Saturday, June 30, 2012

Diari mummy : celebrate Besday cik nabeela

Salam,

Mummy xde kesempatan nak update cite 'nabeela dah 2 tahun sekarang'...

Kami xde wat birthday party yang meriah cam tahun lepas...cukup sekadar mengingati 'hari yang paling bersejarah' dlm hidup kami sekeluarga.... =)

Menu birthday party beela sangat simple....yang penting ia dari 'air tangan' mummy sendiri..

Choc cheese cake, nasi goreng cina, bihun singapore, sup ayam, makanan ringan seperti nugget, fries, keropok2, buah pisang & puding... ok kot?! 

Teamu pon cuma jiran2 & kawan2 nabeela ;))

Yang penting nabeela happy..mummy happy tengok nabeela happy & excited.. =))

Excited tengok lilin.....

Tiup2..tp api tak padam..hahaha

Barbie cake...lg 3 bulan adik nak tema ape?

Dady tolong tiup..

Mumy tolong potongkan kek..


"happy besday to kakak.."

@Movie...Madagascar 3
Firsttime in our life..keesokan hari, kami bawak nabeela tengok movie..Madagascar 3 @ LFS 1 Segamat...Saje2 nak entertain dia..dalam proses nak jadikan dia seorang yang 'visual'..tapi agak payah..huuhuu...Bole x...cite lum separuh dia dah tidoq!!! hampeh...

Xpe2...next time bole bawak lagi...don't give up mumy&dady..cheers =)

Ok2..mummy ada keje ni... nak goreng bihun...sat g nak bersiap2 balik kampung hubby pulak...Roger n Out!!!



Mummy nab&deera ;))


Sunday, June 24, 2012

:: Si adik manis yang tersayang ::

Salam,


Sebelum mumy nak citer tentang nabeela yang kini berusia 2 tahun..mumy kena berlaku adil..sebab adik pon anak mumy jugak..


Adik baru je bangun tido..kena kejut dengan kakaknya..baik je bangun tido.. tersengih2..manisss je muka senyum nampak 'lesung pipit'! Adik sekarang berusia 8 bln 28 hari...lg 2 hari genap la 9 bulan.Perkembangan adik sekarang..dia dah merangkak, dah mula berdiri&berpaut cuba nak memapah dan dah ade 4 batang gigi.Kakak dulu 6 bulan dah tumbuh gigi..tapi kakak merangkak lambat..seingat mumy bulan ke 10 'plus'..Org lain dah berjalan kott?!


Mumy takde niat nak wat 'comparison' sebab setiap anak adalah individu dan mereka ada kelebihan masing2. Tapi si kakak ni bercakap awal..Baru umur 1 tahun 'plus'..macam2 patah perkataan dia dah sebut.Mumy dan dady jangkakan adik akan berjalan lebih awal dari kakak.Takpe, yang penting anak2 mumy membesar dengan sihat..tu dah cukup wat mumy&dady happy...


Sambil menaip ni..sambil adik memanjat2 mumy..siap kna taip 2x sebab kena 'delete' dengan adik..tu lom kakaknya 'join'..sbb tu mumy malas nak update blog time weekend...sbb jadual harian mumy kalau kat umah mmg pack! Xde masa nak mencoret =))


Ok, let's see..wajah 'baru' nadeera..


Happy besday to kakak!

Nampak x gigi atas saya? de 2 batang..besor pulak tuh..
2 batang kat bawah.. =)

Perangai pon macam2..dah pandai 'demand'...Ok, mumy nak layan anaks2 k.. Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu semua..nanti mumy 'update' lagi..


Mumy nab&deera ;-)

Friday, June 22, 2012

Memori: saat2 kelahiran Nabeela Raisya

Salam,

Hari ini 22 Jun merupakan hari bahagia kami sekeluarga..2 tahun lepas...waktu sekarang jam 10.20 pagi mumy berada di hospital muar...Mumy&dady sedang menunggu kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami... Sejak 34 minggu mumy dah mula sakit..kena admit tapi rupanya 'false alarm'...

