Monday, October 28, 2013

Google search...tentang kaitan ANXIETY DISORDER, TANDA KEMATIAN & BISIKAN SYAITAN..

Salam,

Ini apa yang ku cari...utk pemulihan diri...

sumber : http://english1.cari.com.my/archiver/?tid-487937.html

"Kaitan penyakit anxiety..tanda kematian dan bisikan syaitan"
Saya nak tahu tentang adakah kaitan antara penyakit anxiety atau panic disorder dengan was2 ataupun bisikan syaitan. Sebulan lepas tiba2 saya merasakan nafas tidak cukup, nafas turun naik, berpeluh2 dan bagaikan hendak pecah jantung dan rasa seolah2 kena serangan jantung dan lebih teruk akan mati.

Seluruh badan berdenyut2 fikiran tidak tenang. Balik rumah saya melihat tanda2 kematian di internet dan apabila melihat ada tanda2 kematian yang sama dengan apa yang saya alami tadi terus saya jadi panik, takut dan perasaan tidak menentu. Rasa hendak menangis pun ada bila tahu. Dalam sebulan saya tidak berputus asa. Pelbagai rawatan saya cuba dan ada ustaz mengatakan saya terkena gangguan, bisikan atau was2 syaitan. Lebih teruk ada yang mengatakan saka sedangkan dalam sejarah keluarga saya tiada saka langsung...!

Disebabkan tidak pulih akhirnya saya berjumpa penjelasan dari sudut sains..apa yang saya alami adalah sindrom panik dan disusuli pula dengan anxiety disorder. Kesudahannya emosi saya tidak stabil, prestasi kerja menurun, pergaulan terbatas disebabkan terlalu takut dengan tanda2 kematian. Saya berjumpa ramai orang dan berdiskus mengenai perkara ini di internet. Kebanyakannya panik disebabkan tanda kematian yang datang. Simptom anxiety dan panik adalah seperti berikut :

Jantung berdebar, suhu bdan turun dan naik, badan berdenyut, ketakutan terhadap persekitaran, jadi lebih sensitif dan berulang2 memikir perkara yang sama. (LINK)

Mengenai tanda sebelum kematian 100, 40, 7 dan 3 hari pula selepas bertanya sana sini dan merujuk banyak pihak, ternyata apa yang tersebar luas di blog2 dan internet datang dari sumber yang mergukan dan tidak sahih kerana tiada nas dari al-quran dan hadis. Tapi saya tidak lah menolak mentah perkara tersebut cuma hairan semua bahan tentang tanda2 kematian ini seolah2 di copy paste sahaja dari sumber yang diragui. Malah tidak berjumpa bahan sama dalam ruangan bahasa Inggeris dan Indonesia..yang ada cuma penulisan tanda kematian dalam Bhasa Melayu. Adakah ia satu fitnah untuk menimbulkan kekacauan dan ketakutan pada umat Islam di Malaysia..? Bukankah kematian itu rahsia Allah..?

Walaupun Allah SWT telah membuka banyak perkara tentang perkara ini..tetapi saya tetap merasa tidak tenang dan sentiasa berdebar2 kerana emosi asyik memikirkan tentang kematian. ada sesiapa boleh berkongsi..? Mudah2an Allah tabahkan saya untuk melalui ujian ini. Dan kerana ujian ini lah saya banyak mencari dan seterusnya berkongsi maslah ini dengan anda semua...


antara komen2 ttg post di atas..

