Sunday, June 9, 2013

Masih menanti....

Salam ahad ;)

Hari ni..kandungan mummy berusia 37 minggu + 7 hari...esok appoinment kt KKIA.Smlm mumy dh 'exercise' kt MP mlka..arini mummy bcdg nk bwk ank2 'merayap' kt pasar tani & psraya dkt2 cni jek...
Contraction tiap2 ari mst ada..tp 1-2x je...Pinggang ni mmg kerap sakit...tp lom ada tanda2 spt 'show' darah atau air ketuban pecah atau sakit contraction yg jeda masanya tetap.So mumy masih menanti dan terus menanti 'the right time'...mnataw mggu 38 ke...mcm kakak 1st dia =)
Atau mmg baby nk kasi mumy cuti raya 1 mgu++ ?? heehee..klu mumy bsalin lps 10 hb..pas raya seminggu bru naik keje..syok jgk.X pyh apply cuti raya! (actually mumy d benarkn bcuti hanya 60 hari shj..sbb kna bg 'laluan' kt opismate yg nk due bsalin bln 8 :( Redha jelah kiah oiiit.. Ada kuota 90hari~ lg 1 org :p Tp kita smpn utk 5-6 thn lg..bole???
Ok..nt kte cite2 lg...klu dh bsalin..mumy update cite in LR.Leh x???

Ok..thnx for reading..Mummy nk outing dgn ank2... daaaa~

Mummy nab&deera

Wednesday, June 5, 2013

Tolong jangan jaga tepi kain orang lain...Bole x?!

Salam,

Panas btol hati aku arini...mmg EMO sesgt.. apa masalah diorg kalau aku masuk lewat ke pejabat (sbb hantar anak ke taska) dan keluar awal.. (sbb amik anak dari taska) aku tau la tentang INTEGRITI penjawat awam tu sume..tp masalahnya korang mcm 100% loyal! Korang pon ada buat..walaupon x selalu mcm aku.Aku terpaksa laa! Bukan aku nak sangat..aku xnak menyusahkan mak aku..tu pon dorang ada mengata kata aku menyusahkan mak aku jaga anak2 aku..Si mengata ni pon x sedar dia pon kena kutuk! Suuuuuuuuuuuuudah la...Org A mngata orang B..kang orang B jumpa orang C mengata orang A plk.. Sume xde keje lain..mengumpat orang jek.Jaga hal peribadi ko sendiri sudah..aku wat keje aku sampai setle..klu x setle pon xde kena mngena dengan korang...KENAPA KORANG NI MENYIBUK SANGAT HAL ORANG LAIN hah? buat jela keje korang.... xpayah nak menilai & pertikai buruk baik orang... Yg layak pertikai bukan ko pon..Ok, mulai saat ni..aku akan mtk kebenaran dr Bos utk keluar setiap hari hantar dan jemput anak aku dari taska.

Sape yg rasa x puas ati tu sila jumpa dengan aku..jangan pandai cakap belakang jek! Sape yang xtaw keje aku ckit ke banyak... sila duduk kt tempat aku ni...berapa banyak laporan kena buat sebulan..berapa banyak bayaran nak kena buat! Piiigii dah!

#malas nak amik tau hal orang lain...biar jd kera sumbang drpd wat dosa mngumpat hal orang...mcm ko dah perfect sangat!#


~Luahan hati~

Already 37 weeks!!!

Alhamdulillah.....



Ayat pertama yg mummy nak ucapkan sekarang adalah..."ALHAMDULILLAH"..sebab dah berjaya melalui beberapa fasa mengandung kali ini dgn selamat walaupon berbagai dugaan terpaksa dilalui..Sekarang tgh menunggu lebih kurang 1-2 minggu lg utk masuk 'labour room' =)

Trimester pertama...
Sume ok..Alhamdulillah..berjalan lancar...takde masalah mabuk cuma selera makan menjadi2...

