Wednesday, January 31, 2018

Apa yang menarik tentang Gerhana Bulan Penuh?

31 Januari 201 - hari ni kita baca sesuatu yang menarik dan luar biasa dari kebiasaan kita baca di blog lyna ni okay? Iaitu mengenai fenomena Gerhana bulan penuh atau "Supermoon".


.

Penduduk di Malaysia akan dapat melihat kombinasi tiga fenomena bulan berlaku serentak iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan’, hari ini.
Peluang menyaksikan fenomena itu tidak perlu dilepaskan kerana kekerapannya adalah sekali bagi setiap 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi.

Penolong Penyelidik Observatori Negara Langkawi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Kamarzaman Ahmad berkata, hanya 50 peratus penduduk dunia dapat melihat gerhana bulan kerana penduduk di separuh lagi hemisfera bumi berada dalam waktu siang dan tidak dapat melihat gerhana bulan penuh berwarna merah.
“Gerhana bulan penuh akan berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Utara iaitu apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

“Fenomena Gerhana Bulan yang akan berlaku esok (hari ini) bermula jam 7.48 malam hingga 11.11 malam. Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur kecuali Sabah dan Sarawak manakala gerhana bermula selepas bulan terbit,” katanya.
Kamarzaman berkata, fasa gerhana penuh maksimum jam 8.51 malam dan keseluruhan gerhana itu berakhir jam 10.07 malam.

“Ketika hampir berlakunya gerhana, bulan juga sebenarnya baru saja melepasi kedudukan
perigee iaitu pada hari ini (semalam) dengan jarak 358,993 kilometer (km) dari bumi, sekali gus menjadikan gerhana kali ini sebagai
supermoon.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000km dari bumi, agak jarang menyaksikan dua kejadian bulan super pada bulan yang sama, begitu juga gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan supermoon, ketika bulan penuh mengorbit lebih dekat dengan bumi berbanding biasa, justeru muncul lebih besar dan terang berbanding bulan biasa, malah lebih luar biasa fenomena gerhana bulan penuh berlaku ketika bulan biru,” katanya.

Menurutnya, supermoon berikutnya yang berlaku hari ini disebabkan terjadi bulan penuh kedua dalam kalendar sama dan dikenali sebagai ‘bulan biru.’
“Nama gelaran itu tiada kaitan dengan warna, sebaliknya merujuk kepada jarak panjang kemunculannya. Secara purata, bulan biru berlaku sekali setiap dua setengah tahun.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada di orbit paling hampir dengan bumi iaitu perigee dan menjadikan saiznya bertambah 14 peratus dan sangat terang,” katanya.



Menurutnya, apa yang menjadikan rupa bulan lebih menarik untuk dilihat adalah gerhana bulan iaitu ketika bulan berada dalam jajaran sinaran cahaya matahari di belakang bayang-bayang bumi atau umbra.

“Kedudukan bulan di belakang bumi menyebabkan ia tidak menerima cahaya matahari secara terus bagi memantulkan cahaya warna putih seperti biasa, namun ketika gerhana penuh, bulan akan memantulkan cahaya biasan matahari terbit dan terbenam yang berwarna merah,” katanya.
Berdasarkan pakar astronomi Space.com, kali terakhir gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan bulan biru adalah pada 1982 di hemisfera timur dan 1866 di hemisfera barat.

Maknanya, fenomena ini akan berlaku lebih kurang 260+ tahun sekali.SubhanAllah.

Apa pun, ini salah satu keajaiban dari kuasa Allah SWT.. jangan lupa Solat Sunat Gerhana. 

Monday, January 29, 2018

Red Wine dalam Vivix

Assalamualaikum,

First time lyna dengar orang mempersoalkan tentang "HALAL" Vivix sedangkan dah berjuta botol terjual kat Malaysia.Adakah kami pengedar Shaklee ni menipu pelanggan?
Ok, baca dulu sebelum buat sebarang kesimpulan ye kawan-kawan..
Istilah French Paradox mula popular sejak awal 1990-an. Ianya merujuk pada pertentangan antara tingginya pengambilan lemak tepu dengan rendahnya jumlah penderita penyakit koroner jantung di Perancis. Setelah dikaji secara mendalam, mereka mendapati bahawa penyebabnya adalah orang-orang di Perancis adalah pengamal wine yang tinggi, terutama red wine.
.
Kenapa RED WINE??

