Salam semua...
Lewat pulak wish U all selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak ni..heehee..
Mumy 'a little bit bz' awal bulan Julai ni..dengan Pendaftaran Pelajar, pastu p berkursus lak..pastu ada bengkel pulak kt Putrajaya..Cuti rehat lom termasuk lg..mumy bz menguruskan urusan berkaitan ibadah haji mak..InsyaAllah tahun ni mak akan berangkat ke Mekah bersama adiknya ( iaitu makcik saya - mak leha ).
Sekejap jer dah 6 hari kita berpuasakan? 1st & 2nd day kami sekeluarga sambut ramadhan kat Kampung Tenang bersama nenek nabeela & sepupu2 husben. Bila berpuasa di Tangkak...setiap kali nak berbuka..org otara kata "doq pikiaq"..ape nak makan..? ape nak di masak..? Tu aje ke sebab kita berpuasa? pk nak berbuka nanti nak makan ape? Biasa la, orang malaysia...mewah dengan makanan!! Alhamdulillah, syukur...
Tp tahun ni..lain ckit..mumy mengamalkan buka puasa dengan kurma&air dulu (jus atau air masak) setengah jam kemudian baru makan. Time pose ni la time kita nak men'detoksfikasi'.. bak kata Dr Okimi..tp cara kita berbuka tu dah salah...hampir 12 jam x makan tiba time buka pose...sumbat banyak2...haahaa..tu yg sampai senak perut.
Antara waktu berbuka hingga sahur tu..makan la ckit2..Jangan la 'hadap' sekaligus...Gagal proses 'detoks' yg kita nak wat..detoks bukan utk org berbadan besar je tau..org yg kurus cam mumy pon perlu detoks untuk membersihkan usus..hat mana2 yg tak bersih serta bertoksin tuu..
Kat sini, mumy ada cari info tentang puasa&detoksfikasi ni..meh baca sat...
(sumber : Incik google++ )
Bagaimana puasa boleh menjalankan
proses detoksifikasi?
- Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, Amalan biasa bagi pesakit adalah mengambil ubat. Namun sebenarnya, puasa adalah penawar yang terbaik. Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Semasa berpuasa.organ berehat dan ia dapat membantu segala kotoran dan toksin dalam badan di samping menyegarkan sel.Puasa adalah rawatan tertua, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai rawatan bagi pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering berpuasa dan mendapati puasa mampu menyembuhkan penyakit asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.
- Menurut Dr. Cindy Eagles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, Binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah menyembuhkan penyakit. Puasa mempercepatkan penyembuhan kerana bakteria memerlukan zat besi bagi bertindak dan dengan berpuasa dapat melemahkan bakteria.
- Berpuasa tanpa menyentuh sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan Sebuah jurnal perubatan yang berprestij, The Lancet, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang sangat adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlulah dikaji terlebih dahulu.." (Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)
- Walau bagaimanapun, pengecualian dari berpuasa diberikan kepada penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung,buah pinggang, migrain yang teruk,batu karang dalam buah pinggang dan seumpamanya. Pengecualian ini memang diizinkan agama kerana Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud, "Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir(maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain."
- Sekiranya penyakit yang menimpa sesorang begitu serius sehingga tidak ada harapan lagi untuk sembuh, beliau tidak perlu berpuasa sama sekali. Sebagai gantinya, beliau diwajibkan membayar fidyah sebagai menggantikan puasa yang wajib ditinggalkannya. hal ini disebutkan dalam Fatawa Muassirat oleh Dr. Yusof al-Qardawi.
Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan
tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang
berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan
seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja
pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah
rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban
makanan. Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih
menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah
pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini
akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan
saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan
oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga.
Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi
kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah
s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana
berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.
Jika ditinjau dari sudut pemakanan, tabiat pemakanan seseorang individu memainkan peranan yang amat besar sekali dalam menentukan kesihatan dan tahap morbiditi mereka. Ini kerana secara jelasnya, apa juga makanan yang mereka ambil akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan tubuh mereka malah juga terhadap kewujudan penyakit tertentu. Dan kaedah pengawalan pengambilan makanan tertentu dapat pula meningkatkan kesejahteraan mereka di samping mengurangkan risiko penyakit tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah serta kandungan lemak dalam badan. Ini secara tidak langsung berkesan dalam mengurangkan risiko diabetis (khususnya Type II Diabetes), hipertensi dan strok.
Seseorang yang berpuasa akan mendapati pembakaran kandungan lemak dalam badan dapat dijalankan secara lebih sempurna lagi. Proses ini berlaku di mana lemak-lemak tersebut digunakan untuk menghasilkan tenaga mereka yang berpuasa dan lemak-lemak inilah merupakan satu-satunya sumber tenaga yang ada pada ketika itu. Dan sudah pasti proses ini amat baik bagi mengurangkan kesan tidak elok akibat dari peningkatan kolesterol, berat badan berlebihan dan obesiti.

Hai...panjang pulak membebel..So,selamat beramal ibadah..Semoga puasa kita akan lebih diberkati oleh-Nya =)
Ikhlas,
Mummy Nab&Deera ;-)
No comments:
Post a Comment