Friday, November 11, 2011

Pengorbanan dlm mejayakan breastfeeding

Assalamualaikum blogger semua,

Especially ibu-ibu yang sedang membaca entry ni....ingat x?sy pernah post entry ttg bagaimana saya 'gagal' dlm menyusukan nabeela dan sy kata..sy xkan putus asa...Sy pon pernah mengikuti Kursus penyusuan susu ibu dgn Doktor/Pakar laktasi dari Hospital Muar.

Bole tgk entri ni..(breastfeeding celebrity&me) .Semasa tu nabeela berusia 6 bulan..(dan sy xtau sy dah pregnant masa tu! huuhuu) saya berjaya menyusukan nabeela walaupun x sepenuhnya...sehingga dia berusia 8 bulan..setelah kandungan sy berusia 3 bulan sy mengalami pendarahan..mula2 doktor kata 'threaten abortion'..tp ble cek smula kt pakar O&G..it was 'subchrionic hemorage'..nanti aku story ckit...apekah itu... :-( Then,aku stop menyusukan nabeela....runtun hati ble tgk dia 'tercari-cari' cik B..sedih x terkata ble nak 'putus' kan dia menyusu badan...walaupon x kerap..tp nabeela ttp setia dgn cik B...Kami berhabis membli susu formula...sebulan beratus-ratus ringgit (bkn bekira dgn anak yer..tp kita x perlu keluarkan 1 sen pon dgn susu ibu yg kebanyakkan org tahu kebaikannya berbanding susu FM).

Anak ke 2...aku berazam untuk terus menyusukan secara eksklusif...sehingga hari ini (sejak di hospital slps melahirkan iaitu kurg drpd 24jam slps bersalin hingga hari ke 46 melahirkan si manja Raihana Nadeera) Nadeera masih menyusu susu ibu..tiada setitis susu formula kami beri pd dia...berbekalkan spectra 3,stok EBM pon dah penuh tmpt ais (aku x bli deep freezer..cukup dgn ape yg ada) semua skali ada 110 oz..La ni duk mengepam untuk kakak je minum.Do'akan semoga sy dpt menyusukan si kecil sehingga 6 bulan seterusnya 2 tahun.Alhamdulillah, walaupon adik dilahirkan tidak cukup minggu (35 minggu 6 hari) dengan berat 2.1kg..dlm masa sebulan adik bole capai 3.5kg dgn menyusu susu mummy je yek.

Sepanjang cuti berpantang aku tak sia-siakan masa begitu aje..waktu lapang..ketika kakak&adik tidur..itu lah masanya untuk aku mencari info2 tentang penyusuan, bertukar2 pendapat..berbincang dgn ibu2 di Kump Ibu Menyusukan di facebook..membaca blog 'otai' tentang penyusuan susu ibu..blog yg saya gemar harlinda halim dan sara kids..they always be my idol & reference about parenting and breastfeeding.

Saya nk kongsi info2 tentang penyusuan susu ibu ni (sebelum ni cetek ilmu...cepat aje 'give up'..Jgn jadi mcm saya DULU...) semakin byk ilmu yg kita dpt semakin byk yg kita tak tahu..dari situ..kita semakin ingin tahu..terus mencari & meng'gali'...

sambungan dari entri ini....

Teknik menyusukan bayi...

* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:

* Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
* Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
* Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
* Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*

Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. 
• Sokong kepala anda dengan lengan. 
• Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*

* Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
* Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
* Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
* Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
* Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
* Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
* Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
* Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
* Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
* Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
* Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
* Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
* Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
* Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
* Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
                                                                                                                                                                     
*Kenali Cecair Emas Berharga...*

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.

Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.

Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan


Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

Heehee..seronok becerita tentang penyusuan susu ibu...ada lagi tips2 ttg BF yang perlu kita ibu2 tahu...antaranya.. 

Pump selepas baby menyusu untuk :

1) Kosongkan breast betul-betul
2) Memberi stimulation kepada breast untuk menghasilkan susu
3) Membuat stok susu perahan

Tak perlu risau berapa oz yg akan anda dapat.Yg penting pengosongan breast yg sempurna & rangsangan diberikan supaya susu akan terhasil dgn lebih banyak! :)

Kesimpulannya...walau apa pon terjadi..kita sbg ibu harus bersemangat&bersabar....
itulah namanya pengorbanan..ibu perlu menyusukan & mengepam susu ketika berjauhan dgn anak, korbankan masa (tp kita bole duk relaks sambil mnyusukan anak), curi masa mengepam susu di opis 10-15 min sekurang-kurangnya dlm sela masa 2-3 jam, 'pekak' kan telinga mendengar kata-kata orang sekeliling..yg mengata kita nk jimat duit tak nak bg anak susu forrmula, balik bekerja...hal rumahtangga spt mengemas umah,membasuh kain baju,memasak,bermain&melayan anak2 serta melayan suami...semua perlu di bereskan. Ibu tetap ibu...Ini lah istimewanya WANITA...bole jd superwomen & supermummy! 'Superman' sebenarnya tak wujud dlm dunia realiti..Jgn mara ye kaum adam! u all pon hebat...tanpa u all sape la kami..daripada Adam la..Hawa wujud dimuka bumi. ;-)
Next entry...cite tentang..Petua banyakkan susu badan..hmmmh....Jumpa lagi ;-D



1 comment:

MaMa IdLaN said...

Sis, mcm mana daftar diri untuk kursus laktasi dekat muar?

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...