Sunday, June 22, 2014

22 JUN 2014: Kakak nak sayang mami.........


That's the word come out from her mouth early in the morning.... "kakak nak sayang mami..." sambil berjurai air mata.. [drama sangat kan?!]

Actually, pagi tadi...she's not in mood... TERmarah dia skit...sbb pagi2 dah bergaduh dengan adik deera. Biasa lah tuu. Hari ini kan "bestday" dia ~Nabeela Raisya 4 tahun. So 'berebut' hari dengan adiknya.. "hari ni besday kakak laaaaaaaaaaa"..HISH! macam2 taw... pagi2 mumy dah senoneng.. tu lom kira WORKOUT mumy di hujung minggu.

Walaucamnepun, mumy nak ucapkan syukur ke hadrat ILAHI kerana telah mengurniakan mumy&dady...seorang anak yang CERDIK, BIJAK, BAIK dan KUAT...4 tahun lepas Nabeela bertarung nyawa melawan penyakitnya. Allah Maha Besar!!! Nabeela sembuh seperti kanak2 lain... [sekarang ni masih dalam proses memulihkan masalahnyaa...jangan risau ye kawan2 mumy kan dah jadi SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR..so, takde masalah..bole bagi anak2 supplemen yang terbaik..sekarang nabeela consume Mealshake+Chew C] Menyempat promo kan???? haahaa.....

Baru sat tadi, mumy terbaca ucapan hari lahir dari daddy Nabeela kat Facebook.. Tak tau mumy nak cakap macamna terharunya mumy..sampai tak sedar air mata meleleh :'(




Nabeela almost 4 months old

Mumy share buat tatapan nabeela&adik2...

Semoga ianya menjadi panduan hidup.... Dan kami sentiasa do'akan kamu bertiga serta adik2 yg lain [ jika ada lagi ] berjaya di DUNIA dan AKHIRAT.



Pesanan untuk nabeela&adik2 :


Hidup sentiasa diwarnai dengan dugaan & cabaran.. kuatkan hati & cekalkan semangat. Godaan serta hasutan syaitan dimana2. Ingat ALLAH sebagai pencipta kita. Dunia bukan tempat untuk kita TINGGAL selamanya...tapi tempat untuk kita TINGGALKAN satu hari nanti..Jadi, sediakan bekalanmu sebanyak mungkin. Tempat yang kekal adalah di akhirat kelak. SYURGA Allah adalah tempat yang diimpikan. Neraka ALLAH tempat yang paling digeruni. Di dunia ini lah tempat kita diberi "UJIAN".
Manfaatkan USIA mu wahai anak2ku...Mumy do'akan anak2 mumy menjadi hamba ALLAH yang diredhai sentiasa.

Yang amat menyayangimu,
Norazlina Sabran & Razman Rahmad

Thursday, June 19, 2014

cerita pasal RAZIN lagi...

Hai! Saya hero mummy!


Berdasarkan gambar di atas.... dan Throwback entri yang lepas... Razin 1st step..

Nak 'belanja' korang tengok memori razin melangkah.. lupa la nak mik VIDEO.. sebab baru2 ni ada tengok video kat FB 'sehari 2 minit' ibu kepada TWIN GIRL videokan perkembangan anak dia...setiap 2 minit dia rangkumkan buat video...Sweet! [cari la sendirik..huuhuu] Sangat jeles! Sebab tak terbuat....

24 Jun 2014 Razin genap setahun.. InsyaAllah... Dia ramai kawan2 sebaya.. Bukan men ligat hero mummy yang sorang nih... daddy dia pon letih nak layan...kihkihkih
tapi dia ni manja! hurmmmmmmmmm... [it's my fault!]

Takde pe nak mengomel....

Just nak bagitaw mummy dah order kek 'FROZEN'.. [well, untuk kakak beela sekali] buat kat umah atok di Segamat.. InsyaAllah 28 Jun 2014.. datang ler...

