Friday, March 9, 2012

Bayi Kembung Perut???



Don't cryyyy kakak...

Assalamualaikum,

Nak cite pengalaman malam tadi...Cabaran paling besar menghadapi anak2 kecil yg belum tahu bercakap & menangis2 dan semua pkra yg kita wat x kena pada mereka.Hati ni..tuhan jela yg tahu..nak marah, nak tengking..macam2 rasa..bila pk semula ikut kewarasan akal fikiran seorang ibu (daddy xde kt umah..sbb duty malam kat kem) x jd nak marah..ble 'godeh' sana sini..1/2jam lps si kakak (nabeela) menangis..rupanya...kakak kembung perut..Aduhai!!! 

Kakak selalu kena kembung perut+cirit birit..so far,x penah muntah2...2x pi klinik..nasib baik stok ubat de lg..
Kanak2 tengah membesar..mcm2 nak explore..mcm2 nak main,pegang,sentuh,masuk mulut...kanak2 skrg mmg susah nak jaga la...

Sambung citer mlm td...dlm dok dia nanges2...aku pujuk2 tunjuk gambaq giraffe la,lion la...baru senyap..then, bg dia ubt sakit perut+buang angin.Traditional way..aku amik minyak serai wangi pak dakam aku gosok&urut kt betis,tapak kaki,perut & pinggang dia..Alhamdulillah..senyap..dan tertido...lama gak..nak setlekan 'masalah' tu..1 jam gak bersengkang mata..nasib baik adik tido nyenyak..risau aku kalau2 adik terbangun.Last but not least..aku amik bantal comel dia..aku bg 'iron' panas2...ble suam2 ckit..aku tuam kt perut dia...just letak atas perut dia sampai pg...tdo nyenyak saaaaampai pg..Alhamdulillah..

Aku de wat 'google search' ckit ttg kembung perut bayi...Jom baca...sharing is caring kan???

Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin.

 Penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.
Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.
Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.
Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.
Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.
Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.
Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.
Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.
Bagaimana mengenal pasti bayi kembung perut
Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.

Apakah penyebab kembung perut bayi anda?
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.


Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut kembung?
Setiap 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?
Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?
Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.
 
Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?
Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?
Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

  
Mummy nab&nad ;-)

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...