Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

TOP 5 fevret love song...

Aku memang suka menyanyi!!

Suara sedap ke??? takde la sampai leh masuk AF...harhar [ok, tak lawak!]

Macam aku, ada banyak fevret song... LOVE SONGs tu... payah ckit, sebab aku bukan minah bunga... suka lagu pon sebab lirik & lagunya...

Korang suka lagu ape???

Aku list kan 5 lagu aku paling minat.. dulu & sekarang hea...

1. My heart will go on



- sebab suka filem TITANIC.. teringat kisah jack & rose... heehee.. takde kena mengena dengan aku langsung!!!



2. Terukir di bintang

- " Sayangku jangan kau persoalkan, Siapa di hatiku, Terukir di bintang, Tak mungkin hilang cintaku padamu..." kannn.. macam sesuai di tujukan kepada orang yang kita sayang..



3. Keabadian Cinta



- Lagu Anuar Zain mendalam taw maksudnya... lagunya tak ditujukan kepada seseorang tapi lebih kepada kekasih [abadi].

4. For the rest of my life



- Maher Zain songs.. walaupon lagu2 dia lebih berunsurkan keTUHANan.. tapi lagu ni boleh dianggap lagu CINTA jugak.

5. Jaga dia untukku




- Lagu baru Dato' Siti Nu…

10 PETUA TRADISIONAL UNTUK MEMASAK

Hari ni.. nak cite sikit pasal petua orang2 tua di dapur. Memandangkan aku memang minat memasak.. jadi petua2 ni semua berguna bukan je untuk aku..tapi tuk korang gak..kan???

Kekalkan Warna Hijau Sayur-sayuran Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

Atasi Masalah Hanyir Ikan, Ayam & Daging Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya’allah. Selamat mencuba.

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Ikan terutamanya haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

Hilangkan Hanyir Ikan & Makanan Laut Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan atau badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

Agar Daging Cepat Empuk Untuk mendapatk…

26 Sept : My Precious Girl

Alhamdulillah...

This 26th September 2014 she is turn 3 years old. 3 tahun lepas dia di lahirkan di Hospital Muar dengan berat 2.1kg sahaja kerana tak cukup bulan. Dah tak sabo nak kuar agaknya.. 35 minggu. Dia semakin cerdik, cantik & petah berkata-kata (walaupun pelat).
Dia tak macam kakak dia yang suka berIMAGINASI..dia seorang yang realistik & mekanikal, mungkin nak jadi genius cam TONY STARK tu kott... Hah, camne tu? Dia suka 'gadget'... 'pomen2’ barang memang minat dia... rajin pon ye jugak. Sangat ringan tulang kalau mintak tolong dia. Mumy teruja tengok dia semakin bijak melakukan sesuatu.. hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
Mengandungkan nadeera banyak dugaan. Tumpah darah (placenta abruptio) memang menguji ketabahan. Alhamdulillah, setiap kesedihan akan ada kegembiraan suatu masa nanti kan???
My big girl.. my princess.. Our sweetheart...
Raihana Nadeera Bt Razman ;)





Fashionista : Gaya tudung saya...

Fesyen??? Aku ni bukan le pandai berfesyen sangat... Aku jarang membeli baju,kasut & tudung setiap bulan cam wanita lain... kecuali ada bajet terlebih..atau untuk hari2 tertentu. Aku takkan beli sesuatu yang tak puas hati.. kirenya aku ni jenis cerewet gak. Baik takde sesuatu barang tu kalau sekadar ada, tapi tak di pakai. Selalunya macamtu, beli tapi tak puas hati..tak pakai.. kan membazir? Aku lebih suka pakai sesuatu yang aku selesa berulang kali (macam perangai orang lelaki kan? hukhuk..)
Takpe la, aku tak tau nak cite pasal fesyen ape... ape kata kita tengok antara koleksi tudung aku yang bervariasi.. banyak sebenarnya... ni antara FESYEN2 tudung yang aku suka pakai.
Ni cerita Raya 2013.. bole plak aku tersama konsep dengan sepupu.. tapi tudung je lain.. huuhuu.. ala2 fareeda. Tapi ni brand farida joned.heehee.Tudung tu dah jadi kenangan.. sebab dah jual 'pre-loved' dengan kawan aku.
First time pakai half-moon.. selesa la pulak.. RM15 je aku beli dengan kakak chinta. KC…

Membaca jambatan ILMU...

