Tuesday, March 6, 2012

UpDaTe tentang anak2ku..

Assalamualaikum,

Dah lama x dok citer ttg kisah anak2 ku yang semakin membesar...bila tgk muka depa x caye..btol ke?aku yg mngandung&melahirkan..mcm x 'real' jek....ble igt2 semula..dugaan&kepayahan mengandungkan mereka..barulah, aku aku sedar..betol la!! aku yg lahirkan depa ber2..hikhikhik...

Mula dgn baby kecik ku dulu...

Raihana Nadeera lahir pada 26.09.2011 sekarang usianya 5 bulan 10 hari/ bersamaan 163 hari/ bersamaan dengan 23 weeks..heeheeh..mulanya rupanya begini..


Eh! ni gambar nadeera dlm peyot lg..
Gambar 1st day dia lahir ke dunia...

Update gambar pada blog ni ditulis...



Kebijaksaan nadeera sekarang :

1. Dah ketawa dgn kuat!
2. Meniarap since bulan lepas..laa ni dah angkat 'montot'..nak maju ke hadapan!
3. Dah pandai menggapai barang2 yg dekat dengan dia.. ADVANCE adik nih..
4. Pandai tengok org lalu lalang depan dia..Jgn la mummy dia lalu..memang kena 'panggil'...huuhuu
5. Macam nak makan pon yer gak..Sabo ye nak..lg beberapa hari adik genap 6 bulan, mummy bg adik   
    mamam puree..adik kna complete kn misi 'exclusive breastfeeding'.... ngeeeeeeeh

Tentang nabeela pulok...

Nabeela Raisya lahir pada 22 Jun 2010..kini telah berusia 1 tahun 8 bulan 14 hari/ 624 hari/ 89 minggu..heeheeh..

Gambar nabeela masa baby..dah banyak sangat2 dlm blog ni..tengok upe dia sekarang camno....





Gambar 2 hari lepas...dengan perut buncit+comot+tocang....anak sapo la ni??huuhuu

Kebijaksanaan nabeela :

1. Mula menuturkan pelbagai perkataan..terbaru.. "Kek,ambik,nak,susu,air,mam,mama,dada,ikan,embek"
    Extra careful kerana dia mudah ikut apa yg org tuturkan & buat..
2. Menggigit org no 1..adik pon jd mangsa!
3. Makan memilih...nak yg jenis mee ajer..
4. Minat pd buku tidak pd TV kecuali lagu2..biasa la budak2 mmg minat joget2 nih..
5. Suka diberi lebih perhatian drpd adiknya..hmmh...we all love kakak so much!
6. Pandai dengar arahan sekarang, dah faham ckp org..tu yg mummy suka..heeheeh! bole di harap 1 ari
    nanti..

Mummy harap anak2 mummy ni jd manusia yg berguna &dah besor nt baik2 ber2..xmo gado2 taw...

Heeheeh...happy always;-D

That's all....

Mummy Nabeela&Nadeera ;-)




~ Moist chocolate cake Home Made ~

Assalamualaikum,

Dah lama mummy x udpate blog kesayangan mummy ni..dah berhabuk rupanya......heeheeh

Nak citer2 asik x sempat aje..bzzz bebenor gamaknya mummy nih!!!

Sabtu lepas, jatuh pd 3 Mac 2012 merupakan 'Hari Keputeraan' Tengku Razman Tengku Rahmad..........huuhuu..yg ke-30 tahun (Yer2 je TENGKU..??? Tengkujuh ada la!) 

Memang xde 'kezutan' utk hubby..We all just spend time together.Tengok wayang,makan sushi,jalan2 kt MP&DP Melaka,hi tea@secret's recipe...mmg aku xde sediakan hadiah yg GAH utk dia tahun ni...mmg plan nk makan, makan and makan.huuhuu..Aku ke yg nak makan tuh??? 