Mummy loves U!
loves all my kids laaaa

Tuesday, June 3, 2014

Razin's 1st STEP!

Happy Jun 2014 @ Sya'ban 1435..

Alhamdulillah...

Razin Nadhif dah memulakan langkah pertama dengan sendiri a.k.a tanpa bantuan sesiapa... pada usia 11 bulan 4 hari! Mummy sangat amaze! Gembira..happy..seronok [dalam erti kata yg sama] sebab dia yang paling cepat berjalan...Kakak nabeela 1 tahun 2 bulan...Kakak Nadeera genap 1 tahun.
Setiap bayi berbeza perkembangannya...
Macam si kakak cepat bercakap...Cepat tumbuh gigi...


Takde gambar razin berjalan..lain kali tepek ye uols!
Apa2 pon anak2 mummy memang hebat! Sape lagi nak puji anak2 kalau bukan mummy nya kan??? heeheehuuhuu =D

Jom baca tentang.... [sumber babycenter]


Belajar berjalan

Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri berpegang pada perabot ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan anda yang terbuka luas hinggalah ke berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.

Bila kebolehan berjalan berkembang

Pada tahun pertamanya, koordinasi dan kekuatan otot-otot badan bayi anda akan beransur-ansur menjadi lebih baik. Dia akan belajar duduk, meniarap dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.

Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Bagaimana kebolehan berjalan berkembang

Dalam beberapa bulan yang pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas dua bulan.

Apabila bayi anda berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang. Otot kaki bayi anda akan terus berkembang sewaktu dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.

Pada sekitar usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik untuk berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan belajar bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).

Pada usia 11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan tanpa dipimpin buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ini hanya bererti dia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum boleh berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.

Apa perkembangan seterusnya

Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula mengasah kemampuannya untuk bergerak:
  • Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.
  • Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
  • Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.
  • Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.
  • Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.
  • Apabila hari jadi anak anda yang ketiga tiba, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.

Peranan anda

Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).

Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti biasa, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.

Bila harus bimbang

Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.

^^Semoga pekara gembira ni akan bertambah setiap hari....Syukur..^^

Monday, June 2, 2014

Happy birthday in advance @ Taska Permata Kemas

Mummy cuti hari ni...27/05/2014 sebab sambut besday kakak Nabeela in advance kt Taska...Birthday sebenar 22 Jun iaitu 2 hari sebelum Razin Nadhif... Pfffft....
Rasa baru tahun lepas celebrate besday Nabeela [sini]

Kecik je dia masa 3 tahun...Dah 4 tahun sekarang ni..makin banyak pulak keCERDIKan dia..mulut pon bole tahan! phewwww...Kalau depan orang ramai..anak2 dara aku memang sopan & pendiam...
Tapi..kalau kat rumah...mulut macam CIKGU SEKOLAH!
[ apa kaitan dengan cikgu pulak?! ] heeeeeeeeeeh
kadang2 tak larat nak melayan...hmmmmmmmmmmmmh.. memang sebijik cam mulut daddy dia...uuuhhuuhuhu.. jgn marah daddy ;)



gambar tahun lepas ~graduate for junior~

Bezday tahun lepas [2013]


Bezday Party Nabeela @ taska 2014


Apam polkadot..support bizz kawan2 kat opis..utk GOODIES BAG
yang penting sedap..harga berpatutan.. [RM20 ~120biji]

Pagi..sebelum pergi skolah... [JANGAN KOMEN] haahaa

simple menu ~ tapi meriah tahun ni...

Cik deera tak sambut..duk diam jek tengok..

Besday girl.. Alhamdulillah 4 tahun sudah!





Ok, cerita pasal anak sahaja... tak menyempat deco rumah..haahaahaa~ [lawak la ko ni mummy...] Semangat tu ada..Bajetnya kureng... K, redho jela..cerita pasal anak2 ku sahaja...Pasni ada lagi tau.. #memories.



Sweet Love;
Mummynab&nad

Ingatan untuk diri sendiri...dan wanita2 lain...

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka 

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...