Bila cakap tentang membaca (Iqra') sebenarnya saya sorang yang gemar membaca.. sebab pada saya membaca bole membuatkan saya 'lebih pandai dari orang lain' ( selain dari ayat "menambah ilmu pengetahuan" cliche sesangat! ) Ada orang.. tak suka membaca... kesian!
Bukan tak suka..sebenarnya MALAS kan? Pada aku daripada mengira.. baik aku membaca..huuhuuhuk #taksukamatematik :p Walau macamanapun, di zaman teknologi.. e-book banyak atau pon mr.google. Dah tentu ramai yang pilih jalan mudah untuk cari maklumat kat alam maya je kan?? Ape lah yang nak susah sangat nak beli buku bagai. 'Paperless' gitu ( macam aku.. elak kena koyak dek anak2.. buku banyak kat rumah ni.. tapi pengakhirannya... hancur jadi sampah ) **tapi, harus ingat... ilmu agama korang jangan terus 'google' tanpa merujuk guru agama.Encik Google ni bukan 100% betul..ni macam2 ada. Ok, apa yang aku SUKA BACA...??


1) Kata-kata motivasi

  - Biasanya kalau stress/sedih aku akan cari kata2 sem…

Tangkap gambar sendiri??? "S.E.L.F.I.E"

" A selfie is a self‑portrait photograph, typically taken with a hand‑held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Google+, Instagram, Snapchat, Tumblr and Twitter " - Wikipedia.
Siape yang tak pernah ambil gambar sendiri pastu "upload" kat media sosial...? Cuba angkat tangan sikit.. eh! Ko.. bior betul.. ni trend zaman sekarang. Kalau ko tak buat.. kire ketinggalan zaman taw.. harharhar.. ops! No..no..no.. jangan marah.
Tapi menurut kajian, 80% remaja di Malaysia mengalami 'penyakit SELFIE' ni lar.. [maknanya 20% tu korang la.. heehee..] tapi tak bole nak kata jugak.. mungkin yang 20% ni bukan tak teringin nak ber'selfie' tapi mungkin mereka takde 'smartphone' atau tak minat bergambar atau yang paling sedih tak de keyakinan diri untuk ber'selfie'.
Aku pon bukan suka sangat SELFIE.. dah ruupa syokk sendirik.. perasan cantik.. dan mintak dipuji..hukhukhuk [bajet diri n…

Part 2 : "My Love" [bertemu jodoh]

Tetibe PART 2..
Mana PART 1?? [sini lar]
Ramai ke nak taw CERITA CINTA kitorang...? Ko rasa ada tak seromantik cerita ROZITA CHE' WAN dengan ZAIN SAIDIN???
Perkenalan Kami
Kami berkenalan semasa sama2 kerja kat sebuah syarikat jualan kereta. Kira kami ni SALESMAN & SALESGIRL.. sape mngurat sape??? mesti la Encik Razman.. tetibe SMS kita nak kenal. [henpon tu ilang..kalau tak bole tunjuk bukti] kebetulan, mungkin jugak dah jodoh..kita tengah single... Orang tu nak kawan.. kita OK je lar.. secara details tak payah ek..
Kami berkenalan pada bulan Julai 2007.. Then, Allah bagi rezeki, aku dapat kerja government jawatan sekarang. Masuk servis bulan November 2007, di tempatkan di Putrajaya. Family dia decide nak masuk meminang. Elok2 nak merisik bulan Disember tuu.. terus di pinang jadi bertunang. Memang sempoi & takde planning. Nasib baik tak terus nikah. heehee. We just go with the flow.... gtew...
Susah senang bersama
Dari Januari hingga Disember 2008 kami berusaha la kumpul …

Part 1 : "My Love"

"My Love"

An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my lo…

Kemas rumah : TIPS RAJIN MENGEMAS...

