Tuesday, September 16, 2014

WalimatulUrus : My BFF wedding

Assalamualaikum,



Memang aku rasa macam bermimpi semasa menghadiri majlis akad nikah, kawan yang aku kenal sejak berusia 13 tahun...seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa, sangat friendly & seorang kakak sulung yang bertanggungjawab terhadap keluarga.



Siapa dia?


Aku pernah 'mention' dia masa mula2 aku berjinak2 dengan dunia blog ni... [sini]


Cantikkan dia???
KAMI.. tumpang pelamin..bole gituw?

Geng2 Convent yang dapat hadir... [graduate 2001]
Selamat di ijabkabul~kan bersama En. Shukor

Dia lah Noradilah Bt Othman... Alhamdulillah, akhirnya bertemu jugak jodohnya. Semoga dila & shukor aman bahagia sentiasa dan kekal menjadi pasangan kekasih hingga ke Jannah. Amin.

# takde apa yang buat kita gembira..selain melihat orang yang kita sayang..bahagia!



Monday, September 15, 2014

Macamana nak buang perasaan SENTAP??

Ko jangan la tanya aku macamana... kihkihkih.. kadang perasaan ni takpat di kawal jugak.. sedih.. sayu.. simpan sendirik.. ataupon cite kat orang yang aku percaya.. MAK, SUAMI.. [ my best listener ]

Ntah la, kadang2 bila geram atau marah..medium FB memang tak bole langsung di gunakan... ramai 'pengondem' daripada pemberi komen POSITIF. Bagi aku blog ni.. hanya follower yang baca..atau kalau link di 'SHARE'.. InsyaAllah ramai kot yang baca.

Sebenarnya, bila waktu sedih atau 'down' tiba.. mengadulah pada Allah. Sungguh2 bercakap denganNya. Kita akan rasa lega dan dipermudahkan segalanya...

Sejak kebelakangan ni, hidup aku tak tenteram dengan kehadiran orang yang sibuk jaga tepi kain orang, orang yang suka mengata belakang kita..tapi depan muka manis... tergamak eh?! Terkesima jugak sekejap.. bila orang yang kita percaya 'OK'..sebenarnya belakang kita mengutuk kita. PERGH!!! sentap siot... tapi apa kata kita sedekahkan dia ALFATIHAH banyak2.. moga Allah ampunkan dosa dia. Aku ni bukan la SUCI tanpa dosa..tapi aku tak suka keburukkan di balas buruk.. Biarlah Allah yang membalasnya.

Aku tau aku tak perfect.. tapi adakah orang yang mengata aku tu perfect??? 101% sempurna? Alhamdulillah..kalau betol gitu...

Aku dah tak nak tulis benda yang negetip2 kat FB.. sebab nanti ramai mulut LONGKANG yang mengata aku.. meroyan la..itu la ini.. at least bila aku tulis kat cni.. sukati aku la nak tulis apa. BLOG aku kot.. kalau ko tak suka baca jangan baca..tak lalu kat 'news feed' korang pun.. tak mengganggu pandangan mata korang pon dan yang paling penting.. takde kena mengena dengan hidup korang pon.. That's for sure laa.. ( kecuali kepada si pembaca 'sape makan cili dia terasa pedas' )

Gitew la konsepnya...

Lagi satu, yang paling menguji kesabaran bila terasa sangat..jadi mangsa 'pilih bulu'.. setakat orang pandang aku sebelah mata.. sedih? Nak sedih ke? Ke setakat nak cakap "yela! Sape lah aku..." that's me actually... mudah sangat merendah diri.. sebab malu tak bertempat nak meninggi diri nih. "Apa lah yang aku ada? " takde pencapaian yang harus di banggakan.. kecuali AWARD dari Allah.. 5 tahun perkahwinan dah de 3 cahaya mata. Syukur! inilah namanya rezeki dunia akhirat...

sorry la, terpaksa baca luahan hati aku ni.. banyak sangat aku pendam... sampai kadang satu tahap jadi tepu bila orang menyampai kat aku.. dan tahap nak muntah, loya, meluat dan menyampah nak dengar.. dia pikir aku nak ambik kira 'komen'2 diorang tu.. jangan harap.. kirim salam jek. Selagi perangai dorang still sama.. jangan harap aku nak ubah cara aku.. sekian! Goodbye.
[ terbako ni seh ]

Wednesday, September 3, 2014

Aiskrim Goreng Mummy

Assalamualaikum,

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sebenarnya tak terlintas langsung nak buat Aiskrim goreng ni... tapi disebabkan kawan duk mngajar... macam senang la pulak.. Nak cuba la... lagipon anak2 memang suka makan eskrim..pulak tu letak roti.. mesti mengenyangkan... kan??? TQ la kat Emylia [kredit to Iya Lia].. my fren yang bagi idea ni.

