Tuesday, March 6, 2012

~ Moist chocolate cake Home Made ~

Assalamualaikum,

Dah lama mummy x udpate blog kesayangan mummy ni..dah berhabuk rupanya......heeheeh

Nak citer2 asik x sempat aje..bzzz bebenor gamaknya mummy nih!!!

Sabtu lepas, jatuh pd 3 Mac 2012 merupakan 'Hari Keputeraan' Tengku Razman Tengku Rahmad..........huuhuu..yg ke-30 tahun (Yer2 je TENGKU..??? Tengkujuh ada la!) 

Memang xde 'kezutan' utk hubby..We all just spend time together.Tengok wayang,makan sushi,jalan2 kt MP&DP Melaka,hi tea@secret's recipe...mmg aku xde sediakan hadiah yg GAH utk dia tahun ni...mmg plan nk makan, makan and makan.huuhuu..Aku ke yg nak makan tuh??? 

Dan oleh kerana ter'amat' rajin & bersemangat nak suprise hubby lagi..mood celebrate besday x abih2...aku pon wat la kek coklat lembap atau dlm bahasa omputihnya.. Moist Chocolate Cake ;-)

Meh blaja cara2 membuat kek yg amat digemari ramai ni...


Bahan A
Setelah dicampuq dgn semua bahan...

Antara bahan2 yang diperlukan..
Sonang sgt2..budak sekola tadika pon leh wat..Hanya 10 jenis bahan diperlukan utk membuat kek ni..
Ni kek coklat versi mummy nabeela&nadeera ok..
*pastikan guna cawan yg sama utk memastikan kandungannya tepat..ok?!*

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat - jgn terlebih..nt spoil!
1 sudu teh baking powder - jdn terlebih..nt kek spoilttt!
(Bahan2 d atas ni gaul kering hingga rata)

Bahan B:

3 biji telur gred kecil..kalau besar guna 2 biji jer
1 cawan Majerin/minyak masak/buttercup lg sedap
1 cawan gula
1 sudu besar air masak
(Bahan2 kt atas ni mix kecuali telur..slps gula&majerin kembang..masukkan telur sebiji demi sebiji..jgn mix lama2 sampai terlalu kembang..10 saat mix pastu 10 saat benti wat sampai agak2 adunan tu sebati)
Bahan C :
1 sudu teh nescafe di bancuh dgn 1 cawan air suam
1 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan2 C ni campur dlm A, pastu masukkan jgk bahan B...gaulllll hingga sebati.

Amik loyang sapu dgn majerin,tabur tepung ckit..supaya kek mudah keluar atau 'longkah'.
Kukus dlm pengukus yg sudah dipanaskan.
Kukus slma 45 min atau sehingga kek masak setelah di uji.

Topping :

500gm Cooking coklat
250 ml whipping cream (Anchor) leh cari kt kedai yg jual bahan2 wat kek
1 sudu majerin
1 sudu susu pekat manis (bg yg suka manis2)

Panaskan bahan2 utk topping ni secara 'double boiled'..tunggu hga suam baru tuang atas kek.

Pastikan juga kek sejuk baru di terbalikkan di atas cake plate..klu tak nant kek patah dan tak cantik..heeheeh.

Mari tengok hasilnya....
Masa utk mngukus

Dah masak pon!

Double boil...utk wat topping...ni yg wat YUMMY!

Siap simple deco!


Heppy besday Daddy!

Kakak pon sukeee! Mummy lg sukee tengok kakak makan....

 Sekian, selamat mencuba ;-D
 Mummy nab&nad ;-) 

No comments:

Protein penting untuk mereka yang ingin hamil

Assalamu'alaikum w.b.t, Semua pasangan yang berkahwin mestilah nak dikurniakan cahaya mata kan. Tak kira la seorang atau ramai.. Itu...