Genap 38 minggu..mumy sakit perut, baby dah tak gerak..contraction sikit2 je..tapi dady risau lebih..dady bawak mumy pegi hospital lebih kurang kul 9 ke 10 pagi..Sempat gi breakfast roti telur & air milo.. Atok (mak mumy) ada sama..teman mumy..pembakar semangat jugak untuk mumy..first time nak menghadapi 'peperangan'...

Kul 11 pagi..masuk labor room..cek jalan..baru buka 1 cm...nurse suh masuk wad..tapi kena tunggu sebab wad penuh..tapi mumy & dady gi 'round'2 hospital..wat 'TAWAF'...mumy rasa 'something' dah keluar..huuhuu..bkn baby...mumy gi toilet dah keluar 'show'...ok, masuk laboor room balik..nurse cek skali lagi.. "eh! dah buka 3 cm la.." masuk bilik bersalin trus!

Kira2 kul 1 tengahari mumy dah sakit kuat..tapi dady temankan mumy kat sebelah...pegang tangan mumy....Mumy x rasa sakit ( sbb ada 'kekuatan' kat sebelah mumy ) tunggu punya tunggu..ayat2 suci tak lekang dari mulut mumy&dady....

Alhamdulillah..dengan kuasa Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Anak perempuan pertama kami selamat dilahirkan pada jam 6.25 petang seberat 2.7 kg dan di beri nama NABEELA RAISYA BT RAZMAN (Penasihat raja, yang cerdik&mulia). Mumy kehilangan 10 liter darah..mumy letih sangat pas bersalin...tapi mumy rasa happy sebab dapat tatap muka bayi yang mumy kandung 38 minggu.Hilang semua rasa sakit =)

Walaubagaimanapun, 2 minggu selepas kelahirannya, kami di uji sekali lagi apabila Nabeela di diagnos 'Jangkitan kuman pada paru2' (Broncho Pneumonia) akibat daripada demam&batuk. Dia admitted hospital segamat selama 31 hari. Tapi kini, Alhamdulillah..Tuhan makbulkan do'a mumy...anak mumy sihat wal'afiat..ceria, aktif & cerdik.. She is now 2! 

Nabeela sekarang dah boleh ikut mumy&dady ajar 1 hingga 10, 1 to 10.. A to Z.. dah pandai menyanyi, menari..dia jugak peminat Maher Zain & Ustaz Don..=D.. Dia menunjukkan minat pada kapal terbang sebab hari2 duk tengok 'model'2 kapal terbang dady dia..(Mumy do'akan dia jadi 'pilot'...tapi mumy tak paksa..mumy do'akan aje..terpulang pada minat anak2 mumy bila dah dewasa). Dia juga tak 'stick' pada tv..dia tak minat..(bukan jenis VISUAL) minat dia pada barang yang 'live' depan mata.Dia suka 'mendengar', mudah belajar dan sangat suka belajar.Dia bijak macam dady dia..dia suka buku..macam2 buku mumy & dady belikan..huuhuu..Harap2 perangai anak mumy ni berterusan hingga dewasa. Mulut pon boleh tahan kuat membebel..tapi kalau 1st time jumpa orang..dia jadi pemalu&pendiam..PELIK?! heeheeh :)

Semoga Allah panjangkan usianya...kurniakan kesihatan yang baik & lindungi dia dari sebarang bahaya begitu juga untuk adiknya Raihana Nadeera. Amin...


Mumy nab&deera ;-)

6 kelebihan wanita mempunyai rahim...

Salam,

Pagi ni..mumy telah terbaca beberapa info yang best untuk dikongsi bersama pembaca2 blog mummy..Salah satunya, mumy rasa info ni sangat sesuai dikongsikan di dalam blog mummy kerana ia ada kaitan jugak dengan kita sebagai WANITA... Baca & hayatinya...  =)


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti 
suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja 
dengan  Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang… sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami, isteri tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala 'extra' ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Wallah hu'alam...

sumber dari berita.com



Semoga kita tergolong dalam wanita2 yang solehah...Aminnnn.

Mumy nab&deera ;-)

Thursday, June 21, 2012

Prepare for Nabeela 2nd birthday celebration!

