Sunday, January 23, 2011

:: Cloth Diaper dah terjual ::

Salam blogger,

Alhamdulillah... walaupon x banyak..tp ini permulaan baik bagi aku & kawan aku..Pn Mariaton untuk memulakan bisnes kecil2an kami menjual Cloth Diaper.

Kami masih baru&banyak lagi kami perlu blaja ttg 'dunia' CD ni...kita belajar sama2 yer....x susah ponnn..
INSYAALLAH...

Coolababy- dari kanan :baby blue,jasmine & atoll blue.

Rainbow BB -dari kanan :Red,Blue & Orange

Sunny Baby Minky -atas (dari kanan) Purple Lovely Heart,Pink Love, bawah (dari kanan) giraffe&dark leopard.


Thanks wat kawan2 yang support kami.Nantikan lebih byk corak@brand CD akan dtg...huuhuu..

Love;
Lyna.

Saturday, January 22, 2011

Baby & Cloth Diaper

:: Nabeela telah menggunakan Cloth Diaper ::
Salam blogger,

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman menggunakan Cloth Diaper...Pics kat atas tu Nabeela menggunakan cloth diaper jenis Rainbow BB.So far dia selesa...dan perlu ditukar kpd CD yang lain antara 3-4 jam kalau tak 'poo~poo'.

:: Sunny Baby Minky ::

Pics kat atas ni nabeela guna Sunny baby minky...comfortable sgt2 tgk dia pakai.CD sangat mudah digunakan bagi yang rasa nak jimat pada masa akan datang.Memang kita terpaksa mengeluarkan modal permulaan membeli lampin kain moden ini.Tp walaubagaimanapun, ia sangat berbaloi...Berapa banyak sangat tenaga kita gunakan untuk membasuh CD ni jika dibandingkan dengan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli 'Disposable Diapers'(DD) tiap2 bulan apabila dapat gaji.

Cloth diaper ni sama mcm DD cuma ia diperbuat daripada kain (material yg sgt bagus) boleh dibasuh & dipakai berulang kali...Tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang yang biasa.Di bawah, contoh pengiraan.....penggunaan CD atau DD.

:: Get your calculator now ::



Saya pon masih baru menggunakan CD..jom kita sama-sama go green and be natural parenting.Insyaallah...

Lots of Love;
~Lyna~


Sunday, January 16, 2011

:: Kasih tiada penghujung_PART2 ::

Salam blogger,

Jumpa lg dalam 'kasih tiada penghujung'.....PART 2.

Kali ni nak cerita tentang kasihku terhadap nabeela...kasih seorang ibu kpd anaknya...
Pagi-pagi...kul 6.30...waktu bangun tido nabeela..x kira hari aku bekerja ataupun hujung minggu..(Aaaargh! sabo jek..) Tapi ble ingat semula, aku dah ada ANAK ok!!! Soooo,wake up!!!


:: Nabeela 6 months++ pandai meniarap ::

:: main laptop eh?tgk mr bean kt you tube ::
Kalau hari cuti...susukan, suapkan makan, mandikan nabeela...then, kul 10.00 lebih dia akan merengek nak tido semula pas bermain-main.'Time' tu lah aku mandi, basuh baju...kdg2 lom sempat wat keje lain...nabeela dah bangun.Aku akan hadapkan dia depan TV..bg dia permainan..selagi kita ada depan mata dia..dia xkan 'mengaruk'...kre mcmni la dia ckp... "Mummy..please don't leave me alone!!!!"

Tengahari...dah siap masak,cepat2 aku makan dengan daddy&atok nabeela...pastu sembahyang...baring lg...tgk movie ke...melayan nabeela bermain..sambil susukan dia...dia akan tertido sekejap.

Petang sudah.....mandikan nabeela lagi, suapkan makan...Sejak dia dah pandai meniarap&'menjalar' nih...tibe2 dah dok kt lantai..aduss..risaunya semua benda dia nk masuk mulut..dan dia gak semakin pandai ajak kita bermain.heehee...


:: Hey! Look at me ::

:: Here I come!!! ::
Nabeela bkn seorang bayi yg sukar dijaga....klu perut dia kenyang, tekak dia basah & mata dia segar...dia xkan mengaruk tanpa sebab..mungkin masa dalam pantang 30 hari...dia dah menguji kekuatan&ketabahan hati ku menjaga dia.Berulang alik ke hospital, x cukup tido, bermalam dia wad, makan minum x tentu........dan tak putus2 berdo'a dan berusaha untuk melihat nabeela kembali sihat seperti dia baru dilahirkan.

