Wednesday, September 30, 2015

Jerebu di Malaysia 2015 membimbangkan.



Assalamualaikum,

Keadaan jerebu di Malaysia pada tahun ini sangat membimbangkan sebab rasa terkesan dengan keadaan sekarang. Effect kepada pernafasan terasa sesak dan mata pedih akibat debu/asap.

Harap-harap masalah hutan terbakar di Indonesia dapat segera diatasi. [Ala2 baca berita gitu].

Sekolah-sekolah di Johor masih belum di buka kerana IPU di Johor 'VERY UNHEALTHY' setakat hari ini 30/09/2015 (Rabu).


TIPS JAGA KESIHATAN KETIKA JEREBU...

Take care semua,
X Mummy Nabeela X

Tuesday, September 29, 2015

NAMPAK STAILISTA & SIMPLE - Inspirasi [Shawl Hanis Zalikha]

Nak shawl yang simple, trendy & stailista???
Material : Quality Chiffon



Saiz : 2 meter panjang (approx.)


*tepi bersegi
*Jahit tepi

**warna random



Harga : RM 15  sehelai

*postage RM6 sm /RM10 ss utk 1-3 helai










Kalau ada yang berkenan bole la whatassp kita cepat2.
sebab batch yang ni color sangat limited. Next restock kita UP entry lagi hokeh?



Jom Whatassp +60196800226

Follow INSTAGRAM : arrana.shop

FB PAGE: ARRANA SHOP

Monday, September 28, 2015

She's big girl now! Nadeera Turns 4!

Allah selamatkan kamu.....2x
Allah selamatkan Raihana Nadeera Razman...
Allah selamatkan kamu...






Berpuas hati dengan kek pilihan sendiri...nak yang ada strawberry aje...


Alhamdulillah,

26/09/2015 Raihana Nadeera Bt Razman genap berusia 4 tahun.

Allahuakbar! Takde kata-kata lain yang mampu kami ucapkan selain bersyukur..kami dikurniakan anak-anak yang sihat sejahtera, sempurna & bijak.

Terima kasih atas ucapan dan do'a kalian di Facebook saya.Semoga anak-anak kami sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan berjaya didunia & akhirat.Aamin.

Always love U,
~Mummy~

Sunday, September 27, 2015

Hari Raya Haji & Qurban

Assalamualaikum w.b.t,
Jenuh gak nk menaip blog kt henpon ni..haishhhh... kematu la ibu jari 
Ok, since my internet quota by digi prepaid ni 3GB [ pehal tah digi baik hati ] selalu 1.5gb je, dapat le aku meng'online'kn diri sentiasa..especially apps blogger ni.Kalau xde quota..kt ctu la dia tersengguk2... tp klu quota terlebih.. nak publish x sampai seminit!
Merapu cite lain pulak..kata tadi jari kematu la apa la..
Hiiihiii..
Rasa2 tak terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya haji atau hari raya kurban.Baru hari pertama kan.Raya ni..baru betul..kena beraya 4 hari.Kita tak...raya puasa yg patut diraikan dalam masa 1 hari kita raya sampai sebulan kan???hikhikhik...



Erti raya haji iaitu sempena ibadah haji yang dilaksanakan oleh seluruh umat islam seluruh dunia bagi menunaikan rukun islam ke 5. Mak selalu cerita tentang keseronokan dia mengerjakan haji pd tahun 2012.SubhanaAllah.Hari2 aku berdo'a Allah berikan aku kesempatan utk pergi ke tanah suci & membawa ibuku bersama.
Bagi kita yang tidak mengerjakan haji di Mekah, ibadah kurban (menumbangkan seekor haiwan peliharaan seperti yang telah ditetapkan) perlu dilakukan bagi yang mampu.



Selamat menjalani ibadah haji & korban bagi semua umat islam.

Al-Fatihah.. bagi Jemaah Haji yang terkorban dalam tragedi KREN TUMBANG di Masjidil Haram dan insiden REMPUHAN DI MINA semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah,
insiden menyayat hati yang telah mengorbankan lebih 700 nyawa dan mengakibatkan lebih 800 orang mengalami kecederaan.




IKLAN SEBENTAR- SUSU SEGAR LEGEND (SUSU SEGAR LEMBU BERPERISA)
DELIVERY AREA SEKITAR TANGKAK & BANDAR SEGAMAT (MIN 10 BOTOL)
HARGA RUNCIT SEBOTOL : RM 2.50
10 BOTOL ~ RM 20.00

NAK JADI AGEN??? MINIMUM BORONG 50 BOTOL.
LUAR KAWASAN SELF PICK UP =)

WHATASSP : +60196800226
 
EMAIL : mummy.beela@gmail.com
[untuk pertanyaan lanjut]

LIKE PAGE : SUSU SEGAR LEGEND Segamat Johor

xx THANK YOU xx

 
~mummy nabeela~

Wednesday, September 23, 2015

Hari Wukuf di Arafah.




