Friday, June 15, 2012

Part I : Cerita dari Langkawi.

Salam,

Seperti di janjikan....saya 'bawak' cerita dari Langkawi...Sepanjang 5 hari 4 mlm disana..Alhamdulillah..cuaca memang cerah sentiasa...(sebenarnya panas terik!) Puas berjalan..sampai demam2 blk bercuti...huuhuu...
Kami bertolak dari Melaka..park kete kt umah makcik...naik bas dari Melaka Central utk ke LCCT..pukul 8.30pg.Ini adalah pengalaman pertama anak2ku menaiki bas...Jangan pelik..budak2 sekarang..celik mata mumy&dady dah de kete..x berkesempatan nak naik bas =)
Kami berlepas dari LCCT ke Langkawi kira2 pukul 1200..hanya 1 jam penerbangan..pukul 1300 dah sampai...Pengalaman yg x dpt dilupakan bila mumy&dady kna berlari2 kat LCCT checkin bag...nak kejar gate..sbb kitorg tbe LCCT dlm kul1115..Dah panggilan terakhir utk flight kami..huuhuu..Penat ber'exercise' ko!

2 Jun 2012-
Hari pertama kami sampai..tak pi jalan mana...Just sight~seeing...out for lunch..'CHECK IN' umah atok husben kat Padang Matsirat..then, atok jd 'tourist guide' x berbayar kami.Heeheeh.Ini adalah kali ke2 saya&husben berkunjung ke sini..dulu 1st time 'honeymoon' pd 7-9 April 2009..berdua jek..skrg bwk 2 org anak.Mencabar 'keringat' sungguh...

3 Jun 2012 -
Destinasi pertama kami ialah Dataran Lang, Jetty Point yg sungguh sesak..Pas wat beberapa sesi photoshoot di situ..kami bergerak ke Pekan Kuah utk makan tengahari & pegi Haji Ismail Group (pekara wajib bg setiap pengunjung yang datang ke Langkawi kan3???) Kami x boleh nak borong pinggan mangkuk sebab dok pikiaq..camne nak bawak?nak naik flight..kang kena campak2..pecah..nak 'hand carry'..hand pon x cukup..ahaks3! So, batalkan jela hasrat tu... Borong cekelat je r & luggage utk mak gi haji kelak..Murah! Cuma RM79.90..utk saiz sederhana besar ;-D
Pas solat asar...dalam kul 6 ptg kami nak tengok matahari terbenam...(konon2nya..) so,kami pon lepak2 kt tepi Pantai Kok sambil makan laksa&pasemboQ!  Ada cerita lg ttg LAKSA ni..tunggu....

4 Jun 2012 -
Cerita pagi Isnin..Pak long 'offer' kami nak belanja naik 'cable car'...mmg xde niat nak naik..pi jugak la Oriental Village tu...Mak aii...kena beratuqqq panjang...sampai ada 'annoucement'.."giliran anda 2jam dari sekarang".. dok tengok jam..kul 10 pagi,,,xkan kul 12 kot baru dapat naik? huh, haru....Next time la naik kot?! Kami pusing2 dalam tu..tgk ikan..bg ikan makan,bg arnab makan..pemandangan yang sangat indah di oriental village tu..rugi kalau x pergi sana kalau dah sampai langkawi tu....
Petang tu masa utk check in Federal Villa pulak.. (Ia dibawah pengurusan Holiday Villa) Kemudahan semua sama dengan Holiday Villa..bole tengok kat laman web bahagian pengurusan hartanah JPM. Kul 3 petang check in...kemas2 barang..sambil menunggu cousins2 ku sampai dari KL...
Petang tu kami 'serangggggggg' Pantai Tengah...Hmmmh...bkn selalu dapat mandi pantai!


Daddy with nabeela dalam bas..bkn dlm flight..heeheeh.

Atok with nadeera...sempat adik breakfast dlm bas ;)

Gate P3..ready for boarding

Sukanya dia naik flight!!


Insyaallah, panjang umor..murah rezeki..kita naik flight lagi yer anak2..
Kete sewa kami - Mitsubishi lancer lama...

Keindahan pemandangan laut di Jetty Point...
Best sangat sbb angin bertiup  kuat!



Mak, Nadeera with atok langkawi =)


Tempat wajib dikunjungi..Dataran Lang..'flashback' waktu honeymoon dulu2....Dulu ber2..kini ber4 lor...






Pantai Kok



Suasana petang di Pantai Kok

Oriental Village & Cable car



"mumy...ikan makan!"



Budak yang berani...haahaahaa..

Sian adik tertido..kepenatan&kepanasan






Pantai Tengah..adik pon join! 

Ni baru part I...x larat nak cite lg...nanti kita sambung lagi Part II,Part III heeheeh..gambaq dah byk upload kt FB..tp kt blog best ckit..bole ber'cite2'...