Trimester ke 2...
Sgt2 mencabar ble kena 'conjuctivitis' (sakit mata daa) pastu ada la batuk,selesema..demam..terpaksa telan ubat2 yg disyorkan doktor..risau mmg risau..tp mkn dlm dos yg sedikit (jika perlu jek)

Trimester ke 3...
Mula dah..kena simpul biawak kt lutut..kerap pening kpala (kronik sampai loya2) dan contraction bermula sejak 34 minggu..tp blom ada tanda2 nak bersalin.Sakit kejap2 ble bwk berehat..dia berhenti. Yg paling membimbangkan sekarang ni kena batuk yg kuat &selesema...mummy kena la cari penawar 'asli' spt mkn madu & jus delima..slain tu gula2 berangin...utk legakan 'gatal' tekak.Hmmmh..harap2 batuk ni baik sblm mumy nak berjuang!

Mengandung kali ni byk dugaan dari segi mental&fizikal...sgt sibuk dgn tugasan di tempat kerja..perlaksanaan 5S disamping perlu melaksanakan kerja2 hakiki.Ok, blk umah plk..2 org anak dara kecilku menunggu..hilang rasa penat ble tengok anak2 menyambut.. (si kakak hantar ke TASKA..so kul 4.30 ptg bru jemput balik ~ kadang2 ponteng gak..atok ada kt umah jaga si adik :) )
Penat memang penat..tp tulah tanggungjawab seorang wanita..bg aku jd perempuan ni kena multitasking..

Rutin mummy boyot ni ~ walaupun mak ada duk serumah dgn kami ( tolong jaga anak-anakku ) sbnrnya kami mengamalkan konsep.. Mak jg anak saya..saya jaga sakit pening mak..Mak merupakan ibu tunggal dah xde suami&anak2 lain.Nasib baik suami redha.. tapi walaupon mak de kt umah..x semestinya aku harus mnyerahkan segala tugasan rumahtangga ku pada dia. Balik rumah aku akan mandikan anak2 klu mak lom mandikan..rehat jap..layan anak2...tengok TV..sambil tunggu husben balik..buatkan husben air minum petang & memasak slps magrib..dalam kul8 kami makan sama2.Biasanya kami jarang mengemas umah pada waktu mlm sbb anak2 jnis suka buat sepah (normal la kan?!) Kalau larat, aku akan kutip mainan dorang kemas masuk bakul mainan jek.. kalau x larat AH! esok pg jela.. rutin2 lain..cuci pee&poo anak2..mlayan kerenah..mengarok..bermain..makan &minum susu..sumenya depend on us 'mummy&daddy'...xde la sume atok yg buat k.Kdg2 persepsi org bila kita duduk dgn mak.. "ko senang la...mak ada kt umah.." tp org xtaw kadang2 tghari mak msk lauk 'cincai' jek yg sesuai dgn tekak org tua..nanti ptg still kena masak ikut selera my husben plk kan??? btoii x? Saje nak citer2 rutin harian mummy..walaupon org nmpk senang..tp ALHAMDULILLAH...mummy x suka merungut..sbb setiap yang susah..ada ganjaran kesenangan pd masa lain.So..selalu pikir..semua tugas kita 'mudah' walaupon tak sebenarnya ;-P heeheeh...

Ok2..cukup2 membebel...google2 ttg perkembangan baby dlm peyot ni yg kini 37 minggu hanya menanti hari & waktu utk melihat dunia... 
semoga semuanya sihat&selamat......

"Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.
Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

Thursday, May 30, 2013

~36 weeks 4 days~

Salam,

Kejap je masa berlalu...
[cliche sangat] tp aku rasa..lamaanya nk ckp 9 bln 10 hari ni. Walaupon rasa camtu aku tetap bersabar..biarlah baby ckp matang&ranum baru kuar ek baby..Sebab klu nk ikutkan memey dah rasa sakit & x selesa 'tang tu' bila nk berjalan.. 'Contraction' x teratur slalu belaku... sakit perut mula dari atas kebawah..mngeras..sakit pinggang & peha... It's always happen! (itu slh satu tanda rasa contraction bagi yg belum pernah mersa sakit bersalin..) Bimbang jgk...tp slalu pujuk baby..sabo ye.. wait until JUNE klu nk kuar pon..HEEHEE =D. My EDD is 24 Jun 2013. Lama lg tuh...about 3 weeks++ jugak la.

Semalam baru pegi interview E.O [penolong pegawai tabdir sektor awam] kat J.B (29/5/2013). Tawakal jek pegi walaupon sekarang kandungan ku berusia 36 minggu 3 hari..Manataw rezeki anak, tuhan nak bagi peluang & ruang. Minggu2 akhir bekerja ni...aku nak 'relax'kan minda..wat keje2 5s.. (sangat lerrrr!!!) Hantar2 laporan mengikut kerja2 hakiki...Pesan utk diri sendiri.. Jgn stress sgt ye!

Ok, mummy dah decide nak pakai set berpantang yang mana..Mummy bli VCO & Lavender water spray Tanamera dan set NR.
Tak sabar nak guna... ;)

Virgin coconut Oil TANAMERA

Taw x kenapa aku berhajat sangat nak guna VCO ni...??suka nak mencuba...

Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL

(Minyak Kelapa Dara yang diproses cara sejuk, ditekan dan berkualiti tinggi )

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan.



Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.



Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.



Produk Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan

kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan



Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:

a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab

b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).


Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum


Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.

sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi


Cara Urutan Perineum

Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.

Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.

Hasil kajian juga menunjukkan caara ini dapat membantu proses kehamilan.

*Saya berharap usaha yang dilakukan dapat membantu semua.
Satu lagi...Lavender water spray..yg sangat refreshing setelah di spray ke arah muka & leher..heehee..sembur anytime,anywhere...kat anak2 pon sy sembur sblm dorg tdo...bagi 'calming' ckit... Untuk saya, bile dah hujung2 'pregnancy' ni rasa a little bit of stress fikir macam2 & sangat bizi.. pe slh kita cuba??? tp memang berbaloi menggunakannya.

Try it to believe it.. :P



Satu lagi nak habaq mai...Oleh krn mummy ni peminat tegar nona roguy...so set NR telah pon sampai ke 'pangkuan' ku..satu set.. Thanks to my online buddies... FB: Azlina Umar =)



Sekian, ini lah sebahagian persedianku utk menempuhi tempoh berpantang.... ;-)


Yg mencoret;
Mummy nab&deera




Wednesday, May 15, 2013

Perbandingan SET BERSALIN yg terbaik utk mummy gunakan...

Salam,

Mummy yg sedang confuse..sbb xkan nak habiskan sampai RM500 hga 600 hanya utk set bersalin..
Niat di hati x nak mkn jamu sblm 30 hari...sbb biasa my baby kna jaundis..so, terpikir utk consume vitamin shaklee plk..tp klu whole 'Set C + ESP + Alfafa' total sume RM400++... Tu lom termasuk lg utk pnjgaan luaran.. For me,luar&dlm sama penting utk di jaga..

Mummy mmg menitik beratkan soal pnjagaan dlm pantang..mkn perlu jaga..bkn main bantai aje..pastu ubat2an perlu disiplin (b4 this guna leesa formula utk 1st baby and for 2nd baby my guna NR).Jom review post aku.. I'm in confinement on Oct 2011
Pastu berurut, bertungku, berbengkung, berlulur..amat la penting bg aku..