Assalamu'alaikum..w.b.t
Ceh... konon nak bagi TIPS mengemas rumah yer??? Hahaha... senang cakap macam ni lar, rumah I kembur ( org johor sebut 'kembur' tu sepah la...) kembur depan... kemas tang dapo. Tang dapo sepah, bilik pulak kemas.. tapi kalau bilik kemas.. maknanya ruang tamu harus ke LAUT DALAM.
K, fine... takpe.. apa pon terjadi.. aku nak juga bagi TIPS camne aku merajinkan diri mengemas rumah dengan 3 'platun' aku.. Cabaran besar gak buat aku!
Aku ni takde RAJIN sesangat... kadang tak menyempat kemas hari2 pon. Aku suka tengok blog susun atur, deco2.. banyak la blog tentang hiasan rumah aku follow.. majalah yang aku baca. Tu salah satu cara aku mencari idea & meningkatkan semangat mengemas rumah. Masalah MASA & BAJET mendeko rumah adalah masalah besar, tapi masalah mata rabun aku ni tak bole elak.. pantang barang mainan bersepah & sisa makanan berteraburrr. Pergh!!! Aku selalu pegang ayat ni.. "anak orang lain 3 - 4 orang gak..kenapa ruma…

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

^^ CABARAN 3O HARI MENULIS BLOG ^^

Assalamualaikum,

Dalam USAHA merajinkan diri untuk menulis BLOG secara konsisten setiap hari...

Here's the list... IDEA menulis blog selama 30 hari...

Siapa nak join??? silakan & bole tinggalkan LINK anda di ruangan komen.

Selamat menulis... ;)

Pssst... Jangan lupa klik2 blog kesihatan lyna.. mummynabvitalounge






WalimatulUrus : My BFF wedding

Assalamualaikum,


Memang aku rasa macam bermimpi semasa menghadiri majlis akad nikah, kawan yang aku kenal sejak berusia 13 tahun...seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa, sangat friendly & seorang kakak sulung yang bertanggungjawab terhadap keluarga.


Siapa dia?

Aku pernah 'mention' dia masa mula2 aku berjinak2 dengan dunia blog ni... [sini]



Dia lah Noradilah Bt Othman... Alhamdulillah, akhirnya bertemu jugak jodohnya. Semoga dila & shukor aman bahagia sentiasa dan kekal menjadi pasangan kekasih hingga ke Jannah. Amin.
# takde apa yang buat kita gembira..selain melihat orang yang kita sayang..bahagia!


Macamana nak buang perasaan SENTAP??

Ko jangan la tanya aku macamana... kihkihkih.. kadang perasaan ni takpat di kawal jugak.. sedih.. sayu.. simpan sendirik.. ataupon cite kat orang yang aku percaya.. MAK, SUAMI.. [ my best listener ]Ntah la, kadang2 bila geram atau marah..medium FB memang tak bole langsung di gunakan... ramai 'pengondem' daripada pemberi komen POSITIF. Bagi aku blog ni.. hanya follower yang baca..atau kalau link di 'SHARE'.. InsyaAllah ramai kot yang baca.Sebenarnya, bila waktu sedih atau 'down' tiba.. mengadulah pada Allah. Sungguh2 bercakap denganNya. Kita akan rasa lega dan dipermudahkan segalanya...Sejak kebelakangan ni, hidup aku tak tenteram dengan kehadiran orang yang sibuk jaga tepi kain orang, orang yang suka mengata belakang kita..tapi depan muka manis... tergamak eh?! Terkesima jugak sekejap.. bila orang yang kita percaya 'OK'..sebenarnya belakang kita mengutuk kita. PERGH!!! sentap siot... tapi apa kata kita sedekahkan dia ALFATIHAH banyak2.. moga Allah ampun…

Aiskrim Goreng Mummy

Assalamualaikum,
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sebenarnya tak terlintas langsung nak buat Aiskrim goreng ni... tapi disebabkan kawan duk mngajar... macam senang la pulak.. Nak cuba la... lagipon anak2 memang suka makan eskrim..pulak tu letak roti.. mesti mengenyangkan... kan??? TQ la kat Emylia [kredit to Iya Lia].. my fren yang bagi idea ni.

Sorry la... Jakun sikit. Sebab aku engat kna buat pastri bagai klu nak buh eskrim tuh... haahaa =D
[ tolong jangan gelak... sape gelak I saman u ol.. saman malu okeh! ] haahaa..

Cara2 membuatnya.... [rujuk gambarrajah] senang je kan??? dah siap kapit dua roti dan aiskrim tuh..masukkan dalam FREEZER semalaman..esok baru goreng...memang yummy! Mesti berebut anak2.. huuhuu.. Selamat Mencube yerrrr =D