Monday, January 22, 2018

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.



“Rasa serba tak kena je setiap kali period. Memanglah dapat ‘rehat’ daripada solat. Tapi, terasa ‘lemau’ dan ‘kosong’ bila tak ada pengisian jiwa. Apa amalan ketika haid yang boleh aku amalkan ya?”

Haid dan nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Jelasnya, ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Nak buat ibadah yang lain pun terasa was-was dengan apa amalan yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dilakukan. Di sini di senaraikan beberapa jenis amalan ketika haid dan nifas yang boleh dilakukan oleh wanita.
.
10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.

Untuk mengelakkan hati rasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:

1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN

Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.
Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3. UCAPKAN ZIKIR

Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.
Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

4. BACAAN AL-MATHURAT

Al-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ia dibacakan setiap pagi dan petang. Di dalam al-mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

5. BERSELAWAT

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

6. ISTIGHFAR

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( ﺍَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍَﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﯿْﻢَ ).
Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. BERDOA

Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.
Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

8. MENGULANG HAFALAN

Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, kita boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut.
Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan , sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan. Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.
Pilih saja yang berkenan di hati!

10. MENDENGAR KULIAH

Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.
Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

TIADA ALASAN UNTUK ‘TERPUTUS HUBUNGAN’ DENGAN ALLAH.

Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas seperti di atas ini, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa.

Tiada alasan lagi untuk berasa ‘kosong’. Tiada alasan lagi untuk berasa was-was membuat amalan.

Jangan lupa, waktu haid ini juga adalah masa untuk kita mencuci telekung serta sejadah sebelum menggunakannya semula. Biar harum dan semerbak baunya. Tentu bersemangat untuk kembali bersolat nanti! InshaAllah.

Dipersilakan share untuk manfaat bersama.

=========================================================================

Jika berminat dengan supplemen mengatasi haid tidak teratur atau senggugut ketika haid boleh hubungi lyna :
.
.
PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2014
NORAZLINA BT SABRAN [ID : 1109279]
WHATASSP 019-6800226
FB : NORAZLINA SABRAN
FB PAGES : PROSPER RICH BY LYNA
INSTA : @shaklee.bylynarzmn
C.O.D SHAKLEE TANGKAK, SEGAMAT & MUAR

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...