Dan oleh kerana ter'amat' rajin & bersemangat nak suprise hubby lagi..mood celebrate besday x abih2...aku pon wat la kek coklat lembap atau dlm bahasa omputihnya.. Moist Chocolate Cake ;-)

Meh blaja cara2 membuat kek yg amat digemari ramai ni...


Bahan A
Setelah dicampuq dgn semua bahan...

Antara bahan2 yang diperlukan..
Sonang sgt2..budak sekola tadika pon leh wat..Hanya 10 jenis bahan diperlukan utk membuat kek ni..
Ni kek coklat versi mummy nabeela&nadeera ok..
*pastikan guna cawan yg sama utk memastikan kandungannya tepat..ok?!*

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat - jgn terlebih..nt spoil!
1 sudu teh baking powder - jdn terlebih..nt kek spoilttt!
(Bahan2 d atas ni gaul kering hingga rata)

Bahan B:

3 biji telur gred kecil..kalau besar guna 2 biji jer
1 cawan Majerin/minyak masak/buttercup lg sedap
1 cawan gula
1 sudu besar air masak
(Bahan2 kt atas ni mix kecuali telur..slps gula&majerin kembang..masukkan telur sebiji demi sebiji..jgn mix lama2 sampai terlalu kembang..10 saat mix pastu 10 saat benti wat sampai agak2 adunan tu sebati)
Bahan C :
1 sudu teh nescafe di bancuh dgn 1 cawan air suam
1 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan2 C ni campur dlm A, pastu masukkan jgk bahan B...gaulllll hingga sebati.

Amik loyang sapu dgn majerin,tabur tepung ckit..supaya kek mudah keluar atau 'longkah'.
Kukus dlm pengukus yg sudah dipanaskan.
Kukus slma 45 min atau sehingga kek masak setelah di uji.

Topping :

500gm Cooking coklat
250 ml whipping cream (Anchor) leh cari kt kedai yg jual bahan2 wat kek
1 sudu majerin
1 sudu susu pekat manis (bg yg suka manis2)

Panaskan bahan2 utk topping ni secara 'double boiled'..tunggu hga suam baru tuang atas kek.

Pastikan juga kek sejuk baru di terbalikkan di atas cake plate..klu tak nant kek patah dan tak cantik..heeheeh.

Mari tengok hasilnya....
Masa utk mngukus

Dah masak pon!

Double boil...utk wat topping...ni yg wat YUMMY!

Siap simple deco!


Heppy besday Daddy!

Kakak pon sukeee! Mummy lg sukee tengok kakak makan....

 Sekian, selamat mencuba ;-D
 Mummy nab&nad ;-) 

Wednesday, January 25, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?

 Saya nak kongsi satu entri yang saya terbaca baru2 ni di blog dazzlingmom.com..Betul la, perangai anak2 kita datangnya dari diri kita juga yang mendidiknya...Anak2 itu adalah cermin diri kita..heeheeh...tp bg yg dah 'terlajak' (anak masih 1-2 tahun) masih sempat mendidik anak dengan cara yg betul..bg yang masih menunggu kelahiran cahaya mata..berhati2lah dalam mendidik anak kelak..heeheeh..Saya suka menimba&menggali experience dari kawan2 bagaimana nak mendidik anak dengan cara yg terbaik (nobody's perfect)..so, entri2 kt sini juga ditujukan khas buat diri saya&hubby tersayang..kehkehkeh..
Jom baca cerita kt bawah..

"Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Sharing is caring;
Mummy beela &deera ;)

Majlis Do'a Selamat, Akikah utk Nabeela & Cukur Jambul Nadeera

Salam,

Kali ni just a simple entry.. (asik simple & nk cepat jek kn??).

