Skip to main content

Penyusuan Susu Ibu ;-D

Pengenalan:

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Untuk Bayi :
* Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
* Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
* Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik
* Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
* Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
* Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
* Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
* Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.  

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
* membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
* membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
* mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
* menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya  

Lain - lain kebaikan :
* Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
* Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal
* Sebelum kelahiran
* Semasa kelahiran
* Selepas kelahiran  

Sebelum kelahiran
* Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami * Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran. * Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.  

Semasa melahirkan
* Sentuhan kulit Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama. * Permulaan awal Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan
* Menyusu mengikut kehendak. Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari. * Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda. * Tiada puting tiruan. Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

(sumber :Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung..thanks..sharing is caring taw mummy!)

Comments

armouris said…
lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Popular posts from this blog

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum …

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,
Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...
Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 
http://peranginan.bph.gov.my/

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)
Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :- Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Yang penting....kita ENJOY!
Mumy nab&…