31 Januari 201 - hari ni kita baca sesuatu yang menarik dan luar biasa dari kebiasaan kita baca di blog lyna ni okay? Iaitu mengenai fenomena Gerhana bulan penuh atau "Supermoon".
.
Penduduk di Malaysia akan dapat melihat kombinasi tiga fenomena bulan berlaku serentak iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan’, hari ini.
Peluang menyaksikan fenomena itu tidak perlu dilepaskan kerana kekerapannya adalah sekali bagi setiap 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi.
Penolong Penyelidik Observatori Negara Langkawi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Kamarzaman Ahmad berkata, hanya 50 peratus penduduk dunia dapat melihat gerhana bulan kerana penduduk di separuh lagi hemisfera bumi berada dalam waktu siang dan tidak dapat melihat gerhana bulan penuh berwarna merah.
“Gerhana bulan penuh akan berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Utara iaitu apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
“Fenomena Gerhana Bulan yang akan berlaku esok (hari ini) bermula jam 7.48 malam hingga 11.11 malam. Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur kecuali Sabah dan Sarawak manakala gerhana bermula selepas bulan terbit,” katanya.
Kamarzaman berkata, fasa gerhana penuh maksimum jam 8.51 malam dan keseluruhan gerhana itu berakhir jam 10.07 malam.
“Ketika hampir berlakunya gerhana, bulan juga sebenarnya baru saja melepasi kedudukan
perigee iaitu pada hari ini (semalam) dengan jarak 358,993 kilometer (km) dari bumi, sekali gus menjadikan gerhana kali ini sebagai
supermoon.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000km dari bumi, agak jarang menyaksikan dua kejadian bulan super pada bulan yang sama, begitu juga gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan supermoon, ketika bulan penuh mengorbit lebih dekat dengan bumi berbanding biasa, justeru muncul lebih besar dan terang berbanding bulan biasa, malah lebih luar biasa fenomena gerhana bulan penuh berlaku ketika bulan biru,” katanya.
Menurutnya, supermoon berikutnya yang berlaku hari ini disebabkan terjadi bulan penuh kedua dalam kalendar sama dan dikenali sebagai ‘bulan biru.’
“Nama gelaran itu tiada kaitan dengan warna, sebaliknya merujuk kepada jarak panjang kemunculannya. Secara purata, bulan biru berlaku sekali setiap dua setengah tahun.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada di orbit paling hampir dengan bumi iaitu perigee dan menjadikan saiznya bertambah 14 peratus dan sangat terang,” katanya.
Menurutnya, apa yang menjadikan rupa bulan lebih menarik untuk dilihat adalah gerhana bulan iaitu ketika bulan berada dalam jajaran sinaran cahaya matahari di belakang bayang-bayang bumi atau umbra.
“Kedudukan bulan di belakang bumi menyebabkan ia tidak menerima cahaya matahari secara terus bagi memantulkan cahaya warna putih seperti biasa, namun ketika gerhana penuh, bulan akan memantulkan cahaya biasan matahari terbit dan terbenam yang berwarna merah,” katanya.
Berdasarkan pakar astronomi Space.com, kali terakhir gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan bulan biru adalah pada 1982 di hemisfera timur dan 1866 di hemisfera barat.
Maknanya, fenomena ini akan berlaku lebih kurang 260+ tahun sekali.SubhanAllah.
Apa pun, ini salah satu keajaiban dari kuasa Allah SWT.. jangan lupa Solat Sunat Gerhana.

No comments:
Post a Comment