Okes...cite tamat hingga petang 4 Jun 2012 bermandi manda di pantai tengah dengan ombak setinggi 6 meter! Takot mak!!!!

C ya later ;-)

Mummy Nab&Nad


















Monday, May 28, 2012

Chicken Parmigiana punya cerita..

Salam...

Last saturday, wah! speaking london sat.... Hubby, daughter & I went to secret's recipe...Huuhuu.. Malam tu 'craving' nak mkn western..after 1 of my fren dok cite dia mkn fish n chips..tp aku x teringin nak mkn fish n chips..aku nak CHICKEN CHOP..tgk2 menu...aku decide nak makan ni...
(Ehsan from Incik Google..sbb takde amik gambor apa yg aku makan)

~Ni yg aku order..Chicken Parmigiana~
Sedapa sehingga menjilat jari jemari..huuhuu..tp x larat nak abihkan...
Makanan yg sihat sbb penuh dgn sayur2an..heehee

~Pan grill dory with lobster sauce~
Ini yg encik hubby order..mmg sedap..isi nya mmg lembut....

~Vanilla shake ni..aku punya!!~

~Brownies with ice cream~
Nabeela punya...ni je gambar yg aku sempat snap...

Pepagi dah cite bab makan...heehee..semangat tol! Tp perut dah ber~lagu2.. nih...lom breakfast lg okesss...
Total yg kena caj RM 67.05..Sangat berbaloi..sbb semua menu yang diambil amat puas hati =) Dan Alhamdulillah,rezeki dari Allah s.w.t..Syukran....

Until here...C ya soon.

Mummy Nabeela&Nadeera ;-)

Sunday, May 27, 2012

Ohh...! my girls are grown up!

Salam....

Sat je kita dah menghampiri bulan Jun 2012..aku x sempat2 nk meng'h~upadate' blog...al~maklum la..Mummy buzy sentiasa...pas satu..satu plan nk di wat..Nk on9 memlm kat umah jgn harap coz 1st..umahku kt Tangkak tu 'line internet' tak berapa memberangsangkan..so,tunggu le blk umah mak di Segamat...bru la dpt on9 sepuas hati..itupon,klu anak2 berkelakuan baik....huhuuhuu..2ndly, mumy klu dah tdokn anak2..jgn harap rajin nak bangun semata2 nk on9..kihkihkih...So,mmg no time lor...

Kurang dari sebulan, mengikut kiraan kalendar masihi..Nabeela genap 2 tahun..Nadeera bulan ni genap 8 bulan.Seronok melihat anak2 membesar depan mata..macam mimpi dlm mimpi kot...Nabeela skrg dah bole jd 'kawan bergaduh' aku...Bila kita tanya...kita bercakap dengan dia..adaaaa je jawapan nya..kadang2 rasa nak tergelak...kadang2 nak marah jadi tak marah...budak2 sekarang mmg bijak..

Si adik Deera pulak..skrg dah laju merangkak...fuh! sat kt pintu bilik air..sat g kt pintu dapuq!!! haruuuuuuu..anak2 mumy mmg x d ajar naik 'walker'..biaq diorang pandai sendiri..Minggu lepas (23.05.2012) pi check up @ KK Payamas...berat adik deera 7.1kg.Ok la tu, sbb adik baby girl..lgpon adik akif..dan yg paling buat mumy happy+bangga...adik masih menyusu badan..dan rezeki ada masih banyak..syukur sgt2...Mumy sangat2 le bersemangat nak ruskan hingga adik berumur 2 tahun. Insyaallah..bak kata kakak...

Scroll down for...pics of my little sweethearts ;-)

on the way blk tangkak..singgah k rnr machap...belanja nabeela BR skali skala...

Waktu pagi mummy nk gi keje..2 org puteri ni masih tdo k..
Piccas anak2 dalam kotak ni...saje mummy dengki diorg...haahaahaa =P 
Diam ckit dok dlm kotak ;-D




Tido tengahari pulak..style mst same!!!

Fesyen ber'klip rambut'...huuhuu



Belajar menabung dari kecik...........

Play time =)


"ops! blum pakai baju..mumy dah suh saya pose!"

Playtime beela @ playground

1st time peluk Kerry kowt?!

Masa ni adik deera baru belajar duduk..adik yang sgt aktif =))


Suka3!!!

Nabeela teman mummy beli breakfast..heeheeh..sempat pose =)

Begitu la....kalau dah berkurun lama x 'h~update' blog..mmg sekoyan la gambar yang haruuuuusssss di 'h~upload'...Especially, gambar anak2 mumy yg sedang membesar ni..gambar mumy..kirim salam je r... huuhuu..