Pada 22 Januari 2012 yg lps, kami sekeluarga telah mengadakan majlis do'a selamat utk spupu sy yg mengandung 7 bln...sekaligus makcik sy buat 'house warming' rumah barunya, sy tumpang sekaki cukur jambul baby baru & akikah utk anak sulung (adik lom buat lg..kita wt satu2, Insyaallah..ada rezeki..mummy setlekn tahun ni jgk.) Majlis diadakan dirumah makcik sy..share2 bajet la..jimat..huuhuu..(KREDIT TO PUAN ZAHARAH BT HJ AFFAN kerana sudi berkongsi bajet,tempat dan masa utk wat kenduri same2). Puas hati kenduri kali ni..Alhamdulillah berjalan lancar..atok,makcik,spupu hubby,mak&abah mertua pon dtg walaupon x semua,kawan2 yg lama x jumpa, jiran dari Tangkak..jauh2 pon dtg, spupu2 & anak sedara kebanyakannya ada.

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.Yg lebih dtgnya dr Allah..Yg kurang dtgnya dari kita sendiri...kami mohon ampun&maaf sekiranya ada terdapat cacat cela semasa majlis berlangsung.

Jom telek2..belek2 gambar kenangan adik semasa majlis cukur jambul berlangsung...=)

Kump Yaasin Wanita Kg Tahang Rimau, Segamat, Johor.

Buaian berendoi lend from kak Yana (wife abg ezam) dan dihias oleh mak long&mak rah.TQvm ;-)

With adik yg get ready utk di cukur botak!!!

Jelingan manja.....

Nadeera wif mak eyin.

Landing time ;)

Tok wan (mak hubby) also take part..

Sesi menggunting & mencukur rambut adik oleh ustazah dari YPK.

Adik yg dah mula rimassss

Bismillah......
X ketinggalan...pics atok&kakak..WAJIB!!! walaupon satu jek..sorry, today is not your day kakak..Makan nasi mcm x cukup nasi yer..??

Alhamdulillah, sampai dah hajat kami melaksanakan akikah utk Nabeela Raisya..Dah lepas juga hajat kami utk mencukur botak rambut baby 'tot' kami tuh..huuhuu...Semoga rezeki kami sekeluarga bertambah berkat & mudah..Do'akan juga kami sekeluarga bahagia selamanya..amiiin ;-)

Ikhlas dari hati..
Mummy beela & deera ;)







Bila kakak tunjuk belang...

Salam,

Mungkin entry ni dah ketinggalan zaman ckit...tp aku ttp nk post kt cni..utk kenang2 kenangan, bila anak2ku sudah besar& dah boleh memahami..kita tunjuk kt dia..."ni kakak masa umur 1 tahun 6 bulan".Heeheeh..

Pada 1.1.2012 kami pi jemputan kenduri kahwin..Jom layan Nabeela Raisya menari!!! Ada berani???


Heeheeh..sorry la klu kualiti vid ni 'kureng' ckit..maklumla pakai camera handphone 2 mp jek..Mula2 tu Nabeela 'warm up' sendiri je..after dengar lagu & ramai geng2 yg berjoget..dia pon 'join the club'..tambahan sekarang cik beela ni memang x bole dgr lagu rancak..mest nak bergoyang (mesti mummy dia yg ajar kn???) Haahaahaa..enjoy the vid gang!

Thanks for concern. See ya!

Mummy Beela&Deera ;-)






Thursday, December 22, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME~~



Salam,

Heehee..short post..saje2 nak mencoret sesuatu tentang.."Today is my birthday!"
Umorku bkn rahsia...heehee..I'm still young OK!


Aku tak mengharapkan big present or suprise birthday party...Cukup sekiranya, keluarga&rakan2 ku mendo'akan yg terbaik untuk ku serta memberikan segala galakan&sokongan terhadap apa jua pekara positif yg aku lakukan.


Best gifts in the world..is from Allah SWT..Anak2 ku Nabeela & Nadeera, Suamiku yang penyayang Razman, Ibuku yg melahirkan aku ke dunia Aftah dan segala rezeki yg Halal.
Do'aku sempena hari kelahiranku.."Ya Allah, kurniakanlah kesihatan, kebahagiaan & kejayaan yg sebenarnya kepadaku dan keluargaku..di dunia serta di akhirat.." Amin.

Ikhlas dari hati,
Mummy Nabeela & Nadeera.


