Thursday, May 30, 2013

~36 weeks 4 days~

Salam,

Kejap je masa berlalu...
[cliche sangat] tp aku rasa..lamaanya nk ckp 9 bln 10 hari ni. Walaupon rasa camtu aku tetap bersabar..biarlah baby ckp matang&ranum baru kuar ek baby..Sebab klu nk ikutkan memey dah rasa sakit & x selesa 'tang tu' bila nk berjalan.. 'Contraction' x teratur slalu belaku... sakit perut mula dari atas kebawah..mngeras..sakit pinggang & peha... It's always happen! (itu slh satu tanda rasa contraction bagi yg belum pernah mersa sakit bersalin..) Bimbang jgk...tp slalu pujuk baby..sabo ye.. wait until JUNE klu nk kuar pon..HEEHEE =D. My EDD is 24 Jun 2013. Lama lg tuh...about 3 weeks++ jugak la.

Semalam baru pegi interview E.O [penolong pegawai tabdir sektor awam] kat J.B (29/5/2013). Tawakal jek pegi walaupon sekarang kandungan ku berusia 36 minggu 3 hari..Manataw rezeki anak, tuhan nak bagi peluang & ruang. Minggu2 akhir bekerja ni...aku nak 'relax'kan minda..wat keje2 5s.. (sangat lerrrr!!!) Hantar2 laporan mengikut kerja2 hakiki...Pesan utk diri sendiri.. Jgn stress sgt ye!

Ok, mummy dah decide nak pakai set berpantang yang mana..Mummy bli VCO & Lavender water spray Tanamera dan set NR.
Tak sabar nak guna... ;)

Virgin coconut Oil TANAMERA

Taw x kenapa aku berhajat sangat nak guna VCO ni...??suka nak mencuba...

Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL

(Minyak Kelapa Dara yang diproses cara sejuk, ditekan dan berkualiti tinggi )

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan.



Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.



Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.



Produk Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan

kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan



Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:

a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab

b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).


Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum


Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.

sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi


Cara Urutan Perineum

Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.

Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.

Hasil kajian juga menunjukkan caara ini dapat membantu proses kehamilan.

*Saya berharap usaha yang dilakukan dapat membantu semua.
Satu lagi...Lavender water spray..yg sangat refreshing setelah di spray ke arah muka & leher..heehee..sembur anytime,anywhere...kat anak2 pon sy sembur sblm dorg tdo...bagi 'calming' ckit... Untuk saya, bile dah hujung2 'pregnancy' ni rasa a little bit of stress fikir macam2 & sangat bizi.. pe slh kita cuba??? tp memang berbaloi menggunakannya.

Try it to believe it.. :P



Satu lagi nak habaq mai...Oleh krn mummy ni peminat tegar nona roguy...so set NR telah pon sampai ke 'pangkuan' ku..satu set.. Thanks to my online buddies... FB: Azlina Umar =)



Sekian, ini lah sebahagian persedianku utk menempuhi tempoh berpantang.... ;-)


Yg mencoret;
Mummy nab&deera




No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...