Next saturday..Insyaallah, kita org akan 'fly' ke Langkawi utk Family Holiday.Mumy&dady dah mohon cuti rehat ni..smoga segalanya berjalan lancar..mumy yg berdebar...sbb x penah bwk anak2 mumy jalan naik public transport..ape tah lg..1st ime naik flight dgn anak2..bukan 1org tp 2 org taw!!! 2 tahun lps..berdua jek naik flight =P Hai..mcamana la ghupa mumy&dady 'angkut' brg&anak2...Nasib atok itut skali =)

Jumpa next blog yer..'h~update' gambar cuti2 langkawi pulak ;-P

C ya soon....

Mummy Beela&Deera ;-)

Friday, May 18, 2012

Jatuh cinta dengan....Energising Soy Protein Shaklee

Assalamuaalaikum,

Di ptg yg ceria ni...nak cite ttg Energising Soy Protein Shaklee yg aku baru consume seminggu ni..mmg sempoi&best!
Ia sangat memberikan aku tenaga yang berpanjangan selain meningkatkan penghasilan & memekatkan susu ibu..huuhuu.. Aku amik supplement ni sbb sayangkan diri sendiri, anak2 & keluarga... Sebelum ni asik lembik je..balik dr opis kepenatan..nak memasak, kemas rumah, layan anak2 lagi....adusss! So, kebetulan my officemate de jual..pe salah aku cuba kan? Aku amik sekali dengan Ostematrix (kalsium include mcm2 lg...) nanti citer..

Apa kata kita baca apa kelebihan ESP ni...



Susu lebih 'creamy' & pekat..heeheeh
Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan supplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee.Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program.
Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Berikut adalah secara ringkas mengenai produk ESP...cuba jangan tak cuba.. confirm tak menyesal..meh tengok pulak 'resepi' nak bancuh ESP ni..

Cara bancuh yg anda boleh cuba.. 1 sudu ESP dicampur dengan.....


  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)..saya suka starwberry milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP).
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( oren,tembikai,epal,lobak,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

Dan ini pula resipi smoothies :
  • 1/2 cup nonfat milk
  • 1/2 cup fat-free plain yogurt
  • 1/2 frozen banana, peeled and chopped < -- boleh tukar ikutla ape jenis buah yang anda suke
  • 2 tablespoons powdered protein supplement < -- gunalah serbuk protin Shaklee (Mealshake/ESP)
  • 1 1/2 tablespoons flax seed < -- ni bole replace dgn Fiber powder shaklee
  • 1 teaspoon honey
  • 1/2 cup frozen strawberries (optional)
Directions~1. In a blender, blend the milk, yogurt, banana, protein supplement, flax seed, honey, and strawberries until smooth.

SEKADAR PERINGATAN :
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)
  • Saya x prefer kacau dengan sudu..saya lebih suka 'shake' supaya ia lebih sebati.
Ok, till here...nanti sambung lagi. Selamat mencuba =)



Mummy Nab & Deera ;-)

Friday, March 9, 2012

Bayi Kembung Perut???



Don't cryyyy kakak...

Assalamualaikum,

Nak cite pengalaman malam tadi...Cabaran paling besar menghadapi anak2 kecil yg belum tahu bercakap & menangis2 dan semua pkra yg kita wat x kena pada mereka.Hati ni..tuhan jela yg tahu..nak marah, nak tengking..macam2 rasa..bila pk semula ikut kewarasan akal fikiran seorang ibu (daddy xde kt umah..sbb duty malam kat kem) x jd nak marah..ble 'godeh' sana sini..1/2jam lps si kakak (nabeela) menangis..rupanya...kakak kembung perut..Aduhai!!! 

Kakak selalu kena kembung perut+cirit birit..so far,x penah muntah2...2x pi klinik..nasib baik stok ubat de lg..
Kanak2 tengah membesar..mcm2 nak explore..mcm2 nak main,pegang,sentuh,masuk mulut...kanak2 skrg mmg susah nak jaga la...

Sambung citer mlm td...dlm dok dia nanges2...aku pujuk2 tunjuk gambaq giraffe la,lion la...baru senyap..then, bg dia ubt sakit perut+buang angin.Traditional way..aku amik minyak serai wangi pak dakam aku gosok&urut kt betis,tapak kaki,perut & pinggang dia..Alhamdulillah..senyap..dan tertido...lama gak..nak setlekan 'masalah' tu..1 jam gak bersengkang mata..nasib baik adik tido nyenyak..risau aku kalau2 adik terbangun.Last but not least..aku amik bantal comel dia..aku bg 'iron' panas2...ble suam2 ckit..aku tuam kt perut dia...just letak atas perut dia sampai pg...tdo nyenyak saaaaampai pg..Alhamdulillah..

