melaka je pon. Haahaa..Ni kira cerita throwback la ni. Tak nak memori tu luput macam tu aje.

Kami berkumpul di sekolah Razin lebih kurang pukul 7 pagi menaiki bas. Pukul 9 kami dah sampai Ayer Keroh. Sementara tunggu Kilang Mamee Ayer Keroh buka.. Kami sarapan dulu di Taman Tasik Ayer Keroh.

Dalam pukul 10 pagi kami bergerak ke Kilang Mamee Ayer Keroh.




  

 

Pukul 10.30 pagi.. Kami masuk ke kilang Mamee. Dalam lebih kurang sejam kami diberi penerangan dan ditunjukkan cara-cara pembuatan Mamee di dalam kilang, kemudian ada sesi fotografi di luar kilang dan kami diberikan souvenir. Jom tengok gambar la...

Di ruang legar depan pintu masuk Kilang Mamee.

 


Penerangan dari staff Kilang Mamee tentang sejarah penubuhan syarikat.


Dengan mak (atok razin laa)

Kemudian, lepas selesai di kilang kami bergerak ke Mamee Jonker House pula... di Jonker Walk, Melaka.

Banyak aktiviti korang boleh buat dalam Jonker House ni..korang berpeluang mereka sendiri Mamee Cup, boleh makan-minum di kafe.. bole beli cenderahati...Jom tengok gambar lagi.... cantik kat dalam Mamee Jonker House ni..warna warni..lighting meriah!

maklumat lanjut klik sini : MAMEE JONKER HOUSE

 



Mameeeeeeeeeee!






 


Panjang lagi ceritanya....lepas ke Jonker house kami ke destinasi seterusnya...Memang ALL OUT ENERGY hari tu.

Cikgu & Ibu bapa semua sporting walaupon masing-masing bawak anak2 kecil.

Nanti kita sambung lagi ye...ke destinasi seterusnya..banyakkkk lagi cerita best!







Thursday, February 4, 2016

Bawa anak anak mandi manda di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Assalamualaikum semua,

22 Januari 2016 yang lepas mummy & daddy sempat membawa anak-anak bercuti 2 hari 1 malam ke Bayou Lagoon Resort Melaka (kira-kira sejam perjalanan dari rumah) tak jauh kan..sekadar nak mandi kolam jek sebab mummy beli 1 buku kupon Bayou Lagoon yang ada tiket buy 1 free 1. So dewasa beli 1 tiket harga RM22 dapat masuk 2 orang, kanak2 beli 1 tiket RM16 dapat dua tiket. Tapi, sebab kami guest hotel (dewasa sahaja) pat la mummy daddy pas masuk water park sampai check out..hiihii..Alhamdulillah!

Sebenarnya kami bukan la orang kaya nak bercuti selalu, last year school holiday kami tak bawak dorang jalan mana-mana, so ada rezeki lebih awal tahun ni..kami REWARD anak-anak kami yang baik2 belaka ni...nak 'happy'kan dorang disamping ajar asas berenang (daddy la ajar..mummy pon belajar jugak...haahaa).




Pas check in...tunggu solat asar dulu sebelum 'kecebhur....' dalam air.



anak-anak sume dah tak sabaq...







standard la...berterabur tuu..yang penting kita 'isi minyak' dulu..heehee =D




kids pool






water park -daddy yanh lebih happy daripada anak2..huuhuu..



swimming pool untuk dewasa pon ado..best gak... ;)




sejuk yer?!



pemandangan dari level 11...subhanaAllah...cantiknya fajr :)




Day 2 : gusti pelampung sebellum turun sarapan dan kecebur dalam air... 



Bilik ada bar dengan 2 kerusi , sofa lengkap set tv..cantik & selesa (brsepah.sorry ek ;)



Day 1 : razin mandi kejap jek...sejuk menggigil2




Day 2 : razin jadi pemerhati haahaa... "pool boy"




Pemandangan kolam waktu pagi..water park lum buka masa ni...



Semoga kita jumpa lagi... cantik sungguh pemandangan pagi ni..hiks!

Antara info lain yang korang perlu tahu...

Breakfast kanak-kanak tak termasuk dalam bayaran bilik adalah RM18 sekepala (anak-anak 100c keatas).

Bilik pulak..cari kat TRIVAGO.COM harga promosi masa tu RM280 per night termasuk breakfast.

Bilik memang puas hati, dapat pulak bilik menghadap kolam..tingkat 11..view pagi memang cantik :)
Sampai si kakak bella tanya, mummy bila kita nak 'balik' hotel lagi???huaaaaarghhhhhhhhhh............

InsyaAllah, mummy & daddy will work hard for all your happiness.

Monday, September 28, 2015

She's big girl now! Nadeera Turns 4!

Allah selamatkan kamu.....2x
Allah selamatkan Raihana Nadeera Razman...
Allah selamatkan kamu...






Berpuas hati dengan kek pilihan sendiri...nak yang ada strawberry aje...


Alhamdulillah,

26/09/2015 Raihana Nadeera Bt Razman genap berusia 4 tahun.

Allahuakbar! Takde kata-kata lain yang mampu kami ucapkan selain bersyukur..kami dikurniakan anak-anak yang sihat sejahtera, sempurna & bijak.

Terima kasih atas ucapan dan do'a kalian di Facebook saya.Semoga anak-anak kami sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan berjaya didunia & akhirat.Aamin.

Always love U,
~Mummy~

Monday, September 14, 2015

Tragedi Kren Tumbang di Masjidilharam Mekah

Assalamualaikum,

Pada 11 September 2015 jatuh pada hari Jumaat.Petamg selepas waktu asar (jam 10+ malam waktu malaysia) seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang setelah di tiup angin akibat ribut pasir di Mekah.

Allahuakbar!

Masa dapat berita tu..Sabtu pagi, kami berdebar seketika..kerana makcik & pakcik kesayangan berada di sana kerana mereka telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Kecoh seketika..sbb kami belum dapat berita daripada mereka.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 pagi hari sabtu tu jugak..makcik yg aku panggil makrah membalas mesej whatassp kami sekeluarga.Semasa kejadian tu dia berada di dalam bilik hotel.
Setakat blog ni ditulis, 4 jenazah jemaah haji dari Malaysia telah di kenalpasti.3 masih belum di temui.Mangsa yang cedera masih dirawat di hospital & ada juga yang telah dibenarkan pulang ke tempat kediaman masing2.
Ramai yang memberi respon tentang tragedi ini.Banyak komentar2 menulis... mangsa2 kejadian meninggal ditempat paling suci di dunia, pada hari Jumaat selepas asar.Mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat & tergolong bersama orang2 beriman.InsyaAllah...Mereka merupakan insan yg sangat istimewa kerana terpilih untuk bertemu Allah di tempat & waktu paling baik.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa kejadian.Tak kira samada yang telah meninggal dunia atau mangsa yang tercedera.Semoga yang tercedera cepat sembuh dan berpeluang melakukan wukuf di arafah pada 22 September nanti.


Sedikit gambar tentang kejadian terbabit.
Husnul khotimah InsyaAllah...




Makrah & Pakdin

Gambar pemandangan dr bilik makrah-sebelum kejadian
Selepas kejadian.


AL-FATIHAH.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...