Salam,

Nabeela hari ke-2

Ketika umur genap 1 tahun

She is now 2!

Mumy saje nak update..esok anak dara mumy yang sulung tu genap 2 tahun...Hari ni, mumy nak gi kedai..nak beli bahan2 utk memasak sok..kihkihkih..tak wat besday party cam last year..kekurangan bajet pulak...Insyaallah, de rezeki nanti wat 'join' party dengan adik 1st birthday =) Do'akan kami panjang umor & murah rezeki..okies???

So, plan utk malam sok..just potong kek & makan2 dgn 'ibu' nabeela serta kawan2 nabeela yang terhampir di rumah..heeheeh...'small party' tp yang penting mummy&daddy ingat hari kelahiran kakak..

Nanti mumy update lagi..nak cepat ni...Take care !

Mummy nab&deera ;-)

Wednesday, June 20, 2012

Syyyh....SILENT MODE!



Salam,

Pernah tak korang duk 'membatu'...diam tetibe...wat hal sendirik...tak campur orang lain..cakap ape yg penting sahaja?? hukhukhuk.. Relaksss... Kadang2 aku pikir..diam itu lebih baik dari banyak bercakap (orang pempuan kejenya mengumpat,mengata, berborak kosong..). Mungkin ada yang bukan dari jenis ni..ada yang suka berdebat, berbahas, meluahkan rasa hati....tapi....aku nak nyatakan disini.....

Diam..
tak semestinya kita mengalah..
Diam...
tak semestinya kita setuju...
Diam....
tak semestinya kita bisu...
Diam...
tak semestinya kita sombong...

Untuk diri aku..kenapa aku yang jenis "mulut riuh" ni tetibe TERdiam..byk sebabnya...

Kalau..
Aku marah, aku x suka, aku sedih, aku kecewa & aku bengang....
All negative things will come out..klu aku berkata2 & kalau aku buat tindakan..
So, supaya tidak melukakan hati sesiapa..supaya keakraban tidak terjejas, hubungan jadi keroh...baik kita 'zip' mulut...Banyakkan istigfar...banyakkan bacaan surah2 ayat pengasih..semoga kita sentiasa dikasihi oleh orang sekeliling..FORGIVE n FORGET! simple... Aku tak suka bergaduh..aku tak suka cari pasal dengan orang...aku tak suka berdebat..aku tak suka berbahas...so, let it go.

Pengalaman hidup banyak mengajar aku...mungkin ini cara terbaik untuk kita 'handle' masalah dengan orang2 disekeliling kita... Masing2 ada cara tersendiri..so, buat yang terbaik untuk diri anda =)


Peace No War

Mummy nab&deera ;-)


Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,

Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...

Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 


Pemandangan pantai tengah
Bilik standard...yg tengah posing 'cantik' tu..anak2 sedara...
Swimmimg pool..nampak cam best...mumy x pat terjun ok!
Fedreal Villa di bawah pengurusan Holiday Villa.

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)

Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :-
Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Yang penting....kita ENJOY!

Mumy nab&deera ;-)







Tuesday, June 19, 2012

~ Belajar membina blog ~

Salam,

Yuhuu....pg tadi mumy post tentang mumy lupa nak bawak 'breastshield' kan??Haahaa...Masalah tu dah pon selesai..
Waktu 'lunch' bergegas le mumy mengepam..Hasilnya Alhamdulillah! 6 oz...syukran ya! Allah..

Dalam pada 'tersiksa' sebab skip 'pumping' utk 1st & 2nd session..hati mumy rasa gundah gulana..sedih..keciwa..nak marah..sumer ada!!! huuhuu..biasak la..POMPUAN...sensitif lebeyh! Tu cite lain ari k..