1) oh lupa nak bagitau, apa2 sahaja urusan yg ada kaitan dgn agama yg tidak ada dalil soheh,
silalah tolak. walopun mcm betul. dan ada rasa2 seolah2 mcm betul.

tolak saja.

nabi melarang dalam hadis soheh jika berkata2 atau menambah2 sesuatu dlm urusan agama .
contohnya berkata2 sesuatu tentang hal ghaib tanpa dalil soheh.

e-mail2 tentang tanda2 kematian itu benar2 tidak ada dalil soheh.

adapun kalau perkara yg bukan berkait dgn urusan agama, maka tidak ada larangan utk kita tambah2 utk kebaikan yg tidak menyalahi agama. contoh= cipta sistem solar.

cubalah carik amalan2 nabi tentang bagaimana mengelak gangguan syaitan....kebanyakkan amalan2 nya biasa saja.....tetapi itulah yg sunnah....

mungkin boleh banyak bergaul dgn org yg ikut sunnah yg sahih dan berhati baik...mungkin ia akan menenangkan....

wallahua'lam...

2)
Kembali pada apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW macam yg sedara usop ckp kat atas.

Tidak ada obat yg lebih mujarab dlm merawat penyakit mcm sdr ni, melainkan kembali kpd
ISlam dan ajaran yg dibawa oleh Rasulullah dlm kehidupan.

Dahulu, aku jauh dari agama Allah. Hanya mengejar kehidupan duniawi sahaja.
Solat tak jaga, quran tak baca. Kuliah ilmu jauh sekali. Takmo berkawan ngan org berilmu...

Hidup habis dgn perkara yg tak membawa untung ke dunia akhirat yg kekal abadi.

Sehinggalah satu hari petang Jumaat malam sabtu aku didatangi penyakit sesak nafas (nafas pendek), dan badan menjadi seram sejuk, dada berdebar mcm rasa dah nak mati.

Aku jadi mcm kamu (tuan pembuka tajuk). Menacari-cari dan tercari-cari apa punca.
Pergi hospital, jawapan yang aku terima, tiada penyakit. Semua test aku buat.

Akhirnya......

Alhamdulillah, setelah ALLAH bagi hidayah dan petunjuk, aku kembali kepada-Nya.

Sekarang jiwa aku dah semakin kuat dan kuat dengan amalan sunnah beragama. Naik kenderaan baca doa, masuk tandas baca doa, sodaqah diamalkan selalu, carik ilmu islam setiap masa, tutup aurat, jaga mulut, tak tengok perkara maksiat dlm tv (org terkijne-kinje melompat mcm perangai jin pun aku tak tengok),  muzik aku tak benar masuk dkm umah aku, kecuali nasyiddan lagu2 memuji Allah dll.........

Semua kenalan aku yang aku kenal sudah semua aku mintak maaf. Seolah-olah aku akan mati esok hari. Sebelum tido, aku maafkan semua org. Yang ada salah, takde salah, semuanya aku redho....begitulah setiap hari.

Dari segi makanan juga, aku jaga, semua makanan sunnah aku amalkan, dari madu, kismis, habbatus sawda', talbinah, buah teen, kurma makan harian aku....dan mcm2 lah tak larat naik taip...

BERAT?

Tidak bagi aku sbb aku nak cari keredhaan Allah sebenarnya.

Kalau perlu pergi berjihad di Palestin, insya-Allah akan aku pergi selepas langsai segala hutang piutang aku kat sini.....dan yg penting syahid dlm hidup menjadi idaman aku sekarang.

Aku nak jumpa kekasihku, dalam keadaan Dia redho kepadaku, aku redha kepada-Nya....

TAK SUSAH MANA KAN?

2 comments:

KUREKURE COMEL said...

samalah dgn sy...smpai kan jd obses nak check satu2 tanda kematian tu...bg sy mungkin tu peringatan dari Allah utk lbh ingat kepadanya...kita check satu2 amalan kita...kalau dlm keadaan sorang2 tu, byk kan berzikir...jgn sesekali biarkan hati kosong...sama2 kita berubah ke arah lbh baik...smile...

Unknown said...

Saya pon rasa mcm tu..ble kte buat ibadat2 sunat..hati akan jd tenang..kalau kita lalai sebentar...mula la rasa x menentu...Allah je taw perasaan ni.. semoga kita sama2 istiqamah...

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...