Skip to main content

Jatuh cinta dengan....Energising Soy Protein Shaklee

Assalamuaalaikum,

Di ptg yg ceria ni...nak cite ttg Energising Soy Protein Shaklee yg aku baru consume seminggu ni..mmg sempoi&best!
Ia sangat memberikan aku tenaga yang berpanjangan selain meningkatkan penghasilan & memekatkan susu ibu..huuhuu.. Aku amik supplement ni sbb sayangkan diri sendiri, anak2 & keluarga... Sebelum ni asik lembik je..balik dr opis kepenatan..nak memasak, kemas rumah, layan anak2 lagi....adusss! So, kebetulan my officemate de jual..pe salah aku cuba kan? Aku amik sekali dengan Ostematrix (kalsium include mcm2 lg...) nanti citer..

Apa kata kita baca apa kelebihan ESP ni...



Susu lebih 'creamy' & pekat..heeheeh
Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan supplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee.Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program.
Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Berikut adalah secara ringkas mengenai produk ESP...cuba jangan tak cuba.. confirm tak menyesal..meh tengok pulak 'resepi' nak bancuh ESP ni..

Cara bancuh yg anda boleh cuba.. 1 sudu ESP dicampur dengan.....


  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)..saya suka starwberry milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP).
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( oren,tembikai,epal,lobak,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

Dan ini pula resipi smoothies :
  • 1/2 cup nonfat milk
  • 1/2 cup fat-free plain yogurt
  • 1/2 frozen banana, peeled and chopped < -- boleh tukar ikutla ape jenis buah yang anda suke
  • 2 tablespoons powdered protein supplement < -- gunalah serbuk protin Shaklee (Mealshake/ESP)
  • 1 1/2 tablespoons flax seed < -- ni bole replace dgn Fiber powder shaklee
  • 1 teaspoon honey
  • 1/2 cup frozen strawberries (optional)
Directions~1. In a blender, blend the milk, yogurt, banana, protein supplement, flax seed, honey, and strawberries until smooth.

SEKADAR PERINGATAN :
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)
  • Saya x prefer kacau dengan sudu..saya lebih suka 'shake' supaya ia lebih sebati.
Ok, till here...nanti sambung lagi. Selamat mencuba =)



Mummy Nab & Deera ;-)

Comments

Nadia said…
loved this post! sangat2 berguna. thank dear :)
Thanks dear..thanks for reading.... =)

Popular posts from this blog

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum …

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,
Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...
Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 
http://peranginan.bph.gov.my/

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)
Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :- Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Yang penting....kita ENJOY!
Mumy nab&…