Apa yang mumy nak citer sekarang..mumy dalam kursus 'membina blog'...heehee..mummy ni x la pandai sangat..wat blog pon ikut 'dannn' mummy..bila sempat update..kalau x sempat..'spider web' pon ade... (best gak klu I letak widget 'spider web'...haahaa) Pasal widget2 ni mumy x pandai...ikut suka hati mumy nak letak, nak tambah, nak buang...
Actually, mumy wat blog ni..tanya kawan2 & 'explore' sendiri..kelebihan mumy...mumy memang suka meng'explore'..belajar secara pro..hmmh...boring kowt...Tp, tujuan mumy masuk kursus ni sebab 1st nak tambah hari bilangan berkursus..ahaksss! jahat U.. 2ndly, mumy nak add-on ilmu ber'blogging'..x salah kan? Lagipon memang minat mumy ke arah ni.. "Menulis"..

Mumy ni jenis tak suka cakap terus terang.. (atas sebab xnak kecikkan ati orang) dan x suka jugak cakap belakang..Mumy kalau xsuka..mumy diaaaaaaaaaaaaaam jek.. Senang! Tak suka panjang2 citer..bla3..nanti lupa..So, pengubat hatinya ialah..mummy's diary..menulis...Dengan menulis hati mumy jadi tenang&lapang.Rasa macam kita sedang bercakap dengan 'seseorang'..hakhakhak~~

Ok2..time out...Next time kite ceciter lagi k? sebelum itu....

Mumy nak suggest kat kawan2 yang baru membina blog.. bole tengok link kat bawah ni..untuk serba sedikit tutorial bina 'belog' k..yg penting berani mencuba...ENJOY!

Mummy nab&nad ;-)

Oops! terlupa!

Salam,

Hai blogger...arini mumy terlupa nak bawak breastshield (corong pam).. Td pepagi masuk opis dah semangat wat keje..konon2 kul 10.30 nak 'break' utk pumping..tp mumy sedih sesangat coz xde breastshield...nak pinjam member..member tu pulak xdak kt opis ari ni...

Ok..xpe2..mumy cuba pk kan cara lain..yg terbaik...utk anak2 mumy!

Chaiyok!

Mummy Nab&Nad ;-)

Monday, June 18, 2012

Rumahku..Syurgaku...Akan datang...

Salam,

Kami sekeluarga dah tak sabar nak duk umah sendirik...nampak gayanya...pembinaan rumah berjalan lancar...Alhamdulillah! Targetnya awal tahun depan dapat kunci..macam2 mumy berangan..haaha...berangan x salahkan??? x kena bayarkan? lagipon mumy berangan dalam blog mumy jew....huuhuu..kalau ade rezeki lebeyyy baru leh realisasikan =D

 Jom layan piccas2 gambar bakal umah kami & sebahagiannya ehsan dari incik google..saje 'survey'2 org kata....

Inilah bakal umah mumy..alamat RAHSIA!

Ruang tamu..belum de sliding door lg

kecikkk je dapo...ok...

hati nak kabinet camni...tp kena tengok balance saving account..haahaa...

macam ni pon comeylll

langsir pilihan mumy...simple2 jek!

less is MORE! mumy suka camni...sbb x serabut mata memandang...
credit to my fren aynies anies

Jalan belum di tar...

 ok2...cukup2 sudah...nanti mumy update lagi..apa yg mampu kami buat..kami buat..

Mummy nab&nad ;-)


Sunday, June 17, 2012

~Jun 2012~

Salam blogger,

Saje nak bagitau yang....2 tahun lepas..saat ini..mumy sedang menghitung hari menyambut puteri sulung kami ;-) Nabeela Raisya bt Razman
Semoga anak mumy ni sentiasa dilindungi oleh Nya, selamat di dunia dan di akhirat..di kurniakan kesihatan & kecerdikan akal fikiran ;-)

Eh! Minah ni pulak enter frame! Salah orang la.....awak 3 bulan lagi 1 tahun!