Walaumacamane susah sekali pon mummy jaga nabeela....nabeela tetap anak mummy & kesayangan mummy dunia&akhirat...You are always be my love forever..Cinta&Kasih mummy tetap utuh terhadap nabeela..sampai bila2...


:: Her Soft Toys ::

:: Makan puri carrot & labu ::

:: Aksi slps mandi ::

:: Ikut mummy&daddy jln2 ::

Love my baby forever;
~Mummy nabeela~


::Kasih tiada penghujung_PART 1 ::

Salam blogger,


SYURGA UNTUKMU IBU

Sudikanlah membaca isi hati seorang anak&ibu tentang kisah ibu kepada anaknya...dan anak kepada anaknya....

Kisahnya bermula bila seorang ibu melahirkan seorang anak perempuan dengan segala susah payahnya serta bertarung nyawa...kemudian,anaknya dibesarkan bersama suami tercinta selama 13 tahun dengan kehidupan penuh ceria&bahagia. Akhirnya, dia membesarkan anak perempuannya sendirian kerana pemergian suami tercinta akibat barah paru-paru.Anaknya disekolahkan dengan hasil titik peluh menjual nasi lemak dan bekerja dikantin sekolah.Sehinggalah anaknya mencapai umur 18 tahun...melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil&diploma di Politeknik.


Setelah itu, anak bekerja dan berkahwin pada umur 24 tahun...melahirkan pula seorang bayi perempuan.Ibu tetap dipelihara bersama...dibawa kemana pergi...seperti mana ibu ini menjaga anaknya semasa kecil.Kini, ibu ini menjaga pula anak kepada anaknya...betapa besar&hebat pengorbanan seorang ibu yang tiada penghujungnya.Kasihnya tak terjangkau dek akal...budi&jasanya tak terbalas diatas dunia.Syurga untukmu ibu...Insyaallah, selagi hayat dikandung badan..akan ku jaga ibu ku sehingga ke nafas terakhir.


Kini,kasih sayang tiada penghujungnya....iaitu kasih seorang ibu diberikan pula kepada anak perempuanku...baru kini ku sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya.Masa,wang ringgit,tenaga,semuanya....tidak dikira sama sekali.Semua dicurahkan untuk yang tersayang..anak2 mummy.

Nota ini ditujukan khas buat ibuku Aftah bt Affan dan anakku Nabeela Raisya bt Razman, semoga ianya kekal abadi sebagai kisah kasih sayang kita.

Too Much L.O.V.E,
~Norazlina Bt Sabran~

Monday, January 10, 2011

" Tolong ingatkan aku...."

Salam blogger,


" Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa....................."



:: Ana Raffali - Pemenang AJL 25/2011 ::
Antara bait2 lirik pemenang AJL ke 25 yang berlangsung semalam...Aku bukan la juri profesional...dah bukan 'profesyen' aku pon dlm bidang muzik ni..Lagu yang mana sedap dihalwa telinga..lagu itulah yang 'menang' dihati aku dan bagi aku, aku lebih suka menilai kemantapan suara penyanyi itu sendiri...Apa2 pon aku ucapkan TAHNIAH kepada Juara & bukan juara...they're doin' great..heehee ;-P

Secara overall..show malam tadi memang superb! Yang penting enjoyyy...menang atau kalah xde kena mengena dgn kita....kita xdpt pon 'share' diorang.Apa yang penting...kita 'support' industri muzik malaysia..yang makin lama...makin meningkat maju..( MAJULAH MUZIK UNTUK NEGARA!!) Aku sememangnya pencinta muzik...muzik & aku x dapat dipisahkan..heehee..siapa pon juara x penting.Janji lagunya...LAYANNNN.

Aku sendiri x begitu mendalami lirik 'Tolong Ingatkan Aku' nih...tapi aku selalu guna ayat ni...biasa la,sebagai manusia biasa...kadang2 aku pon terlupa...huuhuu..so,memang sesuwaiiii sgt2.Sampai sini aje corat-coret aku kali ni.Got to go...C ya next post....;-)

Lot's of lurve;
~Lyna~

Sunday, January 9, 2011

~erti CINTA sebenar~

Salam blogger,

Apa yg ada pd tarikh 09.01.2011???xde ape pon....it's SUNDAY...lepak with family...Aku wat new post ni sempena malam ni ada AJL25..bole x? Aku cuma suka lagu YUNA..'Cinta Sempurna' & ADIRA.. 'Ku ada kamu' bg aku kedua lagu ni amat bermakna bg diri aku.Walaupun aku ni bkn seorang yg puitis...kreatif....but sensitif (heehee..) tapi ada jugak la 'feeling' dengan lagu CINTA CINTUN nih..