Aku de wat 'google search' ckit ttg kembung perut bayi...Jom baca...sharing is caring kan???

Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin.

 Penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.
Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.
Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.
Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.
Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.
Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.
Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.
Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.
Bagaimana mengenal pasti bayi kembung perut
Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.

Apakah penyebab kembung perut bayi anda?
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.


Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut kembung?
Setiap 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?
Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?
Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.
 
Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?
Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?
Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

  
Mummy nab&nad ;-)

HADIAH UTK PENJAWAT AWAM

Alhamdulillah...syukran Ya ALLAH!

8 Mac 2012 merupakan hari yg plg gembira di kalangan 1.4 Juta penjawat awam di Malaysia (ada jugek yg masih blm cukup gembira) di mana, telah berlangsung satu perhimpunan khas bg kakitangan sektor awam di PICC,Putrajaya untuk mendengar pengumuman yg ditunggu2 selama ini drpd PM....

PM Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik...
OK..that's very good news actually!
Ini secara ringkas & rumusan berkenaan pengumuman semalam.... ;-D
PELARASAN GAJI BERDASARKAN JADUAL GAJI MATRIKS MENGIKUT PERATUSAN
I. 13% - P&P & PELAKSANAN gred 1 - 54
II. 9% - JUSA ABC
III. 8% TURUS 3 - 2
IV. 7% TURUS 1 & KSN

STRUKTUR GAJI SSM DIUBAHSUAI KEPADA JADUAL MINIMUM MAKS

KENAIKAN GAJI TAHUNAN 1 - 54 = RM80 - RM320 MENGIKUT GRED

JUSA - KEKAL IKUT SSM IKUT PERATUSAN D

K.O.L.A BG KAW B DINAIKKAN DR RM200 KPD RM250
C PULA 100 KEPDA 150 SEBULAN

KERAJAAN SETUJU PENAMBAHBAIKAN TIME BASED CIKGU SPT BAJET 2012
Pada saya, sebagai penjawat awam juga walauapa pon yg diberi kepada kita..kita harus bersyukur ckit atau banyak..drpd xdak langsung...! Sekurang-kurangnya ada juga tambahan untuk menampung kos hidup sekarang yg makin meningkat...
1 shj harapan saya, semoga peniaga2 tdk mengambil 'kesempatan' atas kenaikan gaji pekerja sektor awam ini..kerana yg naik berribu-ribu tu bukan kami di kumpulan sokongan...ada juga antara kami, bila di selaraskan semula gaji..setelah dipotong,ditolak bagai..sama jer spt sebelum ni...semoga harapan ku bukan tinggal harapan...Zaman sekarang, bergerak keluar rumah ckit pon kena berduit...duk dlm umah pon kuar duit jgk..bis nk mkn pe??? X kan nk bercucuk tanam kt Taman Perumahan ni kot??? tanah pon sekang~kang kera...huhu...
Last but not least...work harder! TQ all ;-)
Peace from Mummy Nab & Nad ;-D

Wednesday, March 7, 2012

Check list bakal rumah baru....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..dah lulus pon loan utk beli umah...umah murah jer..Ikut kemampuan..but, ni lah dikatakan rezeki anak...Mohon masa nak bersalinkan Nadeera, naik keje..submit loan..x sampai sebulan lulus dah..
Sekarang,tgh pasang angan2..nak wat itu..ini..dengan bajet yg ciput ni hah..

Surat kelulusan pembiayaan

Surat lawyer ok.........GULP!

Dok 'google' sana sini....design kitchen cabinet la bagai...duk terpekiaq...oit! checklist nak masuk umah baru mana??? Hah, ni dia...

1. Table top je RM2,000 tak termasuk hob, hood, sink & tap (klu de wit lebih baru pasang 
    kabinet atas)
2. Grill dah tanya kt sorang kenalan..Bole bagi RM2,000 include awning porch.
3. Plugs, Lights & Fans RM 1,000 tidak termasuk upah pemasangan =P
4. Wiring RM1,000.00 cukup ka??? dah de kenalan gak leh wat kan..heeheeh
5. Tiles utk 3 bilik yg xde tiles - lum suvey lg ..tp lbh kurang RM 2,000 kot???
7. Cornish - RM2,000
8. Cat - RM500 je..
9. Rail langsir - RM100

Ok..dah, dengan bajet yg seciput cukup sekadar RM10,600++ minus..Terlebih atau terkurang..pandai2 le.Heeheeh ;-D Grrrr..yg penting suvey3... Puas hati dengan harga..baru la 'hamik'.. 
Ukur baju di badan sendirik yer.. 

P/S : CHECKLIST ni hanya sesuai utk saya yg tinggal di pekan kecik ni..bukan di bandar2 besar spt KL,JB...mmg x pat harga ni..OK?!

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...