Ini adalah kerana kandungan resveratrol dalam red wine telah diketahui baik untuk kesihatan jantung, sejak dulu lagi. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengurangi risiko inflamasi dan pembekuan darah, juga mencegah obesiti dan diabetes yang mana semuanya adalah punca kearah penyakit jantung. (Sumber: DetikFood)

Apa itu RESVERATROL?

Resveratrol adalah sejenis antioksidan yang banyak terdapat di dalam buah anggur dan paling banyak terdapat pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.
Antioksidan sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada "berkarat". Namun, kandungannya lebih tinggi pada wine dibandingkan dari buah itu sendiri mahupun jusnya. Ini adalah disebabkan beberapa aspek pembuatan wine dapat mengubah kandungan piceid menjadi resveratrol. Red wine (iaitu sejenis anggur berwarna merah gelap) yang mengandungi resveratrol lebih banyak dibanding white wine, kerana red wine diperam/ditapai dengan kulit anggur lebih lama berbanding white wine.

But anyway, Wine adalah HARAM di sisi Islam. Sebab ianya telah ditambah aditif/alkohol yang boleh menyebabkan kepala berat. Senang cerita memabukkan la kan. Selain dari itu, wine juga ditambah dengan sulphit/belerang bagi mengelakkan wine menjadi busuk. Korang rasa..?

So, macam mana nak dapatkan Resveratrol yang HALAL, sihat dan bermutu..?

Jawapannya, minum lah VIVIX Shaklee.. Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain dan berganda-ganda lebih berkhasiat dari red wine! Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum. Yang paling penting ianya sihat, terjamin dan Halal.




Penjelasan ringkas mengenai Resveratrol dalam Vivix yang mana sebenarnya ia merujuk pada khasiat Resveratrol yang juga terdapat dalam red wine.

Harap pembaca-pembaca jelas dengan penerangan ni..ok.

Nak Vivix?
Hubungi lyna melalui Whatassp +60196800226
FB : Norazlina Sabran
FB Page : Prosper Rich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn

Sunday, January 28, 2018

Kenapa Memilih Bisnes Shaklee?

Assalamualaikum,

Hari ni..lyna bercerita sikit mengenai pengalaman kak lyna sepanjang menjalankan bisnes Shaklee ni.Apa kelebihan bisnes Shaklee dan kenapa dalam banyak-banyak bisnes Online lyna suka nak memilih bisnes ini..?

Kak lyna, kak lyna ni pon tak pandai meniaga dulu...tapi kak lyna inspired dengan ramai leader-leader Shaklee yang dulunya Engineer, Nurse dan macam-macam lagi kerja profesional..at last jadi "WORK AT HOME MOMMY" (WAHM) kadang-kadang bukan at home jer...travel aroun d the world pon mereka boleh menjalankan bisnes Shaklee.Tapi....ada juga SURIRUMAH yang dah berjaya buat bines Shaklee dengan income 5-6 angka sebulan! Percaya tak???

Sedih rasanya kalau nak cerita...nak harap gaji kerja hakiki sekarang.Anak minta apa-apa..kena kira duit dalam purse dulu kan...terpaksa berkira! sebab kita takde pilihan pon.."nak bagi ke tak nak bagi.." itu lah, maksud pilihannya..kalau kita ada lebih..kita ada pilihan..samada nak bagi atau tak.

Walaupun dah ramai yang buat bisnes Shaklee ni..tapi kak lyna percaya "REZEKI ALLAH ITU LUAS"..Percaya tak, masih ramai yang belum betul-betul kenal Shaklee?So, tugas kita..memperkenalkan..berkongsi kebaikan mengamalkan supplemen.

Kalau niat kita nak membantu orang lain, InshaAllah..akan dipermudahkan urusan kita pula.

Yang penting kita PERCAYA SEBELUM BERJAYA!