InsyaAllah, waktu wukuf iaitu hadir dan berada di Arafah akan bermula pada waktu Zuhur hingga Maghrib hari ini 23/09/2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436H.Waktu Malaysia kira-kira 5:30 pm hingga 11:00 pm.

Kita sebagai Umat Islam yang tidak berada di Mekah, mari kita gunakan waktu ini untuk berdo'a kerana waktu ini adalah waktu yang amat mustajab untuk berdo'a.

Hari Wukuf adalah kegiatan utama dalam ibadah haji. Bahkan, inti ibadah haji adalah wukuf di Padang Arafah. Bila dalam rangkaian kegiatan haji jamaah tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya. Wukuf dilaksanakan hanya pada satu hari (siang hari) pada tanggal 9 Dzulhijjah. Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Mekkah, Arab Saudi. Di daerah terbuka yang gersang tanpa bangunan inilah, lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia selalu berkumpul tiap tahunnya melaksanakan wukuf. Disini masing-masing jama'ah bermuhasabah dirinya & berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan ke atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya serta merenungi hari akhirat.

Semoga sedikit info ini bermanfaat untuk pembaca semua.

SALAM AIDILADHA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.


Long chiffon shawl - Inspirasi SHAWL HANIS ZALIKHA

Assalamualaikum shawl lovers,


Long Wide Chiffon Shawl is available here,
Measurement : 2.0 m X 0.8 m approx.
Price : RM 15 per piece.
Color : 15 to 18 multicolors

Postage RM6 (WM) RM10 (EM) 1-3 pieces







JAHITAN KELIM TEPI
Ada tak yang pekenan kat shawl kek nis ni???
Kain yang sangat best, sifon yanglembut,
mudah di gayakan sebab lebih lebar & panjang.
Boleh di gayakan pelbagai cara ikut kreativiti masing2.



Jom Whatassp +60196800226

Follow INSTAGRAM : arrana.shop

FB PAGE: ARRANA SHOP

Tuesday, September 22, 2015

Shawl [Hanis Zalikha] terlajak murah!!!!

 Assalamualaikum semua,

Just nak UPDATE... stok Shawl Hanis Zalikha dah ada...horey!!!!

Jom dapatkan cepat..harga sangat2 mampu milik hokeyyy.. Yang tak pernah pakai shawl pon harus cuba sebab shawl ni sangat senang nak bentuk dan mudah nak digayakan.

Kualiti sifon.
Wide shawl, panjang 2.0 meter {approx.}
So, sangat sesuai utk muslimah2 gayakan menutup bahagian yang patut di tutup.
Multi color.
Sejuk di pakai.
RM 15 saje sehelai... *tidak termasuk postage*

Group hitam - biru- hijau
Royal blue

Group Pink-merah-oren-coklat

Maroon
For order : Whassp +60196800226
Pos Laju ke seluruh malaysia RM6 semenanjung m'sia, RM10 Sabah/sarawak.

Sunday, September 20, 2015

Ala2 Selendang @ Shawl Hanis Zalikha a.k.a Kek Nis

Picture for Inspirasi


Picture for Inspirasi 2



Picture for Inspirasi 3
Cantik je Kek Nis pakai Shawl ni kan..nak meleret bole...nak selempang slumber je pon bole... tapi yang ni "Long shawl ala-ala Kek Nis" Material Sifon di jamin sedap pakai [sebab aku pon cerewet bab tudung], Color2 menarik, Panjang 2 meter, Harga mampu milik!!!

Sape nak???

Angkat tangan!!! Ehh..tak nampak la.. kalau nak whassp je saya...Lyna 0196800226.

Coming soon..saya update gambar COLOR yang ada.Tunggu ya!

#mynewbusiness
#shawl
#scarf
#bizimummycarirezeki.

Thank You,
X by mummy nabeela X

Kisah disebalik kisah - International Youth Centre, Cheras.

Assalamualaikum,

Gambar2 masih HOT!!! sebab baru balik semalam dari kl-putrajaya.. Penat tak terkata..ni je..gambar2 yg sempat mumy amik.

Macam2 kerenah bawak askar2 ni berjalan..yg tak buat hal Razin jek.Behave aje kalau berjalan...macam mumy dia jugak..suka berjalan.huuhuu. Si kakak bella, muntah dalam kete, yang si kakak deera mengamuk @ bukan mengamuk la sebenarnya..kitorang dah masuk sebuah restoran (sempat la menjenguk IoI City Mall,Putrajaya) nak makan.Dah order konon nak dine-in..sekali dia menangissssssssss jekkk.. hilang plk sabo mak ayah dia ni ha. Trus ckp kt cashier, tolong kasi bungkus jek. Pgi parking, masuk kete..makan dalam kete on the way balik umah sepupu. Kitorang tak tido hotel..tido umah sepupu jer.

Tak sempat pon nak 'tawaf' IOI CITY MALL tu, sempat gi WEST WING aje... ok la, window2 shopping. Bukan bawak duit beriban pon nak shopping. Sajerrrr jalan2.