Camne ek..dlm masa skrg dah mencecah 34 minggu hari ni pon masih fikir nk bli set bersalin mna satu...hmmh

Cuba baca blog2 yg aku wat research ni..atau korg ada idea yg lbh mudah,murah & terbaik utk set berpantang?


atau


atau SET Nona Roguy** yg menjadi favourite ku.. **kredit to iceblessedbeauty

byk sgt ataunya..pada pendapat aku..aku suka bli set lengkap&cukup utk keperluan shga habis pantang..Shaklee bagus sbb ianya supplement secara moden dan tidak remeh.Hanya 'telan' aje pil2 yg ada..atau minum ESP.Tp bila renung semula..seronoknya berpantang cara tradisional..bila lg nk pakai pilis,param,lulur,mandian herba...."saya suka2!" Klu tgk perbezaan Nona roguy&Tanamera.. NONA ROGUY lebih kpd jamu.. Phytonatal yg ada dlm set tu pon senang utk ditelan dan sgt berpuashati dgn kesan slps memakan tablet tersebut.Badan pon jd segar je.

Aku jgk byk baca ttg Tanamera Postnatal set ni...mmg xde jamu langsung untuk dimakan..hanya perlu minum "Herbal Tea"..yang lain2 sume utk luaran.Tp aku stuju la jgk dgn seorang blogger ni...set ini mnyediakan bangkung yg aku rasa tak perlu jika seseorang itu bersalin anak ke 2 atau ke 3..sepatutnya dia bg optional la.Aku dah ada 3 jnis bengkung kt rumah =P. Tp klu terpaksa beli TANAMERA (jika hati sudah suka)...memang aku terpaksa jual murah2 la..
Dalam set ni terdapat 11 produk didalamnya dan berharga lebih kurang RM360 berbanding set NR RM290 yang mempunyai hanya 6 produk.
Ok, lupakan berapa byk produk yang ditawarkan..yang penting 'kualiti'nya...
set TANAMERA postnatal mempunyai :
  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil
  • Brown Formula Soup
  • Herbal Massage Oil
  • Lavender Floral Water
  • Feminine Herbal Wash
  • Herbal Bath
  • Herbal Tea
  • Firming Herbal Blend Paste (Param)
  • Abdominal Wrap (Bengkung)
  • Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
  • Boreh Body Scrub
Yang buat aku jd lebih terpikat nak cuba..."cold press virgin coconut oil".. heehee..ramai yang bg testimoni tentang VCO ni bole memudahkan proses bersalin..dimana kita perlu minum bermula 32 minggu & membuat urutan perinium supaya 'jalan' baby nak kuar tu licin...klu bernasib baik mungkin juga kawasan tersebut tidak koyak dan tidak perlu dijahit... ;-)
Tapi aku lom decide lg..set mana aku nak beli..mungkin 1-2 minggu lagi aku akan decide dan trs order tanpa menoleh kiri kanan depan belakang..heehee =)) Apa2pon NR ttp 'da best'..Shaklee mmg terbaik!!! dan Tanamera baru nak coooba..belum cuba blm tahu keistimewaannya kan? ;-)
K, till here..chit chat later..sambung wat koje jom!
~Mummy nab&deera~

Sunday, May 12, 2013

Sambutan hari Ibu 2013 utk diri ku..

Salam,
 
Sebenarnya..mmg xde plan utk mnyambut hari ibu..sbb sgt bz..serabut..x sihat..anak2 pon demam jek..But at last my frens jemput my dtg sambutan hari ibu kt umah teres yg my duduk dlu..thanx Norhasikin & Fatin farhana.. konsep ala2 pot luck.. my smpt bwk 'puding roti' jek...
 
Sambutan meriah..so, sambut skali dgn mak.. wpon xde hadiah.. Ia satu kenangan indah wat my, mak & anak2... Syukur..dah nk masuk 3 anak2 my hasil pkongsian hidup dgn Razman Bin Rahmad.
 
