Friday, September 19, 2014

Kemas rumah : TIPS RAJIN MENGEMAS...

Assalamu'alaikum..w.b.t

Ceh... konon nak bagi TIPS mengemas rumah yer??? Hahaha... senang cakap macam ni lar, rumah I kembur ( org johor sebut 'kembur' tu sepah la...) kembur depan... kemas tang dapo. Tang dapo sepah, bilik pulak kemas.. tapi kalau bilik kemas.. maknanya ruang tamu harus ke LAUT DALAM.

K, fine... takpe.. apa pon terjadi.. aku nak juga bagi TIPS camne aku merajinkan diri mengemas rumah dengan 3 'platun' aku.. Cabaran besar gak buat aku!

Aku ni takde RAJIN sesangat... kadang tak menyempat kemas hari2 pon. Aku suka tengok blog susun atur, deco2.. banyak la blog tentang hiasan rumah aku follow.. majalah yang aku baca. Tu salah satu cara aku mencari idea & meningkatkan semangat mengemas rumah. Masalah MASA & BAJET mendeko rumah adalah masalah besar, tapi masalah mata rabun aku ni tak bole elak.. pantang barang mainan bersepah & sisa makanan berteraburrr. Pergh!!! Aku selalu pegang ayat ni.. "anak orang lain 3 - 4 orang gak..kenapa rumah dorang boleh bersih dan kemas?"

Yes! DISPLIN kan anak2.. [ i'm working on it, actually ] Syarat2 bermain dengan permainan.. samada atas meja atau dalam bilik dan pas main mesti kena kemas. Sedang berusaha jugak... pupuk semangat kerjasama antara bella & deera nih. Cakap dengan razin... memang bo~layan jek dia.

Kemas sikit2 gak cara aku... contoh.. kalau nampak sisa makanan berterabur.. kutip, buang cecepat.. samada lap lantai tu dengan kain basah atau kalau rajin terlebih masa tu..mop terus. Tapi bukan mop satu rumah. MOP satu rumah ada masa2 tertentu jek.. seminggu 1-2 kali jek. Penat! Tak larat! Banyak keje kononnya...! [Alasan jek tuh, MALAS sbenarnya] 

Pastu tabiat aku.. time tu jugak buat.. kalau tangguh2 memang tak buat nanti jawapnye.. contoh kalau nampak alas meja senget. Mata sakit tengok.. terus betul kan. Ada kan jenis orang yang.. ah! Biar lah...esok2 bole betulkan.. atau cadar katil herot berot.. ah! Nanti nak tido kembur gak... adoiii... tu bukan sakit mata..sakit hati gak!!! Mak aku memang ajor.. pantang katil macam tempat kucing beranak. So, aku memang perangai cam mak aku lerrr. Dan sambil masak..aku kecilkan api.. masa tu la bersilat bersihkan singki, lap 'tabletop', basuh pinggan mangkuk & susun semula alatan memasak. Cuma dapo aku yang kecik..barang yang banyak.. bekas tak seroopa membuatkan dapur ku nampak serabut di mataku!

Hobi aku lebih kepada memasak [Walaupon aku tak banyak tulis resepi...aku lagi suka google RESEPI dan cuba resepi orang..bole gtu??] Walau camnepon.. aku tak suka rumah bersepah. Biar la rumah simple..tak banyak perabot.. tapi mesti bersih & kemas. Aku jugak ahli kelab pesbuk 'kami suka susunatur', 'Nak hias rumah macamana..' 'deko' dan banyak lagi..hiihii... 

Ni antara gambar *Hiasan Dalaman Idaman Kalbu*

Selamat menjamu mata heehuu..
-bukan rumah saya-

Yang rajin memcoret,
Mummy nab&nad.

 [ sumber IDEA : mr. google ]
moden & retro
susun atur macamni sesuai untuk ruang tamu umah ku...
ni idea untuk ruang tamu yang besar
Idea Playroom 1 [kalau la rumah aku ada extra bilik..]

Idea Playroom 2 [kalau la rumah aku ada extra bilik..]

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...