Sempat la jumpa 'my long lost friend' Sek Men Putrajaya Presint 8 dulu. Tak de la LOST, dah lama tak jumpa je...selalu je borak kat whatassp. Elyna. Suka tul dia tengok gelagat anak2 aku. Aku do'akan dia di murahkan rezeki cam kami.Aamin [tolong aminkan sekali yer]


Time to tantrum...
 

Di majlis perkahwinan sepupu mummy, [Asyraf & Wanah] Mereka ber4 ni 2pupu.Mumy dengan spupu2 rapat..jadi anak2 sepupu pon rapat la.

Mummy dengan kak sepupu..Annis..bukan kek nis =P


Mummy dengan spupu sepapat perempuan.Tapi bukan semua...
ada yg tak join..ada yg lom sampai..ada yang tak dapat datang. Panjang umur, nanti Wedding Farah kita buat 'perangai' lagi.
Free-style cara kami la...
Daddy jaga anak2 kat luar dewan...ngeeeeeeeeeeeeh

Susah nak di ajak bergambar atok nih.



Bergambar kenangan dgn pengantin secara beramai-ramai.Pukal je trus.Sebab kami ramai.
Nanti kang tak cukup masa..sampai waktu Isya' tak habis2..klu nak posing dgn satu2 keluarga.
Ada yg 'sound' suh kami buat "2 trip"...ehh! sukati kami la...as long as pentas/pelamin tu tak roboh..ok je pon. Sibukkk je ko! Over!!!! Janji kitorang happy.
Last but not least, gambar pengantinnya..mik gambar dari jauh jek.Tak larat sudahhhh.

Ok, tu aje...sok sek dari mummy yang dibawa dari KL & Putrajaya. Ok bye =)

-Back to bussiness-

Tuesday, September 15, 2015

Kisah inspirasi - Bella ammara & Sugarscarf


Assalamualaikum,
Aku saja nak abadikan kisah permulaan butik muslimah BELLA AMMARA ni supaya menjadi inspirasiku untuk lebih kuat mencari rezeki & beramal ibadah kepada Nya.

Jom sama-sama baca, supaya sedar & tidak terus duduk di 'comfort zone' sekarang.
Aku berpegang pada kata-kata ni... "Sabar, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..." Jadi sentiasalah berusaha, rezeki tu Allah akan berikan samada cepat atau lambat.

Semoga terinspirasi dengan kisah pemilik BELLA AMMARA ini. Tambahan lagi satu..kalau perasan... Sugarscarf & Bella Ammara ada keluarkan cosmetic range.. Sugar Belle. So, sebelum tu, aku akan kongsi sikit kisah Sugarscarf yang aku ambil dari blog dan instagram pemilik Sugarscarf @eyqa sulaiman kerana pada aku kisah dia memberi semangat untuk aku berusaha lebih gigih untuk berjaya di masa akan datang. Maaf tiqah, tak mintak kebenaran kau amik screenshot ni =(








......................................................................................................

Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Aku berhenti.
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
July 2012.


Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara."
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
.........................................................................................................

Salam inspirasi semua & good luck everyone!

TQ Bella Ammara & Sugarscarf kerana berkongsi kisah anda untuk kita semua.

Monday, September 14, 2015

Tragedi Kren Tumbang di Masjidilharam Mekah

Assalamualaikum,

Pada 11 September 2015 jatuh pada hari Jumaat.Petamg selepas waktu asar (jam 10+ malam waktu malaysia) seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang setelah di tiup angin akibat ribut pasir di Mekah.

Allahuakbar!

Masa dapat berita tu..Sabtu pagi, kami berdebar seketika..kerana makcik & pakcik kesayangan berada di sana kerana mereka telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Kecoh seketika..sbb kami belum dapat berita daripada mereka.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 pagi hari sabtu tu jugak..makcik yg aku panggil makrah membalas mesej whatassp kami sekeluarga.Semasa kejadian tu dia berada di dalam bilik hotel.
Setakat blog ni ditulis, 4 jenazah jemaah haji dari Malaysia telah di kenalpasti.3 masih belum di temui.Mangsa yang cedera masih dirawat di hospital & ada juga yang telah dibenarkan pulang ke tempat kediaman masing2.
Ramai yang memberi respon tentang tragedi ini.Banyak komentar2 menulis... mangsa2 kejadian meninggal ditempat paling suci di dunia, pada hari Jumaat selepas asar.Mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat & tergolong bersama orang2 beriman.InsyaAllah...Mereka merupakan insan yg sangat istimewa kerana terpilih untuk bertemu Allah di tempat & waktu paling baik.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa kejadian.Tak kira samada yang telah meninggal dunia atau mangsa yang tercedera.Semoga yang tercedera cepat sembuh dan berpeluang melakukan wukuf di arafah pada 22 September nanti.


Sedikit gambar tentang kejadian terbabit.
Husnul khotimah InsyaAllah...




Makrah & Pakdin

Gambar pemandangan dr bilik makrah-sebelum kejadian
Selepas kejadian.


AL-FATIHAH.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...