Dikesempatan ini, aku ingin mngucapkan Selamat hari ibu kepada semua kenalan yg telah menjadi ibu...termasuk sepupu2 ku, makcik2ku, kawan2ku, ibu mertuaku jua...Aku mendo'akan agar ibu2 semua diampuni segala dosa2nya,hidup sentiasa dirahmati & diberkati Allah s.w.t..Amin.
 
Pictures mlm 11/05/2013...Happy mother's day!!!
 
Mummy with mak & anak 'kecik'

Mummy, nadeera & nabeela yg masing2 comot

Kek2 sempena sambutan hari ibu =)

We're mommies in BBT


It was happening...Thank You kpd 'party planner'...
 
 
Ikhlas dari hati,
Mummy Nab&Deera

Monday, April 29, 2013

Cara-cara mengenali "braxton hicks"

Assalamulaikum,

Rasa dah berlapuk..berkarat dah blog ni..eh ye ke? arini 29/4/2013 then, last update pd 5/3/2013..masa tu sedu sedan tulis bab 'tinggalkan umah sewa'...itupon nk sedey, kn dh dpt umh bru kan???
By the way, sepanjang 1/4/2013 hingga 26/4/2013..bagai nak gila..sibuknya mummy ni...sebab kedatagan audit ke pejabat...stressnya..nak mlayan audit..nak 'kejar' keje hakiki lagi... (merungut..haahaa..)

Sebenarnya nak crite, berkenaan "braxton hick" yg aku baru kena malam semalam..huiiish..rasa mcm tak bole bersuara! Mummy mintak2 jgn la bersalin awal..biar la slps '37 weeks' skrg baru '32 weeks'..risau gak..Mummy terlalu aktif bergerak dgn aktiviti2 seharian yg menuntut mummy supaya bergerak [aktif semasa mengandung adalah sangat bagus! untuk memudahkan proses bersalin kelak..InsyaAllah] Selagi ada kekuatan..selagi tak kena admit ward..mummy kena kuat semangat..menjalankan tugas sebagai kakitangan awam, sbg ibu kepada 2 org anak dara kecik & isteri.. Ada hikmah semua ni.. Semua mengajar aku erti 'bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian'.. tak pela, anak kecik2 ni susah sikit..nanti dorg dah besar..OK la, I guess! Untuk 4 hingga 5 tahun awal ni mungkin 'havoc' sikit la hidup..nt dorg dah sekolah rendah..OK la kan? cma tinggal layan 'kerenah' bersekolah jela..huuhuu~ InsyaAllah.

Dah cite bab lain ni...

Semalam pi shopping barang dapur & borong susu, pampers kt mydin jasin.. balik umah tu siap..sakit pinggang, sakit lutut, buku lali & baby kejap2 mengeras pas mkn YEE MEE..sabo jela..mula2 duk atas katil diam2 sorang2...tak layan anak2 dah masa tu..daddy dia yg layan..pastu dah x larat...mintak hubby urutkan kan kaki [peranan suami ketika isteri hamil] baru OK..then bole tido sampai pg..
Mungkin baby dah rasa 'rumah' dia semakin sempit kot..dah tak bole kuak lentang sesuka hati..haahaa.. Tu yg dia wat 'regangan' sbb dah pnt =P

22hb aritu lg best..seharian sibuk bejalan ke hulu hilir..bb dok syoooooooook tdo..senyap je tak bergerak..cuak gak mummy..sok nya mummy ke KKIA..cek jantung baby sume ok..dan2 kt KKIA tu jgk dia bergerak...hampesss..mulai aritu..mummy tak leh pndg ringan thdp gerak baby [kena kira & catit dalam jadual buku pink]...

Hari ini nak share ape yg mummy baca tentang 'braxton hicks'...supaya kita dpt menambah ilmu pengetahuan tentang alam kehamilan ni =D

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
Semakan terakhir: Disember 2010


http://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks#ixzz2RpB0q6b3
Image 32 weeks of pregnancy... =)



LOVE;
Mummy nab&deera ;)

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...