Thursday, April 14, 2011

Subchrionic hemorrhage

Salam blogger,

Hari ni saya nak cite mengenai pendarahan yg saya alami semasa mengandungkan anak kedua kami...
Bermula 4/4/11 ada lendiran berwarna coklat keluar (spt kita habis period...) iaitu sejak kandungan ku memasuki usia 3 bulan..tp lama kelamaan ia bertukar menjadi darah merah tetapi masih tidak rasa sakit perut @ tiada 'ketulan' yang keluar..mula2 doktor jangka "it was 'threaten abortion' " ia berlarutan sehingga 1 bulan setengah sehingga saya terpaksa keluar masuk wad..apabile doktor scan, bayi masih hidup di dalam rahim saya.
Alhamdulillah! saya amat risau jika betul2 saya keguguran..pernah seketika...pendarahan saya mengalir lebih byk dari darah 'period' kita..Allahuakbar! saya trus admit wad HPSF Muar beberapa hari..dan M.C sehingga 1 minggu x 4kali..means??? 1 bulan kan? (Lps abis 1 minggu..sambung seminggu lg MC...saya kena bed rest..)
Sehingga la kami cuba alternatif lain iaitu merujuk ke maternity specialist...saya telah berjumpa dgn Dr Ng di Muar, Johor...akhirnya dia mengesahkan saya diagnosa 'subchrionic hemorrhage' atau 'hematoma'..
Boleh rujuk web ni.. subchorionic-hematoma klu nak tahu lebih lanjut apekah itu? saya cuma bole bg web untuk rujukan kalian jer..sbb sy bkn doktor..xleh nk ulas lebih2...cuma nak cite pengalaman saya..

Subchrionic hemorrhage
Gambar di atas menunjukkan bagaimana ketulan darah yang melekat di uri....

Sekali lg..Allah Maha Kuasa...Dia yg menentukan segalanya...aku selamat melahirkan puteri ke 2 yg comel pd kandungan berusia 35 minggu 6 hari.
Kalau ada ibu2 yang mengalami masalah begini..jgn panik, kecewa atau mudah putus asa...banyakkan berdo'a...semoga ibu&kandungan selamat sehingga hari kelahiran...Amiiin.

Love u all out there..thanks for reading ;-)

No comments:

Promosi Hujung Tahun Vivix Shaklee!!!

PROMOSI VIVIX SAMBUNG LAGI?? Serius ke? Ehh,kenapa pulak tak serius??? Mesti la serius.. SERIUS shaklee nak bagi kita sihat & cantik &...