Inilah dia...ayu kan?? aktif,sihat....bijak!
Aminnnn ;-) To be continue =)

Part II : Cerita dari Langkawi

Salam,

Jom sambung part 2..cerita di langkawi...Selepas 'syok' kami bermandi manda di Pantai Tengah (belakang hotel kami ja..) Malam tu kami sekeluarga (spupu2 bersama pak long&mak long) makan malam bersama di sebuah gerai kelolaan org siam...memang 'marvelous' TOM YAM nya..menu lain ikan siakap stim & kerang bakar yg bole pilih sdri =)

5 Jun 2012 -
Keesokan paginya...8.45 pagi kami dah bergerak kuar dari hotel..1st skali of coz la breakfast..makan kenyang2..then bergerak menuju ke Makam Mahsuri..pusing2..posing2 kt Makam Mahsuri sampai penat..Tiket masuk hanya RM5 utk dewasa..;-)
Tengaharinya kami trus ke Underwater World @ The zon...Nabeela seronok tengok binatang2&ikan2 kt situ...mumy&dady mmg niat nak bawak dia pon.. Adik syok tidoQ jer...ZzzzZ..x kira la..ikan ke,burung ke yg bising..dia tidoooq jek..haahaa..x faham lagi...Ok..sedikit INFO : Entrance RM28 per adult Malaysian =)
Keluar je dari Underwater World..trus masuk THE ZON...apa lagi?? Minyak wangi la kan??? Ehemmmm...
Belom abih lagi aktiviti petang tu..balik dari Underwater tu kami pulang ke hotel...melepaskan penat lelah.....pas asar kami keluar semula..wajib kena 'jamah' LAKSA POWER..tepi 'runaway' AIRPORT LANGKAWI...masa tahun 2009 pegi..kedainya 'comel' jee..lom ramai pelanggan atau meja..sekarang meriah! siap ada 2-3 competitor lagi..huh! dasyat! Minum petang kt situ..of cos laksa utara yang power & rojak pasemboq! hurmmm....menyelerakan..minum di tepi pantai dengan angin yang bertiup 'kencang'.
Balik hotel semula...'terjun' pulak dlm kolam...haahaa..mmg best la..(walaupun mummy sekadar pemerhati =P next time mumy kna bli pakaian mandi muslimah..ok ;-D )

Malam ni malam terakhir kami di sini..kami meluangkan masa makan malam bersama Pak Usu & Atok =) Nama gerai u x ingat..tapi gulai yg di masak dengan ikan fresh..hingga sekarang teringat2....Terima kasih pak usu sebab sudi belanja kami...heeeheeh..
Makan tengahari yang murah dan sedap bole didapati berhampiran Beras Terbakar..nama kedainya IKAN BAKAR..murah&banyak pilihan..terkezut I..makan uk 4 org RM15..huuhuu..cni dapat x? 2 orang mkn pon dah RM11..kihkihkih...

6 Jun 2012 -
Hari terakhir..kul10 pagi dah siap2 packing barang..huh! beg dah lbh 20kg ni...mesti kena caj kt airport..hikhikhik...Sebelum pulang kami berkunjung ke rumah pak usu...sempat singgah kat Beras terbakar..last minute shopping...
Kul 2 ptg kami pulang kete sewa kepada 'tuan'nya di parking airport..sampai airport..nak balik ni kami relaks2 jer..sbb flight kul 3.30ptg..trus check in..tunggu kat balai berlepas jek............

Apa2 pon percutian kali ni walaupun penat tapi banyak kenangan manis&menyeronokkan.Harapan mummy..next year dapat bawak anak2 mumy bercuti lagi..InsyaAllah..panjang umur,murah rezeki & jika dikurniakan kesihatan yang baik2.Mumy banyak 'planning' untuk 5 tahun akan datang ni.Hikhikhik.... Last word from mumy..
Everyone can fly!  ;-)

Jantung pisang..nabeela dapat capai..huuhuu

Ramainya kat perigi mahsuri...


mumy posing dgn kakak beela

Family



Ni btol2 underwater!!!

Org tengok ikan..adik di alam mimpi...

Parrot, hanna & nabeela ;-)

Penguin yg comel2!

Ni budak bulat mumy posing kt bilik hotel..kepanasan&kepenatan..baru balik dari Underwater



Nabeela mandi dengan dady jer..mumy&adik mampu tengok ajer =)

Nabeela & Sara (anak sedara mummy)



Time to go home..mummy :-(

Pose dulu sebelum 'terbang'
Airasia..Bye2 Langkawi..kami pasti datang lagi.... :-)




Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...