Sorry la... Jakun sikit. Sebab aku engat kna buat pastri bagai klu nak buh eskrim tuh... haahaa =D
[ tolong jangan gelak... sape gelak I saman u ol.. saman malu okeh! ] haahaa..
AISKRIM goreng.. TESTING!

Cara2 membuatnya.... [rujuk gambarrajah] senang je kan??? dah siap kapit dua roti dan aiskrim tuh..masukkan dalam FREEZER semalaman..esok baru goreng...memang yummy! Mesti berebut anak2.. huuhuu.. Selamat Mencube yerrrr =D

Aiskrim Goreng Mummy

Monday, September 1, 2014

Blog bersawang!!

Lama sangat tak jenguk BLOG..huuhuu..

Bz sangat kah aku???

Tungguuuuuuuuuuuu..next entry ;)

Tuesday, August 5, 2014

#MH17 terhempas di Ukraine




Sedihhh di bulan2 puasa ni..macam2 dugaan kita. Satu lagi kapal terbang MAS airlines #MH17 di timpa malang... Kalau MH370 hilang tanpa jejak.. yang ni betol2 terhempas bukan cerita main2.. MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di percayai di tembak jatuh di Ukraine pada 17/7/2014 iaitu pada bulan Ramadhan hari ke 19.

Aku nak ucapkan takziah kat keluarga mangsa yang terlibat. Malaysia masih bersedih dengan kehilangan #MH370 #pleaseComeBack tapi sekarang MH17 perginya takkan kembali. Waktu entry ni di tulis, kotak hitam telah diserahkan kepada Malaysia & proses pengecaman mayat sedang dilakukan. Semoga segala2nya berjalan lancar.

Ini adalah dugaan dari Nya.. Mungkin kita dah terlalu jauh dari Nya, DIA rindukan kita untuk berdo'a dan mendekatkan diri kita kepada Nya. Semoga kita redha dan tak buat spekulasi sendirik dannnn kembali ke jalan Allah S.W.T. Bulan2 puasa ni.. banyakkan amalan supaya hidup kita lebih mudah & tenang.

Semoga di permudahkan segalanya...

Sekejap jek rasa bulan puasa tahun ni...Masa berlalu sangat cepat kan...?!

Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kosong kosong ye... ;)

Gambar ketupat in advance -sumber encik google-

Intro hari raya... cerita pasal MH17.. ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn

Raya 2014 : beraya di Segamat

Aku kena update lelaju semenatar tak brape bz...
Aku dah 3 hari bekerja setelah bercoti selama seminggu...
Khamis [24 Julai] aku dah last day koje... Jumaat tuh balik Segamat [umah omak den] excited...
mcm kampung tu jauh beribu batu...

Yang sebenarnye...excited sbb 2 hari sebelum raya dan 1&2 raya kt umah mak den..
Pastu raya ke 3 hingga 5 balik umah mak mertuo pulak...

So, sebelum raya tu sompek la tolong mak kemas rumah, husben tlg mak cat umah [porch a.k.a beranda] pastu yg paling best last day puasa... pas sahur&lepas solat subuh.. aku teman mak gi pasor beli lauk & barang keperluan memasak untuk hari raya.. Kul 6 pagi pasor dah penuh!!! [Fenomena biasa sebelum hari raya]

Balik dari pasor... kemas umah lagi...macam2 pulak nak kena buat..kemas2... mmg OFF kat rumah sajek.. sebab Jumaat & Sabtu asik 'merayau' kat bandor cari kasut la, cari alas meja la..bagai la.. sampai umah terabai..hikhikhik tapi yang penting sempat mengemas..

