Friday, November 25, 2011

sayang anak2 mummy...

Salam blogger..

Tak sempat nk welcome korang dgn new look..blog mummy nih..but still the same~~

Hari ni bz ckit..pi bank, bwk cik beela mkn @ mcD..Sorry xpat nk upload pics cik beela coz sy x bwk dig camera...yg ada cuma henpon camera ku yg xleh upload pics sbb kabel dh lama rosak :-( Penatnya...turunkan..naikkan cik beela dr car seat dia..haahaa..klu x bwk dia berjalan nt..atoknya x terlayan 2 org skali gus!
Aku berbangga krn telah mempunyai 2 org puteri yg comeyl..heehee..(sape lg nak puji anak kita..klu bkn kita mak nya..tp memuji tu biarlah berpada-pada spy org yg mendengar x meluat..;-P) Kakak beela kadang2 cemburu dengan kehadiran deera dlm hidupnya..beela kini berusia 1 thn 5 bln..x puas bermanja agaknya..Tapi, kami (as a parent) x pernah membezakan kedua2nya..kedua2nya ada keistimewaan masing2 dan bermakna dalam hidup kami.

Ni nak cter..pantang leka...beela akan pergi kpd adiknya..mula2 usap2, kiss adik..sy biarkan aje sbb sy xnak dia menganggap adiknya sbg 'musuh'..saya nk mareka rapat...saya ckp dgn dia "sayang adik ye" 2-3 minit slps itu.."klepek!!!" muka atau kepala adik dipukulnya..nasib adiknya kuat (sjk dlm rahim..adik mmg baby yg kuat) adik x nangis pon..cuma terkejut ckit..tp mumy kesian tgk adik..kakak kena marah dgn mummy. Adoiii..ni yg aku x sanggup nak wat...marah kakak kerana adik.

Setiap hari sy berfikir bagaimana hendak berlaku adil kepada anak2.Bagaimana nak 'handle' perasaan mereka nanti..si kecil perlukan penjagaan rapi, si kakak pula inginkan perhatian...I wish I could do this! Tak sabar sy nak tengok mereka membesar bersama...sy ingin 'dress up' kan mereka spt kanak2 kembar, sy ingin mereka menjadi rapat & akrab adik beradik, sy ingin berikan layanan samarata...tiada sesiapa akan rasa cemburu, tersisih, kecil hati dll..Apa yg kakak ada...adik pon juga akan ada..Insyaallah..jika mummy&daddy mampu..anything for our daughters.

Jika beela & deera membaca 1 ari nanti...harapan mummy terhadap kamu berdua tinggi melangit..lidah ni sentiasa menyebut perkataan yg baik2 untuk kamu berdua..mummy mahu kamu menjadi insan yang berguna&berjasa kepada semua...bukan hanya pd mummy dan daddy shj.Mummy marah sebab mummy sayang...x suka anak mummy wat pekara yg x elok dan merbahaya..mummy marah..sebab mummy nak ajar apa yg baik..atau apa yg buruk..
Mummy cuba menjadi mummy yg terbaik untuk kalian...Mummy x sabar nak tunggu anak2 mummy membesar dan smoga kita bole jd kawan baik.

Wahai anak2 mummy & daddy...ketahui la, bahawa mummy akan cuba sedaya upaya menjaga kalian dengan kasih sayang yg x berbelah bahagi...di dunia mahupun di akhirat! Amin.

Pics courtesy from google image...TQ ;-)


No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...