Friday, June 22, 2012

Memori: saat2 kelahiran Nabeela Raisya

Salam,

Hari ini 22 Jun merupakan hari bahagia kami sekeluarga..2 tahun lepas...waktu sekarang jam 10.20 pagi mumy berada di hospital muar...Mumy&dady sedang menunggu kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami... Sejak 34 minggu mumy dah mula sakit..kena admit tapi rupanya 'false alarm'...

Genap 38 minggu..mumy sakit perut, baby dah tak gerak..contraction sikit2 je..tapi dady risau lebih..dady bawak mumy pegi hospital lebih kurang kul 9 ke 10 pagi..Sempat gi breakfast roti telur & air milo.. Atok (mak mumy) ada sama..teman mumy..pembakar semangat jugak untuk mumy..first time nak menghadapi 'peperangan'...

Kul 11 pagi..masuk labor room..cek jalan..baru buka 1 cm...nurse suh masuk wad..tapi kena tunggu sebab wad penuh..tapi mumy & dady gi 'round'2 hospital..wat 'TAWAF'...mumy rasa 'something' dah keluar..huuhuu..bkn baby...mumy gi toilet dah keluar 'show'...ok, masuk laboor room balik..nurse cek skali lagi.. "eh! dah buka 3 cm la.." masuk bilik bersalin trus!

Kira2 kul 1 tengahari mumy dah sakit kuat..tapi dady temankan mumy kat sebelah...pegang tangan mumy....Mumy x rasa sakit ( sbb ada 'kekuatan' kat sebelah mumy ) tunggu punya tunggu..ayat2 suci tak lekang dari mulut mumy&dady....

Alhamdulillah..dengan kuasa Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Anak perempuan pertama kami selamat dilahirkan pada jam 6.25 petang seberat 2.7 kg dan di beri nama NABEELA RAISYA BT RAZMAN (Penasihat raja, yang cerdik&mulia). Mumy kehilangan 10 liter darah..mumy letih sangat pas bersalin...tapi mumy rasa happy sebab dapat tatap muka bayi yang mumy kandung 38 minggu.Hilang semua rasa sakit =)

Walaubagaimanapun, 2 minggu selepas kelahirannya, kami di uji sekali lagi apabila Nabeela di diagnos 'Jangkitan kuman pada paru2' (Broncho Pneumonia) akibat daripada demam&batuk. Dia admitted hospital segamat selama 31 hari. Tapi kini, Alhamdulillah..Tuhan makbulkan do'a mumy...anak mumy sihat wal'afiat..ceria, aktif & cerdik.. She is now 2! 

Nabeela sekarang dah boleh ikut mumy&dady ajar 1 hingga 10, 1 to 10.. A to Z.. dah pandai menyanyi, menari..dia jugak peminat Maher Zain & Ustaz Don..=D.. Dia menunjukkan minat pada kapal terbang sebab hari2 duk tengok 'model'2 kapal terbang dady dia..(Mumy do'akan dia jadi 'pilot'...tapi mumy tak paksa..mumy do'akan aje..terpulang pada minat anak2 mumy bila dah dewasa). Dia juga tak 'stick' pada tv..dia tak minat..(bukan jenis VISUAL) minat dia pada barang yang 'live' depan mata.Dia suka 'mendengar', mudah belajar dan sangat suka belajar.Dia bijak macam dady dia..dia suka buku..macam2 buku mumy & dady belikan..huuhuu..Harap2 perangai anak mumy ni berterusan hingga dewasa. Mulut pon boleh tahan kuat membebel..tapi kalau 1st time jumpa orang..dia jadi pemalu&pendiam..PELIK?! heeheeh :)

Semoga Allah panjangkan usianya...kurniakan kesihatan yang baik & lindungi dia dari sebarang bahaya begitu juga untuk adiknya Raihana Nadeera. Amin...


Mumy nab&deera ;-)

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...