Monday, December 19, 2011

CEPATNYA MASA BERLALU!!!

Salam,

Menghabiskan hari2 terakhir cuti berpantang selama 3 bulan....

Dah beberapa minggu saya x menjenguk blog kesayangan ni..bkn apa, my hubby dah start cuti sbb pelatih2 kump 3 dah balik ke rumah masing2.So, tugas ku sbg wife+mummy..semakin bz..

Kami meluangkan masa untuk pulang ke kampung hubby..(My hubby ni ada 2 rumah yg perlu dikunjungi...1st umah atok yg membesarkan dia and 2nd of coz..umah my father&mother in law...yg jarak kedua2 umah terbabit kre2 setengah jam jauhnya....;-) )

Ini jadual beberapa minggu lepas.....

1st week of December : Umah my mother in law...
2nd week of Dec : Umah mak long saya di Kulai, Johor..sempat menyinggah Johor Premium Outlet!
Balik dr JB singgah umah atok hubby.
Skrg ni baru balik dari Tangkak..melawat 'teratak' kami...(masih cuti berpantang 3 bulan) So, saya masih stay@Segamat umah mak saya...

Bersama anak2 tercinta!!!

Adik yg kuat 'ngempeng'....

Bam~Bam adik sekarang!

"Daddy's little girl " tp dia ttp rindu mummy..masa mummy blk umah Tangkak dgn adik&daddy 3 malam.

Tiru gaya mummy mengepam! Bijak anak mummy nih...

Saya nak jugak mummy's milk!
Kerenah..dan keletah anak2 mummy yang semakin hari semakin mencuit hati...Kakak dah bole berkata2...sebut "dada" it's for daddy..."mama" it's for mummy..ok la tu kan...
Perkataan lain.."seeeeh" Terima Kasih la tu...
"nah" ble dia bg org brg...
"nak" ble dia mtk sesuatu...x lama lg mulut anak mummy ni mesti mcm bertih jagung kan?!

Adik sekarang dah pandai kenal orang...dah pandai senyum...dah pandai panggil orang klu xde orang teman dia..."ngeeeh.."

Aktiviti bersama keluarga..Jalan2 'cuci mata'..


~With my MOM~
Mummy x segan Nursing In Public...demi nadeera...kat JPO lg taw..huuhuu! 

Posing depan GAP..sblm menjengah masuk..

depan Butik GUESS plk ;-)

Johor Premium Outlet

Mummy, Daddy & Nabeela yg tdo...

Penjaga nabeela..heeheeh

Sedapnya dia tdo....x kisah ape yg berlaku kt sekeliling..hmmmh....niat kte nak bwk dia berjalan2..;-(


My BF Journey...
Jom tengok brape byk stok EBM yg aku 'sempat' wat utk nadeera selama 3 bulan bercuti niii..heeheeh..byk tu tdk ler...org 'RAJIN'..gtu ler...

Sebelum freezer 430 liter ku sampai...

Selepas...aik??nampak cam ckit jer? Xpe,jnji ckp..

My fren..Aisyah pinjamkan kt saya..sy lom mampu membelinya...Upload kt cni..sbg kenangan..mna tau,
kot2 xmrasa pakai FS lg ;-)

Semangat pakai FS!

Bergaya sungguh!!!

Lagi2...pembakar semangat...MLO storage bottles


My 'original' breastpump..Spectra 3...Happy to have this!

Hai, x cukup2 lg..klu bole...semua gambar nak upload kt cni...

PICS ni diambil ketika tunggu giliran nabeela untuk check up...1 thn 6 bulan sudah..anak mummy nih!
LOVE this picture...semoga 2 beradik ni akrab sampai akhir hayat!
Ok la, nak ending this entry..dgn harapan..hujan yg turun tak berhenti pd malam ini memberikan sejuta rahmat kepada mahkluk dimuka bumi ini...semoga peristiwa banjir tidak akan berulang lagi di Segamat, Johor. Amin.

Thanks for reading..

Mummy Nabeela & Nadeera ;-)

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...