1.Kedai Shaklee Online boleh bukak 24 jam. 
Takde limit masa. Customer boleh masuk kedai kami ikut masa diorang masing-masing.
Ada yang suka masuk kedai kami pagi, ada yang suka tengah hari, ada yang suka malam dan tengah malam pun ramai.

2.Flexible. 
Walapun saya tengah tido atau tiada di depan pc tapi bisnes shaklee online
saya tetap jalan.
Kalau saya pergi bercuti pun bisnes berjalan macam biasa jugak. Tak kira la ceruk mana pun kami pergi dan walaupun tempat tu takde internet pun takpe. Janji customer tu ada internet.

3. Target market lebih luas. 
Sebab capaian bisnes Shaklee Online lebih besar. Boleh cover seluruh Malaysia. Siap brunei dan singapore sekali tau.

4. Bila saya pilih bisnes Shaklee online bukan bermakna saya tak boleh buat bisnes Shaklee offline. 
Dua-dua pun boleh. Sebab teknik dan ilmu bisnes Shaklee online InsyaAllah dah boleh cover offline sekali.
Cuma untuk yang buat bisnes Shaklee offline belum tentu boleh buat online sebab ada banyak ilmu-ilmu special bisnes online yang diorang tak cover.




5. Dah nama pun bisnes shaklee online kan? So, haruslah ada coaching online jugak. kitorang siap ada group whassp & telegram untuk kelas.
Apa kebendanya tu? Kena la join ProsperRich Group dulu.


6. Bisnes ala-ala 'dropship' kerana Shaklee menyediakan sistem online untuk memudahkan proses order dan penghantaran.

7. Saya ni pemalu sebenarnya. In fact dulu pernah terfikir “Macam mana nak bisnes? Nak approach orang pun malu..”hehe" So, saya cari la bisnes online sebab kan saya tak suka nak approach face to face. Dengan bisnes Shaklee Online saya tak perlu nak ketuk dari pintu ke pintu rumah orang untuk menjual.


8.Modal Terlalu Sikit
Ramai dari kita tak banyak modal. Kalau nak buka kedai tentu habis berpuluh ribu. Sebenarnya bagus jugak. Sebab kalau besar modal, besarla risiko rugi. Lainla kalau anda memang dah ada pengalaman bisnes yang banyak.Tapi untuk mula bisnes Shaklee anda hanya perlu laburkan RM 79.50 saja dulu. Anda boleh dapat untung runcit, bonus bulanan, insentif kereta, percutian 6 bintang dan sebagainya.
Dan hakikatnya dengan modal serendah ini, ramai yang mampu dapat income sehingga 6 angka sebulan. Sebab dalam Shaklee, anda yang tentukan berapa income yang anda dapat.

9.Ilmu Percuma
Ramai dari kita nak meniaga tapi tak ada ilmu yang cukup. Keluar modal buka kedai habis berpuluh ribu. Lepas 3 bulan kedai pun tutup. Ramai juga takut nak berniaga sebab tak ada siapa nak ajar.
Tapi dalam bisnes Shaklee, semua cara bisnes diajar. Saya ada buat kelas melalui whatsapp, facebook page atau berdepan dan Shaklee sendiri juga banyak adakan kelas untuk anda lebih mahir dalam produk dan bisnes.
Semua ilmu yang sepatutnya mahal ini diberikan percuma dalam bisnes Shaklee.

10.Bisnes Sudah 90% Diuruskan.
Shaklee dah sediakan 90% dari urusan bisnes. Dari kajian jutaan ringgit, branding, bina sistem online, sistem tempahan, penghantaran dan pembayaran bonus yang efisyen.
Produk pun dah memang terkenal. Sebabnya memang orang tahu Shaklee ni bagus.
Anda hanya perlu share kan saja kebaikan produk Shaklee. Boleh guna Facebook, Instagram, blog, whatsapp dan lain-lain lagi, Itu saja.
Ramai peniaga yang gagal bisnes kurang dari 3 tahun sebab mereka kena buat macam- macam perkara untuk cipta bisnes mereka.
Dan di Shaklee, semuanya sudah siap tersedia. Anda tak perlu habiskan masa dan modal untuk reka produk seperti bisnes lain.

