Don't cryyyy kakak... |
Assalamualaikum,
Nak cite pengalaman malam tadi...Cabaran paling besar menghadapi anak2 kecil yg belum tahu bercakap & menangis2 dan semua pkra yg kita wat x kena pada mereka.Hati ni..tuhan jela yg tahu..nak marah, nak tengking..macam2 rasa..bila pk semula ikut kewarasan akal fikiran seorang ibu (daddy xde kt umah..sbb duty malam kat kem) x jd nak marah..ble 'godeh' sana sini..1/2jam lps si kakak (nabeela) menangis..rupanya...kakak kembung perut..Aduhai!!!
Nak cite pengalaman malam tadi...Cabaran paling besar menghadapi anak2 kecil yg belum tahu bercakap & menangis2 dan semua pkra yg kita wat x kena pada mereka.Hati ni..tuhan jela yg tahu..nak marah, nak tengking..macam2 rasa..bila pk semula ikut kewarasan akal fikiran seorang ibu (daddy xde kt umah..sbb duty malam kat kem) x jd nak marah..ble 'godeh' sana sini..1/2jam lps si kakak (nabeela) menangis..rupanya...kakak kembung perut..Aduhai!!!
Kakak selalu kena kembung perut+cirit birit..so far,x penah muntah2...2x pi klinik..nasib baik stok ubat de lg..
Kanak2 tengah membesar..mcm2 nak explore..mcm2 nak main,pegang,sentuh,masuk mulut...kanak2 skrg mmg susah nak jaga la...
Sambung citer mlm td...dlm dok dia nanges2...aku pujuk2 tunjuk gambaq giraffe la,lion la...baru senyap..then, bg dia ubt sakit perut+buang angin.Traditional way..aku amik minyak serai wangi pak dakam aku gosok&urut kt betis,tapak kaki,perut & pinggang dia..Alhamdulillah..senyap..dan tertido...lama gak..nak setlekan 'masalah' tu..1 jam gak bersengkang mata..nasib baik adik tido nyenyak..risau aku kalau2 adik terbangun.Last but not least..aku amik bantal comel dia..aku bg 'iron' panas2...ble suam2 ckit..aku tuam kt perut dia...just letak atas perut dia sampai pg...tdo nyenyak saaaaampai pg..Alhamdulillah..
Aku de wat 'google search' ckit ttg kembung perut bayi...Jom baca...sharing is caring kan???
Bayi
kembung perut biasanya
menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin.
|
Namun perlu
diketahui, tidak semua rasa sakit itu
berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar
perut dan
sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus
tersumbat.
Oleh kerana
itu, penting untuk para ibu bapa
lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat
sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Pertama, ibu
bapa perlu mengetahui gejala sakit
perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang
berbeza.
Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami
gejala
seperti muntah.
Bagi bayi
berusia tiga bulan hingga dua tahun
pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba
serta
menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.
Untuk
kanak-kanak yang berusia dua hingga lima
tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun
belum
dapat ditafsirkan dengan tepat.
Kanak-kanak
berusia lima tahun dan ke atas pula
dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.
Sementara
anak usia sekolah biasanya mengalami
apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.Bayi sering mengalami
gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk
memerhatikan
kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia
prasekolah,
sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit
dan
trauma.
Sakit
perut dan cara mengatasinya
Jika sakit
perut kerana makan berlebihan atau
gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang
pada
perut.
Tindakan
yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah
lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.
Untuk
penyakit sembelit pula, biasanya penghidap
akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si
kecil
jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun
yang
penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.
Bagi
keracunan makanan pula, anak akan mengalami
kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.
Untuk mengatasinya,
berikan makanan atau beri minum air yang
banyak bagi mencegah dehidrasi.
Alahan
laktosa pula ialah sejenis penyakit yang
menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut
setelah
minum susu.
Untuk itu,
sebaiknya pilih susu dan keju yang
bebas laktosa.
Jika anak
anda menunjukkan gejala seperti berasa
terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si
kecil
anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Stres juga
boleh menyebabkan sakit perut pada
bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk
dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.
Jika ia
berlaku, cari penyebab dan
penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di
sekolah.
Untuk
mendapatkan lebih kepastian, anda boleh
membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang
dihadapinya.
Bagaimana mengenal pasti
bayi kembung perut
Bayi anda
menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung
bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5
hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur
pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
Apakah penyebab kembung perut bayi anda?
Beberapa
kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu
lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan
pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin
perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan
atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu
mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk
kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan
penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif
kepada faktor persekitaran.
Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut
kembung?
Setiap 1
hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.
Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?
Bayi akan
menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah
kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan
masalah penyakit lain?
Kebiasaannya
bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa
tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari
disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat
keadaan bayinya.
Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.
Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada
doktor?
Tangisan
bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah,
perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut
kembung bayi?
Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul.
Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu.
Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak
daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan
kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan
penyakit-penyakit lain yang bahaya.
Mummy nab&nad ;-)