Sejak Nabeela Raisya lahir ke dunia...she's my love!!! She had complete my life.... Lirik lagu ni aku abadikan utk Nabeela Raisya..Mummy fall in love with U baby....

~CINTA SEMPURNA~

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimu
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimu...

 
Lagu ini juga ditujukan khas utk suami & ibu ku.....

~KU ADA KAMU~
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

"Mummy berjanji untuk menjadi seorang 'mummy' yang akan mencurahkan seluruh kasih sayang untuk nabeela & anak2 mummy yg lain...." huuhuu..Love is never end...Mummy x minta balasan..cuma jadi lah insan yang berguna 1 ari nanti.


Lot's of Lurve,
~Mummy~






~Hubby and I ~

Salam blogger,

Let me introduce..Razman bin Rahmad..x perlu bgtau lg...he is my hubby..<3

...Model Air Asia 2009...

Aku berkenalan dgn hubby sekitar bulan Julai 2007 semasa bekerja di sebuah sykt swasta.X lama bercinta...kemudian, mak dia nak masuk meminang (dah jodoh....x sangka I..) 22 disember 2007 kami mengikat tali pertunangan.1 tahun 3 bulan, setelah menempuh pelbagai dugaan&cabaran 'alam pertunangan'....kami akhirnya selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek,Segamat pada 3 April 2009.

Tarikh nikah : 3 April 2009

Tarikh majlis sanding : 4 April 2009
 Tu jer...xtau nak cite pe lg..kira la sendiri...dah bape tahun kitorang 'kenal'..kami akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi pasangan bahagia di dunia&di akhirat..Do'akan juga rumahtangga kami bahagia, sentiasa diberkati, diredhai oleh-Nya serta memperoleh anak2 yg soleh&solehah.Amiiiiiin.

Lot's of  Lurve;
~Lyna~




Saturday, January 8, 2011

:: My B.F.F list ::

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nk cite pasal my best frens.. Biasala..aku kan kepohchi..over! Mana2 pegi mesti nak cari kawan yg best! Tu yg jadi BESTpren trus.

Aku menghargai persahabatan kita semua selama lebih 8 tahun. Mungkin kerana saling faham memahami..kita bole 'get along together for such a long time...' Ada antara mereka...aku dh kenal lebih dari 8 tahun. Aku xsuka cari musuh...aku paling xsuka provokasi [sape suka???]..aku akan jauhkan diri sejauh mungkin dari org yang aku rasa bawak aura negetif..that's me lar =P


Apa2 pon girls...thanks to be my besprens...dunia&akhirat..I LOVE ALL OF U SO MUCH!!! Harap persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat......Dan hanya Allah yg mampu membalas segala perbuatan baik korang kt aku...muaaahsss ;-)

HERE THE LIST...IT'S NOT RANKING...aku susun yg paling terdahulu aku kenal...


Noradilah Bt Othman (dila)
Aku kenal dila sejak form 1@SMK Canossian Convent...masih berhubung...dan dia lah pengapit aku masa aku kawen.Dia kawen nt....aku xtau la sape yg akan apit.She's still single and available...Uhoooo!! Aku do'akan dia akan jd Akauntan yg berjaya 1 hari nanti....


Nur Ellyna Fadzleen Bt Mohd Khalil (elyn)
Sama-sama jadi ketua pelajar kat SMK PUTRAJAYA 1,PRESINT 8..kitorang ade 2org lg buddies.Dah nk kawen bln Mac 2011 ni.Heehee ;-P She's so lovely&manja....Hope she will be happy forever....


Farhana Bt Che' Pi
My bff @ SMK PUTRAJAYA 1,PRESINT 8...luv U dear...byk bg aku inspirasi...such a nice person. Juga akan berkahwin pada FEB 2011 ni...aih...berebut2 tarikh kawen ni...aku yg pening..tp aku harap semuanya berjalan lancar yer.. ;-)


Norartiqah Bt Rashid (tiqah)
Ni pon sorang lg BFF aku kt SMK PUTRAJAYA 1,PRESINT 8..seorang yang pendiam dan suka hanya tersenyum...dah berkahwin sebelum aku..dah de 1orang anak lelaki.Dah lama x dengar khabar berita aweks ni...Harap dia bahagia bersama orang yang disayangi.