Anda hanya perlu promote & jadi 'founder' group masing².


11.Group Support 200% dari Saya & Group
Dalam bisnes Shaklee, saya offer group support yang terbaik.
Maksudnya saya sediakan plaform untuk belajar dan motivasi di group whatsapp dan facebook. Anda yang baru join mesti ada banyak soalan dan jawapan yang anda nak. Jadi saya akan bantu anda.
Selain dari itu saya sediakan kelas belajar produk dan marketing dengan kerap.
Jadi anda yang komited takkan ada masalah untuk bina income anda dengan cepat.

12.MLM Original Terawal Di Dunia.
Apabila kita dengar MLM, mesti dalam otak dah rase ni semua penipuan. Kite dulu pun macam tu, tak dinafikan. Tapi sejak sertai Shaklee, kite tak rasa menyesal langsung and semakin yakin mendapat rezeki yang HALAL daripada MLM.
Shaklee ialah MLM pertama di dunia yang bermula pada 1915. Dan sistem bisnes Shaklee meliputi bonus, insentif kereta dan insentif lain sudah di paten. Maksudnya tak ada syarikat yang boleh tiru sistem ini.

Shaklee lahir atas dasar untuk mempromosikan ilmu kesihatan dari mulut ke mulut dengan lebih efektif. Dr Forrest Shaklee, pengasas Shaklee percaya hanya dengan ilmu dan produk semulajadi sahaja manusia mampu ada kesihatan yang lebih baik. Jadi ini ialah syarikat MLM pertama di dunia yang sudah bertahan lebih dari 60 tahun.

Jika anda berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee secara part time atau full time dan nak menjadi rakan bisnes Shaklee bersama lyna..Lyna berbesar hati menerima anda dan sama-sama la kita membina empayar bisnes kita.
.
.
Jom hubungi lyna melalui whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn

Saturday, January 27, 2018

Cara mengatasi migrain yang teruk dengan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t,

lyna nak cerita sikit pengalaman lyna yang baru baru ni menghidap migrain. Memang sakit sampai tak boleh tengok cahaya phone...siapa pernah kena migrain? Mood memang ke laut la.Lyna gigih mengelak dari makan ubat tahan sakit..Sebab lyna nak "rawat" masalah lyna dengan cara yang lebih baik & semulajadi.

Sebelum lyna bercerita lebih lanjut mengenai cara-cara lyna menghilangkan migrain, apa kita kita baca dulu...Punca-punca migrain.


Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.
Bagaimana Migraine Berlaku?
Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Punca-punca migrain:
  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
Jenis-jenis Migrain
Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).
Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.
Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.
Rawatan Migrain 
Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.


Untuk lyna, cara lyna mengawalmigrain..lyna ambil Ostematrix 4 tablet dan 2 biji Bcomplex. Minum air secukupnya..(lebih 2 liter sehari), semasa solat dan sujud terakhir lebih lama (masa tu boleh selit-selitkan do'a) dan last sekali..lyna akan tidur dalam bilik yang gelap. BONUS! kalau ada husben yang boleh picitkan kepala :)

Bagaimana Shaklee membantu dalam masalah migrain?
Ostematrix Shaklee
  • Kaya dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D, membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
  • Kalsium juga sangat diperlukan dalam  mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
  • Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing…
B Complex Shaklee ~
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok….
Bagi penderita Migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang Migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan, dan pertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari  makan ubat berasaskan dadah secara berterusan…
Jika anda berminat nak mengakhiri masalah migrain anda dengan cara yang semulajadi..cepat-cepat hubungi lyna.
Link whatassp : http://www.wasap.my/60196800226/ 
Fb :Norazlina Sabran FB Page : Prosper Rich By Lyna
Instagram : @shakleeby.lynarzmn

























































































































Thursday, January 25, 2018

Kelebihan COQ Trol Plus Shaklee


Kecil-kecil..cili padi!

