Saya nak kongsi satu entri yang saya terbaca baru2 ni di blog dazzlingmom.com..Betul la, perangai anak2 kita datangnya dari diri kita juga yang mendidiknya...Anak2 itu adalah cermin diri kita..heeheeh...tp bg yg dah 'terlajak' (anak masih 1-2 tahun) masih sempat mendidik anak dengan cara yg betul..bg yang masih menunggu kelahiran cahaya mata..berhati2lah dalam mendidik anak kelak..heeheeh..Saya suka menimba&menggali experience dari kawan2 bagaimana nak mendidik anak dengan cara yg terbaik (nobody's perfect)..so, entri2 kt sini juga ditujukan khas buat diri saya&hubby tersayang..kehkehkeh..
Jom baca cerita kt bawah..
"Baru-baru ini saya
ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan
merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya
perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat
marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
Saya bertanya kepada bu mudah
itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu
menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya
dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang
dewasa di sekelilingnya.
Tidak lama selepas ditanya itu,
saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya
sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus
berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, "
Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua
hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya
begitu?
Anak kecil tidak akan menjadi
pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu
sering dimarah atau bersedih dan tertekan.
Cuba
pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan,
mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan
bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak
itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang
lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu
merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu
dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan
anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh
dibawa ke mulut.
Namun, komunikas itu tidak
berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang
orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil
barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang
dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah
daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika
anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya,
ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini
boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES,
ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam
subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak
YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa
anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia
terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata
dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye"
kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa
itu MESTI dihormati.
Sharing is caring;
Mummy beela &deera ;)
No comments:
Post a Comment