Norlizuana Bt Abd Rashid (Awin nana)


Jeng...jeng...jeng...ni bff aku kt Poli Merlimau hingga ke Poli Shah Alam..berkongsi suka duka selama 8 tahun menjadi kawan.Kami membiasakan diri panggil dia kak cik.Dah berkahwin dan mempunyai 1orang ank perempuan yg cute..lg 1orang masih dikandungkan...xtau lg jantinanya..harap dia selamat bersalin pada bulan April 2011 ni.I pray for U dear...

Dia ni aku anggap sebagai kak ngah..dia ni pon kawan menangis & ketawa aku..seorang yg klaka,pemalu (kdg2 xtau malu jgk..huuhuu..guraw jek),make me smile everytime...I'm down and also great listener...Thanks so much! Aku mmg terbiasa gurau kasar dgn dia..tp ada hikmahnya...Apa2 pon...TQ dear. SHE'S JUST MARRIED! CONGRATS DEAR...


Norhairuniza Bt Harun

Last but not least....my Kak Ude..she's nurse right now...xsempat tamatkan diploma kt Poli Shah Alam bersama kitorang...but she's remain our GIRL!! Akan berkahwin hujung Mac 2011...fuh!! Fening la aku...3 org bff nak kna attend wedding ni.

Norashikin Bt Mustaffa

Another one, last but not least...sama cam dila..dah hampir 14 tahun kenal&berkawan...lama terpisah ble masing further study..contact skali skala.... ble dh kawen dah de anak... mula contact2 semula..Alhamdulillah..Allah panjangkan usia persahabatan kami =)


My hubby is my BFF too..love u too dear..1,000,000.00 times.Huuhuu~~

Nak kenal aku?kenali dulu kwn2 aku...sbb diorang la CERMIN diri aku yg sebenarnya... ;-) Thanks for concern....Take care!!!

LoVe Always;
~Lyna~
*ayat tak bole blah, sebab masa ni baru2 berblog...merapu sungguh!*

welcome 2011..goodbye dear 2010 :'(

Salam blogger,

Tup...tap...tup...tap....

Dah 2011...cepatnya masa berlalu....2010 byk meninggalkan kenangan manis dan pahit bg aku...tp kita cite kisah2 manis dulu k...

Kenangan manis 2010...

~ Fresh..just born~



Nabeela Raisya bt Razman is born on 22nd Jun 2010...ni baru btol2 kenangan manis.Inilah tujuannya aku membina blog ni..supaya kenangan ni xkan hilang dlm memori atau diary hilang terbakar...huuhuu~~ So,nabeela...u r the 'sweetest' thing happen in my life..u've complete me as a woman!

Kenangan pahit utk dikenang....

 
:: Nabeela berusia 17 hari menghidap 'Pneumomia Sepsis' dugaan besar buat keluarga ku... ::
 
:: mummy temankan beela dlm wad SCN ::

:: Daddy bedungkan beela...masa ni dah beransur pulih... ::

:: Dlm incubator...xleh terdedah dgn udara yang tercemar ::

:: yayy! dpt kuar dr 'balang' kaca :-D ::


Ni lah..kenangan yang sukar padam dari ingatan sampai ble2....tp skrg Alhamdulillah..doktor dah sahkan nabeela is free from disease...Alhamdulillah.Kalau tgk dia skrg...semua org gerammmm...mcm xpercaya dia dulu pernah sakit..dan harapan utk kembali sediakala hanya 50-50.Harapan aku sgt tinggi utk dia..do'a x putus2...supaya dia sihat spt kanak2 lain & semoga aku dapat melihat dia berjaya 1 ari nanti...semoga beela menjadi insan yang berguna kepada keluarga,agama,bangsa dan negara....amiiin.

:: Nabeela ~ now ::

:: smile ::

:: skrg dah keletah..penat melayan..tp alhamdulillah beela skrg dah sihat ::

:: we called her 'bam~bam'..huuhuu ::

Fuh! 2011...macam2 harapan & impian...harap nabeela akan menjadi kanak2 yg riang,cerdik&sihat...aku pon ada impian utk keluarga ni...do'akan terlaksana...till here..c ya next post.

LoVe U;
~Lyna~

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...