Assalamualaikum,

Sekarang anda dah tak boleh bagi alasan lagi badan rasa lemah, cepat letih ,rasa lemau je memanjang sebab supplemen "anti lemau" dah kembali!!!

Yeeeee! Coq Trol "Plus" is backkkk!

COQ-Trol ni adalah vitamin yang boleh memberikan tenaga yang lebih kepada badan kita. COQ-Trol keluaran terbaru ni ada kandungan Resveratrol seperti VIVIX jadi ianya tinggi dengan Anti-oksidan juga.

**But still VIVIX is still powerful, tapi COQ-Trol lebih murah daripada VIVIX. 
Dua-dua pun baguslahh... 

Apa kelebihan pengambilan COQ-trol plus ni?

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.
 

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepatkan pemulihan luka.
Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum.

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan tekstur kulit.

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.
  

Kandungan CoQ-trol Plus


So,sekarang dah tahu kelebihan pengambilan CoQ-trol Plus ni kan? Penting ke untuk anda??
Jika tak penting..Sila abaikan post ini..Jika penting..bole hubungi lyna cepat yer.

Shaklee adalah supplemen bukan ubat..Ia tidak mendiagnos, menyembuhkan, dan merawat penyakit.Supplemen adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi seseorang.
.
.
Whatassp +60196800226
PM di FB : Norazlina Bt Sabran
Page FB : Prosper Rich by lyna
Insta : shakleeby.lynarzmn
Email : mummy.beela@gmail.com

Wednesday, January 24, 2018

Apa itu telomeres?

Hari ni nak berkongsi sedikit mengenai..apa yang membuatkan Vivix ni special dari supplemen-supplemen yang lain?

Info ni lyna pelajari dalam kelas2 nutrisi & produk Shaklee. Kalau tak selama ni, tak tahu pon dan tak pernah ambil tahu pon.

Korang tahu tak bagaimana nak kekal awet muda (sihat & cergas sepanjang hayat)? Overclaimed sangatkannn? Kalau rasa kak lyna overclaimed korang kena baca ni...

Apa itu telomeres?
 




Telomeres ni ialah unit kecil DNA yang terletak di kedua-dua hujung DNA. (Kalau tengok gambar, yang kat hujung tu kaler kuning tu) Tu la telomeres.

Sekali tengok macam tali kasut kan? Tapi cuba fikir balik, kalau kat tali kasut tu tak ada penutup keras kat hujung tali (plastik) tu susah kan nak masukkan tali kasut pada lubang kasut. Tali kasut juga cepat rosak dan terburai.

Sama juga dengan DNA kita. Jika hujung DNA kita tak ada telomeres tu, DNA kita akan sangat senang rosak. Sebab fungsi telomeres ni sangat penting untuk melindungi sel DNA kita daripada kerosakan.

Telomeres yang sihat ialah telomeres yang panjang. Semakin pendek telomeres pada DNA menunjukkan tanda tubuh kita tak sihat. Begitu juga dengan penuaan. Semakin kita tua, telomeres semakin pendek. Sel terdedah kepada kerosakan & kita lebih mudah mendapat macam-macam pelbagai penyakit kronik.
.
.
Shaklee telah bekerjasama dengan Dr.Elizabeth Blackburn pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase.

Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan supplemen yang konsisten (Vitalizer, Vivix and Cinch) setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERES sebanyak 40% ! Hebat kan?

Jadi memang sudah terbukti vivix ni mampu membantu melambatkan kadar pemendekan telomeres dan sekaligus memperbaiki sel DNA manusia seterusnya mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

So, telomeres koranga macamana? Korang berpuas hati ke dengan tahap kesihatan korang? Dan macam mana nak kekalkan telomeres yang sihat dan melambatkan pemendekkan telomeres?


 

Shaklee adalah supplemen bukan ubat..Ia tidak mendiagnos, menyembuhkan, dan merawat penyakit.Supplemen adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi seseorang.
.
.
Whatassp +60196800226
PM di FB : Norazlina Bt Sabran
Page FB : Prosper Rich by lyna
Insta : shakleeby.lynarzmn
Email : mummy.beela@gmail.com


Tuesday, January 23, 2018

PENGEDAR SHAKLEE TANGKAK, SEGAMAT & MUAR

Assalamualaikum w.b.t,


23.01.2018 - Mommy lyna nak declare sekali lagi..bagi yang baru menjengah blog comel mommy ni..[Terima kasih kerana sudi melawat ke blog yg humble ini..]

