Sunday, January 16, 2011

::Kasih tiada penghujung_PART 1 ::

Salam blogger,


SYURGA UNTUKMU IBU

Sudikanlah membaca isi hati seorang anak&ibu tentang kisah ibu kepada anaknya...dan anak kepada anaknya....

Kisahnya bermula bila seorang ibu melahirkan seorang anak perempuan dengan segala susah payahnya serta bertarung nyawa...kemudian,anaknya dibesarkan bersama suami tercinta selama 13 tahun dengan kehidupan penuh ceria&bahagia. Akhirnya, dia membesarkan anak perempuannya sendirian kerana pemergian suami tercinta akibat barah paru-paru.Anaknya disekolahkan dengan hasil titik peluh menjual nasi lemak dan bekerja dikantin sekolah.Sehinggalah anaknya mencapai umur 18 tahun...melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil&diploma di Politeknik.


Setelah itu, anak bekerja dan berkahwin pada umur 24 tahun...melahirkan pula seorang bayi perempuan.Ibu tetap dipelihara bersama...dibawa kemana pergi...seperti mana ibu ini menjaga anaknya semasa kecil.Kini, ibu ini menjaga pula anak kepada anaknya...betapa besar&hebat pengorbanan seorang ibu yang tiada penghujungnya.Kasihnya tak terjangkau dek akal...budi&jasanya tak terbalas diatas dunia.Syurga untukmu ibu...Insyaallah, selagi hayat dikandung badan..akan ku jaga ibu ku sehingga ke nafas terakhir.


Kini,kasih sayang tiada penghujungnya....iaitu kasih seorang ibu diberikan pula kepada anak perempuanku...baru kini ku sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya.Masa,wang ringgit,tenaga,semuanya....tidak dikira sama sekali.Semua dicurahkan untuk yang tersayang..anak2 mummy.

Nota ini ditujukan khas buat ibuku Aftah bt Affan dan anakku Nabeela Raisya bt Razman, semoga ianya kekal abadi sebagai kisah kasih sayang kita.

Too Much L.O.V.E,
~Norazlina Bt Sabran~

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...