Petang Ahad tu kami menziarah kubur Arwah keluarga terdekat..especially, Arwah Abah yang tercinta. Yang di rindui jugak arwah makngah yang aku dah anggap macam mak ke 2 dan arwah pakLi dia ni takde anak..pakcik yang paling rapat dengan kami. [memang kebiasaanya kami pegi ziarah sebelum hari raya].
kami pegi ber2 laki binik je.. pastu terus menyimpang gi beli Murtabak Ala Hindustan yang femes di Segamat tuh... Last day puasa baru pat makan taw... Murtabaknya lain daripada lain baik kuah cicahnye mahupon isi murtabak tu sendiri yang KAYA dengan telur & daging... tak cayo???
nanti kita 'belanja' gambor jerr
Sorry! gambar tak menggiurkan...
Bebuka petang tu... makan Murtabak semata! sebab tak masak bebuka tapi masak 2 jenis rendang, sambal kacang & nasi impit... haahaa... Malam raya merayau lagi kami sekeluarga pi UO pulak... konon nak cari kuih raya.. hampeh... jalan jem kat bazaar..baik tak payah! buek ponet jo... Penyudah, kuih ape yg ado..tahun ni memang paling tak meriah dengan kuih raya... even, semalam tetamu pertama berkunjung ke rumah aku kat Tangkak ni...tak semena2 bagi makan rambutan & buah dukong..hiihuu

Nak cerita pasal hari raya LynaMan ni... ni himpunan gambar dari ber2 hingga la sekarang ber5 berenam termasuk mak kesayangan.


Terbaca kisah AtyFared [beraya] aku pon sama macam aty... suka beraya sebelah aku..
Satu sebab mak aku hanya ibu tunggal yang takde anak2 lain [tapi kena lah beralah ikut suami & jaga hati mertua kan..kan..kan] macam tak ikhlas jek yek bunyi nya??? Eh, ikhlas la... aku redha je.. tmak aku sendiri tak kesah [tapi rajin cal..haahaa] Nama pon dah berkahwin, kena la ikut suami.. tapi si suami kena la adil & jaga hati bini juga. Ye dak? Semua yang berkahwin & ada keluarga mertua semua alami pekara ni lar kan waktu hari raya.. lain la klu ko kawin dengan anak yatim piatu, sdara mara pon xde.. tu story lain... -Ampun Maaf di pinta jika terkasar bahasa-

Kedua, sebab family&sedara mara aku ramai. Pernah taw, masa raya 2013 [baju kuning biru tuu] raya pertama tengahari kitorang tido...takde nak gi beraya mana2.
Tahun ni raya pertama kt umah mak aku..pagi raya sampai ke petang aku sampai 'longlai' semua beraya baru balik umah..raya ke2 beraya umah bespren aku... Tengahari raya ke 2 baru kami sampai Labis.Wajib berada di Labis raya ke 2 sebab raya ke 2 baru lah meriah kat kampung husben tu sebab ramai yang datang. [Dekat je pon Segamat - Labis...setengah jam! kui2...] Itu pon tak bole bertolak ansur kan... hurmmmmmmmmmmm

Ni gambar2 raya 2014 TEMA merah... termasuk makanan pagi raya.. heeee.. BARU LA RAYA...!














Alhamdulillah, semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan & Syawal tahun depan ;) Aku ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, tersindir, terkutuk tak sengaja melakukan dosa kat korang... harap di ampunkan ye. Semoga kita kosong~kosong. I ampunkan U.. U ampun kan I.... =D

Thursday, July 24, 2014

28 Jun 2014 : My lil prince & princess birthday party

Birthday girl dengan costume ;)
Haiiiiiiiiiiiiii

Ni kan entry berkaitan dgn [post] ni.. 28 Jun lepasss kami menunaikan hajat nabeela... Best la buat besday..walaupon kecik2 jer.. Janji dorang pat potong kek.. gigih mummy memasak.. [ala, goreng mee&bihun, fries, nugget, coklat2, tembikai dan kuih muih...simple sesangat..] Thanks to atok sebab sanggup menolong mumy =)

Yang penting anak2 happy.. Suka tengok dorang SUKA!!! sape la mak bapak yang gembira tengok anak2 dorang sedih...ade ke? ade ke? Niat aku nak tempah KEK FROZEN sbb kakak minat sangat citer tuh..Alhamdulillah tercapai dah. Aku tempah sekilo jek dengan kawan spupu aku kat Segamat [umah mak] Aku tempah choc moist jek.. Sedap gak taw kek dia..menjilat jari tangan! heehuu....

Jom tengok piccas sekitar birthday party yang tak seberapa nih...
Small Party jek..dengan anak2 spupu ku..











Kek tu 'sharing is caring' Besday nabeela 22 Jun..Razin 24 Jun so celebrate 28 Jun 2014..Haahaa.. buat tema sekaligus kat ctu...huuhuu.. Jimat sangat....

# Semoga anak2 mumy semua dipermudahkan urusan hidup, diberikan kekuatan iman & taqwa kepada Allah serta berjaya menjadi manusia yang berguna di dunia & berjaya di akhirat kelak. Ini harapan mummy & daddy. Amiiin.



Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...