1st sekali kena la perkenalkan diri dulu, Mommy Nabeela merupakan seorang isteri, anak dan mak kepada 3 orang budak comel juga seorang pekerja di sektor awam yang masih bekerja dan part time bisnes Shaklee untuk menampung kos hidup sekarang yang makin menggunung..selain dapat juga membantu suri rumah atau sesiapa sahaja di luar sana yang berminat menjalankan bisnes Shaklee separuh masa atau sepenuh masa.

Mommy lyna mula menceburkan diri dalam bisnes online Shaklee sejak 2014 yang sebelum ini telah menjadi pengguna setia Shaklee sejak 2012.

Bermula dengan Set Penyusuan Shaklee dan terus berminat untuk menjadi Shaklee sebagai pendapatan kedua. 
.
.
.
JIKA ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA DI TANGKAK @ SEGAMAT ?



ANDA INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE DI TANGKAK @  SEGAMAT ?



ANDA BARU PERTAMA KALI INGIN MENCUBA PRODUK SHAKLEE?



ANDA NAK REPEAT ORDER PRODUK SHAKLEE DI TANGKAK @ SEGAMAT?

.
Boleh hubungi lyna..

Whatassp +60196800226
PM di FB : Norazlina Bt Sabran
Page FB : Prosper Rich by lyna
Insta : shakleeby.lynarzmn
Email : mummy.beela@gmail.com


Kaedah mengatasi kulit berjeragat dari dalam.


Assalamualaikum,

Tak semua wanita mengalami masalah jeragat ni...kebiasaannya wanita yang berjeragat tidak mempunyai jerawat! Betul ke?

Ada ke kawan-kawan yang menghadapi kedua-duanya sekali? sedih!!! kalau dua-dua menepek kat muka.

Jom kita berkenalan dengan jeragat. Secara ringkasnya, jeragat ialah tompokan hitam di wajah yang terhasil daripada pengumpulan sel-sel kulit yang mati dan pembentukan minyak di liang kulit. Selalunya biasa terdapat di pipi, hidung..sedikit di dahi dan dagu.

6 punca jeragat adalah seperti:

  1. Sinaran UV daripada matahari dan juga ada kajian berpendapat, sinaran UV juga boleh terhasil dari lampu kalimantang.
  2. Tekanan perasaan di tempat kerja dan rumah.
  3. Hormon yang tidak menentu.
  4. Hypothyroidism dimana ia dikenali sebagai paras hormon tiroid rendah.
  5. Ubat-ubatan yang memberi 'side effect' pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif.
  6. Wangian dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas 'phototoxic'.


Cara yang paling penting untuk mengatasi dan merawat jeragat :

Atasi Masalah Hormon

Pencuci muka tak akan hilangkan jeragat !
Owh ! Patutlah letih cuci muka tapi jeragat tak hilang- hilang. Hormon yang tak stabil akan gagalkan apa saja usaha cik/puan untuk hilangkan jeragat itu, walaupun rawatan laser. Lepas hilang, jeragat akan tumbuh balik.

Jadi, pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) penting untuk stabilkan hormon.
GLA Complex ni adalah terbaik kerana ia ada 2x ganda lebih GLA berbanding produk lain dipasaran.

Caranya, GLA Complex menghilangkan jeragat dengan membantu untuk kawal paras hormon dalam tubuh. Bila hormon stabil, kulit jadi sihat dan kuat. Senanglah jeragat hilang. Selain itu, GLA Complex juga ada vitamin E yang memulihkan sel jeragat, menegang dan mencerahkan tompok hitam.

Tingkatkan Kolagen & Cerahkan Jeragat

Selepas umur 30 an, kulit makin kurang hasilkan kolagen. Kesannya kulit tak kuat. Sel kulit senang rosak. Bila rosak, sel jadi hitam dan bintik jeragat mula terbentuk.

Vitamin C paling hebat sebab teknologi ‘Sustained Released‘ nya yang mampu kekalkan vitamin C lebih lama dalam darah. Untuk kesan optimum, sila minum banyak air untuk kesan yang lebih cepat.
Kolagen yang banyak kesan dari vitamin C akan menegang disamping membentuk kulit wajah yang cantik. Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan, menyekat pembentukan dan menhilangkan jeragat. Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.

Halang Sinar UV & Pulih Dengan Paling Cepat

Selain bekas jerawat, ‘Sunburn’ juga ialah punca utama jeragat tebal.

Sel mati bila terkena UV A & B akan jadi hitam. Bila makin terdedah, tompok makin besar dan kronik. Dengan vitamin E, kesan sunburn akan dineutralkan. Sel kulit kuat untuk tahan sinar UV A & B. Selain itu, vitamin E meningkatkan kadar pemulihan, proses rejuvenasi malah menghasilkan kolagen. Ia juga akan menjadikan kulit jeragat lebih cerah dan menghilangkan jeragat dengan lebih cepat.

Jadi mesti ambil vitamin E !

* 1 Softgel vitamin E sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan.
Ambil satu softgel vitamin E, pecahkan dan sapukan pada kawasan jeragat.
Ia mempercepatkan proses hilangkan jeragat. Sel itu akan diganti dengan sel baru dengn aktif.
Masker yang sangat murah pulak. Tak payah nak cari masker yang mahal- mahal di kedai.

ESP Shaklee membekalkan protein semulajadi dari sumber soya bukan GMO. ESP mengandungi kandungan protein dan isoflavones yang juga bertindak serentak untuk menghalang pertumbuhan sel tidak normal dan membaiki masalah jeragat serta masalah kulit yang lain.

Collagen dalam tubuh badan kita dihasilkan secara semulajadi, tetapi akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Collagen akan hilang pada usia 20 keatas anggaran purata 1 hingga 4 gram sehari. Pada usia lingkurang 30 keatas jelas kelihatan wajah mengalami banyak perubahan.

Read more http://www.tipskesuburan.com/kulit-bebas-jeragat-dengan-collagen-powder-shaklee/
Collagen dalam tubuh badan kita dihasilkan secara semulajadi, tetapi akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Collagen akan hilang pada usia 20 keatas anggaran purata 1 hingga 4 gram sehari. Pada usia lingkurang 30 keatas jelas kelihatan wajah mengalami banyak perubahan.

Read more http://www.tipskesuburan.com/kulit-bebas-jeragat-dengan-collagen-powder-shaklee/
=========================================================================

Jika anda berminat nak cuba Set Jeragat Shaklee ni..lyna bersedia untuk memberi konsultasi percuma untuk pelanggan-pelanggan lyna.
.
.
Whatassp no 019-6800226
FB : Norazlina Bt Sabran
FB Pages : Prosper Rich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn







Monday, January 22, 2018

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.



“Rasa serba tak kena je setiap kali period. Memanglah dapat ‘rehat’ daripada solat. Tapi, terasa ‘lemau’ dan ‘kosong’ bila tak ada pengisian jiwa. Apa amalan ketika haid yang boleh aku amalkan ya?”

Haid dan nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Jelasnya, ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Nak buat ibadah yang lain pun terasa was-was dengan apa amalan yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dilakukan. Di sini di senaraikan beberapa jenis amalan ketika haid dan nifas yang boleh dilakukan oleh wanita.
.
10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’.

Untuk mengelakkan hati rasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:

1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.

2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN

Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.
Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3. UCAPKAN ZIKIR

Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.
Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

4. BACAAN AL-MATHURAT

Al-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ia dibacakan setiap pagi dan petang. Di dalam al-mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

5. BERSELAWAT

Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

6. ISTIGHFAR

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( ﺍَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍَﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﯿْﻢَ ).
Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. BERDOA

Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.
Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

8. MENGULANG HAFALAN

Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, kita boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut.
Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan , sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan. Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.
Pilih saja yang berkenan di hati!

10. MENDENGAR KULIAH

Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.
Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.

TIADA ALASAN UNTUK ‘TERPUTUS HUBUNGAN’ DENGAN ALLAH.

Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas seperti di atas ini, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa.

Tiada alasan lagi untuk berasa ‘kosong’. Tiada alasan lagi untuk berasa was-was membuat amalan.

Jangan lupa, waktu haid ini juga adalah masa untuk kita mencuci telekung serta sejadah sebelum menggunakannya semula. Biar harum dan semerbak baunya. Tentu bersemangat untuk kembali bersolat nanti! InshaAllah.

Dipersilakan share untuk manfaat bersama.

=========================================================================

Jika berminat dengan supplemen mengatasi haid tidak teratur atau senggugut ketika haid boleh hubungi lyna :
.
.
PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2014
NORAZLINA BT SABRAN [ID : 1109279]
WHATASSP 019-6800226
FB : NORAZLINA SABRAN
FB PAGES : PROSPER RICH BY LYNA
INSTA : @shaklee.bylynarzmn
C.O.D SHAKLEE TANGKAK, SEGAMAT & MUAR

Sunday, January 21, 2018

Faedah dan Kelebihan Mendaftar sebagai Ahli Shaklee

 


Assalamualaikum,

Lyna dah join Shaklee sejak 2014 lagi. Masa tu, lepas bersalinkan anak ketiga, Razin.Sebenarnya, lyna amalkan sejak 2012 lagi.. Masa tu ambil set menyusu Shaklee untuk menyusukan anak kedua, Nadeera dan nak bagi mak bawak bekal supplemen pergi haji. Masa tu, makan je.. Tanpa ada pengetahuan tentang supplemen. Yang lyna tahu.. Lna nak makan supplemen untuk tambah susu & tambah tenaga mak untuk mengerjakan ibadah di Mekah nanti.

.
Untuk customer yang dah biasa membeli dengan lyna, lyna cadangkan untuk join ahli sebab...

Sama ada anda nak jadi Ahli Shaklee untuk makan saja atau anda pernah makan Shaklee dan dah dapat manfaat kebaikan dari produk Shaklee atau nak mula buat Bisnes Shaklee, lyna & group ada kepakaran dalam kedua-dua bidang InshaALLAH 😇


✅ Boleh beli Shaklee Online (shaklee2u, ingat bank aje ada online? Supplemen pon ada taw) atau beli Shaklee di Branch menggunakan ID shaklee dapat harga ahli.

✅Dapat maklumat exclusive terus dari Shaklee untuk promosi dan free gift setiap bulan.Pembelian produk promosi akan mendapat diskaun lebih banyak dari harga ahli sedia ada iaitu 15-25%

✅Boleh beli Shaklee terus dari kaunter HQ tanpa perlu berurusan dengan Ejen Shaklee / Pengedar Shaklee.Optional, kalau nak ambil dari pengedar Shaklee yang mendaftarkan anda sebagai ahli pun boleh.

✅ Boleh beli Shaklee online direct dari HQ dan Shaklee akan hantar melalui pos laju terus ke rumah anda atau melalui CALL juga, sangat mudah dan menjimatkan masa. Yang tak daftar ahli tak dapat kelebihan ni.

✅ Dapat jemputan exclusive dari Nutritionist Shaklee untuk menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma.

Kesemua faedah dan kelebihan di atas EXCLUSIVE hanya untuk ahli Shaklee yang sah berdaftar dan memiliki ID SHAKLEE.

Jika anda nak daftar untuk buat BISNES SHAKLEE, kami adalah kumpulan Shaklee yang paling aktif di Malaysia.

1. Bimbingan online/offline setiap hari/setiap masa.
2. Access dengan pakar bisnes dan pakar pemasaran.

So, tunggu apa lagi.. Join kami sekarang.








PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2014
NORAZLINA BT SABRAN [ID : 1109279]
WHATASSP 019-6800226
FB : NORAZLINA SABRAN
FB PAGES : PROSPER RICH BY LYNA
INSTA : @shaklee.bylynarzmn
C.O.D SHAKLEE TANGKAK, SEGAMAT & MUAR

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...